Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, March 24, 2009


_Semalam. Di meja makan. Jam 8 lebih malam.

Watak-wataknya..
Sekeping borang kemasukan ke IPT. Aku. Adik Uya. Meja makan.

"Adik.. kakjai dah tuliskan nombor IC mak dengan ayah tau. Apalah. Nombor IC mak ayah pun korang tak simpan ke. Blablalabalablabla.."
"Ok."
"Adik.. kakjai dah masukkan sekali nombor telefon ayah. Apalah. Nombor ayah pun tak ingat ke. Blablablablablabalbalbala.."
"Ok."
"Ehh..ehhh! Alamak adik! Kakjai tersilap masukkan nombor telefon ayah kat bahagian Bandar. Alamak.. sori.. sori. Bagi liquid paper cepat."
"Itulah akak niiiii kecoh.. mana ada orang pakai liquid dah. Kan dah salah. Nanti kena reject borang ni ke apa ke. Blabalbalbala.."
"Yela. Sori..sori. Nanti kakjai carikkan liquid."
"Halahh akak ni..blablabalbalabla.."


Tiba-tiba..

Dekat borang itu. Aku ternampak benda yang tak sepatutnya nampak. Dari jauh lagi dah nampak.

Tertulis..

WARGANEGARA: BUMIPUTRA

"Adikkkkk.. ni apahal warganegara ni Bumiputra ni?? Ak alah budak niii."
"Hah.. salah ke? Bumiputra tu.. apa kak?"
"Ak alahhhhhhhhhhhhhhhhhh.. warganegara Malaysialah. Laaaa budak ni.. macamana ambil SPM ni."


Aduuuuu...
Lemah betullah budak ini.

Bila pula Bumiputra ini dah bertukar jadi negara ini_

Kategori:

22 Responses to "Warganegara Adik Saya Adalah Bumiputra"

el said :
March 24, 2009 at 12:16 PM
Sengal la pulak ~
Indrasakty said :
March 24, 2009 at 2:22 PM
Kakjai tak tolong isikan borang dalam talian ke?
March 24, 2009 at 2:26 PM
tengoklah kakaknya macam mana kan?

super kreatep!

maka adiknya follow je.

kakakakakaka!
famia said :
March 24, 2009 at 3:29 PM
el: budak tu memang. gelengkan saja kepala.

khairulhak: takla. hehe. takkan boley pakai liquid paper kot kan. ni ipts punya borang. pakai jari looo..

7kaki: ehemmm.. assalamualaikum sedare.. baik punya kutuk ye. ni makan dalam ni.
famia said :
March 24, 2009 at 3:32 PM
khairulhak: ooo.. silap jawab. yg dalam talian tu dia isi sendiri. (kakaknya baru 2 hari tau kewujudan borang UPU diisi online. gileee kesiannn.. hahhaha.. tulah.. conventional lagi.. nak buat macamana kan..)
landaklaut said :
March 24, 2009 at 4:31 PM
hahaha.. biasalaa tu dah banyak sangat isi borangg.. huhuhu.. negara baru bernama bumiputra.. huhuhu...
March 24, 2009 at 4:37 PM
hehe..
klaka klaka..
March 24, 2009 at 6:30 PM
ades, kak famia. sian adek akak klu die baca blog ni.. huu.
M-I-N said :
March 24, 2009 at 6:33 PM
hehehehe.nasib sedar sebelum submit borang.kan?
famia said :
March 24, 2009 at 7:49 PM
cahaya: takdela banyak mana. dia memang macam tu budak tu. hehehe. sabajela.

ain: hehehehe. tak baik gelakkan adik saya.

akmar: kannn.. hehehe. sori adik uya.

min: hehehe. belum lagi. ada tertonggok lagi atas meja tu.
Ezad said :
March 24, 2009 at 9:29 PM
mcm ni nak masuk univ??


*lari*
famia said :
March 24, 2009 at 9:48 PM
ezad: perghhhh.. mak bapak kami pun tak keluarkan ayat macam tu kat adik aku tu. ni jatuh kategori menghina saudara islam ni.
Ezad said :
March 24, 2009 at 10:02 PM
kekeke...
gurau senda.. saje je nak bagi ko stress..
hehe

semoga adik kau menjadi graduan terbaik dgn mendapat anugerah dekan.

juga didoakan agar adik kau dpt 4.0 tiap kali exam

seterusnya adik kau berjaya menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang gemilang dan terbilang di bumi malaysia tercinta ini

amin ya rabal alaminn
LediAgli said :
March 24, 2009 at 10:08 PM
gile la kau.. memaen dengan adek sendiri.. kalau aku.. dah lame dah sekeh kak jai..
March 24, 2009 at 10:10 PM
eh?

wa'alaikumussalam.

silalah masuk kak.

jual kain yer?

selai berape kak?

kakakakaka.

makan cili ke kak?

kakakakaka!
famia said :
March 24, 2009 at 10:32 PM
ezad: hehehe. takpe. tak kisah. benda kecik je. cuma.. antara manusia.. ada adab begurau. bukan semua benda terbabas cakap tu jatuh kategori Gurau. hehe. harap diingat. ye. time kasih. amin harapnye.

ledi: ihihihihihihihi.. tak baik ko nak sekeh aku. aku tolong adik aku tau.

7kaki: hehe. suka ye. gelak banyak2 tak elok sedare.
March 24, 2009 at 11:26 PM
mana kan sama gelak bertaip dgn gelak berbunyi.

apatah lagi dalam realiti dahi yg berkerut lebih banyak dr suara yg berbunyi tawa.

cewah.

alasan semata-mata.

hehe.
famia said :
March 25, 2009 at 10:15 AM
7kaki: ekselen. kekalkan.
syahza said :
March 25, 2009 at 11:50 PM
eh chup..salah ke kalo tulis, warganegara = bumiputera?
Nana CS said :
March 26, 2009 at 8:52 AM
adik aku dh gi plkn, so aku lah penulis semua borang permohonan dia.

tapi, aku kalau boleh nk biar dia blaja dekat2 je.
kesian mak aku, takde kawan kalo dia gi jauh2.
mist said :
March 26, 2009 at 6:56 PM
hehe

klako la..tp sekali bace mmg tak pasan.
mgkn saye sendiri penah wat tp xpasan. haha
famia said :
March 27, 2009 at 9:47 AM
syahza: salahlah kan kak. hehe. bumiputra selalu dekat bahagian Kaum kot. Bumiputra dengan Sabah Sarawak.

nananya: hehe. itulah tu.

mist: haa dah sah2lah tu. hehe

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.