Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, March 20, 2009


_Bau kapur barus. Semerbak pekat menusuk lubang hidung. Sedu sedan tangisan sayu menusuk lubang telinga. Pergi yang pasti tidak akan kembali. PinjamanNya kepada manusia, telah tamat tempohnya. Diambil kembali segala hak milik kekalNya.

"Atuk dah mati ke?"
"Ye, Fitri. Atuk dah tak ada."
"Kenapa atuk kena balut-balut?"
"Semua orang bila dah mati nanti memang kena balut macam ini, Fitri."
"Semua? Ayah pun ke?"
"Ye. Ayah pun bila mati nanti kena balut macam ni."
"Lepas tu? "
"Lepas tu.. kena tanam dalam tanah."
"Atuk pun?"
"Atuk pun lepas ini kena tanam dalam tanah."
"Lepas itu jumpa ular besar ke?"
"Heshh.. atuk orang baik. Orang baik tak jumpa ular."
"Ooo. Atuk orang baik. Lepas ni tak dapat jumpa atuk lagi."
"Hmm.. lepas ni tak jumpa atuk lagi dah."


Itu.. pengertian mati. Bagi manusia berumur 3 tahun.

16 Mac 2009.
Kluang, Johor.
Tokchik kembali ke rahmatullah.

Al-Fatihah..


Mati itu.. pasti.

Tak perlu dicari.
Pasti berjumpa.

Tak perlu didekati.
Pasti bersama.

Tak perlu dikongsi.
Pasti ada bahagiannya.

Mati itu.

Ibarat bayang-bayang. Yang paling dekat. Tapi tak berapa nak mesra. Yang sentiasa menunggu dengan setia. Untuk diberi 'kad jemputan' ke alam barzakh sana. Yang tak pernah lupakan kita. Yang takkan tinggalkan kita walau sampai ke Palestin berhijrahnya.

Mati itu.. pasti.

Cuma.. persoalannya.

Dah bersediakah kita nak ke sana?

.....

(diam)

.......

(diam lagi)

Ini. Sudah masuk tiga kali aku tengok proses 'melupuskan' manusia. Dan masuk kali ini. Rasa ngeri terbayang kehidupan dalam kubur itu masih terasa. Getarnya masih ada. Tegak bulu romanya masih ketara. Memang tangkap dia punya menusuk jiwa.

Mati..

(dari pandangan mata kasar hamba Allah yang belum cukup bekalan akhirat)

Putus nyawa. Jasad ditinggalkan. Kaku. Keras. Dimandikan. Dikafankan. Dibalut. Dibungkus. Berlapis-lapis. Seketat-ketatnya. Ditutup seluruh badan tanpa apa-apa pengecualian.

Kemudian.

Diusung. Untuk disolatkan. Dan seterusnya diiring ke tanah perkuburan. Menuju rumah baru. Sedalam 7 kaki. Sesempit-sempitnya. Bertemankan ulat-ulat dan segala macam serangga lain. Gelap gelita. Sunyi sepi. Dihimpit tanah kiri dan kanan. Ditimbus. Ditutup dengan kayu. Dikambus semula. Disirami air mawar. Dan batu nisan sebagai penanda.

Cuma.

Bertemankan talqin. Dan tangisan manusia di atas sana.

Lalu.

Ditinggalkan sendiri. Bergelap gelita. Menunggu disoal Mungkar dan Nangkir. Segala soalan sebelum bertemu Tuhan Yang Esa. Yang mana jawapannya terletak pada seluruh anggota. Sebelum dipertimbangkan apa hukumannya. Sebelum dijanjikan syurga atau neraka. Sebelum hidup kekal di alam barzakh sana.

Mati itu.. pasti.

Sudahkah kamu bersedia wahai manusia_

7 Responses to "Cerita Sebuah Kematian"

hafiz abdul said :
March 20, 2009 at 8:26 AM
al fatihah untuk tokchik yg prgi tak kembali pada zahir tapi kadang2 kembali dialam ghaib kalau orang tu orang soleh kerana roh orang2 tuhan tu hidup sebagaimana roh para nabi dan rasul/syuhadak/orang2 soleh termasuk wali2 allah
sultan said :
March 20, 2009 at 10:48 AM
aku masa kecik pun tak paham nape org ramai2 dtg umah aku. padahal time tu atuk aku meninggal...

al-fatihah...
azka said :
March 21, 2009 at 3:47 AM
al-fatihah,
semoga arwah ditempatkan dikalangan org mukmin.

amin
LediAgli said :
March 21, 2009 at 12:19 PM
al fatihahh
syahza said :
March 21, 2009 at 8:49 PM
salam famiaz..

takziah...

nxt time turun kluang, inform kak toin.. :)
famia said :
March 22, 2009 at 8:51 AM
hafiz: ye.

sultan: manusia di bawah paras normal. budak kecik memang belum mumayyiz. sekarang dah paham. bagus.

azka: ye.

ledi: ye.

syahza: salam kak. baikla.
M-I-N said :
March 23, 2009 at 5:37 PM
takziah,redha & bersabarlah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.