Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, April 24, 2009


_Kejap.

Ini.. khas untuk perempuan sahaja, tahu.

Tapi.

Untuk lelaki yang inquiry dia super duper tinggi. Sibuk Teringin betul nak tahu. Dan. Kalau nak tambah ilmu.. silalah baca sampai habis. Tak salah. Walaupun tak berapa nak ada faedah. Tapi. Tak salah. Open minded. Err.. open minded yang tak berapa nak open. Yang harapnya kena pada tempatnya. Harapnyalah.

Cuma..
Sungguh ini.

Ini.. khas untuk perempuan sahaja, tahu. Dan, pastikan anda memang perempuan. Sila.

Ok.
Mari mulakan seruan..
Wahai gadis-gadis sekaum denganku..

Eh.. confuse @ _ @

Wahai manusia sekaum denganku..

Ha.. baru betul ^___^

Setiap bulan.. perempuan mesti ada buat lawatan ke 'bulan'. Dan setiap bulan dalam tempoh seminggu itu lebih kurang.. mesti ada yang sakit perut. Mesti ada yang menonggeng. Mesti ada yang terlentang atas lantai. Mesti ada yang merengkok tidurnya. Atau secara specific.. yang dipanggil senggugut.

Hah lelaki..
Korang pernah dengar tak perkataan senggugut?

Kalau pernah dengar..
Korang boleh bayangkan tak macamana dia punya 'nikmat' sakit itu?

Ya Allah...sakit gila!
Memang.

Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya kena senggugut.

T_____T; <---- boleh menangis air mata darah tau.

Paling teruk aku pernah kena... diserang senggugut dan gastrik secara serentak. Terus terpengsan kejap sebab tiba-tiba je nampak manusia sekeliling bertukar menjadi zarah-zarah warna kuning. Dan tiba-tiba berpeluh-peluh dalam ofis yang sejuk gila dia punya air cond. Lutut pun jadi lemah longlai. Terus kaput. Blackout.

Tiunggg~~

Pengsan.

Ok.
Cukup.

Sakit senggugut ini macam:

  1. Nak berdiri tak boleh. Nak duduk tak boleh. Nak baring pun tak boleh.

  2. Nak makan tak boleh. Nak minum pun tak boleh.

  3. Sakit pinggang belakang badan. Bercampur sakit seperti terkena buasir. Bercampur juga dengan sakit sengal kaki tulang bagai.


Hah.
Dapat tak feel dia punya sakit itu.. wahai lelaki?

Haa..
Sebab itulah perempuan ini dicop lemah waemah tak adalah lemah mana. Mana taknya. Setiap bulan pun kena derma darah secara terpaksa. Hehehe.. yelah itu. Sila jangan percaya. Aku reka je teori itu. Sila jangan percaya ok. Jangan tau.

Kiranya.

Apa perlu buat bila diserang senggugut.. wahai perempuan?

Ini antara Tips Berkesan yang aku pernah buat.

Cubalah..

  1. Tampal koyok cap Salon Pas sampai 8 keping dekat abdomen. Dia punya berangin itu memang gila thrill! Berangin sampaikan korang tak terasa yang senggugut itu tengah menyerang. Lepas itu.. mana-mana korang pergi pun memang semerbak bau koyok. Alahai..

  2. Minum air panas bergelas-gelas. Anda memang bakal berulang alik ke bilik air berpuluh-puluh kali. Takpa. Sila teruskan. Air panas itu penting untuk 'melembutkan' darah yang tengah on the way nak keluar itu.

  3. Telan Active Fast 2 biji sekali makan. Dalam masa setengah jam.. gerenti hilang senggugut. Tapi.. jangan amalkan setiap bulanlah. Kalau tak silap aku.. unsur panadol atau parasetamol ke dan seberadik dengannya memang tak bagus diambil selalu. Been there. Done that.

  4. Sila buat aksi bersujud di atas katil. Atau di atas mana-mana tempat yang selesa. Tempoh sujud itu ikutlah berapa lama korang boleh bertahan.

  5. Bila baring itu.. sila letak bantal di belakang pinggang. Sapu Tiger Balm atau Minyak Cap Kapak atau segala minyak panas lain ke atas abdomen. Lepas itu, sila urut abdomen anda dan berselawat berjuta kali sampai tertidur.

  6. Setiap hari, mulai hari ini.. silalah berhenti atau kurangkan minum air sejuk. Dan rajinkan diri minum air panas atau air suam.

  7. Setiap pagi.. setiap hari.. ambil 1 gelas air panas dan dicampur dengan 1 sudu besar madu asli. Minum SEBELUM sarapan. Elok sangat-sangat. Untuk yang gastrik pun sila amalkan juga. Tahukah anda, MADU itu ibu segala ubat.

  8. Langkah terakhir.. kalau anda belum berkahwin, sila kahwin laju-laju. Aku.. err.. kurang pastilah kan macamana kaitan kahwin dan senggugut. Emm.. ok malas nak fikir. Kelihatannya seperti.. berunsur sensored. MUNGKINLAH. Hihihi..


Lagi satu.

Sindrom.. Perempuan Mengamuk Sakan (PMS).

Bila kena senggugut.. mulalah datang PMS. Tahu nak naik darah saja. Moody. Pantang ditegur. Rasa ringan kaki dan tangan bagai. Baru cakap sikit je dah mengamuk gila. Itu belum lagi keluar maki ke sumpah seranah bagai. Dan. Itu belum lagi yang tiba-tiba je menangis di tengah-tengah masyarakat. Pantang ditegur sikit terus jadi sedih sepanjang hayat.

Apasal kena PMS..?

Jangan tanya aku. Aku pun mengamuk je selalu di kala melawat ke 'bulan'. Anggap sajalah pihak wanita terasa tidak selesa mahupun tidak seronok dengan kehilangan darah secara pukal setiap bulan. Kami sayang darah. Tapi.. darah tak berapa nak sayang kami. Walaupun... memang ada hikmahnya di setiap kejadian bukan.

Thank You Allah for all the pains. It is worth it, Ya Rabb.

Halah..

Lelaki pun ada je. Sindrom Lelaki Mengamuk Sakan (LMS). Tipulah kalau tak ada.

Kan?

Ade kan_

Kategori:

23 Responses to "Tips Melawan Senggugut (Khas Untuk Perempuan Sahaja)"

Hajar said :
April 24, 2009 at 12:34 PM
PMS = Perempuan Mengamuk Sakan? Ahaha.. tp mmg ade kebenarannya la kot? :p

Tips no 1 tu org selalu buat dulu. Haha. Mmg berkesan la..

Lagi 1 tips, masa kena sengugut tuam dengan botol air panas err, bukan panas menggelegak tu tau. Ala-ala panas-suam jer. Buat mcm bertungku. Insya Allah oke. :)
AnNessa said :
April 24, 2009 at 12:34 PM
Alhamdulillah tak pernah terkena teruk².. tapi sindrom Perempuan Mengamuk Sakan tu everyday kena walau takde lawatan ke bulan :D
Mun said :
April 24, 2009 at 12:57 PM
mmg kena bg org laki baca ni, diorang ingat sakit biasa2 je ke. uhuuhu
Anonymous said :
April 24, 2009 at 1:20 PM
senggugut sket2 pada hari tenat mmg ada. alhamdulillah sakit boleh ditahan tanpa perlu ada ubat tambahan. cumanya sindrom perempuan mengamuk sakan mmg tetiap bulan berlaku. kecik punya hal boleh bikin hati cepat panas. yang tu ada tips tak untuk berubah(t)?
April 24, 2009 at 2:52 PM
syukur sgt2 sy xpenah kena sindrom2 mcm tu.. buat ms ni, sakit2 biase jek..

jerawat kt muka tak tinggal..

PMS= perempuan mengamuk sakan..Cute!!
z@f!r said :
April 24, 2009 at 2:53 PM
hehe.. aku pn sebulan sekali dtg LMS.. kuikuikui.. time tu janganlah tegur.. mmg kena penyepak.. hahaha..
April 24, 2009 at 2:57 PM
hahha! jangan makan segala jenis panadol atau temol2 tu. bahaye. buley kanser.

yg pnting, sekeliling x buley sejuk.

minum air suam tu penting.

pegi spa ozon. kompem lawatan ke bulan berjalan dengan lancar seumpama xrasa pun mcm lawat ke bulan.

*senggugut since darjah 6. lepas knal dgn spa ozon, xkene dh.
famia said :
April 24, 2009 at 3:17 PM
kakpu3: hehehe. haah. kadang2 tuam gak. tapi dah lame2.. tak rajin dah nak buat.

annesa: heheeh. bagusnya tak rajin kena senggugut. ekselenlah sistem pembiakan awak. :p

mun: hehehe. tau xpe. hah lelaki.. bacelah sila.

anon: hehehe. tips utk berubah PMS ek? hihii.. oke kaming.

your name is ain: takde senggugut? uii ekselennye.. bagus2.

zafir: hahaahah. sebulan sekali? hahahaha macam paham. tapi.. entah ye ke tak pahaman aku ni.

adledash: kan. betullah kan ade long term effect. bagus2. seb baik ade dak medic. err... awk amek medic ke ni. satu lagi...natang ape spa ozon tu?
NoktahHitam said :
April 24, 2009 at 6:43 PM
tade tade.. lelaki ade sindrom LMGB - Lelaki mengamuk gile babi
Indrasakty said :
April 24, 2009 at 6:58 PM
Tak baca semua pun, sebab awal-awal dah cakap bukan untuk lelaki.

Cuma jeling sikit bahagian akhir. P itu bukan berdiri untuk pre-? Jadi kalau pre- sepatutnya sebelum.

Dan sepatutnya bukan alasan untuk mengamuk pada waktu kesakitan. Nafsu amarah saja itu (dakwaan bermotif provokasi).
M-I-N said :
April 24, 2009 at 8:14 PM
tang no 8 tu aku blur.semacam ada bunyi cengkerik bersahutan lepas aku baca.hahaha.normallah tu.kadang-kadang tak sedar termengamuk jap.
famia said :
April 24, 2009 at 8:25 PM
NH: hahahahahah.. gila ganas beb!

khairul hak: hahaha. provoke memang nombor 1 dia ni. yelah. memang bukan alasan. tapi.. itu fitrah manusia. kalau nak cakap.. bukan di kala PMS je boleh mengamuk.. lelaki ngn perempuan di stereng kereta masa memandu pun boleh kena sindrom mengamuk sakan gila babas. itu belum keluar maki mencarut sumpah seranah lagi. siapa yang tak pernah maki masa pegang stereng memang ekselen. hehehee. kesabaran jitu.

min: hehehe. honestly yg tu aku pun tak tau. tapi selalu org kata.. kalau xnak kena senggugut.. memang disuruh kahwin laju2.
callister said :
April 24, 2009 at 11:31 PM
haha..
menarik gak tips2 ko ni...
lawak pun ada..
Khairul said :
April 25, 2009 at 5:05 AM
Ouch.

Sakit giler rupenye senggugut ni eh.
.::aDa::. said :
April 25, 2009 at 6:49 PM
sakit gle..sambil potong daging esok nk raya pon leh nangis2..gile
famia said :
April 26, 2009 at 12:23 PM
callister: hehe. kalau ko penah terase azab senggugut yg kronik.. mesti ko apply je kot tips2 tu. kalau tak pernah kena.. alhamdulillah la.

khairul: kalau tak silap... senggugut tu temasuk sekali dalam kategori sakit kronik mcm sakit nak mati.. sakit nak besalin.. sakit senggugut.. rasenyelah. ke salah fakta tah.

ada: kannn.. nangiss
Anonymous said :
April 26, 2009 at 8:14 PM
ha jangan plak time PMS tu dibaginya buah pertama. tak pun kilas belakang. kang orang lain yg menyujud atas lantai.
oh aku lelaki tapi suke baca atajuk ni.
tumpang lalu.
my_heart said :
April 27, 2009 at 6:34 AM
salam...
alhamdulillah,tak pernah kena senggugut nih,
dan mmg tak nak rasa...
pasal kita derma darah tiap2 bulan,mmg ada bermacam2 hikmah dan rahmat daripada Allah...
sbbb dengan keluarnya darah,dapat imbang badan org pompuan,dapat tahu kita normal ke tak...
kadang2 dapat pahala free,walaupun kita tak buat ibadat cam biasa..huhuhu....best tak?
cam nih,ramai org beranggapan org pompuan kurang pahala sbbb tak solat atau puasa atau apa2 ibadat wajib yg menghalang mereka daripada beribadat sewaktu datang bulan..
tetapi Allah punya rahmat dan rahimNnya,diberi jugak pahala kpd org pompuan yg tak solat..sebab apa?sebab..kalau kita buat perintah Allah,dapat pahala..kalau kita tinggal larangan Allah,pun dapat pahala...
so,perempuan yg meninggalkan solat apabila datang bulan sbb taat perintah Allah yg mana Allah dah haramkan mana2 perempuan yg haid untuk meninggalkan solat..maka disana of course lah dapat jugak pahala....hmmmm...islam e2 indah...so,kepada kaum adam,jangan jealous ek...huhuu

wassalam...
famia said :
April 27, 2009 at 11:32 AM
anon: hehe. kilas belakang? sabajela dia ni.

myheart: salam. hehe. ekselen. tengs ye.
aCe_LaNuN said :
May 3, 2009 at 8:42 PM
pertanyaan dr lelaki yg nk tau sngt nie....
mse aku skola dulu2...ader r classmate aku kne senggugut..kit
org bdk laki 5org(kls aku org jer bdk laki...popuan 19org..HAVEN) bt bodo jer..xkacau r
....................................
pertanyaan disini.....
ader org kte...sakit senggugut nie 1/7 dr sakit org bersalin...sakit bersalin 1/7 sakit mati...
fakta atau outa????
..................................

aku penah alami LMS...member aku truk kne...sebab...saje2...cr pasal..wakakakak
famia said :
May 3, 2009 at 9:52 PM
ace: hehe. ya. itu fakta. perasaan dia semacam nak tercabut segala organ perut.. usus.. tali pusat.. ovari.. hempedu bagai. sakit menjerut2.
Anonymous said :
December 21, 2009 at 4:15 PM
aku datang bulan deri tingkatan 3 lagi, tapi bru bulan lepas aku rasa nikmat senggugut,heheehehe umur aku sekarang dah 24, walaupun time sekarang aku tkena, tp mmg sakit siut,aku rasa nk marah orang jer, xmarah xboleh, nak marah jugak, kadang2 aku mengamuk sorong2... aku slalu hiting hari datang bulan.. sbb aku aku berapa suker.. hehehehehe.....korang tau, aku stiap kali datng bulan tidor malam suker pakai tuala jer.... itu memang wajib lah.
heheehehhe... senang nk ulana alik p toilet..:-d
Mnajuwah said :
November 16, 2012 at 3:05 PM
kite ni dah kahwin tapi senggugut2 tu tak hilang pun..ermm

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.