Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, April 27, 2009


_Terbaca satu kisah ngeri.

Barangkali..
Iini kisah 'Kenapa Akak Jomblo Sudah Serik Naik Teksi'.

Serius ngeri. Lagi ngeri.

Perempuan.
Sentiasalah berhati-hati.
Mereka tak mengenal mangsa.
Walau di mana jua anda berada.

Siapa 'Mereka'?
Manusia.

Macam.. kita.

Ok.

Flashback..

Tarikh: Dalam tahun 2003 ke 2004. Entah.
Lokasi: Bus Stop Belakang Kolej Akasia, PPP ITM Shah Alam, Seksyen 18.
Waktu: Tengahari yang panas terik.

Ini kisah benar. Seorang pelajar perempuan ITM bertudung dan berbaju kurung tengah duduk seorang diri. Di bus stop. Sambil menelaah subjek TITAS. TITAS itu subjek pendidikan Islam. Disebabkan petang itu ada kuiz TITAS. Itu pasal budak itu study. Dengan tekunnya. Pada saat-saat terakhirnya.

(Ingat adik-adik.. jangan belajar last minute tau)

Tiba-tiba..

Dari simpang seksyen 24. Datang sebiji motorsikal. Secara perlahan. Berhenti di tepi bus stop itu. Budak itu angkat muka. Dan kemudian.. sambung belajar semula. Yang mana. Tak berapa nak diendahnya dengan motorsikal itu. Yang disangka.. tidak akan mendatangkan kesan sampingan kepadanya. Yang disangka juga.. tidak akan mengubah hidupnya selepas itu.

Penunggang motorsikal itu..

Seorang lelaki. Berkulit agak cerah. Tak berapa nak tinggi. Dan. Tak berapa nak pasti dia punya bangsa serta keturunan bagai. Lelaki itu pun turun daripada motorsikalnya dengan kepala yang masih lagi memakai helmet. Sambil berjalan perlahan-lahan. Melihat papan iklan. Yang terlekat di bus stop tersebut.

Budak perempuan itu. Masih lagi tekun mengkhatamkan nota TITAS. Untuk kuiz petang itu.

Perlahan-lahan lelaki itu berjalan.

Makin lama..

Budak perempuan itu terasa seperti lelaki itu semakin lama semakin menghampirinya. Walaupun lagaknya seperti melihat papan iklan, namun ada sedikit terdetik kerisauan di hati budak perempuan itu. Dengan tingkah laku lelaki yang tak dikenali itu. Dengan langsung tidak membuka helmetnya. Dengan menimbulkan syak wasangkanya.

Tiba-tiba..

Dengan tidak disangka. Lelaki itu berhenti betul-betul di hadapan budak perempuan tersebut. Dengan berjarak kurang daripada ukuran pembaris panjang 30cm. Yang hampir berlaga lutut. Dengan membelakangkan jalan raya. Dengan begitu mencurigakan sekali. Budak perempuan itu berasa hairan. Lalu, mengangkat muka dengan perlahan-lahan.

Dengan tidak disangka-sangka..

Budak perempuan itu terkejut bukan kepalang. Apabila menyedari apa yang dilihatnya. Zip seluar lelaki itu terbuka. Sambil menjulurkan *!#**#*#!* nya di hadapan budak perempuan itu. Serta merta budak perempuan itu menundukkan semula kepalanya. Dengan tangan yang sudah mula menggeletar. Dada berdebar-debar. Otak tiba-tiba jadi blank. Kaput.

Nak terjun ke belakang.. ada parit besar. Dalam pula itu. Nak ke kiri ke kanan pun tak lepas. Lelaki itu betul-betul berdiri depan mata. Dengan jarak gila dekat. Hampir berlaga lutut. Nak capai ranting kayu pun tak tercapai. Nak buka langkah silat pun, baru belajar asas. Tak berapa pandai nak apply. Tangan pula itu penuh buku. Buku agama pula itu!

Memang ibarat telur di hujung tanduk sungguh masa itu.

Lelaki itu mula melangkah setapak ke hadapan.

Budak perempuan itu mula cuak.. seram sejuk. Dalam hatinya, terkumat kamit berdoa meminta dilindungiNya. Minta tidak diapa-apakan. Bertubi-tubi membaca surah 3 Qul. Dan ayat Qursi. Sambil setia menundukkan kepala.

Tiba-tiba..

Dari jauh kelihatan 2 orang budak perempuan sedang menyeberang jalan ingin menuju ke bus stop tersebut. Lelaki itu berpusing ke belakang dan terus beredar dari situ sambil menaiki motorsikalnya semula. Dengan berlawan arus, lelaki itu menunggang motorsikalnya menuju ke seksyen 24 sambil tersengih puas memandang budak perempuan tersebut.

Budak perempuan itu masih lagi dalam keadaan terkejut.

Dan blank.

Dan terkejut.

Dan blank.

Dan.. putus fius terus.

Lepas kejadian itu. Lebih dari seminggu juga budak perempuan itu tak bercakap dengan mana-mana lelaki. Fobia. Nak angkat muka pandang lelaki pun tak sanggup. Nak berdiri dekat pun tak berani. Sejenak terasa macam semua lelaki sekeliling itu flasher. Memang jadi anti-lelaki sekejap. Memang macam boleh gilalah pendek katanya.

Alhamdulillah sangat-sangat ada 2 orang budak perempuan yang menuju ke bus stop itu. Kalau tak.. isk.. tak boleh bayang. Tak boleh bayang.

Ngeri nak mati.

Sebelum ini. Memang kawasan seksyen 18 itu selalu banyak kes flasher. Pemangsanya disyaki dari kawasan seksyen 24. Barangkali sebab situ banyak mamat kilang agaknya. Dan mangsa-mangsanya memang kebanyakannya student kolej Akasia itulah. Ada yang kena lagi teruk. Ditarik tangan. Dan dipaksa pegang terus *!#**#*#!*...!!

Keji gila.

Tak kisahlah pakai tudung ke. Pakai baju kurung ke. Pakai skirt ke. Pakai seluar jeans ke. Pakailah apa saja. Memang mereka tidak mengenal mangsa. Semuanya dipukul sama rata.

Sebab itu aku kata..

Wahai lelaki,

Sila tundukkan pandangan.
Sila tundukkan pandangan.
Sila tundukkan pandangan.

Kalau mata menerawang... nafsu pun rancak berkocak. Kalau boleh kontrol nafsu itu lain cerita. Ini kalau tak boleh nak kontrol nafsu.. memang itulah jadinya.

Tapinya.

Yang tak boleh blah itu.. apa pasal kena gila seks ini hah??

Itu belum lagi dalam LRT. Tergesel sana. Tergesel sini. Tangan merayap-rayap. Mata merayap-rayap. Gila gersang. Buang tebiat. Termakan pujukan satan.

Sebab itu aku kata..

Perempuan jangan pakai seksi.
Perempuan jangan jalan tergelek-gelek.
Perempuan jangan gedik-gedik nak cari perhatian.
Perempuan jangan nak sengih-sengih senyum sesuka hati sana sini.
Perempuan jangan nak meliuk-liukkan badan sesuka hati.
Perempuan jangan nak menggatal sana sini.
Perempuan jangan nak perasan hot.

Kalau lelaki termakan godaan korang itu.. yang menjadi mangsa..
SEMUA perempuan lain tahu tak.

Makanya.
Sila bataskan pergaulan.

Aiseh..

Boleh tahan mencabar jugalah jadi perempuan.

T_____T

Sebab itulah aku.. err.. err... biarlah rahsia_

Kategori:

28 Responses to "Lelaki Pervert (18sx)"

pu3sakura said :
April 27, 2009 at 3:29 PM
lelaki... nafsunya cuma satu, tapi sangat sukar dikawal tanpa iman dan takwa yang teguh...
RieNa said :
April 27, 2009 at 3:51 PM
ya Allah..takut betul!!

aku pernah kena kes mcm ni, seakan2 serupa..

masa tu muda lg,baru 17 thn,lps SPM, jg kedai batik.dtglah seorg pakcik, nmpak normal, tiba2 dia dok bertinggung, kemudian mengusap2 *!#**#*#!* .
gilak betul!!!

Aku lari keluar,panggil org sblh, dia dtg membawa kayu,tp pakcik gilak tu dah takde.
syukurlah aku tak diapa2kan.

jd kpd semua perempuan, berhati2lah!

ops, maaf, komen yg sudah jd penceritaan.
April 27, 2009 at 4:11 PM
ngeri betol..
kalau sy jd orang yang kena tu, mesti tak lalu makan..yuck..

pastu mungkin demam seminggu sebab kejutan jantina..hehe (adik beradik kejutan budaya)
famia said :
April 27, 2009 at 4:24 PM
pu3 sakura: betul tu sangat2.

riena: kannn.. sebab tulah.. em.. sebab itulah..

your name is ain: ha tau xpe. tu belom kena lam lrt lagi. sebab tu ngeri gile ni ngn laki. sume mcm gile seks. T___T
paiseh said :
April 27, 2009 at 4:45 PM
tak sangka cik pamia pun sudah menunjukkan kelucahan di blognya.
hukhukhuk..!!
April 27, 2009 at 4:50 PM
hi
baru pertama kali singgah sini..
aaaa~~~ seram gila pervert!
kena bawak senjata cm gunting ke dalam handbaag. kalau saat cantu, terus potong..argh! pervert! !!!#$%^&*(
famia said :
April 27, 2009 at 4:51 PM
paiseh: sila kemukakan bukti kelucahan sebelum menuduh bro. hehe.
famia said :
April 27, 2009 at 4:52 PM
puding: hai. haah. hati2lah. kadang muka nampak macam baik.. perangai.. nauzubillahiminzalik.
curX said :
April 27, 2009 at 6:21 PM
kuar pisau je, "nak sunat lg bang?" (samel ketawa jahat) >:)
Indrasakty said :
April 27, 2009 at 11:31 PM
Last sekali tu, apa yang rahsia?
famia said :
April 28, 2009 at 10:20 AM
kurk: hehe. kalau beranilah.

khairul hak: err.. biarlah rahsia. hehe.
el said :
April 28, 2009 at 11:08 AM
ish..ish...ish...

lelaki ni memang!
rasa cam nk boikot jerrr...
series.

ni seme sbb imam seciput. tu pon kalu ade.
menci! menci! menci!
shafarina said :
April 28, 2009 at 1:34 PM
Lelaki... gitu lah adanya
famia said :
April 28, 2009 at 6:00 PM
el: kan.. eh sabar sabaar.

shafa: hm itulah.
my_heart said :
April 29, 2009 at 1:49 AM
salam...
untuk kaum pompuan terutamanya,kalu nak kluar rumah,buat r adab perjalanan..insyaAllah selamat..
baca doa keluar rumah,keluar rumah kaki kiri,pakai kasut kaki kanan,pastu baca r ayatulkursi,and tawakal 100peratus kat Allah..
insyaAllah selamat...selamat mencuba.
April 29, 2009 at 2:12 AM
apsal ko tak ketuk je 'telur' mamat tu!!!

kasi pecah!!!

bangsat!
Anonymous said :
April 29, 2009 at 4:27 AM
ni cite ownner blog ke sapa ni? time asas pon buleh balun. kalau dia wat time sekarang ni kat ko konpem x leh berzurait lagi lepas ni. kan?
weh paiseh ni kelucahan terkawal, takpe.
famia said :
April 29, 2009 at 2:52 PM
myheart: salam. baik. tengs.

7kaki: hm. cuba ko yg kena time tu. ko jd gadis.

anon: hehe. cita2 sapa2 pun boleh je.
DarkWan said :
April 29, 2009 at 4:00 PM
entri ini bukan kelucahan. ia adalah mengenai perilaku seekor binatang yang menggunakan organ seks menggunakan sebagai senjata.

kalau gersang sangat, cari la kat Bukit Bintang taim malam2. ada je pempuan. local ke, vietnamese, chinse, philippiens, ade je.

aku paling benci perogol.
famia said :
April 29, 2009 at 5:56 PM
dope: haah. sama dengan. aku benci jugak. tu blom lagi kes rogol budak2 kecik. belum mumayyiz pulak tu! astaghfirullahalazim..
M-I-N said :
May 1, 2009 at 10:28 PM
kambing tanah r itu mamat.kurang akhlak ke ape?
famia said :
May 2, 2009 at 10:45 AM
min: haah. kurang akhlakla tu.
aCe_LaNuN said :
May 3, 2009 at 8:22 PM
wawawa....
sebagai warga seksyen 18,s.alam...
amat kesal gn kes2 cmnie...
mmg byk brlaku...
saranan2 diatas amt bagus sekali...
klu bleh jerit sekuat ati...ramai org kt kwsn seksyen 18 nie....
famia said :
May 3, 2009 at 9:56 PM
ace: hehehe. kalau jerit kuat2.. dia sua kang. haa.. macamana. hehheehe. entahlah. benda macam ni x mengira umur. budak kecik pon boleh kena. napsu manusia memang unexpected. kalau takde iman.. memang selamatlah.
aCe_LaNuN said :
May 3, 2009 at 10:12 PM
gigit aje kc putus...biar turs xder..hehehe(nkl aku)
kt mne2 pon perkara nie lh trjd...kne pandai jg diri...jge iman...jge ahklak..jg tepi kain sendiri..
....................
lelaki ader 9 akal...1 nfsu..
tp akal xleh pakai...1 nafsu cm binatang(aku lelaki kah???)
.....................
famia said :
May 3, 2009 at 11:25 PM
ace: heheehhe. lelaki. mana2 pun mesti suruh buat benda yang sama. gigit sampai putus?

perghhh.. hehe.

sila review balik tips melawan flasher. diorang tu memang bertujuan nak suruh sentuh/pegang/tengok/apa2 jelah Yang Sewaktu Dengannya.

Dan.. yg perempuan punyalah nak elak daripada TER sentuh/pegang/tengok/apa2 jelah Yang Sewaktu Dengannya..

kira..
benda yg sepatutnya nak elak tu..
apsal nak di..
paham ke tak tah ni hala tuju ayat.
el said :
May 6, 2009 at 12:39 PM
errr...

lupa pulak, ada doa pelindung diri dan juga keluarga dan harta termasuk sekali, bagus kalu diamalkan org perempuan bila nak melangkah keluar dari rumah. Kalau nak sy email kan.
August 10, 2011 at 10:51 AM
ya. boleh je diemailkan ^_^

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.