Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, May 08, 2009


_Zaman dulu kala.

Masa itu. Akal cetek lagi. Iman pun belum 5% lagi. Mulut pun belum ringan lagi nak bersyukur dengan Allah. Kepala otak hari-hari fikir nak seronok saja. Belajar pun sambil main-main. Nak cium sejadah pun main-main. Memang nak kena tempeleng dengan kemurkaan Allah.

Itu.

Zaman dulu kala.

Tahun 1997 - 1998. Orang kata, nak menimba ilmu biarlah sampai ke negara China. Aku belum pernah jejak lagi ke China. Tapi. China yang dah jejak dulu ke Malaysia. Semua barang di Malaysia ini 'Made from China'. Impressive, man.

Tahun 1997 - 1998. MRSM Beseri, Perlis.

Tingkatan 4 - Tingkatan 5.

Dulu. Punyalah seksa nak mati aku belajar dekat situ. Siapa nak belajar dekat sempadan Thailand. Jauh gila nak balik KL. Sebagai budak KL yang tak berapa nak perasan dia warga KL.. memang kena terima sajalah kenyataan belajar sampai ke situ. Aku ingat lagi dialog dengan orang MARA masa dapat tawaran itu.

"Ya. Awak dapat tawaran belajar ke MRSM Beseri, Perlis."
"Apa? Perlis?!"
"Haah. Betul-betul dekat dengan sempadan Thailand."
"Oh my god."


Gila homesick aku dibuatnya.

Dahlah aku jenis tak boleh nak berenggang dengan rumah. Betapa suka dan gilanya duduk di rumah. Ini tak. Bila dah tercampak ke Perlis.. kirim salam jelah dengan segala penghuni rumah. Katil, rak buku, buku, bilik air dan dapur di rumah bagai.

Tahun 1997 - 1998. MRSM Beseri, Perlis.

Tingkatan 4 - Tingkatan 5.

Beseri, Perlis.

Zaman itu. Langitnya sentiasa cerah. Langsung tak ada filter. Cahaya matahari direk tembus ke lantai bumi. Awan pun sikit. Memang boleh dikira dengan jari. Jangan tanya macamana nak kira awan. Kalau kau pergi Perlis, kau fahamlah maksud mengira awan di langit.

Beseri, Perlis.

Satu je masalah utama masa belajar dekat sana. Bekalan air. Punyalah susah ya Allah nak dapat air. Kadangkala bekalan elektrik dekat bilik air pun tak ada. Pernah aku mandi 1 gayung air je.

Perghhhhhh..

1 gayung je tau!

Sekarang aku dah faham cerita PRamlee yang mencelup air ke kelopak mata. Aku tak buatlah mandi macam itu. Aku cuma pakai konsep itu je untuk mandi. Tapi memang membilas dan menjirus dan segala alam yang lain.. cuma segayung je. Mulut pun dah pandai nak bersyukur. Iman pun upgrade perlahan-lahan.

Lepas itu.

Mandi dalam gelap. Sejenak aku faham betul macamana perasaan jadi orang buta. Serba serbi kelam. Dahlah nak jirus air segayung je. Gelap pula itu. Kalau cicak terjun dalam gayung itu pun mesti simbah sekali. Erghhh..

Pernah sekali.

Gara-gara mencari bekalan air. Kami semua warga asrama putri, menapak sampai ke bilik guru. Tak adalah berkemban ke apa. Cuma memang usung baldi dan segala peralatan mandi sampai ke sana. Punyalah susah nak cari air. Sadis, man. Aha. Budak asrama putra memang iya. Depa dok berkemban sampai ke bilik guru. Ramai-ramai berlari anak. Dengan tuala di pinggang. Tak semenggah betul.

Sampaikan pernah sekali itu.

Kami mandi pakai pili bomba. Yang mana dia punya air itu entahlah jatuh kategori apa. Bukan air mutlaklah aku rasa. Air daripada pili bomba kan ke macam tak berapa nak bersih. Gatal-gatal dibuatnya hoi!

Sampai sekarang aku terasa aura air pili bomba.

Itu belum lagi mandi air hujan.

Bila hujan lebat je, kami pun seronok. Pasal boleh basuh baju. Letak baldi dekat tengah-tengah gelanggang badminton. Lepas itu.. sambil mandi hujan.. sambil basuh baju. Dekat Perlis itu, kalau hujan turun.. memang itu antara nikmat terbesarlah dekat negeri itu aku rasa. Dia punya perasaan macam.. 'Terima kasih Allah, dapat hujan. Wahoo!"

Makin lama.

Mulut pun dah cekap nak bersyukur. Iman pun makin upgrade slow-slow. Tak banyak. Tapi. Adalah sikit-sikit. Daripada tak ada langsung. Kan.

Aku ini bukan apa.

Tiba-tiba tercerita perihal tak ada lampu tak ada air dekat Perlis itu.. disebabkan rumah ini hah. Tak lain tak bukan. Cerita dalam rumahlah. Bukannya apa pun. Isu kecil jadi macam besar.

Lampu bilik air dah terbakar.

Gelap itu nak mandi malam-malam. Subuh-subuh pun apatah lagi.

Tak. Ini semua alasan tak nak mandi.

Hah.

Bukan aku tak nak mandi tau. Jangan salah faham_

Kategori:

17 Responses to "Antara Asal Usul Kenapa Aku Malas ke Bilik Air"

May 8, 2009 at 10:07 AM
ms skolah dulu pn selalu jgk xde air..
naseb sekolah sume perempuan..
takda la rebut2 dgn bdk2 lelaki..
homesick..mntk mak nk tuka skola..ntah pape..
time period, mmg seksa..
mcm nk mkn pil tahan period jek..
huhu
hafiz abdul said :
May 8, 2009 at 10:27 AM
samer la tu susah nak mandi ngn tak nak mandi
May 8, 2009 at 11:44 AM
something in universe is working in reverse (huh?)

pttnya kalo da susah nak mandi kt perlis, adelah lebih rajin di KL - sbb senang mawu mandi.

ni .. lagi x mawu mandi. isk3x.

ps: jgn mandi open air. mandi tutop2 je. kot kena "google earth" .. wakaka :P

ps's ps: skang ni ada device pen camera dg harga serendah rm140 terjual di pasaran. bole record smpi 4GB. hati2 ye pempuan.
Anonymous said :
May 8, 2009 at 1:55 PM
saya dulu skolah asrama atas bukit. selalu jgk air malu2 nak naik. melilau mencari air sekeliling skolah dah biasa. 4 pagi dah kena bgn. mandi belakang makmal sekolah tepi dewan makan asrama perkara biasa tp nasib baik la skolah pempuan. dapat plak time tu bulan dtg melawat tertekan ya amat.
Kabus said :
May 8, 2009 at 2:43 PM
adeka malas nak mandi juga?
mungkinkah?
hehe tapi kalau takde air seksa jugak
nasib air ade, lampu yang takde

hihi tak ape, lepas lampu ok, boleh mandi.
Dengan bahagia
famia said :
May 8, 2009 at 2:59 PM
your name is ain: hehehehe. ya. itulahhh dia perasaan remaja pompuan time skolah menengah kan. hehehe.

hafiz: lain ok.

dope: hehe. don't get me wrong. u know me better kan. point aku... bersyukurlah ada nikmat air dan lektrik. hehehehehhe. oh.. camera berbentuk pen drive? cool. semakin ramai manusia gersang ketagihan seks kat dunia ni nampaknya.

anon: atas bukit? hehehe. kami belakang bukit. bukit keras. ramai 'penghuni'.

kabus: err.. malas nak mandi. bukannya tak mandi langsung. lain tu.
dop (nama sebenar dirahsiakan) said :
May 8, 2009 at 3:36 PM
tawu. saje je nak ngusik :P

toilet rumah aku pn lebih kurang. pintu taleh tutop. kalo tutop nnt berkunci kt dalam. jadi kalo nak guna toilet tu, kasi rapat je la.

kekeke.
famia said :
May 8, 2009 at 4:19 PM
dope: eh.. ko bukan 20 mei baru balek mesia ke? hoh.. ngeri tu kalau menumpang bilik air kat umah ko. anak gadis tak boleh masuk ni. bahye.
ezad said :
May 8, 2009 at 9:53 PM
beseri pernah banjir tak?
aCe_LaNuN said :
May 9, 2009 at 1:55 AM
kcian....sme kes aku mse dok changlung(kolej kerajaan)..kes xder air...pe la mndi kt bahagian canslori...selamber berkemban(bdk laki)...tibai tandas popuan walhal ader org..slmber badak ajer...tros dorg lari klur...wakakaka...
(jgn risau...kitorg xnmpk paper pon..kitorg baek)
........................................
nasihat tuk ari nie: kenalilah Malaysia tanah air kita...
........................................
May 9, 2009 at 6:30 AM
hehe

malas o malas..kenapa meti mls.hehe
famia said :
May 9, 2009 at 7:44 AM
ezad: tak pernah.

ace: hehehehe

akmar: heheh
landaklaut said :
May 9, 2009 at 5:27 PM
masa takde air ni, dalam ramai2 orang, mereka-mereka yang datang bulan ler orang yang paling seksa dan sesak sekali.. kan kan.. huhuhu..
SangPelangi said :
May 9, 2009 at 8:06 PM
Heh, dia punya alasan taknak mandi, sampai terkeluar khazanah lama. Haha.
Sekarang di Perlis dah jauh beza, mungkin?
famia said :
May 10, 2009 at 8:49 AM
landaklaut: hehehe. betul tu. sangat2.

irfan: hehe. jauh beza ke. sama je barangkali.
Anonymous said :
May 12, 2009 at 10:21 AM
atas bukit pun 'keras berpenghuni' juga. skolah pompuan ni lagi 'dia' suka takel.
famia said :
May 12, 2009 at 11:23 AM
anon: haah. tau xpe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.