Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, February 01, 2009


_Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu dari mana asal usul orang main tag ini. Macam passing benda saja. Apa-apa pun.. tag itu tanda kasih sayang mereka. Bila orang teringat kita lalu mengTag dengan rakusnya. Jangan marah. Bersabar saja. Itu tanda kasih sayang bukan.

Wah.

Aku dah matang. Tak rasa marah langsung bila kena tag.

Yahuuuu!
Yahuuuuuuuu!
Yahuuuuuuuuuuuuu!

Terima kasih Nananya di atas kasih sayang itu. Walaupun tempoh aku kenal kau agak sekejap.. tapi aku cubalah ya. Maka. Mari tengok berapa banyak aku tahu pasal kau.

Senyum dulu sebelum buat tag (ini tips menjadi orang cool bukan).

Senaraikan 10 Perkara Pasal Nana

1. Dia kecil molek orangnya
Sangat kecil molek. Entahlah kenapa kalau face to face dengan dia aku terasa macam nak tepuk-tepuk kepala. Ala, macam tepuk kepala budak kecil sambil cakap 'Good boy' itu. Tapi tak elok main kepala kan.

2. Dia petah bercakap
Bercakap dalam nada matang. Dan perihal benda-benda yang matang. (Macam kaulah Dope.. hihi)

3. Dia tak suka cokelat
Aku macam rasa sangat rare kalau perempuan tak suka cokelat. Memang rare betul. Perempuan dan cokelat itu ibarat isi dan tulang. Saling melekap antara satu sama lain. Perempuan perlukan cokelat. Cokelat itu manis. Makanya, perempuan perlukan kemanisan dalam hidup ini. Sebab itulah perempuan kebanyakannya memang nampak manis di mata lelaki.

4. Dia suka baca komik Gempak macam aku
Baca komik itu kira matang juga apa. Lagi tinggi imaginasi. Lagi matang.

5. Dia suka menulis
Ya. Ini fakta. Menulis apa saja.

6. Dia seperti kakak besar
Aku tak pernah ada kakak. Sebab akulah kakak. Tapi dia ini macam kakak besar. Kira.. macam boleh bergantunglah dengan dia pendek katanya.

7. Dia sangat hebat memasak
Memang macam mak-mak. Rasa pun sedap. Masakan kampung. Bukan Western. Mungkin sebab aku sendiri pun tak lalu sangat nak telan makanan Western. Tak kacip bak kata budak-budak zaman sekarang. Tak kicap pun iya juga.

8. Kawan sekolah rendah dia bekas jiran aku
Sekolah rendah Ampang dalam sejarah. Hehe. Kagum aku. Sesungguhnya dunia memang sangat kecil.

9. Dia tak suka bunga
Err.. sedikit hairan kalau ada perempuan tak suka bunga. Ke memang ramai perempuan tak suka bunga barangkali. Pelik langsung.

10. Jarak tempat kerja dengan rumahnya teramatlah dekat
Ya. Dekat. Sangat-sangat. Lunch boleh balik rumah. Dekat bukan? Satu kenikmatan.

Novel Kegemaran Nana
Err.. Laskar Pelangi agaknya.

5 BENDA Kesayangan Saya


  1. Nami (Myvi Putih)

  2. Kakeno (Canon EOS 350D)

  3. Koleksi Buku dan Komik Gempakz (Tak berfaedah bukan)

  4. ... (err.. macam tak banyak pula benda kesayangan dah)

  5. ... (seperti tak ada dah rasanya)



People I Want to Tag

  1. Dani

  2. Anisa

  3. LadyUgly

  4. Suhaila (hah.. buat cepat dekat komen tu)

  5. Dope

  6. Ezad

  7. Awie (dah terkubur ke blog tu sedara.. sila up balik ya)

  8. Astri

  9. Riena (buat di ruangan komen je pun tak apa)

  10. Hafizatul Akmar (ok.. buat kat komen sila)

  11. Kak Putri

  12. In Sengal

  13. Nessa

  14. Siapa-siapa lagi yang sudi (dekat ruangan komen je takpe)



Fuh..
Habis akhirnya.

Ekselen man_

Kategori:

19 Responses to "Tag - Nana"

no.4 said :
February 2, 2009 at 10:05 AM
no.4 tu name aku ke?? ape kessss?? aku xde blog... makenye bukan aku la kan?? :P
famia said :
February 2, 2009 at 10:18 AM
suhaila: ah.. jangan banyak cakap. kata bosan. cepat buat. haha. kat komen ni pon takpe. tapi kalo ko rajen ko buat kat notepad.. pastu ko email aku. amacam? haha.
DarkWan said :
February 2, 2009 at 11:00 AM
>> 2. Dia petah bercakap
Bercakap dalam nada matang. Dan perihal benda-benda yang matang. (Macam kaulah Dope.. hihi)

apekah aku pun terlibat. uhuuu.
RieNa said :
February 2, 2009 at 1:41 PM
10 perkara tentang kamu????
aiiyaakkk..mana aku tahu..matilah!!
aku cuba jaya ye.

cik famia adalah :
1. suka mkn coki2.
2. ada kereta nama nami.(mana asal ko dpt nama keta tu ek??
3. takde boyfren. (ko jumpa terus kawen agaknya ye?)
4. baca kartun mcm kanak2,tp konon matanglah.apa2 sj asal kamu bahagia.
5. aku rasa kamu ni cun.rasa nak ngorat mujurlah aku ni perempuan.hahaha!
6. err..apa lg ye..

errr

errr

errr..

aku mengaku kalah lah!!!!
February 2, 2009 at 4:03 PM
senyum gak - *cool*

10 ttg kak famia :
1- super cool
2- matang
3- tegas
4- gigi bungsu diek tak tumbuh2..
5- nama : huzaimatus saadiah (arap2 xsilap.hee)
6- suke baca komik gempak
7- suke choki2
8- pandai silat
9- sudah bekerja
10- belum kawen
NOVEL Kesygan : ntah .tak tahu-

5 benda Kesayangan saya :
- Laptop adiah dari mak dan abah 5 thn lalu
- Littman Classic II S.E stethoscope (navy blue)
- Nikon S210
- Digital music player (sony)
- Kitab2 yg dibeli dan yg di beri.

sekian- terima kasih ;)
famia said :
February 2, 2009 at 6:44 PM
dope: ye. pastu kena buat. haha.

riena: haha. tengs.

akmar: fuiyo. tengs banyak2. fakta yg macam cool.
Ezad said :
February 2, 2009 at 9:09 PM
tag ni aku baut kat komen ko je la ye. hehe

10 perkara tentang Famia

-mafia zaman sekolah (biar mafia, jgn bosia.. heh)
-suka choki2 (selekeh tau makan choki2 ni)
-suka tangkap gambar (ape kes tangkap gambar? tangkap la rama2)
-belajar silat (silat gayung ke silat cekak? ke, silat olahraga)
-nama kereta kesayangannya nami (nami ni jantan ke betina?)
-ada kamera nama kakeno (ni, ko tak nak jual kat aku ke?.. hehe)
-kumpul komik gempakz (apa ke he nya ko baca buku ni? baca la mingguan wanita ke, perempuan ke, keluarga ke.. ahaks)
-duduk kat wangsa melawati (huh.. selalu lepak jj ngan carefour la ni)
-pernah start kereta auto tp gear kat D (ingat tau! kalau start kereta manual, jgn masuk gear 1. melompat nanti)
-aku tau 9 je. lagi 1 aku tak tau

novel kegemaran famia
entahapantahakutaktau

5 benda kesayangan saya
semua aku sayang
ahaha

sekian
orangnombor4 said :
February 2, 2009 at 9:52 PM
atas dasar perikemanusiaan selamatkan palestin.. aku wat dgn berat ati gak.. kalau ade fakta yg memalukan.. jgn mrh aku ek.. huhuhuh..

cik huzai ialah:
1. 1 opis ngn aku
2. dulu dok kubikel blkg aku.. skang dok kubikel dpn aku [teka sape yg pindah tempat?? muahahhaa]
3. keta same keturunan ngn aku [dia tiruuuuu sy.. :P]
4. nak gi meja aku kena lalu meja dia dulu [sile rujuk fakta no.2]
5. teman 'jln2 crk lunch' aku
6. pemalas berkate2.. [sbb ktorg borak gune ym.. pehal kubikel belakang2 je borak gune ym :P]
7. tp kalau nk borak bukak mulut ngn dia kena ketuk cermin kubikel sbb dia ala2 pekak sket [sumbat tlinge ngn earphone la.. :P]
8. sgt naif psl mesin fax.. muahahahhaha.. gile xleh blah..
9. sgt pemalas nk berjalan ke printer.. padahal sebelah dia je.. slalu dia tarik je wyr printer masuk kubikel dia.. :P
10. kalau nk pedajal dia.. sile la suh kucing lalu lalang dpn dia... sure dia freezeeee 15mnt.. muahhaha [maap.... :P]
11. agak2 nk gi umah dani... jgn suh dia lukis peta.. jenuh la korg nk kena carik round about area batu kep tu.. muahahhaa... [maap lg skali..]
12. sy sgt takut bile dia tgh mrh sbb dia akan wat muke ketat n syp... gile ngeri woo...
13. sgt alergi ngn bos dia.. [bos dia=bos aku la.. muahahaah]
14. tp sgt geng ngn bos dia sbb dorg 2 org je yg pakai XP kat opis tu... hihihi [maappp lg skali lg.. :P]
15. dia lah THE ONLY ONE dlm team ktorg yg ade extra monitor.. [kat opis ktorg team developer je yg ade monitor extra.. huhuhuhu...tp sbb dia spesel kes.. sbb tu bos syg dia.. belikan monitor extra tuk dia..padahal bos nk suh dia wat design.. muahahhaa]
16. dulu dia slalu kena buli ngn bdk2 laki kat opis.. skang tidak lagi... hhihihih...
17. ops terlupe.. dia pembekal makanan ringan dikala lapar diwaktu ptg hari dikala tgh tensen ngn keje...
18. oo dulu dia ngn jeket coklet dia xleh nk dipisahkan.. sampai sume org bising suh dia tukar jeket tu.. muahahhha.. [maap cek kak]
19. mungkin korg xtau dia drive keta x pakai selipar or kasut.. kaki ayam togel je... :P
20. last.... dia sgt baik ati, solehah, penyayang, lemah lembut dan sopan santun... so sile la pinang dia.. hihihih..

hambikkk... skali 20 aku kasik.. ade je byk lagi ni.. nak aku sambung ke?? or nk suh aku wat entri terus.. hahahaha..

oo feveret novel dia.... hmm.. so far aku rs heri poter je.. tp setau aku dia plg obses ngn cite korea..

5 bende kesayangan sy...
1. sume
2. mende
3. yang
4. saya
5. sayang

pissssssss!! :D
famia said :
February 2, 2009 at 9:59 PM
ezad: ahkahakhkas.. oke.. oke. tengs.

suhaila: perghhhh.. gileeeeeeeelah. tak boleh blah. kagum gile. fakta tepat. terbaiks. ahkahakhakhaks. aku pun br tau psl sume tu. ko memang sgt observant. haha. ni belum masok dani kutok aku skali. ahakhakakhs. ngn anis skali. tapi tengs. sayang korang. haha.
AyUmi said :
February 3, 2009 at 11:42 AM
nana memang ibarat seorang kakak. hihihi.
danineh said :
February 3, 2009 at 12:49 PM
Nih senaraikan 10 perkara keh...
senaraikan 10 kutukan..

ahahahahah..

TAK BLEH LEPASKAN PELUANG KEEMASAN NIH..

[japgi aku wat.. skang time keje.. tak elok mkn gaji bute]
AnNessa said :
February 3, 2009 at 2:51 PM
erkkk..
13..
angka yang sengal >:)
famia said :
February 3, 2009 at 4:27 PM
ayumi: kan. dia memang macam kakak besar.

danineh: hahahahaha.. oke. 10 kutukan pun bes je.

annesa: haha. takde. buat je walaopon tak iklas.
Nana CS said :
February 4, 2009 at 12:48 PM
wah.
semua nya betul.
ok.sepuluh markah.

eh, novel kegemaran tu sepatutnya novel kegemaran kau.

aku baru je belajar baca novel. baru ada 4 buah, tetralogi laskar pelangi.

aku suka bila dianggap sebagai kakak pada kamu-kamu yang mengenali aku.

aku makin terharu, makin hari, makin ramai org yg buat aku terasa disayangi.

terima kasih, kawan-kawan.
famia said :
February 4, 2009 at 2:12 PM
nana: hehe. betol ke sume tu. hehe. dah tu benda nyata. sah2lah betul kot. novel kegemaran aku ke. laa.. haha. aku ade banyak novel kegemaran tapinya.
Nana CS said :
February 4, 2009 at 3:53 PM
emm... kau byk benau tahu pasal aku.

aku?
sangat sedikit pengetahuan ttg kau.

tapi, kau selalu ada bila aku perlukan.
aku tak perlu pun, kau tetap ada.

walaupun,
kita belum kenal lama.
famia said :
February 4, 2009 at 5:07 PM
nananya: hehe. takla banyak mana pun. munkin pasal aku rajen hulur telinga bila ko becerita barangkali. takpe. next taim mesti aku perlukan tangan ko pule.
Dani neh said :
February 5, 2009 at 1:07 AM
Xai dan Orang nombo 4

silelah ke blog danineh.. sile laa sile laaaa
famia said :
February 5, 2009 at 2:03 AM
dani: ye baik. bertindak mengikut arahan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.