Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, February 17, 2009


_Suatu tengahari. Secara sendiri. Dalam ofis ini. Tiba-tiba keluar bau megi.

Eceh.. macam pantun 3 kerat.

Kan aku dah kata dulu aku tukang karang pantun yang terhebat. Ha.. riak.. riak. Ok. Tarik balik. Bukanlah terhebat. Biasa-biasa saja. Tapi bolehlah buat pembayang dalam masa 1 saat. Dalam pertandingan pantun zaman sekolah rendah dulu. Ha.. riak.. riak. Tak. Tak. Ini fakta.

Dah.

Buang cerita pantun.

Sekarang cerita lain. Cerita 'A guy, a girl and an office place'. Sub (memang nama separuh sebenar) tegur. Sambil memasak makanannya yang semerbak wangi dekat pantry.

"Eh, not having lunch?"
"Hehe. No. Fasting."
"Ooo. So how many days you have to fast actually? Three is it?"


Tiga?

Aik.

"Eh.. no. Emm.. as for women, during Ramadhan there are several days we can't fasting. Due to... err.. you know that thing. Emm.. due to.. that women stuff. So.. we have to replace back."
"What stuff?"
"Emmm.. that women stuff lah."
"Ooooooooooooo.. ok. Ok."


Susah betul aku nak karang pembayang jalan cerita kurang daripada 1 saat. Nasib baik tangkap juga kesudahannya. Apalah Sub ini. Dah kahwin pun tak faham. Malulah saya nak cerita panjang.

Tapi memang gila bukan kerja mudahlah nak cerita benda macam itu.

Terutamanya dekat lelaki.

Serius.

Masa adik Uya sekolah rendah. Waktu solat Maghrib memang berjemaah dengan ayah. Semua sekali. Habis kalau datang 'Lawatan Makcik Ke Bulan' memang duduk sandar temboklah jawabnya. Adik Uya yang memang belum betul-betul mumayyiz pun panggil solat sekali macam warden asrama.

"Akak. Solatlah."
"Woh. Kakjai tak boleh solat."
"Apasal? Berdosalah."
"Sebab.. sebab tak bolehlah."
"Apasal tak boleh?"
"Sebab orang uzurlah."
"Adik pun uzur. Adik sakit kaki. Tapi boleh je solat."
"Laaa.. itu apa. Sakit kaki. Kakjai lain."
"Habis kakjai sakit apa?"
"Isk budak ini. Ini sakit perempuanlah. Pergi jelah solat dulu."
"Apalah akak ni."


Hak alah budak ini. Perkataan uzur paham pula. Memang masalah betul nak cerita. Sampai isyak pun belum tentu habis tanya budak ini jawabnya.

Hmm.

Sebab itu penting ajar pendidikan jantina (nama sopan) dekat sekolah. Kan.

Tapi.

Lainlah kalau sejak di bangku sekolah lagi korang dah tau pendidikan jantina. Itu memang Dangerous Mind.

Hah.

Agak-agak faham ke apa benda pendidikan jantina itu_

Kategori: ,

16 Responses to "Benda Paling Susah Nak Cerita Dekat Lelaki"

Indrasakty said :
February 17, 2009 at 9:22 AM
Dulu waktu kecik-kecik, saya dan rakan-rakan memang ada cuti seminggu sebulan kelas mengaji.

Ada sorang kawan cakap pada mak dia, "Ish, budak-budak mengaji ni nakal tak ingat. Itu pasallah makcik selalu uzur."
RieNa said :
February 17, 2009 at 9:36 AM
haha!!

a'ah indra, saya masa kecik pun ada cuti mengaji seminggu pd setiap bulan. saya pun heran kenapa ustazah asyik cuti aje. bila saya bgtau mak, mak ckp,

"itulaa kalau yg mengajar tu ustazah muda, mmg asyik cuti ajelah."

lps tu mak saya hantar saya kat sorg nenek. hah,padan muka dah takde cuti seminggu dah.

famia, mcm biasa,jelaskan dgn ayat paling sopan santun kesusilaan.
hafiz abdul said :
February 17, 2009 at 9:57 AM
aslkm biasa saya akan bg tahu tuhan bg cuti solat seminggu kat orang perempuan sbb lelaki ngn perempuan tak sama dari fizikalnya pun tak sama
landaklaut said :
February 17, 2009 at 10:36 AM
skrg ni kalo ade lelaki yg tanye kt aku psl benda2 ni,aku bgtau direct je sbb aku anggap diorg dh blajar sains tingkatan 3 ttg pembiakan. hahaha..
February 17, 2009 at 12:22 PM
pendidikan jantina adik beradik pendidika jasmani

ek?
(buat-buat tak tau nak suh pengrang buat ayat pembayng 1 saatnya.kakakaka)
famia said :
February 17, 2009 at 12:48 PM
khairulhak: hahahahaha. alahai innocent betul budak2 tu. tapi kecik2 pun paham je perkataan uzur. kira bagus vocab budak2 melayu.

riena: hahaha. hantar kat nenek. ok. mak sangat bijak. ye. sopan santun itu penting. tapi benda2 macam ni susah sikit nak menyebutnya. malu terlebihlah konon.

hafiz: ws. ha bagus. nanti boleh pinjam ayat.

landaklaot: itu kalau lelaki yg dah mumayyiz. kalau budak2 paras lutut ko.. nak bagitau ape. hehe.

7kaki: hahahahahahahhahaha. itu nak cucuk tuan rumah jd riaklah tu. gila tak baik. hahaha.
abangpit said :
February 17, 2009 at 2:11 PM
bukan pantun 4 kerat ke tu? :p
February 17, 2009 at 4:10 PM
pendidikan jantina?
ermm..tapinye bebudak zaman skang ni dah terlebih maklum la pulak..
sampai rosak pikiran..
err..ye la kalo dah mengaji takde tok guru itu la jadi nya..
iye dak?
February 17, 2009 at 6:58 PM
ekekeke-

ekekek

ekekkeke

:p
Ezad said :
February 17, 2009 at 11:08 PM
hmm

datang bulan tu apa?
paiseh said :
February 18, 2009 at 1:07 AM
hoh..! gua rilek je main tekateki kecik2 dulu..

"penah tengok kura2 kluar haid??"
gua pernah je.. (haid = head ; homophone)

hahahahahaa...!!
A t i Q a h said :
February 18, 2009 at 3:00 AM
Oh oh. Tadi siang baru saja kelas-met lelaki tanya soalan tentang 'that women stuff'. Bila saya gelak dan semacam hesitate mau jawab, dia marah pula. Janganlah gelak, aku nak belajar ni.

Alahai.
famia said :
February 18, 2009 at 8:33 AM
maoi: ahkahakhaks. gilelah tak perasan. haah. 4 dikerat.

nurperjuangan: bebudak zaman sekarang.. kelas mengajinya tak mcm budak zaman dulu2. liatnye bukan main.

akmar: suke eh. hehe.

ezad: tanya mana2 pompuan yg ko kenal.

paiseh: hehehehehehehehehe. ape benda teka teki lu ni. rosak gila.

atiqah: hahahaha. tak baik kamu ni. ajarla dah diorang nak belajar. tapi.. belapik2 la. malu woh terang benda2 mcm ni kat diorang.
jeehanx said :
February 18, 2009 at 4:48 PM
makin lama aku makin minat kat ko la jai!! tapi, leh ke aku minat kat ko kalau aku sendiri spesis datang bulan? hahahaha..
AyUmi said :
February 19, 2009 at 10:32 AM
anak buah aku kalau tanya, aku jawab aku sedang cedera. orang cedera takleh solat. kalau dia cakap dia pon cedera jugak dan takmau solat aku sound balik, yang cedera dan bersekolah menengah je. sebab dia sekolah rendah hohoho.

nanti dia sekolah menengah kalau dia tak cedera lagi aku ceritakan lah kisah sebenar. hahaha.
February 19, 2009 at 1:23 PM
nie mudah je cerita kat beta. beta paham. ehhheh. perlukan pertolongan?

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.