Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, March 10, 2009


_Ini. Contoh karangan yang 'get carried away'.

Hah.

Cuba perhatikan.

1..
2..
3..
5..
8..

Go!

Minggu ini minggu terakhir. Lepas itu.. cuti sekolah. Bagi mereka yang drive ke pejabat.. memang seronoklah kot. Jalan bakal clear sikit. Ketenangan di jalanraya itu hak milik kamu. Walaupun jalan agak clear.. sila jangan memandu macam Gaban dan pelesit. Kalau tercium jalan tar itu hah.. siapa yang susah. Tak pasal-pasal terpapar dalam blog OndScene (hihihhi.. promotlah sikit kan). Tapi. Cuti sekolah memang best.

Ekselen kan.

Apa pasal kita tak ada cuti pejabat ek?

Cuti yang macam cuti budak sekolah dapat. Tak payah nak apply cuti tahunan bagai. Barulah semangat sikit nak kerja. Ini kalau kerja non-stop.. memang hampir nak meninggal jugalah. Dahlah pagi-pagi kena berasak-asak naik LRT. Berasak-asak gila punya rapat. Perhimpunan Rapat pun tak rapat macam ini dia punya rapat. Pagi yang sejuk pun boleh bikin panas. Dengan peluh likatnya. Dengan lenguh kakinya.

Woi.. woi.. adakah ini sejenis rungutan!

Apa ini.

Takkan merungut kot.

Dah dah.

Cuba fikir kenikmatan. Di sebalik. Naik LRT sambil berasak.

Bayangkan..~~

Dia punya rapat itu sampai nafas boleh berlaga. Bau nafas dengan gaya bebas. Lebih 'indah dan harum' daripada kasturi. Kau hembus nafas. Orang depan kau tarik nafas. Kau tarik nafas. Orang depan kau hembus nafas. Perkongsian nafas secara simbiosis. Gila. Nikmat ke? Itu belum lagi kes tangan merayap ke. Mata merayap ke. Kaki merayap ke.

Emakkkkk..

T____T

Tengok.

Asal kena buli je panggil mak. Asal nak menangis je panggil mak. Asal nak tidur je panggil mak. Asal takut je panggil mak. Asal sedih je panggil mak. Asal nak kahwin pun panggil mak. Asal bergaduh je panggil mak. Asal nak minta duit pun panggil mak. Asal nak belajar masak pun panggil mak. Asal lapar je panggil mak. Asal kena marah dengan mak pun panggil mak. Asal apa-apa jadi pun nak panggil mak.

See.

Betapa pentingnya watak emak dalam kehidupan.

Kalau main Freecell 24 jam pun kena marah dengan emak. Tahu tak aku gila game Freecell. Alah. Game yang susun daun terup itu. Aku suka susun laju-laju. Konon-konon macam selesaikan masalah dalam masa yang gila singkat. Emak tak bagi main. Mak cakap itu daun terup. Semua unsur daun terup memang emak banned. Emak tak bagi. Tapi aku main juga. Sebab ketagih gila.

Kau sila bayang dia punya gila.

Buka laptop.. bukan main internet.. tapi main Freecell dulu.
Nak makan nasi.. main Freecell dulu.
Nak buat kerja.. main Freecell dulu.
Nak mandi.. main Freecell dulu.
Nak tidur.. main Freecell dulu.

Kalau bukan Freecell.. mesti Sudoku.

Tak pun Hearts.

Ketik.. ketik.. ketik..
Klik.. klik... klik..

Sampai nak longgar mouse itu dibuatnya.

Korang.. tak pernah ketagih main game ke?

Alah.. tipulah itu.

Kalau aku ketagih, takkan korang tak ketagih. Dia punya ketagih itu memang ketagih. Macam ketagih gam. Walaupun aku tak pernah ketagih gam.. tapi aku tahulah ketagih itu macamana gaya. Dia macam ketagih Choki Choki. Semalam nak beli. Esok nak beli. Lusa nak beli. Tulat nak beli. Hah. Sekotak besar Choki Choki pun baru rm10. Gila murah. Dalam itu ada 12 peket. Huiii.. boleh tahan dia punya ketagih.

Rasa macam boleh buat sedulang hantaran ini Choki Choki ini.

Murah pun murah. Kreatif pun kreatif. Jimat kos. Satu dulang letak Choki Choki. Satu dulang lagi letak wide lens Canon. Satu dulang lagi letak Slurpee biru. Satu dulang lagi letak ABC. Hah. Cantik. Tengah-tengah panas angkut dulang hantaran.. boleh juga layan sedut Slurpee biru itu sikit. Lepas itu jamu tetamu dengan nasi goreng black pepper. Air barli panas.

Perghh.. sedap.

Maklumlah. Menjelang cuti sekolah. Mana-mana pun ada majlis pra-persenyawaan. Kenduri membesarkan perut tetamu. Memang ekselen. Aku terfikir juga. Kalau kenduri kitorang adik beradik nanti entah macamana punya gayalah agaknya. Yang pasti.. memang tak ada adegan sanding menyanding dan duduk atas pelamin dan katil pelaminlah. Sebab.. aku taknak.

Kita kasi simple.

Majlis santai.

Tak payah nak meja-meja kerusi bagai. Kita pasang tikar mengkuang. Boleh blocking seluruh pekan Wangsa Melawati. Dari hujung jalan ke jalan kampung lain. Sesiapa pun boleh jemput makan sekali. Letak je air basuh tangan. Pakai pinggan kertas. Cawan kertas. Semua orang pakat bersila. Barulah santai. Lepas akad nikah terus santai-santai lepak makan dengan tetamu. Borak-borak. Beres.

Hah.

Menarik itu.. menarik.

Ehem..

Assalamualaikum..

Dah sampai ke pulau mana kau kayuh entri ini?

Dah. Dah.

Pergi main Freecell sekarang. Lepas itu sila sambung kerja. Lupa daratan betul.

Hah.

Inilah contoh karangan 'get carried away' ya kawan-kawan.

Point penting dia tak lain tak bukan cuma satu je. Pointnya.. aku mengantuk gila. Mata gila tak boleh nak buka. Tapi kena buat kerja. Inilah yang dinamakan orang mengantuk jangan disorongkan bantal. Tapi sila sorongkan Freecell. Tak pun disorongkan keyboard.

Faham_

Kategori:

14 Responses to "Mari Layarkan Karangan"

abangpit said :
March 10, 2009 at 12:30 PM
suatu masa dulu, aku ketagih game sudoku, tapi aku tak macam kau, aku beli buku sudoku, pegang setiap masa, dimana jua, tu baru ketagih gila..
famia said :
March 10, 2009 at 12:41 PM
maoi: hahaa. ko tak penah tengok. mmg la ko tak tau betapa gilenye aku ngn sudoku. naik lrt.. tgh makan. tgh tido.. mesti kene pegang sebijik pensel. sbijik pemadam..ngn buku sudoku. siap hantar NST.. nak masuk contest. tapi takde rezki tak terpilih. buku sudoku aku gile banyak. dan salah satunye betul2 bentuk mangkuk jamban. dah penat main sudoku baru berpaling ke freecell.

aku loyal wo. susah sikit nak bosan. tapi nanti aku usung baliklah buku sudoku bentuk jamban tu. main sudoku balik baru ekselen.

haha.
MaJa said :
March 10, 2009 at 2:41 PM
agak2 kalau jadi cikgu ada x cuti mcm bebudak sekolah?
abangpit said :
March 10, 2009 at 3:59 PM
aku main sudoku pun sebab otak rasa sembab.. bila main sudoku baru otak berjalan lancar.. haha
danineh said :
March 10, 2009 at 9:03 PM
sangat berkecamuk jalan cerita kau..

*takpa paham

ahahah
famia said :
March 10, 2009 at 9:37 PM
maja: memangla takde.. tapi.. tapi.. nak cuti tak perlu eplai.. iskk..

maoi: hahahaha. sama dengan.

dani: haha. get carried away. macam ayie. ko ingat ayie punya style becakap? dia mesti pesen yg get carried away. bercakap macam ensaiklopedia bergerak. haa.. macam dope (kutuk terang2). hihihihi.. :p sori wahai dope.
paiseh said :
March 10, 2009 at 11:55 PM
hoh!! gua dah nak sumpah seranah tadi..
hape kes nak relate cite cuti skolah - lrt - emak - freecell -ketagih - kawen...

nasib baik lu ngaku awal2..

*lu suh bayangkan dalam LRT tadi tu, memang gua terus. hahahahahaa..!!
famia said :
March 11, 2009 at 11:56 AM
pai: ish ish ish ish dia ni.
Nana CS said :
March 12, 2009 at 11:53 AM
kau tau tak, budak opis aku yg namanya nini tu?

dia adalah penggila freecell dan sudoku.

hoho.
famia said :
March 12, 2009 at 5:07 PM
nananya: hehe. dani aku suke main minesweeper ngn sudoku. bolela tu. ala2 nak same. tapi tak serupe.
March 13, 2009 at 12:15 AM
masa ang kecik2 dulu sempat tak dgn buku komik yg harga lima posen satu tu?

dalam plastik?

yg komik2 kecik tuu.

yg popeye ada!

yg cerita lanun ada!

aduh!

nostalgia sungguh.
famia said :
March 13, 2009 at 5:31 AM
7kaki: 50sen? haikkk.. tak penah pula. tu zaman bile tu?
March 13, 2009 at 11:18 PM
ler.

ang adalah bayi 81 kan?

rasanya kat sabah saja yg ada mungkin.
famia said :
March 14, 2009 at 12:03 AM
7kaki: ha la. tapi x pernah perasan pula 50sen. tak pernah beli brgkali kot ni. takpun.. mmg tak wujud sekitar kolumpo. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.