Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, February 03, 2009


_Pergh.. memang tak boleh lupa.

Betapa ngerinya 'lawat' Batu Caves di kala Thaipusam.
Gila ngeri!
Ngeri!
Ngeri!

Ya.
Aku tau.
Thaipusam belum lepas lagi.

Sabarlah nak cerita kejap.

Ahad lepas singgah rumah Dani. Nak menyampaikan ke Selayang itu, memang tak sahlah kalau tak lalu depan pagar ruyung Batu Caves itu kan. Kiranya, Ahad lepas je dah mula jem dengan lebatnya dekat railway depan batu Caves. Dengan kereta yang bertubi-tubi keluar masuk Selayang. Dengan angkel-angkel dan brader-brader berkulit hitam pekat yang super gangsternya menahan kereta-kereta tengah jalan suruh berhenti.

Pergh.. tak boleh tahan.

Masing-masing dah mula botakkan kepala. Sambil bercalit putih di dahi. Tak kiralah laki ke perempuan ke. Budak ke bapak budak ke mak budak ke kakak budak ke nenek budak ke kan. Masing-masing dah mula junjung tempayan kecil warna kuning emas atas kepala. Dengan pembawa kavadinya. Dengan cucuk sana sininya. Dengan berkaki ayamnya. Masing-masing bersemangat waja meluru ke kaki Batu Caves.

Waemah lagi seminggu baru Thaipusam.
Gila kental.

Itu cerita Ahad lepas.

Hah.
Ini baru masuk kisah benar Thaipusam tahun 2005.

Perghhh... kalau format otak sekalipun belum tentu aku boleh lupa. Disebabkan inkuiri yang gila tinggi nak tengok realiti di sebalik Thaipusam.. maka dengan segala keberanian aku melangkah masuk ke Batu Caves. Hah. Bismillah pun tak sempat nak baca rasanya. Entah kaki kiri ke kaki kanan aku langkah masuk dulu.

Yang penting kerjaaaasamaaa dah sampai Batu Caves.

Pagi-pagi buta. Dengan geng fotografi. Dan Ida sekali. Berhimpit-himpit dengan geng-geng kulit hitam pekat. Yang tak berapa nak tahan dia punya semerbak. Naik keretapi Tanah Melayu menghala ke Batu Caves. Yang mana hanya dibuka setahun sekali cuma. Itu pun keretapi yang keberapa entah baru dapat naik. Dan bukannya dapat duduk pun. Mampu menyelit dekat celah-celah pintu gerabak je.

Pergh.. tak boleh tahan.

Turun je dari keretapi dekat Batu Caves.. gila terkedu.

Ini fun fair ke hari membuang dosa warga India. Gila meriah. Sambil buang dosa sambil bersuka ria. Gila fun! Dioranglah. Aku sikit pun tak fun. Dengan lagu Tamil yang rabak bersepahnya. Dengan jualan lambak segala jenis manisannya. Dengan serbuk warna warni sana sininya. Dengan bau kemenyan Indianya. Dengan pembawa kavadi yang berbuih-buih sawan naik syehnya.

Pergh.. tak boleh tahan.

Sampai-sampai je.. kitorang terus singgah port kavadi. Situ memang ramailah brader-brader India tengah nak set up kavadi. Lagi berat kavadi, lagi ikhlas sikit jumpa dewa. Bak kata merekalah. Dan katanya lagi, kena tunggu naik syeh dulu baru boleh angkat kavadi pergi jumpa dewa. Kalau tak.. susah nanti nak cucuk badan bawa kavadi. Gilalah. India pun tau naik syeh.

Pergh.. tak boleh tahan.

Lepas itu. Acara pun bermula. Dia punya ramainya manusia jangan ceritalah. Macam nak sambut tahun baru dekat Dataran Merdeka itu hah. Semua jenis bangsa ada. Dan barisan mereka yang nak menghadap Dewa pun bermula. Sekecil-kecil budak sampai ke besar-besar bapak budak. Datuk budak pun ada juga. Semua junjung periuk belanga. Dengan mata terbeliaknya. Basah-basahnya. Meluru laju-laju ke tangga Batu Caves.

Pergh.. tak boleh tahan.

Itu baru barisan pertama. Lepas itu makin lama makin up sikit dia punya kasta. Dah separuh perjalanan baru start barisan pembawa kavadi. Dan kebanyakan pembawa kavadi yang dah naik syeh itu semua berlagak macam Dewa. Kononnya Dewa dah pinjam badan mereka untuk follow sekali orang lain pergi membuang dosa. Memang macam-macam aksi dan gaya. Dengan mata terbeliaknya masing-masing. Dengan darah meleleh-lelehnya. Dengan buih sawan putihnya.

Pergh.. tak boleh tahan.

Lepas upacara panjat Batu Caves barulah Sammy Velu datang menghadap. Bagi ucapan bagai. Yang mana satu haram pun aku tak faham. Dekat kaki bukit Batu Caves itu pula ada acara baling kemenyan India. Macam kapur barus sikit dia punya rupa. Tak ketinggalan juga acara membaling kelapa begitu saja. Iskk.. baiklah bagi aku 8 biji ke. Boleh juga parut buat kuih ke apa ke kan. Gila bazir macam itu saja.

Pergh.. tak boleh tahan.

Lepas bertapa lama gila dekat situ.. kitorang pun blah. Sebab aku dah tak boleh blah nak hidup lama dekat situ. Memang tak waras betul masuk tempat macam itu di kala Thaipusam. Tapi sebab melayankan fotografi.. dia punya gila itu kadang bukan kira tempat pun. Main belasah je kering-kering. Memang mental betul fotografi ini.

Tak boleh tahan.. tak boleh tahan.

Balik je dari Batu Caves itu.
Dekat lebih sebulan rajin mimpi ngeri.

Hah.

Agak-agak korang apa yang aku mimpi_

Kategori:

9 Responses to "Thai Pu Sam"

nurjihad said :
February 3, 2009 at 11:02 PM
dalam tak boleh tahan tu..sempat gak kakak kita ni tembak gambo2 best..ye dak? hehe
dulu masa kat skolah, blok asrama kita kongsi pagar ngan kuil..so hari2 pun da macam taipusam..
siap ada member bole hafal diaorg punye upacara "mengaji" tu..mmg ngeri..
MaJa said :
February 3, 2009 at 11:39 PM
ini adalah mimpi yang sangat detail.
February 3, 2009 at 11:47 PM
akak! sy baca tak buleyh thn jek.. bape byk tak boleyh thn daaa-
hehe
famia said :
February 4, 2009 at 2:10 PM
nurjihad: haha. hafal? perghh.. tapi biaselah. kalau dengar hari2 memang boleh hafal tu.

maja: hehe. jangan pergi tempat mcm tu dah. gile ngeri.

akmar: hah. kiralah. berapa banyak sume skali tak boleh tahan. haha.
Nana CS said :
February 4, 2009 at 3:44 PM
aku mcm sgt teringin nak g Bt Caves.
Tapi bukan masa Thaipusam la.
Ezad said :
February 4, 2009 at 10:18 PM
ko mimpi jadi batu caves..

heh
danineh said :
February 4, 2009 at 11:11 PM
yang pastinya kau mimpi kering
LediAgli said :
February 4, 2009 at 11:36 PM
aku masih ingat kenangan itu.. hehehe

dan.. jangan dilupa brother Metal penuh kunyit mulut penoh mee goreng campo sambal
famia said :
February 5, 2009 at 1:59 AM
nananya: emm.. takde benda pun situ. aku.. cukuplah sekali masuk situ. taknak da aku jejak balik.

ezad: haha. apekejadahkah.

dani: hehe. ko ni makin samting wrong ni. org tak saba2 nak kawen mmg mcm ni kot eh. ko la kene baca permata yg hilang tu banyak2. bila pulak jadi fevret aku. cis.

ledi: ewwwwwwwwwwwww... jangan cerita... aku boleh hafal tau bau menusuk yg tak memberangsangkan tu. tak boleh tahan.. tak boleh tahan.. alkohol sangat busukkkkkk.. ewwww... lama aku banned mi goreng. tak lalu seh nk masuk tekak.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.