Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, March 09, 2009


_Best tau jadi perempuan. Boleh bertudung. Bertudung itu best tau. Boleh jadi perempuan. Perempuan kan hiasan dunia. Hiasan yang boleh bikin hati mana-mana kaum Adam jadi gelora. Kencang macam ribut. Kadang boleh Tsunami. Trigger, orang putih kata. Sebab itu, kena tutup sikit hiasan. Kalau dah semua layan tangkap leleh dengan hiasan itu.. apa yang tinggal untuk tuan punya hiasan?

Hah.

Apa yang tinggal.. cuba story.

Mungkin..
Ada jugalah sebiji.. dua biji.. tiga biji peninggalan.
Tapi.. mungkin dah turun harga sikitlah untuk tuan punya hiasan.

Wah wah wah.. pandai menjawab.
Kiranya.. tuan punya hiasan itu.. siapa pula.

Hah.
Siapa.

Siapa..??

Lu.

Lu lah wei kaum adam. Bakal imam. Bakal tuan rumah. Bakal tuan punya ladang. Isk..

Dah.. dah.

Aku nak cerita pasal tudung. Dari a sampai z. Panjang gila nak mati. Panjang yang menakutkan. Lagi mengerikan. Memang amazing. Bukan kerja mudahlah (tak boleh cakap susah.. kena positif kan konon). Memang bukan kerja mudah. Walaupun aku pun (eh berapa banyak pun lahhh) langsung tak berapa nak sempurna lagi bertudungnya.. tapi aku cubalah. Dari tak ada kan.

Tapi memang macam orang gilalah nak mengarang panjang macam ini.

Makanya.

Sila berhenti takat ini saja.. kalau ada sakit jantung, sakit hati, sakit kepala dan segala sakit organ lain.

Entri ini memang tak logik kepanjangannya.

AMARAN: Panjang tahu. Menara KLCC pun tak panjang macam ini. Tak berapa nak useless. Tapi panjang tahu. Panjang langsung ini. Panjang tak berapa nak bersiri. Tapi.. panjanglah pendek katanya. Panjang tak kata. Sebab ini memang panjang yang punya.

Dah pening?

Ekselen.

Mari sambung kalau berani..

Point 1: Bertudung

Terus terang. Aku dulu mula bertudung secara half full time pun masa tingkatan 4. Mula pakai tudung part time pun masa darjah 6. Part time itu maksudnya, bila depan rumah.. dekat kampung.. dekat rumah saudara.. rumah jiran.. memang tak reti nak pakai. Half full time itu kiranya dekat kampung, dekat rumah saudara pakai.. tapi depan rumah tak pakai. Dah besar gajah, barulah betul full time.

Nak sidai kain depan rumah pun baru reti pakai.. isk.

Perasaan bertudung.. memang best. Hati jadi tenang. Kadangkala berkocak juga. Mana boleh tak berkocakkan. Nama pun manusia. Tak lari de dari kocakan skala Ritcher. Cuma lain manusia.. lain skala kocakannya. Tapi bertudung memang best. Dia punya 'feel' itu... memang tangkap. Rasa sejuk je. Pandangan pun dah pandai redup ke bawah. Tak ada nak meliar sangat.

Orang cakap.. nak bertudung ini kena ikhlas.

Memang betul. Sebab itu.. kalau nak ajak orang bertudung.. jangan paksa-paksa. Jangan kutuk-kutuk. Jangan maki-maki. Jangan herdik hina bagai. Jangan hukum mereka. Sabar. Sabar. Sabar. Ajak secara halus. Kalau main paksa-paksa.. tak jadi de. Dia akan pakai kejap.. lepas itu buka. Lepas itu pakai. Lepas itu buka. Lepas itu tak pakai langsung. Hah.. ulanglah sampai bila-bila.

Dan.

Kalau nak ajak orang terdekat bertudung lagilah bukan kerja mudah. Tak berapa nak mudahlah cucuk jarum masuk dalam hati orang kan. Cara paling habis pun.. kena berdoa. Kena minta juga pertolongan Master. Tak jalan de kalau hamba seorang yang cucuk jarum. Kurang umpph.. orang-orang tua kata.

Cara yang boleh digunapakai:

  1. Puji orang itu. Cakaplah comel ke ayu ke manis ke cantik gila ke apa ke. Perempuan kan suka dipuji. Benda basic. Amalkan selalu.

  2. Bagitahu kebaikan bertudung. Rambut tak cepat rosak. Lambat gugur. Terpelihara bagai. Lagi hebat dari rambut dalam iklan Pantene.

  3. Belikan tudung sebagai hadiah.

  4. Bagitahu azab tak bertudung. Kalau belum kahwin.. semua dosa dia ditanggung ayahnya. Tak kesian ke dekat ayah. Lagi. Azab dibakar api neraka bagai.

  5. Galakkan dia beli brooch. Jarum peniti ke. Anak tudung ke. Lambat laun mesti dia tangkap punya motif di sebalik.



Itu.. antara yang aku pernah buatlah. Tak semua berjaya. Macam aku cakaplah.. nak cucuk jarum itu bukan kerja mudah. Kena minta tolong Master juga. Dia yang Maha Pengasih. Maha Penyayang. Kerja kita.. mungkin takat itu saja.

Kan.

Point 2: Jenis Tudung

Serius. Aku tak tahu pun tudung sekarang dah ada macam-macam nama. Tak payah nak susah payah daftar dekat JPN. Korang letak je nama artis-artis atau makcik-makcik korang dekat tudung itu. Lepas itu jual selambak dekat pasar. Jual secara pukal lagi bagus. Itu hah. Dekat pasar Jalan Masjid India dan Jalan TAR. Setiap sabtu. Berlambak. Memang ekselen.

  1. Tudung Ekin.

  2. Tudung Nadia.

  3. Tudung Siti.

  4. Tudung Bawal Air Mata Nora Danish.

  5. Tudung Bawal Maya Karim

  6. Tudung Pashmina.

  7. Tudung Wardina.

  8. Tudung Waheeda.

  9. Tudung Jiran Saya Punya Nama

  10. Tudung Saji Serbaguna

  11. Tudung Tak Berapa Nak Rupa Macam Tudung

  12. Tudung... hah macam-macamlah pendek katanya



Perghhh..

Aku sendiri pun tak kenal sangat rupa bentuk muka bumi tudung-tudung itu. Kaum lelaki apatah lagi. Nasib baik songkok lelaki tak ada nama macam itu. Kalau tak.. isk. Tak boleh bayang.. tak boleh bayang.

Tapi.

Memang perasanlah. Mana-mana pergi pun bersepah tudung ekin. Tudung yang ada benda alah keras yang jenis main sarung je itu. Yang mana-mana pergi pun mesti orang pakai tudung itu. Tudung memang ada banyak jenis. Bentuk selendang segiempat tepat pun ada. Bentuk empat segi sama pun ada. Bentuk tiga segi terus pun ada. Bentuk bulat pun ada.

Aku sendiri pun tak rajin nak tukar tudung. Yang melekat dekat kepala ini pun jenis tudung Wardina. Tak pun tudung Pashmina. Besar. Tebal. Sejuk. Macam selimut besar atas kepala. Nak pakai pun senang. Kurang daripada 3 minit. Kena tiup angin pun tetap gagah berdiri. Tudung-tudung lain tak berapa nak selera.

Lagi.

Nak cari tudung memang gila senanglah. Mana-mana pun ada jual. Tak ada tempat yang tak jual. Kalau tak ada langsung.. beli je alas meja makan. Boleh je serkup kepala. Jadikan tudung. Besar pun besar. Tebal pun tebal. Lagi layan. 2 dalam 1 hah. Harga tudung aku selalu beli pun macam rm5. Tak pun rm10. Paling mahal pun rm15.

Cuma tudung jenis bawal jelah yang mahal. Aku rasalah. Dia punya harga kadang cecah rm90 pun ada. Mantap betul. Mungkin mahal pada maniknya barangkali. Entah. Tak pernah beli.

Tempat paling best nak cari tudung.. Jalan Masjid India. Kalau panjang kaki.. singgahlah. Beli secara bundle. Dalam rm10 sekeping. Memang ekselen.

Point 3: Cara Bertudung

Nak pakai tudung senang je. Letak brooch. Pintal sana sini. Labuhkan tutup dada. Dah. Ini kadang ada yang bertudung. Tapi pakai tshirt ketat lengan pendek gila macam singlet. Ada yang bertudung tapi pakai skirt pendek. Ada yang bertudung tapi nampak rambut. Iskk.. tak berapa nak cemerlang betul.

Kalau nak tunjuk rambut.. sila pakai tudung saji.

Lebih pulang modal.

Motif bertudung.. nak tutup hiasan. Tutup dada. Tutup leher. Tutup rambut. Ini kalau dah ternganga dada serba serbi.. mata nak menengok pun tak sedap. Ini kan pula lelaki. Mata lelaki. Sungguhpun mereka bukan bernafsu 9 macam wanita.. tapi dia punya rangsangan terhadap hawa.. perghh. Kalah 9 nafsu tahu. Bahaya. Jagalah baik-baik hiasan itu.

Satu je aku nak pesan..

Macamana gaya pun kau bertudung.. pastikan DADA itu ditutup.

Labuhkan tudung itu. Hiasan dada mana boleh tak bertutup. Isk.. labuhkanlah sikit ya. Letak sikit rasa malu dekat hiasan dada itu. Aku nak menulis bab hiasan dada itu pun dah segan seribu ini. Apatah lagi kalau praktikalnya. Labuhkanlah sikit. Kita sesama kaum ini tak hairan de. Sebab masing-masing pun ada.

Tapi.

Kaum yang tak ada itu yang seronok nak tengok.

Soroklah hiasan itu, makanya. Tak molek untuk ditengok. Soroklah. Sorok. Hak milik tuan punya hiasan itu. Kan.

Point 4: Pesanan Untuk Pemakai Tudung

Pesanan ini.. untuk aku sekali. Termasuk. Wajib.

Kalau dah bertudung itu.. akhlak pun kena bertudung. Akhlak sila kasi kemas. Upgrade lagi. Untuk jadi lebih baik. Tak perlu nak jadi terbaik. Cuma usahakan yang terbaik. Tapi kalau boleh jadi terbaik.. lagi ekselen.

Dah bertudung itu.. pergaulan lelaki perempuan kenalah pantau. Tak elok berkepit sana sini bebas bergaul. Tak payahlah nak sibuk-sibuk bagitahu rambut itu panjang ke pendek. Leher jinjang ke teleng ke. Telinga bertindik 8 ke. Itu serupa macam tak payah pakai tudung langsung. Lelaki punya imaginasi memang tak terkawal woo. Jangan cerita sebarangan.

Kalau sesama perempuan.. lain cerita.

Tutur bicara pun nak kena sopan. Jangan maki hamun mencarut jerit-jerit sana sini. Tak semenggah langsung. Yang lain-lain itu.. hah lu pikirlah sendiri.

Ok.

Habis sudah.

Uishhh.. gila.

Betapa kagumnya kalau ada yang baca sampai habis. Perghhh.. korang memang berjiwa sabar. Sesungguhnya korang memang gila tergolong dalam golongan yang sabar. Sila tuntut Choki Choki nanti.

Soalan Kuiz Entri: Apakah persamaan tudung saji dan tudung kepala?

Hah.

Jawab.. sila_

Kategori:

27 Responses to "Mari Belajar Bertudung"

Indrasakty said :
March 9, 2009 at 3:51 PM
Ada satu petua lama, kalau nak putus, cuba beri tudung. Dan kalau tak nak putus, jangan sekali-kali beri tudung.

Tak pernah pula try.

P/s: Kaedah tuntutan? (choki choki)
aisyahkama said :
March 9, 2009 at 4:24 PM
tak faham laa apa maksud indrasakty, btw, baru jugak start pakai tudung :)
Zuriani Y. said :
March 9, 2009 at 4:53 PM
saya suka article ini =)
March 9, 2009 at 5:12 PM
orang cakap camera full frame lg mahal. begitu juga tudung. terima kasih!

ps: tetiba nak menulis pasai ini!
March 9, 2009 at 5:14 PM
indrasakti - itu pepatah / petua mane? yg sbtolnya (kalau betul la!) masa bercinta orang elak kasik baju2. sbb nya cam kamo cakap. tak kekal lama. beta ade baju orang kasik. dan... terima kasih la sbb kasik baju. haha!
famia said :
March 9, 2009 at 5:16 PM
khairulhak: maksudnya? (chokichoki.. oke bagi alamat surat meyurat)

aisyahkama: alhamdulillah. hehe. kekalkan ye.

zuriani: hehe. terima kasih sudi bace sampai habis.

ST: hehe. betul. upgrade la selo2.
Ezad said :
March 9, 2009 at 6:43 PM
aku dah baca sampai habis
mana coki2 aku ni?
famia said :
March 9, 2009 at 7:23 PM
ezad: hahahaha. gileeeeeeeee tak ikhlas. yela. bak sini alamat. aku nak kirim choki choki kat ramai org ni. bayar hutang.
DarkWan said :
March 9, 2009 at 8:18 PM
ok kisah ini adalah menyayat hati. pedih menikam ke ulu hati. sama-samalah kita berusaha.

(eh?)
famia said :
March 9, 2009 at 9:35 PM
dope: ye. sama dengan.
Indrasakty said :
March 9, 2009 at 11:14 PM
Oh, ST. Tudung dengan baju tak sama ke? Orang cakap barang pakai semua efeknya sama. Barang makan tak apa.

Khurafat jer sebenarnya. Jodoh pertemuan ketentuan Ilahi.

Err.. Cik Huz, nak hantar choki choki mintak alamat, nak pakai setem berapa sen? Karang cair di mulut posmen.
March 10, 2009 at 12:47 AM
hoho
March 10, 2009 at 1:00 AM
hmm-
konfius
konfius
konfius
famia said :
March 10, 2009 at 2:37 AM
khairulhak: bagi tudung tandanya clash? hehe. baik tinggalkan awal2 je pompuan mcm tu. tak berbaloi nak dibentuk sungguh. alamat? woo.. bagi je kalau betul2 nak. stem iklas. tajaan pos melawati.

akmar: konfius belah mana. side A atau side B.
March 10, 2009 at 6:50 AM
hehe,phm2.tp terus terang tudung sy 90% mmg jenis bawal tuu
nanti lar upgrade.niat ade..hehe.
akak, bg adiah tudung ler kt saya! ekeke =p

tapi nk ingatkan jugak- dh pakai tudung ,aurat tgn pown mau hingat- selinsing tgn depan lelaki.ape kes.hoho.aurat gak tu.
kaki pown kan-
hihi
Nana CS said :
March 10, 2009 at 8:18 AM
hei.
tudung periuk, ada beza tak?
ada huraian?
famia said :
March 10, 2009 at 10:21 AM
akmar: hehe. ye. ye.

nananya: hehe. boleh juge letak atas kepala. tak pun perisai muka. masa tengah goreng ikan.. terpercik minyak bagai. agaknyalah kot. hehehe.
March 10, 2009 at 5:54 PM
entry yang mabeles!!

Soalan Kuiz Entri: Apakah persamaan tudung saji dan tudung kepala?

jawapan saya : dua-dua tak pernah sekolah inggeris.

amacam?

rare tak?
famia said :
March 10, 2009 at 9:26 PM
7kaki: hahahahahaha. bihjaksananyeee. memang rare habis.
M-I-N said :
March 11, 2009 at 12:53 AM
jawapan soalan :
1) dua-dua ade di kedai
2) perkataan "tudung".
March 11, 2009 at 1:51 AM
paling sedih.

hari ini segelintir mereka yg bertudung dah pandai buat "filem" porno sendiri.

punca ce****!

yang jadi fitnah ialah agama.

bagi saya umpama merekani berzina sambil pegang kitab!!

saya sgt2 sedih.

sgt2!
famia said :
March 11, 2009 at 11:46 AM
min: bihjak. ekselen.

7kaki: hmmmmmmmmmmmmm (keluhan panjang). macamana nak cakap ek.. kalau hidayah + iman + amal + ilmu takde.. sbb tu jadi mcm tu kot. portion kite.. jgnla give up nk betulkan yg tak berapa nak elok. kite sendiri pon ada juge yg tak berapa nak elok. cuma usahalah. dan doa.. doa.. doa. selamat bejaye, makanya oke :)
March 11, 2009 at 6:26 PM
benar!

jgn kita tertipu dgn tipu daya setan.

walau kecewa mcm mana pun kita,usaha kena teruskan.

kecewa hanya pada perasaan.kecewa itulah batu loncatan untuk terus bersemangat!

sedang setan itu 24jam tanpa rehat nak sesatkan anak2 adam.
Nikube said :
March 11, 2009 at 11:21 PM
Salamz..
wah.. perisian yg mantop..
ada bakat... best sih baca sini..

Dakwah smpoi gak ni...
baguz2....

p/s: perstime komen nih... wakaka..
famia said :
March 12, 2009 at 1:07 AM
7kaki: hm tu la. bukankah jihad paling besar tu jihad melawan napsu. lelaki at least 1 je napsu.. pompuan ni sampai 9.. iskk.. tewas dan gugur jugak ni kadang.

nikube: salam. hehe. diri sendiri pon tak berapa nak betul lagi pemakaian tudung tapinya ni. festaim? pergh.. tengs byk2. hehe.
March 12, 2009 at 12:00 PM
betol3..
saya setuju dgn apa yg akak ckp..
dan saya pn mengingtkn diri sndiri jgk..
trimas sbb sdui mengingatkan..
famia said :
March 12, 2009 at 5:08 PM
ain: ye. sama2la ek. sbb akak pon tak semenggah lagi ni. lintang pukang lagi ni.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.