Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, April 05, 2009


_Kami ke Bagan.

Bagan Serai?
Bukan.

Bagan Timun?
Bukannnn..

Bagan Bawang?
.........?? (baling penutup periuk)

Bagan Kunyit?
............!! (baling lesung batu)

Bagan lalanggg. Lalanglah. Lalang!

Tapinya.

Jangankan lalang. Gaban pun aku tak nampak. Mungkin.. tersembunyi barangkali. Maklumlah. Musim hujan sekarang ini kan. Walaupun hujan.. sampai juga kami ke sana. Dia punya feel macam pergi Perak. Memang ekselen. Sekali sekala tenung ciptaan Allah memang boleh kembang kuncup perasaan bersyukur itu.

Sepang Gold Coast, Bagan Lalang.

Berkejaran

Ini kan..

Pertama kali jejak kaki. Dia punya feel itu memang indah. Ekselen. Aku ini bukan apa. Kalau nampak pantai memang terus automatik jadi jakun. Pantai itu memang tempat paling 'Thank You Allah.. kalau boleh tinggal tepi pantai memang nak!'. Boleh jadi nelayan. Kira.. kena pindah pantai timurlah macam ini. Semangat terlalu cintakan pantai.

Confession of a Pantaiholic.. ehem.

Pantai Yang Kacak

Detik terakhir sunset..

Sunset

Hah.

Dari Shah Alam nak ke Bagan Lalang memang dekat je. Siap lalu GRAND PRIX lagi. Jangan main-main. Orang kampung macam aku, Dani dan Suhaila ini memang panggil Litar Sepang. Tak pun F1. Budak Anis ini seorang je yang panggil GRAND PRIX (setiap kali sebut kena letak big caps agar nampak lebih grand). Generasi 90an la katakan. Terpinga-pinga juga generasi 80an macam kami ini.

Ok.
Cukup pasal GRAND PRIX.

Kejap..

Motif sebenar kami menyinggah ke Bagan Lalang ini tak lain tak bukan sebab nak makan Seafood je. SEAFOOD je! Betapa gila banyaknya dia punya 'Seafood je' jual dekat itu. Segar bugar betul. Gila solid. Sampai menyentap usus perut. Bikin perut saya lebih kencang dan air liur berjurai-jurai meleleh saja.

Slurpppp.. (kesat air liur)

Walaupun begitu ramai 'Seafood je' yang sedang menjual diri dekat situ. Cuma beberapa jenis saja yang terpilih mengikut selera hati kami. Yang lain jangan risau.. masih boleh cuba lagi lain kali, ok.

1 ekor Siakap.
Dimasak 3 rasa.
"Hati-hati memakan siakap.. beliau suka bercakap bohong."

Ini siakap yang suka berbohong

Berkeping-keping Pepahat.
Dimasak cili.
"Pahat bukan sebarang pahat. Pepahat datang bukan daripada Batu Pahat."

Ikan Pari.
Dibakar kering bercili begitu saja.
"Menitik air mata makan ikan pari bercicahkan cili berapi."

Berekor-ekor Udang.
Dimasak Tom Yang Tak Berapa Nak Kung.
"Memang kencang. Tak berapa nak kung.. tapi layan je."

Tom Yam udang

Berekor-ekor Sotong.
Digoreng tepung begitu saja.
"Gila fresh. Nampak je macam digoreng dari luar. Dalamnya boleh tahan raw."

Berekor - ekor Ketam.
Dimasak cili berapi.
"Pedas gila. Tangan boleh BERPINAR-PINAR. Whoaa!"

Ketam Cili Berapi

Sayur.
Dimasak ala-ala Kailan Ikan Masin. Tapi bukan kailan.
"Memang hijau habis sayur itu. Terus rasa bertenaga lepas makan sayur! Macam Popeye!"

Lauk 7 Jenis

7 hidangan penuh.
4 pinggan nasi penuh selambak.

Dipertaruhkan.

7 hidangan kosong!
3 pinggan nasi berjaya ditelan. 1 pinggan penuh lagi terbiar.

Jumlah harga kesemua hidangan.. dalam RM125.

Ya. RM125.
Memang rare betul dia punya harga.

Amacam?

Dah terliur ke_

Kategori:

28 Responses to "Bagan Gaban"

April 6, 2009 at 2:22 PM
seyes terliur!! grr

:p
faizal said :
April 6, 2009 at 3:32 PM
menarik sekali gambar2nya
faizal said :
April 6, 2009 at 3:43 PM
lawa gambar2nya
famia said :
April 6, 2009 at 4:27 PM
akmar: hehehe. gi la makan.

faizal: err.. biasa2 je. tak beraapa nak pro pon ni. hehe. trimas.
Nana CS said :
April 6, 2009 at 4:32 PM
err..bukan ke buzzy pun pegi bagan lalang weekend aritu..

err...kau tak jumpa dia?
ahahaha...

ok, aku puasa hari ni, kau dah berdosa letak gambar tu !
April 6, 2009 at 4:47 PM
cantik betul pemandangan tu..
tiba-tiba nak cakap : Subhanallah..Santeknye..
penah pegi Bagan Lalang, tapi time air surut..tak best..pagi2 subuh, air laut die mmg best..

terliur betul tgk gambar mknn tu, esok nak posa..tak leh bukak blog ni esok..nnt tgugat iman..hehe
shezorro said :
April 6, 2009 at 4:52 PM
terliur jugak. yummy
famia said :
April 6, 2009 at 5:05 PM
nananya: hehehe. bazi gi sane? whoaa.. nampak naa bagan ni pujaan ramai. mane mungkinlah aku jumpa dia. hehe. aku nampak banyak kanak-kanak je ni. taktaulah kalau dia nampak aku ke kan. aku kan dah rabun ayam sikit kebelakangan ni. hihi. oloss ko dah terlior ke. rasa berdose gile plak. sori. kan dah berenang dalam lautan air liur ko ni.

your name is ain: hehe. yeke. oke. jangan bukak blog ni ketika pose. tak sanggup nak berenang dalam lautan air liur. hehe.

shezorro: hehehe. lapar eh. sian.
ieba said :
April 6, 2009 at 5:28 PM
perh!! gajen sungguh kamu tsesat di bagan...bikin panas tengok gambo..lauk x hengat punyer penuh..ajernyer sengal sungguh
DriverGRANDPRIX said :
April 6, 2009 at 5:37 PM
haduii.. PIJAR2 mate aku tgk laptop ni.. huhuhu [muahhahahahahahhaa]

Sayur.
Dimasak ala-ala Kailan Ikan Masin. Tapi bukan kailan.


oit.. tu mmg kailan la... ish3.. wat malu anak dare la ko ni.. huhuhuhu...

nway.. bak kate anis... GRAND PRIX sebut nye --> GRAND PRI.. hurup X kena sembunyikan.. muahahhaha...
famia said :
April 6, 2009 at 6:16 PM
ieba: hehehhe. takdelah tersesat. memang nawaitu nak ke sana. hahaha. lapar ke tengok lauk? sabajela yek.

suhaila: ahkahkahaks. woh.. aku mane rajin makan kailan lah. patutlah rupa macam kailan. memang kailan rupanya.
13may said :
April 6, 2009 at 7:00 PM
lama tak pi situ...
liyananaznim said :
April 6, 2009 at 7:06 PM
shooting di bagan lalang sememangnya terbaekkk!
cantik semua gamba gamba silhouette ittew. ;)
Anisa Ahmad said :
April 6, 2009 at 7:54 PM
cisss!!

tkpe2..
famia said :
April 6, 2009 at 10:10 PM
13mei: haa singgah2. sila. sila.

liyana: hehehe. tu lah. nampak gak 2.. 3 keping photographer haritu. semua bawak 'gun' besar gedabak.

anis: hihihihihihihhihi.
iN said :
April 6, 2009 at 11:22 PM
pergh..sedapnye..
pasni dtg umah kak famia..terus tarek kak famia la..
jom g bagan..kak famia belanje..
yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
April 6, 2009 at 11:24 PM
wahh...
menitis sudah air liur ku :P
April 6, 2009 at 11:48 PM
aku sepatutnya tak baca entry ketika perut sedang kosong!

kruk kruk!
famia said :
April 7, 2009 at 6:33 AM
in: hehehe. eleyy.. oke. turunlah. carik umah ai sampai dapat tau. hahahaha

nur: hehehe lapar ke. siannye.

7kaki: hahaha. sape suruhhh. ambik.
Anonymous said :
April 7, 2009 at 12:17 PM
1-subhanallah cantik pemandangan di atas.

2-nampak sungguh lazat dan reasonable price. berbaloi rasanya,
famia said :
April 7, 2009 at 2:17 PM
anon: ye. ciptaan allah memang cantik. member kata.. tu super duper murah tu. ye kot.
mist said :
April 7, 2009 at 6:24 PM
-chis dan chis.. bikin hati gundaah..dh la tgh lapo nie

tpkan..mmg sgt cantik sunset tu. subhanallah..jeles la tak dpt tgk sndiri
famia said :
April 8, 2009 at 8:13 AM
mist: hehehe. lapa ke. siannye. sape suh tak makan. kan ke dah terlior.
DarkWan said :
April 8, 2009 at 12:36 PM
hihi. naseb aku baru abes makan sifud 3hari berturut2 kt JB, 2 minggu lepas. jd xde la terlior sangat.

tapi tetiba rasa lapar gak neh. kekeke.
M-I-N said :
April 8, 2009 at 4:56 PM
terbaek lauk pauk tersebut.siap ade pantun bagai.kita ke sepang!!!!
famia said :
April 8, 2009 at 6:28 PM
dope: hehehe. berturut2? perghhhhhhh.. ekselen.

min: hehehe. silalah. layan jugaklah lepak2 situ.
April 12, 2009 at 3:36 AM
aku suka pix silhouette yg pertama tu..best
famia said :
April 12, 2009 at 8:30 AM
kareem: hehe. trimas.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.