Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, February 05, 2009


_Ingat lagi tak dekat brader berjanggut. Ala.. yang jaga parking LRT Terminal Putra itu. Ala.. yang aku sombong tu. Ala.. yang dia kata aku selamba kering itu. Macam Stonecold. Waemah dia lagi stone je.

Tadi hujan lebat.

Haa.. korang tengok betapa excited gila nak cerita sampai balik je terus buka laptop

Aku kan suka naik LRT sekarang. Saja nak training temper. Tengok reti sabar ke tak sabar nak pergi cari rezeki pagi-pagi. Kiranya.. balik tadi memang gila lebat nak matilah hujan. Hujan rahmat. Gila nikmat. Dia punya lebat itu memang terbaik. Sampai penuh stesen LRT itu. Semua pakat berkumpul tunggu hujan kebah. Yang mana aku rasa lagi setengah jam pun belum tentu dia kebah.

So..

Korang pun tahu kan betapa aku sangat gilakan hujan. Sampai buat eksperimen. Kan.

Makanya.

Inilah peluang keemasan dan perak aku nak buat eksperimen lagi. Tengok berapa lama boleh demam balik. Lepas itu boleh eksperimen sekali kekalisan beg laptop ini hah. Tengok telus tak telus air nak ceroboh masuk. Beli mahal-mahal tau. Bila lagi nak test kan.

So..

Disebabkan aku sangat gilakan hujan.. dengan lafaz bismillah aku redah. Gila basah. Lencun tak ingat punya. Terkebil-kebil gosok mata. Rasa macam pakai wiper manual je. Mana taknya.. menderu-deru air hujan lari dekat muka. Nasib baik pakai baju tebal. Nak harapkan payung mana ada. Lainlah kalau ada lelaki gentleman tiba-tiba datang tolong payungkan sampai ke kereta ke ape ke kan.

So..

Tengah aku seronok redah main hujan lebat gila.

Tiba-tiba..

Pling!

Brader berjanggut itu datang dari jauh. Dengan raincoat kuningnya. Dengan berpayungnya. Uiyo.. my wish is granted! Dia bukan datang nak hulur payung. Dia datang nak tolong payungkan terus tau. Sampai ke kereta tau.

Gila segan!!

"Apasal jalan dalam hujan ni?"
"..."
"Hah.. meh payungkan."
"Ehhhh takpe takpe takpe."
"Ha takpe takpe takpe."
"Ehhh takpe.. dah dah. Dah dekat."
"Eh.. janganlah jalan laju sangat."
"Lajula.. sejuk ni. Ha.. takpe takpe takpe. Dah dah."
"Ye.. ye. Dah dah."


Tengok korang aku punya adab. Segan nak mati punya pasal sampai lupa nak cakap terima kasih. Gabra. Terkedu. Terkesima pasal tiba-tiba je wish is granted. Huish.. imaginasi boleh jadi realiti. Kuat betul pengaruh komik Gempak dalam kehidupan aku. Pergh..

Ah.. tak kira.

Yang penting dia dah kacau eksperimen aku. Kalau ayah tahu aku main hujan mesti dah kena penampar sulung punya.

Tapi.

Gilalah.

Sampai seram sejuk dibuatnya. Segan itu tak payah cakaplah. Malu. Segan. Malu. Segan. Dahlah tinggi. Macam orang Digi kuning yang sangat tinggi. Jalan dekat-dekat sebelah-sebelah.

Kesudahannya.

Lepas dah masuk kereta, aku hon. Aku angkat tangan dari tingkap je. Ala.. macam lelaki selalu buat. Lelaki kan selalu angkat tangan ala-ala selamat tinggal bila nak blah dari tempat kejadian. Ha.. macam itulah aku buat. Konon 'Stonecold'lah itu. Hah. Tengok korang aku punya adab. Tak beradab betul.

Habisnya.

Takkanlah aku nak jerit dalam hujan itu cakap terima kasih pula.

Kan.

Tak Stonecold langsung. Tapi. Memang malu betullah_

Kategori:

23 Responses to "Stonecold Kuning Lebat"

Indrasakty said :
February 5, 2009 at 7:56 PM
Angkat-angkat kening lalu berkata, "Ehem, ehem.."
famia said :
February 5, 2009 at 8:00 PM
khairulHaq: haha. tak baik berprasangka oke. dia tolong sedara seislam tu. takde niat lain.
paiseh said :
February 5, 2009 at 8:57 PM
saja nak training temper kunun..
padahal dah tak tahan balik keje asik jem terukk ujan. hahahahahahaa..!!!
February 5, 2009 at 9:48 PM
hehe. mungkin cik famia da terbukak hati?
ezad said :
February 5, 2009 at 9:49 PM
ala.. ko bukan nak test hujan tu kan?
sebenarnya ko nak test, ada tak lelaki yg dtg payung kan ko nanti, kan?

ala famia.. aku kenal ko la. trick lama tu..

muahahahaha
MaJa said :
February 5, 2009 at 9:57 PM
sweet apa brader tue.
February 5, 2009 at 11:43 PM
ecece akak! malu2 laks- hehe-

ensem tak bro janggut tu kak? keh3-

huu- sy ari2 balek ber hujan- ade payung, org pinjam tak kasi balik- share payung serupa cm tak berpayung- tpkan- ujan besh tido!
kel@mbu said :
February 6, 2009 at 12:46 AM
hihihi. mcm iklan tivi.
landaklaut said :
February 6, 2009 at 1:17 AM
wahh.. aku rasa macam romantiknyee brader itewww... *kelip2 mata kat famia*.. wahahahh..
famia said :
February 6, 2009 at 4:00 AM
paiseh: ahakhakhaks. terbaiklah lu punya serkap jarang. tapi walaupon penat naik LRT.. 2 minggu sekali tau baru isi minyak keta. Kan ke saving gila tu.

ST: haha. belum belum. Belum jumpa pencuri yang sepatutnya.

ezad: perghhh.. bape lame kenal aku? sila kenal betol2 lagi skali. selamba ayam je buruk sangka membe sendiri. haha.

maja: haha. setiap orang ade kemanisan tersendiri munkin. ye brader tu sweet.

akmar: heshh mestilah malu. buat benda yang tak biasa buat. haha. ensem? bolela. cukup rupa paras. ada janggut. hehe. haah.. ujan bes tido. ni semalam terus tido awal. perut bebunyi2 pun tido. kaver tido berhari2 yg asik tak cukup. gila buruk perangai.

kelambu: hahaha. tau. takpe paham. tu yg lagila aku segan tu. rase macam shooting iklan.

landaklaut: haha. sejenak aku terasa romentik je semalam. cuma tulah.. segan overdose. dia payongkan pon aku kena je ujan. see! betapa segannnye nak dok bawah satu payong. haha.
landaklaut said :
February 6, 2009 at 4:16 AM
cik famia, aku tag kau eh. huhuhu..
nurnana said :
February 6, 2009 at 8:27 AM
LL: famia yg romentik, sebenarnya. tapi dia malu.
famia said :
February 6, 2009 at 10:27 AM
LL: alahai. nanti aku tengok ye kalo ade kesempatan. panjang betol tag tu. isk..

nananya: haha. malu tu sebahagian drpd iman.
AyUmi said :
February 6, 2009 at 9:52 PM
eh eh brader tu sweet la :">
famia said :
February 7, 2009 at 8:23 AM
yumi: hehe. gentleman juge la.
hafiz abdul said :
February 8, 2009 at 2:40 AM
aslkm cik famia.mcm cerita dalam filem bagustu boleh kasi kat aziz m osman.filem of the year the most romantica drama/movie.
February 8, 2009 at 2:23 PM
akhirnya.. apa yg ditunggu dah sampai..
famia said :
February 8, 2009 at 6:05 PM
hafiz abdul: hehe. fair n square. kalau sinis itu membantu.

dboy: hehe. gurauan keras nampak.
mugiwara said :
February 8, 2009 at 6:39 PM
kau yang balik rumah setelah meredah hujan lebat sebagai eksperimen, terus buka laptop untuk (dengan excited nye) ceritakan pasal mamat digi berjanggut yang tolong payungkan kau.

kau sedar tak apa yang berlaku?
ermm...
famia said :
February 8, 2009 at 8:19 PM
mugiwara: hehe. wahai mugiwara. aku sedar dalam semua tindakan aku. time kasih sbb sedarkan lagi. hampir semua penulisan aku.. memang jenis lepas berlaku je terus aku excited bukak laptop becerite dengan korang. cume yg ni je aku tulis aksi excited tu. maka.. tak haraplah ko bersangka2 dgn kisah ni.

ko sedar tak apa yang ko tanye ni?

hehe.
danineh said :
February 8, 2009 at 9:36 PM
aaaaaaawwwwwwwwwwwwww... so swiiiiiiiit...



Salah satu isi Buku aku on "Macamana nak tahu kita suka seseorang?"

Rule #8:
You always talk about that person


akekeke...

[Lariiiiiiiii]
famia said :
February 8, 2009 at 10:19 PM
dani: hehe. oke.

**cerita salah. x cerita pon salah. prasangka mereka tetap ada. hehe. paham. kalo maap begune.. nak polis batpe kan.
danineh said :
February 9, 2009 at 11:13 PM
ala.. aku maen2 gurau jek..

jangan la amek hati..

yeh yeh yeh

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.