Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, April 21, 2009


_Mana satu yang lebih menakutkan?

Hantu.

Ke.. Tuhan. Ke.. hantu.

Tuhan.
Hantu.
Tuhan.
Hantu.

Ok.. osom!

One..
Two..
Jussss..!

Mestilah kena takut dengan Tuhan. Kan. Kena dengar cakap firman Tuhan. Kena ikut suruhan Tuhan. Kena tinggalkan larangan Tuhan. Barulah dapat keredhaan Tuhan. Gila best tau kalau selalu hidup dalam redha Tuhan. Serba serbi jadi indah dan solid. Nikmat itu.

Bau oksigen pun jadi harum macam bau Lavender..
Pokok-pokok pun layan lambai-lambai sengih dengan kita..
Burung-burung pun berkicau lagu 'Bahasa Terindah - Ramli Sarip'..
Hati pun rasa berbunga, rasa manis, rasa tenang jiwa dan raga..

Aaa.. dah.. dah.

Tapi.

Kalau Tuhan murka.. siapa nak bagi kasih sayang paling banyak dalam dunia ini. Kalau Tuhan murka.. siapa nak bagi rahmat dan berkat hidup di dunia dan di akhirat nanti. Kalau Tuhan murka.. siapa nak murahkan rezeki kita pergi kerja hari-hari. Kalau Tuhan murka.. dekat siapa lagi kita nak bergantung harap minta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ini.

Dan.

Kalau Tuhan murka.. siapa nak bagi cium bau syurga dekat akhirat sana. Hari-hari merasa tempias api neraka. Itu kalau kena tempiaslah. Kalau kena campak terus masuk dalam itu.. nauzubillahiminzalik. Astaghfirullahalazim. Isk... ngeri. Terkena percikan minyak panas masa goreng ikan pun dah kelentang kelentung menjerit menggelupur dekat dapur. Ini kan pula percikan api neraka. Gila mengerikan.

Hah.. ada rasa takut tak?
Ke.. takut hantu.

Itulah.. siapa suruh banyak sangat tengok cerita hantu Melayu. Lain kali.. sila tengok cerita hantu Cina. Lebih senonoh sikit daripada hantu Melayu. Sekurangnya, kebanyakan cerita hantu Cina semua dia punya pawang gila berani. Dia punya pelakon tambahan pun berani juga. Lekat azimat kertas kuning pakai air liur je dekat dahi hantu Cina itu. Terus diam tak gerak-gerak langsung hantu itu.

Kan ke ekselen.

Ini tak.

Kalau hantu Melayu.. semua pelakon dia DISURUH tunjuk rasa takut dengan hantu. Apa pasal dengan hantu pun nak kena takut. Hantu syaitan kan dijadikan daripada api. Agak-agak nak datang rasa takut je.. simbahlah air. Air liur yang dah berbuih-buih terpercik akibat baca ayat Qursi mahupun Yasin berjuta-juta kali ke. Takpun simbahlah dengan air sirap ke. Air yasin ke. Kan. Itu belum masuk lagi hantu Mat Saleh. Vampire kononnya. Sekarang siap ada vampire kacak embun.. bernama Edward Cullens lagi ini hah. Main hisap darah orang. Hak alah..

Itu pasal.. aku anti betul dengan cerita hantu.

Tujuan cerita hantu Melayu..
Untuk takutkan manusia yang dah sedia takut.

Entah apa-apa. (harap-harap ada jugalah penerbit filem Melayu yang terbaca ini)

Hantu syaitan iblis semua memang wujud. Untuk.. menyesatkan manusia. Bukan untuk buat manusia takut. Kalau kau takut sesat itu lainlah. Ini tak. Dengan hantu tahu takut. Tapi kalau dengan Tuhan.. gila langsung tak takut. Buat maksiat sebelah mata je. Nak bertaubat pun konon-konon tunggu sampai seru. Kalau Malaikat Izrail seru kau lagi 8 saat.. sempat ke nak bertaubat. Lepas itu.. blablablabalbala.. mati.. blablabalbala.. kena campak dalam neraka.. blbalablablabla.. rentung.. blabalbalbala.. kena campak balik dalam neraka.. blablablabla..

Opp.. oppp..

Ok.

Cuba tengok tanda-tanda dekat bawah itu. Adakah korang termasuk dalam kategori 'Manusia Yang Takutkan Hantu Tapi Tak Takut Tuhan Langsung'. Kalau ada.. aku nak simbah air yasin sikit.

Sila semak.. simptom anda.

  1. Malam-malam tak sanggup nak berjalan ke masjid. Tapi sanggup berjalan ke Planet Hollywood atau Hard Rock Cafe atau sekutu dengannya.

  2. Selalu tengok cerita seram atau dengar cerita seram. Tapi tak selalu baca quran atau dengar orang mengaji.

  3. Selalu takutkan orang dengan cerita-cerita seram. Tapi tak pernah nak takutkan orang supaya kurangkan buat maksiat.

  4. Sanggup pasang lagu kuat-kuat malam-malam sebab takut sunyi. Tapi tak pernah sanggup nak pasang bacaan ayat Al-Quran kuat-kuat malam-malam.

  5. Sanggup ikut pergi cari hantu.. mistiklah konon. Tapi tak sanggup nak ikut amal makruf nahi mungkar.



Amacam?

Ada tak semua simptom-simptom itu dekat korang_

Kategori:

18 Responses to "Tanda-tanda Anda Takut Hantu Tapi Tak Takut Tuhan"

RieNa said :
April 22, 2009 at 10:13 AM
aku rasa, ini tulisan kamu yg paling kool.
insaf rasanya.
kalau tgk crita hantu takut sampai tutup2 mata.
tp kalau tinggal solat, pegang tgn awek,
tak pulak takut dosa pd Tuhan.

astaghfirullah.
April 22, 2009 at 10:39 AM
mmg hakikatnya skrg ni, ramai manusia lebih takut kepada hantu berbanding tuhan.. maksiat berleluasa, macam takda yang tengok dr atas sana.

dan, saya pun penah mengalami situasi ketakutan pd hantu ni masa mak cik sy ckp ada makhluk halus selalu ganggu dia tidur dlm rmh kami.. time tu, takut tu memang la takut. tapi sy kerapkan baca Quran spy dijauhkn drpd gangguan makhluk2 mcm ni.skrg, dah tak ada apa2 gangguan, semuanya berjalan lancar mcm biasa.

so, xda apa yg perlu ditakutkan selain Allah.

Thanx kak kerana membuat entry mcm ni, sekurang2 nya dpt mengingatkn pd sy..=)
April 22, 2009 at 12:05 PM
ekselen writing famia..
cam kuliah pagi plak :)

sangat sarkastik dan mmg gua terasa la mak oi!! hehe.Thnks for the reminder..
(came here thru FB)
Anonymous said :
April 22, 2009 at 1:07 PM
terasa pedasnya cili api. (yang pedas tu buat penambah rasa.

tazkirah yang ekselen.
zai said :
April 22, 2009 at 3:29 PM
tetiba terasa insaf... :)
Nana CS said :
April 22, 2009 at 5:08 PM
insaf gue.
April 22, 2009 at 5:27 PM
huu, sy takut hantu..tp sy tahu hantu takut Allah

dan sy cinta Allah.

sy takut hantu dan klu tido mlm2..sy bukak mp3 al Quran..sebelah katil.
betapa penakutnyer sy.

hehe
famia said :
April 22, 2009 at 7:17 PM
riena: astaghfirullahalazim jugak. dulu.. aku ade ngeri juga dgn hantu. lama2.. bila dah tebal sikit.. dah boley rasa cool lah kalo kena sergah dgn 'masyarakat halus' ni. tapi.. kalo boley taknaklah jumpe. hehehe.

your name is ain: hehe betul. hantu... kalau kita lagi takut dgn dia.. lagilah dia seronok. sbb ketakutan tu dah penuh satu badan. kalau kita kuat sikit.. mebi boleh hembus2 ayat qursi ke yasin ke ape ke kot depan dia. kan. sama2lah kite banteras hantu. hehehe

radin: hehe. patutlah mcm pelik. tak pernah singgah ni. orang baru rupenye. tengs lah.

anonim: jangan makan cili selalu. nanti pedih perut.

zai: sama dengan.

nananya: sama dengan.

akmar: sane mmg keras sikit. selalulah pagar diri... pagar rumah.. tutup pintu pagar bagai. tau.
Hajar said :
April 22, 2009 at 10:34 PM
ye, mmg cool.
tapi lagi cool kalau kita takut pada tempat yang sepatutnya.
kalau dah dr kecik lagi dah dimomokkan dengan cerita-cerita mistik dan hantu, cemana minda masyarakat nak berkembang?
April 23, 2009 at 12:33 AM
hantu apa kau takut habaq kat cheq?
M-I-N said :
April 23, 2009 at 12:41 AM
ekselen nye entri.simbah sikit air tu *tutup mata*
famia said :
April 23, 2009 at 3:05 PM
hajar: hehe. nanti jangan takutkan budak kecik lagi la kot ek.

7kaki: emm.. manusia yg beperangai seperti hantu.

min: simbah eyemo je la eh.
April 24, 2009 at 2:51 PM
yang lain pas...no 4 je..tapi xde la extrim..ape pun..kene insaf insafi...bagus kak famia!

bru terpk beza citer antu cina ngan antu melayu..memang antu melayu sesatkan manusia..

ape pun,xsuke tgk citer antu.
famia said :
April 24, 2009 at 8:28 PM
adledash: hehehe. ingat mengingatkan je. sape tak sayang saudara sesama Islam kan. sayangler. pasal sayanglah kena banyak2 ingatkan.
my_heart said :
April 27, 2009 at 7:05 AM
takut pada Allah,kt akan hampirkan diri kita pada Allah,dan takut pada hantu,kita akan jauhkan diri kita daripada hantu..
famia said :
April 27, 2009 at 11:33 AM
myheart: hehe. ade logiknye tu. tengs.
mugiwara said :
April 27, 2009 at 7:21 PM
ade...ade...walopon belum komplit lima2 tp ade.

takutnye~
famia said :
April 28, 2009 at 10:13 AM
mugi: sama dengan. hm.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.