Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, March 04, 2009


_Hah. 2 ke 3 entri sekaligus.

Ekselen.

Sila baca buat pekasam.. kalau.. ada kepentingan.

Sementara jari tengah ada mood nak berlari melompat-lompat atas keyboard ini.. layankan saja. Mana tahu lepas ini dah tak berpeluang ke. Manalah tahu kan. Pegang watak manusia ini kena ingat mati setiap saat. Setiap nafas. Jangan ingat nak seronok dunia saja. Bila-bila masa je Izrail boleh jerkah secara sopan dan escort ke 'sana'.

Takat nak lupakan aku dan blog ini pun tak ada hal punya. Aku kadang-kadang pun selalu lupakan aku juga. Aku tak kisah. Aku ok. Al-kisahnya...lah pun tak kisah. Kami cool. Sikit pun tak luak. Tapi.. mati itu jangan dilupakan walau sekali.

Jangan sesekali lupakan mati setiap kali tarik nafas hembus nafas.
Jangan sesekali lupakan mati.
Jangan sesekali lupakan.
Jangan sesekali.
Jangan.

Sebab. Mati tak pernah lupakan kita.

(sorilah.. jiwa perasan artistik ini.. nak buat karangan pun gatal nak berseni)

Hah.

Apa yang jangan?

Hmm..

Semenjak dua menjak tiga menjak ini. Entahlah kenapa jiwa selalu tak tenteram. Senang betul nak hangin mengamuk. Nampak sangat dah jadi bestfriend satan. Ini dah lama tak bercinta dengan Tuhan barangkali. Ini mesti dah lupa diri punya. Jangankan diri. Entah-entah siap lupakan Tuhan sekali ini. Astaghfirullahalazim. Istighfar oi istighfar. Ulang sampai tertidur.

Point 1: Seluar Pendek

Mungkin sebab aku tak berapa nak normal kot. Aku anti betul dengan seluar pendek. Mana tak mengamuk tengok adik pakai seluar pendek. Aku memang sakit mata betul tengok lelaki berseluar pendek. Tak kisahlah bawah lutut ke atas lutut ke. Asalkan seluar pendek. Bukanlah nak tengok. Tapi.. kaki sekeping berbulu roma kerinting lebat atau suam-suam kuku berjalan tertebeng-tebeng di tengah-tengah masyarakat. Aku yang tak rajin nak memandang ini pun malu tau.

Isk.. itu jatuh kategori pencemaran mata tau!

Tolonglah. Itu bukan kacak seksi. Menggelikan lagi adalah. Kalau pakai seluar bermuda labuh dan berstokin panjang itu lain cerita. Terpelihara sikit persekitaran. Ini.. isk. Kalau orang lain itu... suka hati dioranglah. Ini kalau adik-adik aku pakai seluar pendek sana sini.. memang aku libas dengan getah paip nanti ini. Perasaan nak kerat kaki diorang pun ada ini.

Kiranya..

Ada hikmah jugalah aku jadi bestfriend satan sekejap dekat rumah. Naik hangin yang mendatangkan hikmah. Haha. Kesudahannya, budak itu ke sana ke sini dalam rumah dengan berkain pelekat. Hah. Reti pula nak berkasih sayang dengan kain pelekat. Kan solid itu.

Point 2: Solat Jumaat

Perghh.. ini lagi satu (hah.. mengamuk lagi). Aku alergik betul tengok lelaki melepak dekat kedai makan time khutbah solat Jumaat tengah berkumandang. Sungguh tak kacak betul lelaki yang macam itu. Nasib baik aku tak kurang ajar. Kalau tak... memang aku dah iqamat dekat telinga diorang. Tak pun baca yasin dekat situ ke apa ke. Biar tegak menyeringai sikit bulu roma tangan diorang. Baru tau solid tak solid surah yasin itu.

Assalamualaikum saudara. Kacak itu.. bukan itu definisinya. Kacak itu.. gentleman. Kelakar. Hati bersih. Muka tenang. Mata terjaga. Mulut cermat. Akal pakai. Jiwa suci. Pakaian menutup aurat. Tahu adab. Faham tanggungjawab Muslim. Tak merokok (penting ni). Hormat orang tua. Pandai berlawak (kena rajin ulang ni). Gentleman (kena ulang banyak kali ini). Hah.. lain-lain itu lu pikirlah sendiri.

Yang penting. Kacak itu bukan pada muka. Kalau kacak macam perempuan lain tengok pun boleh berdarah hidung.. itu bukan kacak. At least.. bagi akulah. Orang bermuka fizikal kacak ini selalu perangai tak berapa nak kacak. Biasalah. Keseimbangan luar dan dalam. Kerja Allah. Memang ekselen.

Point 3: Gentleman

Hah. Ini pun point boleh bagi mengamuk. Nama je lelaki. Sampai ke hujung dunia mengaku lelaki lagi hebat daripada perempuan. Memanglah hebat. Tapi kalau takat tak gentleman itu.. angkat berat hari-hari pun memang tak kuatlah encik. Kekuatan lelaki terletak juga pada tahap 'gentleman'nya. Percayalah. Lelaki yang tak berapa nak kacak atau muka pecah rumah.. tapi kalau sangat gentleman.. hah. Tak payah nak petik jarilah. Perempuan rilek je datang secara bundle.

Aset penting itu.

Hari itu baru balik Giant. Punyalah banyak beg plastik. Aku kan suka perasan gagah. Angkat 5.. 6 plastik dalam sekali go. Molek je seplastik jatuh terjelepok atas lantai. Adik aku boleh layan tengok je. Mak aiiii... berasap je kepala. Nak tak nak satan pun ajak mengamuk. Hah. Sungguh tak gentleman betul budak ini. Memang tak cukup asahan betul.

Dah. Dah.

Point semua habis. Tak habis. Tapi anggap jelah habis. DIsebabkan jiwa agak tonggang langgang.. sampai kasar gila berbahasa dengan kawan.. berjaya juga buat karangan berjela. Fikiran masih bertaburan. Tak perlu kutip. Biar dia kering sendiri.

Memang tak berfaedah.

Point pentingnya.. tak berfaedah.

Ingat.

Kasi lekat_

Kategori:

16 Responses to "Lelaki vs Lelaki"

March 4, 2009 at 6:12 AM
hehe
March 4, 2009 at 12:43 PM
"Perempuan rilek je datang secara bundle."

fuuhhh!

seb bek saya muka kacak.

ermm dan tak gentlemen.

kalau dak.

berbundle2 koleksi awek.

kakakakaka.

ok tak lawak.

:|

(p/s : saya sakit jiwa tgok anak2 dara sekarang.bukan semua tapi kebanyakkan.)
paiseh said :
March 4, 2009 at 12:58 PM
point 1 : lu ada ushar ke? gua slalu je gi seben E tu pakai short ngan baju pagoda naik beskal. eheh! harap maaf. gua sangat kasual.

point 2 : gua solat jumaat kat opis. erk.. maksudnya dekat2 opis nu..

point 3 : lenkali nak g shoping ajak gua jadi tukang pikul. gua gagah. hahahahahaha..!
famia said :
March 4, 2009 at 8:22 PM
akmar: :)

7kaki: tak gentleman? hehe. jangan macam tu. lelaki soleh kena selalu gentleman woo.

paiseh:
point1 - usha? takpenah plak. gua tak rajinlah singgah 7e. situ byk org melepak. serabut ayam nak masuk 7e dibuatnya.
point 2 - haa bagus bagus. lu jangan burn. walau sekali.
point 3 - hahaha. oke. nanti gua rojer.
alifmimyanun said :
March 4, 2009 at 10:49 PM
wah hah ha, pakai kain pelekat ke?
tak ramai budak2 pakai kain pelekat sekarang, diorang pakai boxer.

itu namenye bukan pencemaran mate, pencemaran pemandangan.
March 4, 2009 at 11:06 PM
nasib sluar pendek ku tutup lun tuttt!
Indrasakty said :
March 4, 2009 at 11:11 PM
Senarai semak definisi kacak:

1. Tidak merokok - lepas
2. Pandai berlawak - cemerlang
3. Gentlemen - rasanya lulus

Terpaksa terima kenyataan. :Þ
famia said :
March 4, 2009 at 11:23 PM
amin: boxer? hehe. mungkin adik bradik laki dlm umah ni tak tau menatang apelah boxer tu kot. tak penah plak nampak lam lemari atau mesen basoh. hehe. kain pelekat kena terap wooo. spesis hampir pupus tu.

ST: alang2 tu pakaila seluar panjang terus. kan molek.

khairulhak: hahahaha. kira up diri sendiri la ni eh? ambekla.. bagi can. tapi zaman choki choki ni memang gile rare nak jumpe laki yg tak merokok. susah wooooo. 8 dalam seribu.
M-I-N said :
March 5, 2009 at 2:00 PM
dah lame tinggalkan seluar pendek.last 1992.skolah rendah.pastu haram nak pakai.gila segan.untuk point 3,wat je kelas tuisyen gentlemen kat umah.siap ade exam bagai.
March 5, 2009 at 4:22 PM
isk.

takkan nak ngaku gentlemen plak?

kan? kan?

he he.

satu lagi saya pantang ialah bila dah bagus2 amal sunnah ada janggut tapi pakai seluar pendek.

bg saya itu satu penghinaan bg nabi S.A.W

hmm.
famia said :
March 5, 2009 at 8:58 PM
min: hehe. ekselen. toksah pakai dah. kain pelekat lagi kacip.

7kaki: ooo. ye tak ye. kalo ngaku selalu mmg x gentleman selalunye. ye ye. seluar pendek patut diboikot sepatutnye ni agaknye.
danineh said :
March 6, 2009 at 12:56 PM
"Kacak itu.. gentleman. Kelakar. Hati bersih. Muka tenang. Mata terjaga. Mulut cermat. Akal pakai. Jiwa suci. Pakaian menutup aurat. Tahu adab. Faham tanggungjawab Muslim. Tak merokok (penting ni). Hormat orang tua. Pandai berlawak (kena rajin ulang ni). Gentleman (kena ulang banyak kali ini). Hah.. lain-lain itu lu pikirlah sendiri."

heheh...

oke.. sape lepas jadik calon neih...

IndraSakty dah sorang..




Xai..
Adik2 memang begitu.. penat nak ajar jadik gentlemen terhadap keluarga sendiri.. tapi kalo dgn org laen pandai pule..
Gitulah hakikat..
Aku rasa bradek2 lelaki neih, tend to take family for granted..
mimang nak kena slalu bgtau..
harap2 dah besar dewasa, pandai la pikir matang..

[uhu, kekadang aku trauma juge.. tapi tugas kite jugak nak didik.. uhu]
famia said :
March 6, 2009 at 9:57 PM
dani: hehehe. adik2. memangla kan. name pon adik. kalau pegang watak kakak merangkap anak sulung merangkap anak perempuan merangkap 3 .. 4 rangkap lain.. memang mencabar. hmm.
March 9, 2009 at 1:01 PM
This comment has been removed by the author.
March 9, 2009 at 1:02 PM
hahaha....

ta bole bla ayat cik kak...

"Sementara jari tengah ada mood nak berlari melompat-lompat atas keyboard ini.. "

1st time...

seb bekla sy tidak terkategori dlm senarai uh...

tp an....

asyik laki je gentlemen....

prmpuan x boleh ker nk gentlewomen lak ?

persoalan persoalan...??
famia said :
March 9, 2009 at 2:52 PM
keiroro: hehe. sape kata pompuan tak gentlewoman? perempuan dan lembut.. memang sebati. takde lembut.. takdela pompuan. keras ngn kasar cane pon pompuan tu.. kelembutannya tetap ada. wajib. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.