Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, April 02, 2009


_Antara mitos dan fakta. Memang boleh menimbulkan syak wasangka yang ketara. Dan. Terpulang kepada anda. Antara percaya dan tak berapa nak percaya. Atau juga.. tak percaya langsung.

Bersama saya, pengacara yang tak berapa nak dikenalpasti orangnya.. dalam Misteri Nusantaro.

Pling..

Channel 888.

Mitos/Fakta 1: Terkena hujan di kala panas tengahari buta boleh mendatangkan demam kuning

Doktor.. doktor. Saya nak tanya. Demam kuning ini.. kulit boleh bertukar jadi kuning ke macamana? Lepas itu.. kenapa kena kuning? Apa pasal tak warna lain? Kiranya, ini mitos ke fakta doktor? Lepas itu.. macam best pula dapat kulit warna kuning ini. Tak payah nak tepek serbuk kunyit kan doktor. Best kan? Best kan?

Mitos/Fakta 2: Letak hard disk dalam freezer untuk retrieve data semula

Walaupun kedengaran macam mitos.. tapi tak salah kalau mencuba. Sejak tahun lepas lagi aku nak cuba. Poyo betul. Tapi itulah. Asal nak letak dalam peti sejuk je mesti penuh. Ikan segala jenis ada. Daging maging. Aiskrim badan kuning. Dan segala jemaah frozen foods lain. Lagi pula.. tak ada plastik yang sesuai nak balut badan hard disk itu.

Ahhhh.. alasan.

Fine.

Tunggu kejap. Nak buat.

Mitos/Fakta 3: Duduk di atas bantal boleh menyebabkan bisul

Sejak umur 1 bulan sampai sekarang.. tak pupus langsung mitos itu. Dulu masa kecik pernah je try duduk berjam-jam atas bantal. Tak kena bisul pun. Kena piat telinga lagi adalah. Tapi itulah. Bernas betul orang-orang tua punya mitos. Memang setaraf dengan fakta. Nasib baik direkanya bisul kalau duduk atas bantal. Kalau kena barah pinggul ke buasir 8 hari 10 malam ke.. hah. Menggelupur tak menggelupur itu dibuatnya.

Mitos/Fakta 4: Minum susu kacang soya semasa mengandung, anak boleh jadi putih melepak

Walaupun tak berapa nak tepat fakta dia. Tapi aku rasa ini bukan mitos. Ini memang bukan cobaan. Ini betul-betul jadi ini. Makanya. Kepada ibu-ibu mengandung dan yang tak berapa nak mengandung dan anak-anak dara semua.. mari kita minum susu kacang soya 3 kotak sehari (ini contoh orang tak bijak nak pakai tanda koma dekat ayat).

Tapi.

Susu kacang soya memang sedap. Kalau tak mengandung pun minum je. Bukanlah maksud aku..err.. aku mengandung (segan betul nak menaip statement ni.. ish). Tapi.. memang tak mengandung pun boleh minum. Mana ada kesalahan. Pendek kata.. susu kacang soya memang sedap. Enak diminum begitu saja. Cubalah. Cubalahhhh... (sambil berlari-lari anak ke sana ke sini seperti kanak-kanak keriangan dalam iklan tv).

Mitos/Fakta 5: Makan kacang panjang atau rajin bergayut di pokok mahupun tangga boleh menambah ketinggian

Hei. Saya lagi tinggi daripada mak saya tau (haa.. riak.. riak). Tak. Maksud saya.. mak saya tak berapa nak tinggi daripada saya (haa.. kutuk.. kutuk). Taklah. Ayah saya lagi tinggi daripada saya. Tapi. Saya memang suka makan kacang panjang pun sejak dulu sampai sekarang (tipu.. waemah dipaksa makan).

Lepas itu. Saya memang suka gayut-gayut dekat tangga pun. Pernah sekali jatuh terhempas tulang belakang atas tangga. Sebab tangan tiba-tiba licin. Fuh.. alhamdulillah tak retak tulang belakang. Cuma otak ada kerosakan sikit. Sebab itu saya jadi macam ini bila dah besar (ehem.. apa maksud ayat ini hah?! Mendatangkan murka betul).

Jadinya.

Kemungkinan besar ini bukan mitos. Ini betul-betul jadi ini barangkali.

Kan doktor kan?

Mitos/Fakta 6: Mata boleh jadi ketumbit kalau mengintai orang di bilik air

Aku tahu. Rata-ratanya.. semua orang memang pernah merasa kena ketumbit. Tapinya. Rata-rata ini pernah ke merase mengintai orang di bilik air? Atau pun merasa diintai di bilik air? Pernah ke? Pernah?

Apa?
Tak pernah?

Bagus. Ekselen. Kekalkan. Kekalkan JANGAN MENGINTAI. Dan. Kekalkan JANGAN DIINTAI juga. Bilik air itu kasi dinding besi. Satu lapis berikutnya kayu. Satu lapis berikutnya lagi tembaga. Satu lapis berikutnya lagi emas. Dan lapisan terakhir.. buat macam jalan tar terus.

Tapinya.

Tapi kan doktor. Apa pasal kalau intai orang je terus dapat ketumbit? Kalau mengintai lepas itu dapat konjunktivitis (yang mata merah berair-air itu) tak dikira ke? Konjuktivitis pun sakit mata juga apa. Sepatutnya, wajib dapat mata lebam berwarna ungu kemerahan akibat ditumbuk semasa mengintai. Kan ke lagi relevan kan doktor. Kan? Kan?

Ini arwah atuk atau nenek siapalah ini yang reka mitos ini.

Mitos/Fakta 7: Kucing akan pendek umur kalau lalu bawah pokok yang berjurai-jurai macam monyet boleh bergayut

Kejap. Apa entah nama pokok itu. Dia sebatang pokok besar. Tepi jalan biasanya. Ada juraian-juraian ranting. Emm.. bukan ranting kot itu. Daun pun bukan. Buah apatah lagi. Tapi.. dia macam pokok yang dalam hutan, Tarzan atau monyet-monyet boleh bergayut dengan riang rianya.

Hah.
Apa nama pokok itu?

Oh ya.

Sila awasi kucing anda. Saya.. seriously.. ngeri dengan kucing! Sila jauh sikit meawww..

Mitos/Fakta 8: Bentuk pusat boleh menentukan anda kahwin dengan orang jauh atau dekat

Hah. Jangan main-main. Ini pusat tau.. pusat.

Aku pun tak ingatlah. Tapi kalau tak silap. Pusat tersembul itu.. kahwin dengan orang jauh. Pusat ke dalam itu.. kahwin dengan orang dekat. Ke.. terbalik tah. Lebih kurang gitulah orang-orang tua kata. Dia punya tahap relevan.. tak dapat dikenalpasti.

Sesiapa yang dah kahwin itu.. sila check.

Tengok betul ke tak betul.

Mitos/Fakta 9: Bulu mata anda gugur tandanya ada orang rindukan anda

Ha.. ini agak subjektif. Habis kalau hari-hari bulu mata aku keguguran akibat menggosok mata terlalu kuat.. adakah hari-hari ada orang rindu? Adakah? Wahhh.. ini satu penghargaan. Kira kalau bulu roma gugur? Kalau bulu kening gugur? Itu tanda ada orang rindu jugak ke atok?

Wahhh.. kesiannya orang yang selalu keguguran bulu roma, kening dan bulu mata.

Takpe.

Rindulah selalu.

Ok..

Ok.

STOP.

Dah habis mitos/fakta.

Ada yang aku tak tahu?
Cuba story sikit.

Tengok logik tak logik_

Kategori:

19 Responses to "Mitos ke Fakta"

paiseh said :
April 2, 2009 at 3:01 AM
meh gua nak story...
mitos 10 - jangan tangkap gambar kucing sampai tujuh kali. kalu tak esok jugak dia mati.

mitos 11 - bila jumpa orang sakit mata segeralah jelir ke arah beliau. baru tak jangkit.

dua dah la.. lu mintak sikit kan? kan..??
tapi.. yang nombor dua tu mcm menarik je. lu try buat.. result kang bagi gua.. neh.!
Indrasakty said :
April 2, 2009 at 4:26 PM
Tak nampak macam segan pun (merujuk kepada perenggan yang menyatakan penulisnya sedang segan).

Kalau bulu mata gugur tu, cukup 7 helai kumpul taruk bawah bantal. Nanti tidur boleh mimpi orang yang penyebab jadi gugur tu.
famia said :
April 2, 2009 at 4:28 PM
paiseh: waa.. ini first time gua dengar tangkap gambar kucing boleh mati kucing. kalau manusia.. ambik gambar bertiga pun cepat pendek umur kan? kalau tak silap penah ada mitos gitu. mitos 11.. uih.. ahkahakhaks.. lu jelir lagilah senang nak transfer virus. tak gitu ke. mitos 2. hah.. lu tunggu. gua nanti buat xperimen terbaik khas utk mitos namber 2 tu.

khairulhak: segan kat dalam hati.. memanglah invisible barangkali. bulu mata gugur.. orang tua kata ambil dan letak atas rambut. entahlah apa sebab.. tak paham pula motifnya. barangkali nak suruh dia tertanam balik dgn rambut kot. letak bawah bantal tak pernah dengarlah pulak. kalau gigi dah tercabut letak bawah bantal tu mungkinlah. hehe.
April 2, 2009 at 5:00 PM
erm..nak tolong tambahkan..

10. anak dara tak boleh nyanyi sambil masak2 nnt kawen ngan org tua.. benarkah?

11. mlm2 jgn tepuk2 bntal, nnt mayat dlm kubur bangkit.. masa mula2 dgr, takut betol, sebab dah tertepuk bantal time tu..terus xboleh tido sebab takot pocong tido sebelah..

cm ne ek org dulu2 leh pk smpai cm ni? pelik bin ajaib betul..
April 2, 2009 at 5:36 PM
mitos atau fakta :

kentut itu berwarna kuning?(atau hijau?)
famia said :
April 2, 2009 at 6:52 PM
your name is ain: hehehe. tang anak dara tu memang penah dengar. duduk kat depan pintu rumah pun tak elok utk anak dara. nanti orang tak pinang. lepas tu.. kalau tak silaplah.. masa nak tidur kena tepukk bantal dgn kibas sikit cadar pasal takut ada jin dah duduk atas tu dulu.. nanti kita bertindihkan dia kalau tidur.. tang mayat bangkit dr kubur tu tak penah tepikir plak. hehe. rasanya kibas lagi baik daripada tak kibas kot.

7kaki: heeheheh. ape punya soklan daa. tak berapa nak sopan langsung.
April 2, 2009 at 9:37 PM
eh?

itu kan sekadar menyambung persoalan mitos atau fakta.

jangan tak tau kan selalu org gambarkan kentut tu kuning/hijau.

maka benarkah?

atau sekadar mitos semata?

Ingin tahu,
Bandar Sunway.
21:31 Hrs.
Khamis.
famia said :
April 2, 2009 at 10:01 PM
7kaki: hehe oke.. oke.

tapi.. ni first time dengar.. taktau pulak ade warna. dulu masa zaman form 4.. form5.. subjek kimia takde pula diajar test gas dari badan manusia. maka.. tak berapa nak pasti ade warna ke tidak. tapi.. kalau ade warna.. kemungkinan besar kuning kot. betulke?

tapi.. logik je kalau ada warna. kan.

err.. tapi takkan nak suruh manusia buang angin dalam tabung uji kot.

Tak Berapa Tahu,
Melawati,
22:01 Hrs.
Khamis.
em-ai-en said :
April 2, 2009 at 10:58 PM
sangat menarik "episod" mitos.ingat melibatkan manusia je,kucing pun ade mitos?tahukah kucing akan mitos tersebut?

fakta/mitos?
kalau mimpi tu mimpi buruk,maknenye ade benda baik akan berlaku;vice versa.tul ke?
DarkWan said :
April 3, 2009 at 2:15 PM
aku jarang dapat ketumbit pun. nape ek. hahak.
joegrimjow said :
April 3, 2009 at 3:20 PM
motos ke2 xley bla
bek letak je dlm oven
famia said :
April 3, 2009 at 4:18 PM
min: hehehe. yap. pernah dengar gak pasal tafsiran mimpi tu. memang ade dibukukan pon. so.. bukan mitoslah tu. kan.

dope: ahahakahkahkas. aku bersangka baik je lagi ni. mungkin sebab mata ko sehat cukup zat dan nutrien barangkali.

joegrim: hehehe. jangan taktau. benda tu orang ramai dah penah buat. dan ia bukan mitos. nantila aku try pula.
iN said :
April 3, 2009 at 8:21 PM
ala...org x makan kacang panjang pun lagik tinggi dr kak famia..
(riaknye...)
hahahahhaak...
sangbogoroyo said :
April 4, 2009 at 8:24 AM
Pokok jurai2 akar dia itu, namanya pokok beringin.
famia said :
April 4, 2009 at 11:22 AM
in: ahakhakhaks. riak ni.. riak.

sang: wohhhh.. pakcik baru tauu.
my_heart said :
April 29, 2009 at 2:23 AM
salam...
ada org cakap,kalau kita baca kitab @buku yg kertasnya color kuning,mata kita akan jadi terang..wallua'lam..
famia said :
April 29, 2009 at 2:56 PM
myheart: kuning? wah baru tau. tengs.
July 4, 2011 at 12:34 AM
salam.. agk2..
owner ni ok ke x ni?
July 4, 2011 at 11:19 AM
Waalaikumsalam wbt. Saya 'ok' je macam biasa ^_^

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.