Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, April 03, 2009


_Ok. Ok. Aku nak tanya.

Perihal.. err.. jodoh.

Ehem..

Kita kena berfikir secara terbuka. Luas dan terbuka. Ok. Buka sekarang. Dan luaskan. Dan buka. Dan luas. Dan buka (woi.. cukup!). Soalan di bawah ini tiada kena mengena dengan mana-mana watak yang masih hidup ataupun yang telah tiada. Harap maklum ya. Sila harap maklum awal-awal sikit.

Ok.

Sambung..

Pemilik sementara korang merangkap ibu dan bapa.. tolong carikan jodoh.

  1. Setuju ke tak berapa nak setuju ke setuju dalam paksa atau tak setuju langsung?

  2. Orang tua selalu kata, berkahwin dengan pilihan mak bapak ini biasanya lebih berkat. Apa pendapat korang?

  3. Walaupun cun atau gila kacak macamanapun pilihan mak bapak korang.. tapi korang memang tak dapat nak setuju. Sila bagitahu tektik anda nak menolak tanpa perlu jadi anak derhaka.

  4. Lain-lain alternatif mencari jodoh?



Pilihan mak bapak vs. Pilihan sendiri.

Amacam?

Sanggup ke_

Kategori:

23 Responses to "Mari Cari Pasangan atau Tolong Cari Pasangan"

April 3, 2009 at 3:32 PM
yes!!

1st!
famia said :
April 3, 2009 at 3:35 PM
7kaki: perghhhh.. baru je refresh entry ni 8 saat. gile ke. ahkahakhaks.
April 3, 2009 at 3:35 PM
wah!

adakah anda telah di beri pilihan oelh mak dan bapak anda?

fuh.

cayalah.

kena kat saya mcm tu saya terima je. (bila hati boleh terima lah kan?)

pendapat saya, kalau ibu dan aya sekadar memberi pilihan,maka takpelah kot kita menolak sebab pilihan di tangan kitakan?

tapi!

kalau tahap taqwa kita superb maka terima dgn redha pilihan ibu dan ayah.

(aku belum superb dalam ba taqwa.)
April 3, 2009 at 3:36 PM
dah di takdirkan Allah. aku baru bukak page hang terus ada entry baru maka itulah terus jadi pengome 1st.

kakaka.

dah lama tak jadik pengomen 1st di kereta mayat.
RieNa said :
April 3, 2009 at 3:58 PM
sbg anak yg soleh/solehah, terima sj tanpa bantahan.(tp slps diselidik yg si dia bkn kaki pukul,kaki betina, kaki botol, atau lain2 kaki.kaki masjid ok.)

tp kalau nak bantah jgk, pastikan anda ada alasan yg betul2 kukuh utk mematahkan segala hujah dr mak ayah anda.

anyway. slmt pengantin baru!! hahahahaha
famia said :
April 3, 2009 at 4:14 PM
7kaki: hahahaha. 8 juta kali dah kasi warning kat atas tu.. sila harap maklum takde kaitan dengan mana2 watak le. olossss korang ni. tak. parents aku cool. takde nak tolong carikkan jodoh. greenlite je dah bagi. haha. dulu.. aku rase macam pilihan mak bapak tu cool je. macam nak suruh mak bapak carikkan je. cuma bila terfikir KALAU dipertemukan situasi macam tu.. boleh tahan gabra jugak nanti ni. hahahaha.

7kaki: ye ye. aku pecaye. hehe. kat keretamayat aku segan nak komen. bace je senyap2 bestla. hehe.

riena: hehhe. ye baiklah. kalau mak bapak dah keluarkan calon nanti.. folo jela kot. hahaha. tapi silalah harap maklum ye.. ni sekadar survey.. takde udang di sebalik mi pun. hehe. susah ni kalau befikiran secara tipikal.. tak baik bersangka-sangka tau.. hehe.
April 3, 2009 at 4:36 PM
kalau diorang tak paksa sangat, takpalah..masih boleh cari mengikut pilihan hati..
atau nak lebih berkat, buat solat istikharah, minta petunjuk..kan kak?
orgbelakang said :
April 3, 2009 at 5:06 PM
mak bapak ko dah bg hint ke?? wahhhh.. sape jejaka pilihan ati mereka tu?? wahhh.. x lame lg merasa la kite begambar ngn pengantin baru ye kwn2..

[tringat megi la plak.. huhuhuh]
famia said :
April 3, 2009 at 5:31 PM
your name is ain:heheh. ye betul. ekselen answer.

suhaila: ahakahkahks. aku tanye je. aku sekeh gak budak belakang ni. ape tambah ajinomoto ni.. tak baik wooo bersangka-sangka.
danineh said :
April 3, 2009 at 7:26 PM
sabjek tensyen
iN said :
April 3, 2009 at 8:23 PM
wohooooooooooooo
kak famia sedang cari2 calon suami..
taun depan naek pelamen eh..
wokeh
em-ai-en said :
April 3, 2009 at 9:37 PM
pendapat hamba :
1) 70-30
2) mungkin.tengok orang yang dipilih tu.kadang2 ade yang betul2 sesuai.kadang2 berlakon je lebih.
3) susah woo bab ni.cara yang terbaik,slow talk dan bagi alasan kukuh.InsyaAllah diorang faham.
4) suruh member rapat jadi orang tengah.
MaJa said :
April 3, 2009 at 9:41 PM
# Setuju ke tak berapa nak setuju ke setuju dalam paksa atau tak setuju langsung?
= Setuju jika saya pon suka. Kalau x suka maka x setuju.

# Orang tua selalu kata, berkahwin dengan pilihan mak bapak ini biasanya lebih berkat. Apa pendapat korang?
= "Berkat x berkat. Yang kahwin saya , bukan bapak. Bapak suka sangat bapak sendiri lah kahwin dengan beliau," kataku kepada bapaku.

# Walaupun cun atau gila kacak macamanapun pilihan mak bapak korang.. tapi korang memang tak dapat nak setuju. Sila bagitahu tektik anda nak menolak tanpa perlu jadi anak derhaka.
= "Mak. Saya bukan x suka. Tapi mak.. Yang penting kan hati dan perasaan. Bukan rupa dan darjat." kataku melembutkan hati ibu.

# Lain-lain alternatif mencari jodoh?
= haih. susah benar aih soalan nie.
famia said :
April 3, 2009 at 10:01 PM
dani:
don't take it seriously.

in:
ewah ewah.. orang yg dah bercalon tu yang naik dulu sila. hehehe. cakap orang.. eleh.

min:
ekselen. ni baru menjawab soklan. hehehe. realiti memang tak sama ngn imaginasi. tapi kan.. macam banyak gak dengar cerita yg mane2 kahwin pilihan mak bapak tu.. melimpah ruah keberkatannye. hehe. tapi itulah.. nak lalu jalan tu macam gila mencabar.. risiko tinggi bagai. hehe. berusahalah maka.

maja:
hehe. ni pun ekselen. menjawab soklan. gudjob. hehehe. sabar. dengan mak bapak kena menjawab dengan cara paling sopan ngn penuh kasih sayang. hehe. jangan sampai tercuit sikit pun. tapi itulah.. yang nak kahwinnya anak. bukannye mak bapak. hehe.
April 4, 2009 at 9:48 AM
hehe. wah3! :p
1) hmm, hmm.. hmmm

ekekke! solat istikarah byk2 kali, suh parents solat istikarah gak.

hehe
tasikmerah said :
April 4, 2009 at 11:12 AM
mak bapak la ni tak rajin nk carikan pasangan utk ank2. dapat yg tolong cari tu bagus juga,

:)
famia said :
April 4, 2009 at 11:19 AM
akmar:hehe. bagus bagus. nanti jadi kat kamu.. sila buat istikharah juga oke.

tasikhehe. ada je lagi kak. cuma rare lah. tak ramai.
abangpit said :
April 4, 2009 at 11:05 PM
mak bapak kau tengah nak carikkan jodoh untuk kau ke? cayalah!!
paiseh said :
April 5, 2009 at 9:37 AM
jodoh ibarat biri biri,
makin dihambat makin lari.
famia said :
April 5, 2009 at 1:07 PM
maoi: hahaha. yelaa tu. suka2 ko je.

paisey: uiyoo..
Nana CS said :
April 6, 2009 at 4:35 PM
bagus la mak bapak carikkan jodoh.

huhu.

ok, kalau aku, aku suka je, kalau mak aku carikkan jodoh.

tak pun, kalau aku carik sendiri, aku akan make sure mak aku setuju.

kalau mak tak restu, aku kena fikir lagi la tu, nampaknya..

yg penting, mak restu.
shezorro said :
April 7, 2009 at 12:54 PM
dengar jela cakap mak ayah.
keberkatan itu ada :)

hahaha
famia said :
April 7, 2009 at 2:19 PM
nananya: hehe. ye ye. aku sokong ko.

shezoro: ye. memang dengar cakap mak ayah. tapi mak ayah tak cakap pape. cane nak dengornye. hihihihi

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.