Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, March 12, 2009


_SPM. Sijil Penamat Menuntut.

1998.
Back to the future past.
Nombor giliran: RA032 B147

Aku ingat lagi masa itu. Detik itu. Berdebar boleh tahan kencang jugalah nak menunggu result SPM. Mana taknya. Bagi orang-orang yang tak berapa nak mentelaah.. tapi rajin mencium buku sambil bermimpi.. memang kencang juga debarannya. Gaya macam itulah hidup. Itulah mati.

"Dia punya ketaq itu.. memang longgar kepala lutuit noooo.."

Semangat slang Peghlih.. barulah solid SPM 1998, 2 tahun di Beseri Perlis.

Zaman aku. Masih pakai sistem agregat dan pangkat. Masa itu. Kalau dapat pangkat satu itu.. memang rasa macam dapat teruskan hidup. Dan. Alhamdulillah. Pangkat 1.. dalam tangan. Cuma.. agregat itu je yang tak berapa nak kacak. Tak solid langsung. Tak ekselen apatah lagi.

Kena 'ceramah bebas kuak lintang' dengan mak ayah.

Memang nangis.

T______T

Itu.. cerita dulu.

2009.
Back to the current.

(Sebelum SPM 2009)

"Adik. Kalau adik dapat A.. kakjai bagi rm50 tau".
"Ok. Akak janji?"
"Mestilah."
"Kalau dapat semua A?"
"Ha.. bagi jelah rm50 kali 9 sabjek. Ke 8 sabjek."
"Ok. Cantik."


(Selepas SPM 2009)

"Hello assalamualaikum."
"Ya.. waalaikumsalam."
"Ayah.. adik zuhra dapat berapa A?"
"Hmmmmmm.. tak ada A. Semua B dengan C je."
"Laaaa budak itu."
"Itulah korang. Masa form 4.. form 5 taknak tengokkan adik itu. Dapat result macam itu.. kan dah susah nak apply mana-mana."
"Hmm.."
"Entahlah tak tahu mana dia nak apply itu."
"Hmmmm.."
"Belajar main-main. Blabalbalablabla.."
"Hmmmmmm..."


Ekselen.

Selamat duit aku!

Opp.. tak tak.

Ceramah bebas kuak lintang mak ayah.. masih milik aku. Memang nangis.

T______T.

Budak ini nak kena ini.

Hah.

Buat semua calon penerima result SPM 2009.. tahniah dan cuba lagi.

Cuma satu je nak pesan..

Gagal sekarang.. bukan bermakna gagal sampai mati. Tak bermakna ekselen sekarang.. korang ekselen sampai mencari nafkah sendiri. Cuba lagi. Jangan diputuskan asa itu. Bangun. Jangan lemah semangat. Tak kacak nanti. Orang yang berjaya adalah orang yang pernah merasa manisnya kegagalan. Tanpa kegagalan.. mana mungkin korang berjaya. Itu ekselen tiruan, wahai adik-adik.

Hah.

Yang lain-lain itu.. dapat berapa A pula_

Kategori:

12 Responses to "SPM 2009"

March 12, 2009 at 5:01 PM
keh3

bil A sy pown tak bape nk kacak
tapi sekrg rasa2, nampak samar2 dh masa depan.insyaAllah
yg lalu tu biarlah berlalu kot.
yg pentg adalah hari ini dan hari esok

huuuuuuuuuuuuuuuuu
mari senyum!
=)
famia said :
March 12, 2009 at 5:10 PM
akmar: itulah.. nak kene pk apa ayat nak sedapkan hati adik.. ngn hati mak ayah. hmmm... mencabarnye jadi kakak sulung.
March 12, 2009 at 9:51 PM
hmm, mmg mencabar. semangat2!

kwn sy kt sini pown cam akak fikirkan masalah adek die.anak sulung gaks.
semangat yek!
sangbogoroyo said :
March 12, 2009 at 10:29 PM
He.Dl dpt 13 agregat.Xbrp nak kacak la
famia said :
March 12, 2009 at 11:03 PM
akmar: hehe. gitulah nampaknye. aja aja fighting! :p

sang: 13? wohoo.. kacak gak tu. hehe.
March 13, 2009 at 12:12 AM
dulu ekselen tapi sekarang kurang kacip.

tapi kacip tak kacip di sini belum lagi.

nak tau kacip tak kacip tunggu di sana.

ada yg di dunia nampak tak kacip tapi di akhirat superkacip!

ada yg di dunia peeerghh superkacip tapi di akhirat no kacip at all.

sama2 kita pikir kacip mana yg kita nak yeh?

peace to you all!!
famia said :
March 13, 2009 at 5:29 AM
7kaki: hehehe. ye ye. sangatla betul adanye. tapi takat ni.. kat dunia ni.. result spm jela yg disusah atikan. hmmm..
March 13, 2009 at 9:32 PM
tahniah utk da skola agama rakyat maahad perempuan kelate. kamo mmg da bomb!
famia said :
March 14, 2009 at 12:06 AM
ST: ye. tahniah dekat adik nik nur madihah. ekselen.
March 14, 2009 at 12:49 AM
salam.. pada tahun 1998 tu abg dapat pangkat 1
lupa ada berapa A hehehehe 1981 tu spm 1998 kan hehehe
March 14, 2009 at 12:49 AM
tahniah! adik2 semua..
famia said :
March 16, 2009 at 12:08 PM
dboy: heheh. ye ye. 1981 tu spm 1998.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.