Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, March 27, 2009


_Ini baru first time aku dengar kewujudan menatang ini.

Earth Hour.
28 Mac 2009.
8.30 malam - 9.30 malam.
Kempen Mari Hidup Dalam Kegelapan Bergelap.

Ooo..

So.. apa benda Earth Hour ni?

Untuk menentang 'Global Warming'.

Ooooo..

Hmm.. apa benda pula 'Global Warming' tu?

Suhu bumi meningkat ler pendek katanya.. isk.
Takkan tak belajar masa sekolah dulu.. kesan Rumah Hijau.
Cuba baca sikit dekat Wikipedia itu sendiri hah.

Baik. Baik.

Tapi..

Boleh tahan kagum jugalah tengok semangat orang Malaysia sana sini. Semata-mata nak selamatkan suhu bumi. Sanggup itu bergelap. 60 minit pula itu. Demi bumi. Bumi yang belum tentu esok lusa tulat tuli.. bakal bernyawa lagi. Memang tak salah. Tapi.. boleh tahan kagum jugalah.

Perghhhhh..

Gila gigih.

Gigih yang aku tak berapa nak sematkan kekagumannya di dada. Gigih yang tidak berapa nak kena pada tempatnya. Gigih yang aku bukan salah seorang bakal mematikan lampu selama 1 jam nanti. Maklumlah.. aku kan suka perasan bagus. Tak suka nak tiru orang lain. Tak suka nak sama dengan orang. Tak ada semangat kerjasama. Tak ada persepaduan. Persefahaman. Kaki gaduh. Garang. Poyo. Suka cari pasal. Suka lupakan orang. Sinikal. Laser. Sarkastik. Entah apa-apa perangai. Macam gangsterlah pendek katanya.

Iya.. 1 jam kejap je.

Tapi aku macam rasa daripada tutup lampu 1 jam itu..

Kalau ada Solat Hour ke. Akhirat Hour ke. Mengaji Hour ke. Bukan ke lagi ekselen. Kan.

Sejuk sikit nak tolong berkempen. Earth Hour memanglah tak salah. Tapi itulah. Semangat yang tak berapa nak mendatangkan semangat. Makin 'global warming' dalam badan aku dibuatnya.

Lepas itu.. kalau dah sejam kau padamkan bekalan elektrik.. habis 8.30 malam ke 9.30 malam itu kan ke dah masuk Isyak. Bilal nak layan azan macamana gayanya kalau pembesar suara dekat masjid itu pun dah dipadamkan bekalannya. Lepas itu, macamana gaya korang nak solat jemaah bergelap macam itu. Ke.. memang tak berjemaah wahai lelaki. Iskk..

Ya.. ya.

Aku tahulah korang takkan padamkan lampu masjid kan.
Aku bersangka buruk ini.
Sori. Sori.

Ok tukar.

Apa kata dalam masa 1 jam korang padam lampu itu..

Pergi layan Akhirat Hour sekali.

Round 0
Solat Isyak 4 rakaat = 3.8 minit

Round 1
Solat Sunat Tahajjud 2 raakat = 4 minit.

Kalau lagi banyak dosa.. lagi lamalah dia punya gelojak nak bertaubat bagai.

Round 2
Solat Sunnat Taubat 2 rakaat = 3 minit.

Round 3
Solat Sunat Hajat 2 rakaat = 3 minit.

Round 4
Solat Sunat Istikharah 2 rakaat = 2 minit.

Round 5
Solat Sunat Witir 3 rakaat = 2 minit

Total = 25.8 minit je!

Atau pun..

Akademi Akhirat: Membaca Al-Quran bertemankan lilin dan peluh sebaldi selama 58 minit.

Atau pun..

Fear Factor: Berzikir diselang seli bersenam selama 59 minit.

Ha.. ulanglah sila, sampai kepala patela itu terasa kebas.

Bukan apa.

Nak harapkan kita semua ini bangun 1 pertiga malam.. memang berhenti berharaplah. Lainlah kalau ada English League ke perbincangan 'sihat' di kedai mamak ke apa ke kan. Itu memang sampai jam 3 pagi pun hidup lagi. Memang nak kena percik bahang api neraka itu kang.

Olosss.. dah masuk dah dia punya tazkirah.

Ok. Ok.

Kalau dah terasa 'global warming'.. silalah berhenti baca takat ini saja. Bahaya. Nanti dapat darah tinggi dekat dunia. Tapi.. ha tapi.. dekat akhirat sana mana tau dapat 'global colding' ke. Eh.. cold kalau continuous tense jadi apa ya? Colding ke? Alah, belasah saja. Asalkan boleh. Tak pun.. 'Global Freezing'. Hah.. molek sikit.

Global Freezing.

Cuma itulah..

Aku nak tekankan balik.. Earth Hour tak salah.

Kita memang kena menentang 'Global Warming' yang terjadi. Yang mana ianya terjadi adalah disebabkan kesalahan manusia sendiri. Bagus kan dia punya kitaran. Kita kasi up sampai jadi 'Global Warming'. Lepas itu kita juga yang kasi down balik. Kira macam.. sendiri mau ingatlah. Dah pandai rosakkan bumi.. pandai-pandailah juga nak repair.

Dan lagi sekali.

Aku nak tekankan balik.. Earth Hour tak salah.

Yang salah itu 'Global Warming'. Bukan takat bumi je yang dah jadi 'Global Warming'. Dekat Malaysia ini pun dah makin teruk dia punya 'Global Warming'. Lagi teruk daripada bumi. Walaupun Malaysia terletak dalam peta dunia. Dan peta dunia itu merangkumi sebahagian daripada bumi. Yang mana memang terletak dalam bumi sendiri. Dan sekaligus menjadi sebahagian daripada sistem cakerawala.

Apakah... ?!?!?!?!?!

Abaikan, sila.

Dan lagi sekali.

Aku nak tekankan balik.. Earth Hour tak salah.

Yang salah itu 'Global Warming'. Bukan takat bumi je yang dah jadi 'Global Warming'. Dekat Malaysia ini pun dah makin teruk dia punya 'Global Warming'. Lagi teruk daripada bumi. Walaupun Malaysia terletak dalam .... (nak kena lempang ke?)

Ok. Ok.

Ini contoh 'Global Warming' Malaysia.

Contoh 1: Pemakaian Wanita Yang Terlalu 'Global Warming'

Wahai perempuan yang mengaku Islam.. kalau kau pakai mini skirt. Singlet. Tersembul sana sini. Jalan mendada. Depan belakang pun ada kesan hidung boleh berdarah. Kau agak-agak global warming ke tak global warming orang lelaki menengoknya. Aku yang tengok ini pun boleh berpeluh. Apatah lagi lelaki. Lepas itu sibuk nak tutup lampu 1 jam. Earth Hour konon. Lu punya aset atas bawah depan belakang yang gila kencang itu.. sila kasi tutup 8 abad dulu.

Contoh 2: Pergaulan Bebas Yang Terlalu 'Global Warming'

Dalam Islam, memang tak diajar pun suruh jadi kera sumbang. Aku kera sumbang tak apa. Sebab aku menyumbang dekat diri sendiri. Korang tak payahlah nak jadi kera sumbang berjemaah. Tapi.. sila tolong bataskan sikit pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tanda cop TAK HALAL dekat dahi itu hah.

Jangan nak senang hati je bertepuk tampar berpeluk sakan. Macam dah confirm nak jadi laki atau bini kau je nak suka-suka hati. Hah.. satu lagi. Tak payahlah nak berhulur tangan salam lelaki atau perempuan bukan muhrim. Islam memang mengajar kita suruh bagi salam sesama saudara seIslam. Tapi.. bukan Islam suruh kita SALAM TANGAN dengan yang bukan muhrim. Ini siap ada salam bercium tangan lagi. Waemah baru jadi boyfriend girlfriend.

Hak alah..

Selalu sebelum keluar rumah nak berdeting ke.. nak pergi kedai ke.. nak pergi kerja ke.. tangan mak bapak itu kau ada cium tak? Itu tangan yang patut dicium dulu wei. Bukan tangan orang lain. Apajadah pula cium tangan kekasih 'hati jiwaragaku you jump i jump'. Adu..

Pandangan mata itu pun sila tolong jaga. Tunduk sikit tengok lantai. Kalaulah terlanggar tiang.. takpe je. Boleh dapat pahala ke mana tau. Kan. Sebab nak menjaga pandangan mata. Ini tak.. melilau je tengok lenggang lengguk si anak dara berjalan. Yang si anak dara itu pun siapa suruh layan lenggang lengguk. Kau menari makyong ke kau berjalan. Nak suruh orang accident naik atas divider ke. Aduu..

Dah..dah.

Habis.

Ini..
Bagi teguran.
Maksudnya sayang.

Kalau ada yang berdesing terasa 'Global Warming' sampai ke telinga.. alhamdulillah. Memang 'Thank You Allah'.

Itu tandanya..
I love you, my saudara seIslam.

Tapi.

Haa.. tapi.

Baguslah padamkan lampu. Kita kena praktis hidup bergelap. Dalam kubur nanti bukan takat 1 jam je tak ada lampu. Tapi selamanya. Dengan tak ada kipasnya. Dengan tak boleh bergerak bebasnya. Nak main tali skipping dalam itu pun tak lepas. Lompat getah apatah lagi.

Hah.

Selamat tutup lampulah makanya_

Kategori:

19 Responses to "Apa Korang Patut Buat Semasa Bergelap di Kala Earth Hour"

paiseh said :
March 27, 2009 at 10:32 AM
mana satu lu nak buat?
gua nak tiru...
famia said :
March 27, 2009 at 10:50 AM
paiseh: mengikut perkiraan bintang dlm bulan ni.. gua mampu buat Fear Factor je.. sob sob.
March 27, 2009 at 11:33 AM
gua buat senyap2 :)
Nana CS said :
March 27, 2009 at 3:06 PM
bagus dak famia ni.
huhu..


ok, ada la, beberapa perkara yg kau cadang tu, aku rasa aku patut buat.

kalau aku ingat la.

hihi.
ain said :
March 27, 2009 at 4:23 PM
tabik springgggg kat akak..
thanx mengingatkan..
M-I-N said :
March 27, 2009 at 4:36 PM
tazkirah yang bagus.tapi pesal aku tak rase global warming?oh ye,pasal aku taip dalam suasana ber-aircond :P hehehe.tapi serius,tazkirah jumaat yang bagus.terima kasih.
famia said :
March 27, 2009 at 5:35 PM
ST: lu memang bagus. ekselen.

nananya: hehe. kena buat. sekurangnya.. bace al-quran ke.. untuk mereka2 yg dah takde. sejuk sikit.

ain: hehehe.akak pun tak senonoh lagi ni. saje je tlg ingat diri sendiri sekali.

min: hehehe. mungkin tempias tak kena ko. jd mcm takdela global warmingnye. global freezing terus tu gamaknye eh. hehe.
March 27, 2009 at 9:07 PM
org kata klu selalu bergelap nanti jumlah penduduk bertambah. hoho! =p

macih atas peringatan itu! hihi
landaklaut said :
March 27, 2009 at 11:38 PM
aduss..
hehehe.. terima kasih kerana mengingatkan.. betul jugak kan.. kalau dah semua tutup letrik, abih cemanakah bilal nak laungkan azan? dulu2 masa dok kat penang, depa guna bedok.. hehe..
13may said :
March 28, 2009 at 11:49 AM
oh....gelap gulitap
LediAgli said :
March 28, 2009 at 9:30 PM
panjang giler entry kau.. aku tak terbaca.. hehee
March 29, 2009 at 2:40 AM
huaaa!!!!

bagus betul kak famia nih...

sampai cmni skli pemikiran....

suka.suka.suka...

bkn suka kak famia la...

suka gaya penulisan akak... ;)
March 29, 2009 at 12:05 PM
masa tu langsung tak hengat apa dah pasal earth hour apa barang segala ni.

masa tu tengah duduk kerut dahi dalam satu majlis yang penuh cahaya gilang gemilang di "mata" para penghuni langit.

tak pakai lampu cerah terang benderang pun majlis ini tetap bercahaya gilang gemilang di "mata" para penghuni langit.

isk.

aku pelik la dgn rakyat Malaysia yg Islam agamanya.

apsal nak bergelap time solat isyak?

ada pikir ke?

depa buat time kita nak menghadap Allah Ta'ala.

time yg solat ni biasanya org2 munafik tak pi masa zaman nabi.

sebab apa?

sebab gelap.org tak nampak.

isk panjang lebar dah ni cik famia saya komen.

dah mcm entry.

tapi takpa.

kasi penghormatan sama ini blog.
famia said :
March 29, 2009 at 2:30 PM
akmar: biologi.. yep.

cahaya: hehe. tapi kampung2 masih lagi pakai beduk.

13mei: bukakle lampunye.

ledi: hehe takpe. bukan utk dibace pun ni.

keiroro: haha. wakattak.

7kaki: yap. sebab tulah cakap.. benda2 macam ni.. sanggup tu buat satu malaysia. tapi kalau solat jemaah.. qiyamullail 1 pertige malam.. lepak masjed... perghhh.. manenye Akhirat Hour. nak pikir pasal bumi.. bumi bukan idop lama. diri sendiri yg nak idop kat alam barzakh tu taknak pikir pule. alahai manusia zaman choki choki ni. menyedihkan.
March 29, 2009 at 5:00 PM
aku berjaya komen dengan penuh serius tanpa gelak ketawa

:| (he he)
famia said :
March 29, 2009 at 5:51 PM
7kaki: oo.. selama ni tak serius ke alkisahnye.
Anonymous said :
March 30, 2009 at 11:38 AM
aku ke klcc kepingin lihat jika kl bergelap tp hampa..punca sbb 'billboard' pun turut tak gelap!...ironi nya, bukankah selama ini, mmg tutup lampu jika nak tido?...sememangnya keluarga daif yg mmg takde 'karen' di pendalaman selama ini menyokong penuh program ini?..tahniah mereka!
famia said :
March 30, 2009 at 12:15 PM
anonim: hehehe. ye ke. entah. yg aku tau.. 8.30 - 9.30 tu orang tengah jemaah solat isyak. kl gelap ke satu malaysia gelap ke.. taktau ceritala pula. tak berapa nak minat dgn benda2 mcm ni.

bak kata ayah..
"rumah PM tu kasi gelap dulu.. sumber lektrik banyak tu situ.."
March 30, 2009 at 9:25 PM
dulu pun serius.

tapi banyak gelak ketawa.

jadi komen kelihatan seperti tidak serius

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.