Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, February 08, 2009


_Entahlah apa pasal best betul boleh layan budak-budak. Kadang terasa macam budak-budak ini boleh merangsang hormon suka ria gembira dan ceria secara serentak dengan bertubi-tubi. Rasa macam susah betul nak cari alasan tak suka layan budak-budak. Perghh.. nikmat. Susah juga nak hidup kalau tak ada seri budak-budak. Hormon suka ria gembira dan ceria itu. Di hujung jari mereka cuma.

I know. I know.
Nak suruh kahwin cepat-cepatlah itu.
Orang tak cool je suka sangat suruh kahwin cepat-cepat.

Hah.
Takat suruh kosong-kosong tak ada maknanya. Bak sini calon.

Amirul Asri. 3 tahun.

Orang nak solat jemaah ramai-ramai. Dia boleh layan tawaf. Sekeliling sejadah.

"Amirul.. sit down. Duduk."
"I say no. I say noooo."


Degil. Tengoklah siapa kakak saudara dia. (Ehem..)

Orang tengah nak makan. Dia naik turun tangga main kepala orang. Mak aku pun apa lagi. Tangkap tangan dia. Pegang kemas-kemas tak kasi lepas. Dia pun menggelupur nak lepaskan diri. Tergelak-gelak mak aku.

"No. Nooo. Don't gigit me. Don't gigit me."
"Ok. Duduk diam-diam."
"No. Nooooo. I say nooooo."


Nakal. Tengoklah siapa kakak saudara dia. (Ehem..)

Orang tengah duduk-duduk melepak. Dia main lari-lari sembur air liur dekat kepala orang. Mak aku pun apa lagi. Tangkap kaki tangan dia. Grip dia macam WWF. Sampai tak boleh gerak budak itu. Dia pun lagilah terjerit-jerit menggelupur.

"Nak buat lagi tak Amirul?"
"I say no. Noooo."
"Promise? Tak nak buat lagi?"
"Promise."
"Ok. Say sorry."
"Noooo. I say noooo."


Suka main-main. Tengoklah siapa kakak saudara dia. (Ehem..)

I know. I know.

Aku nak apply jadi babysitter kalau macam ini. Tak berapa nak baby dia punya sitter pun ok juga.

Free.

Amacam_

Kategori: ,

9 Responses to "Tawaran Babysitter"

mugiwara said :
February 8, 2009 at 6:23 PM
kekadang suka tengok gelagat budak budak tapi risau bila kita marah dengan senyum dia jadi manja yang mengada ngada. apakah besar nanti dia jadi spoiler?
nurjihad said :
February 8, 2009 at 7:36 PM
mmg best kalo ngan bebudak ni..tapinye slalu terpikir bila "budak" tu anak sendiri...mampu ke nak sabar cam kita layan anak orang....
ish..belum masuk aura keibuan lagi ni..
hehe
paiseh said :
February 8, 2009 at 8:20 PM
ooOooOoo.. babysitter..
help me.. anak sedara gua 16 bulan tak nak balik.. nak duduk ngan gua kat umah sewa. mcmaana nak buat??
famia said :
February 8, 2009 at 8:23 PM
mugiwara: hehe. siape kata jadik spoiler. tengok cara didikanlah kot. kalo dr kecik dah dibiasekan ngn rotan2 dan kekerasan.. sila perhatikan ape jadik kat budak tu bila dah besar. spoiler tak spoiler.

nurjihad: sabar dlm mendidik anak... sangat berjuta2 pahalanya. kan.

paiseh: oke. kirim anak sedare lu kat umah gua. kate dah jiran.
ezad said :
February 8, 2009 at 8:43 PM
keeee.. ko nak choki2 dia org tu..
danineh said :
February 8, 2009 at 9:54 PM
Uhuuu..

Aku kalo tengok kan..

"Can I have one of those.." hatiku berkata..

*sori tapi aku benci dia.. fuh sabar sabar
famia said :
February 8, 2009 at 10:14 PM
ezad: diorang matang. x layan choki choki.

dani: hmm. betol. tp still tu darah daging ko. xpe. time will heal.
February 9, 2009 at 3:39 PM
hehe- :D
famia said :
February 10, 2009 at 4:04 AM
akmar: ai.. suke :p

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.