Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, March 15, 2009


_Mari bercerita perihal Terengganu.

Ok. Ok.

Ini bukan cerita orang jakun (gila taknak mengaku). Ini cuma cerita orang yang kali kedua menjejakkan kaki ke Terengganu. Agak jakun. Tapi tak berapa nak jakun. Tapi bolehlah jakun sikit-sikit. Sebab tak pernah jumpa dekat KL kan. Memang boleh tangkap cintalah pendek katanya.

Saya rasa.. saya sukalah dekat Terengganu.

(Mungkin perlu berdebar-debar sikit barangkali)

Tapi.. entahlah Terengganu suka dekat saya ke tidak.

Walaupun pergi atas alasan kerja. Dan nak jalan-jalan sekeliling Terengganu pun tak ada masa. Dan nak beli kepok lekor pun tak sempat langsungnya. Jamah apatah lagi. Dan walaupun hujan berterusan dari malam Ahad sampai ke Ahad petangnya. Dan walaupun resort itu ada Wifi percuma tetapi connection asyik putus-putus tercabut nyawa. Dan cuma baru sempat merasa Sata goreng 4 keping.. rm1. Dan nak celup kaki ke pantai pun tak ada rezekinya. Nak tengok pantai apatah lagi. Cuma celup air mata darah semata.

Tapi..

Saya rasa.. saya sukalah dekat Terengganu.

Jangan risau, Terengganu.

Saya setia orangnya.

Eh, tapi memang serius Terengganu super kacaklah. Antara ketiga-tiga negeri pantai timur, memang Terengganu paling kacak. Pantai dia. Rupa dia. Orang-orang dia.. err.. orang-orang Kelantan mungkin menang lagi kot. Kepok lekor dia. Batik dia. Penyu dia. Telur penyu dia. Sata hard disk dia.

Perghhh...

Ekselen.

Apa yang ekselen?

Ni haa..

Point 1: Stesen Petronas Pantai Timur

Cashier dia mesti wajib bagi salam. Senyum. Dan cakap terima kasih.. sila datang lagi. Dekat setiap orang. Setiap orang tahu. Kalau 8 juta orang tengah beratur nak membayar.. memang 8 juta kali dia ulang. Gila ekselen. Memang rare. Sopan pula. Senyum lagi. Manis pula itu. Bukan macam KL punya cashier. Macam cuka. Macam garam. Hishh..

Point 2: Kedai Makan A & I Mukarramah, Paka Terengganu

Dia punya interior design.. perghhh.. macam dekat Ikea. Dinding hijau bersih tak bercoreng. Kipas stok mahal berbiji-biji. Gambar-gambar besar dibingkaikan dekat dinding ala-ala Secret Recipe. Cermin dekat sinki basuh tangan pun macam Ikea punya. Lantai bersih gila. Macam boleh baring-baring. Staff semua pakai baju warna hijau. Memang ekselen. Cuma.. makanan dia tak berapa nak tip top. Bo..lehlah dilayan kalau tengah lapar.

Point 3: Tandas Mesra Mall, Kerteh Terengganu

Perghhhh.. setanding KLCC. Sinki dia bukan calang-calang sinki. Sinki macam dekat KLCC.. Times Square. Makcik cleaner dia pun punyalah baik. Bermuka manis. Siap jemput masuk lagi. Waemah tengah sental lantai.

"Masuk dik.. masuk. Tolok pintu tu. Yang hijau tu takdok oghang."


Gitulah lebih kurang. Bahasa terengganu dia memang solid. Hah. Cleaner dekat KL mana ada bermuka manis nak jemput masuk ke bilik air. Nak halau keluar bilik air lagi adalah. Riak muka diorang mesti macam muka tengah sakit perut. Macam cuka. Macam garam. Hishh..

Point 4: Yee Mee Chicken Mushroom, Mesra Mall

Huishh.. KL pun kalah. Sedap gila. Pekat dan likat dia memang ngam-ngam. Tak lebih. Tak kurang. Harga dah sebiji macam KL punya. Tapi.. yang rare adalah.. dia siap racik-racik kobis rangup segar atas yee mee. Free lagi. Kan ke gila solid. Tak macam dalam gambar. Memang indah rupa daripada khabar. Makin ekselen dia punya rasa dan bau. Memang boleh meninggalkan kesan kebuluran yang terlampau. Dah makan pun boleh terkenang-kenang lagi.

Syahdu betul.

Dalam itu pun ada Big Apple. Body Shop. Starbucks (boikot boikot). Bukanlah aku layan. Cuma kagum dalam itu ada macam-macam. Big Apple je yang teruja. Memang tak boleh nak balik KL selagi tak singgah Big Apple Terengganu. Kluang yang ada 2... 3 biji mall besar pun tak ada kedai-kedai itu tau. Betapa ekselennya mereka.

Point 5: Rumbia Resort, Paka Terengganu

Inilah resort kami. Dah dekat betul dengan Petronas Kerteh. Memang macam sekangkang penyu je jarak dia. Resort ini memang terbaiklah kalau nak dibandingkan dengan resort-resort yang aku pernah duduk dekat Penang dulu itu. Memang ekselen. Dia punya rupa macam rumah. Ada 3 bilik. Ada 1 ruang tamu. Ada 1 dapur yang sempurna. Ada tempat khas untuk solat (memang terbaik). Ada Wifi percuma. Ada tempat makan yang tak berapa nak ikhlas jaraknya. Memang puas hati. Harga pun rangup. Tak cekik darah.

Point 6: Nasi Pataya, Pasar Malam Paka Terengganu


Nasi pataya dia memang rare. Tak jumpa dekat KL. Atau.. mungkin aku yang tak jumpa barangkali. Entah. Jarang betul makan luar dengan family. Setahun sekali mungkin. Dia punya nasi pataya itu.. bungkus punyalah sopan dengan telur. Elok molek je bentuk dia. Atas dia disapu sos cili. Ditenggekkan ayam goreng madu berperisa solid atas itu. Kepak ayamlah yang selalu banyak tertenggek. Memang ngam. Pujaan hati itu.

Harga dia.. memang macam KL punyalah. Dalam rm3 macam itu. Tapi gila banyak nasi dia. Kalau KL.. memang sejemput je dia letak nasi. Orang kl yang jual nasi pataya memang ikhlas meniaga.. tapi itulah.. agak boleh tahan kebulurlah pembelinya. Kan.

Ok.

Dah habis point.

Itu pun 1 malam je dekat sana. Sempat menyinggah pasar malam je. Alahai. Nak peluk cium pasir pantai pun tak berkesempatan. Kejap sangat menyinggahnya.

Tapi.

Saya rasa.. saya sukalah dekat Terengganu.

Bulan 8 penyu bertelur.

Jom singgah Ganu jom_

Kategori:

19 Responses to "Terengganu Yang Ekselen"

Indrasakty said :
March 16, 2009 at 3:52 PM
Wah, baca deskripsi menggiurkan nasi pataya tu terus rasa lapar yang amat datang mencengkam. Tergoda iman petang.
M-I-N said :
March 16, 2009 at 6:52 PM
wah!sangat best entri anda;terutamanya point 4 ngan point 6.serius ek yee mee terbaek?harus dicuba.mau kang buat gila pergi balik paka nak rasa yee mee dengan nasi pataya je.
aim-a said :
March 16, 2009 at 7:23 PM
ghanu mmg beh..hehhehe..meh arr jalang² lagik kak ghanu..saye bley jadik trevel agentnye...gi kuale terengganu aaa pulok ek...:D

errr...err...penyu telur bulang 6 laa cek..:p
DarkWan said :
March 16, 2009 at 7:36 PM
Kt tmpt2 hentian utama, tandas dia bersih yang amat. Masuk harga standard je, 20 sen. Siap ada pouch utk duduk, tumbuhan2 hijau, etc. Mcm hotel 5 bintang pun boleh kata juga lah dia punya bersih tu. Kalau nak tidur dalam pun boleh. Kalau x mengenangkan tempat tu tempat jin dan setan bermastautin, da lama aku rasa nak guling2.

Hahhaa.
March 16, 2009 at 10:01 PM
jom p sana! wa lama x p sana!
paiseh said :
March 17, 2009 at 2:33 AM
oit oit!! apehal gua yang ada kampung kat sana tak tau pun ujud benda2 ni sume?? betul ke lu gi teganu ni weyh??

*garu2 pale tak caye
MaJa said :
March 17, 2009 at 4:58 AM
tapi masa saya muda dulu. saya selalu main mata dengan akak indon yang jaga tandas kat lowyat tue. boleh tahan comel lah juga. dia layan pula tu. tu yang buat selalu gi toilet tu, sampaikan da x payah bayar nak masuk toilet. hasil main mata. ewah.
Janesach said :
March 17, 2009 at 1:54 PM
Dari dulu Ganu mmg sentiasa di hati. Pernah hampir jadi separa warga Ganu, tapi tak ada jodoh. Tapi skrg masih juga berjinak2 utk kembali menyukai Ganu. Sbb macam yg awak kata, Ganu byk yg unik. "Sbb di Ganu ada Sabariah!!" Erk....
buzzybug said :
March 17, 2009 at 2:34 PM
saya pun suka terengganu. :D tp, suka pantai dia je laa... ;)
famia said :
March 17, 2009 at 10:05 PM
khairulhak: bagus. sila pergi beli sekarang. hehe

min: hehe. tapi.. lain tekak lain selera. hati2.

sri ema: hehe. dulu gi KT. sbb nk menyinggah pulau kapas. memang layan. cuma penat nak mati sbb backpacking. tak puas bejalan. pasal tak tau tempat. lepas ni gi lagi la meh. baru ekselen.

dope: hehehe. terbaik kan. best best.

dboy: hehehe. baik. mari.

paiseh: hahaha. lu.. kampung belah ulu2 barangkali.

maja: lowyat? heheheh. anak2 muda zaman sekarang. ish ish ish..

janes: hehe. kan. memang ekselen.

buzzybug: hehehe. tu blom betul2 suka tu.
Nana CS said :
March 19, 2009 at 8:11 AM
oi. ayah aku org ganu.

aku pun ada darah ganu jugak la kan?

wei, jumaat ni camne, sila ym aku. kenapa tak balas sms aku?

huhu..
Liyana said :
March 19, 2009 at 11:10 AM
terengganu mmg best..ni belum makang otok2 N sata g..nasi dagang..khepok leko..cendol pulut..aduh rindu sy bila bce entry ni..aku yg jauh diperantauan..g la lg..g lawat masjid kristal plok..dll..dok nyesal la punye..
famia said :
March 20, 2009 at 7:42 AM
nananya: hehe. ye. ko orang ganu jugelah kesimpulannye.

liyana: masjid kristal tak pernah tengok lagi. dulu singgah KT tapi tak sempat nak menyinggah. takpe.. Terengganu tetap di hati. pasti singgah lagi. :p
LediAgli said :
March 21, 2009 at 12:24 PM
sekarang musim candat sotong
famia said :
March 22, 2009 at 8:59 AM
ledi: bulan 4.haah. kite tak penah pegi. penyu tengah nak betelur pun aku teringin nk tengok.
Sham Hassan said :
May 25, 2012 at 8:00 PM
salam FH,

ada pergi ke TRG lagi ke? TRG mmg best pong!!!
May 25, 2012 at 11:18 PM
ws wbt, tak ada. sekali tu je.
Sham Hassan said :
May 25, 2012 at 11:58 PM
lepas ni ajak family pergi bercuti kat Tasik Kenyir pulak...best woo!!! :)
May 26, 2012 at 12:06 AM
insyaAllah

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.