Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, February 18, 2009


_Tadi. Dalam LRT. Sambil layan mp3. Volume paling besar sekali. Sambil layan buku Ahmad Dinejad - Singa Baru Dunia Islam warna merah ini. Dengan gila khusyuk sekali.

Tiba-tiba.

Seorang awek arab tegur.

"Excuse me. Is that Ahmad Dinejad?"
"Huh?"


Diingatkan. Aku tengah layan mp3. Dahlah volume paling besar sekali. Maka. Sila top up lagi sabar itu. Nasib baik awek arab itu cool. Dia ulang balik tanya 8 kali.

"Is that Ahmad Dinejad's book?"
"This? Yeah."


Singa Baru Dunia Islam

Aku senyum. Awek Arab itu buat muka terkejut.

"Why did you read that book?"
"Come again?"
"That book. It is not good. Not good."


Aku terdiam.

Akak sebelah aku yang dari tadi perhati kulit buku aku baca itu terus masuk campur. Bawah ini semua conversation akak itu dengan awek Arab itu.

"Why is it not good?"
"He is not a good man."
"Why? He is a good President of Iran."
"No. No. He is not good. I am from Iran. I am Iran."
"So you don't like your own president?"
"Yes. I don't like him. The book wrote all the good things about him. But reality, he is not that good. Not good at all."
"Are you a Muslim?"
"Yes. Yes, I am a Muslim."
"Ok. So, why you didn't like him?"
"You like him?"
"Of course."
"Why? Tell me. Tell me."
"Well, he is.. emmm.. daring."


Tang daring itu aku memang dah senyum simpul habis. Akak ini sabar ajelah. Boleh pula dia belasah daring. Mesti dah habis vocab nak sebut karakter agaknya itu. Tapi Ahmad Dinejad memang kategori kacak. Muka tenang gila. Mata redup. Pandangan bercahaya. Sejuk betul mata memandang. Memang daring pun.

"Tsk. Nooo. Nooo. He is not good. You see, if someone force you to eat something that you don't want to eat, will you eat it? Of course not right. So, when he forced people to wear hijab, he is a bad man. That's why I don't wear any."

Aku terkedu. Akak itu pun sama terkedu. Tapi akak itu sambung tanya lagi.

"So, is he like Shah?"
"Who?"
"Shah of Iran."
"Oh. No. No. Shah is very good. He is a very good president. Shah is much more better than Dinejad. I like him."
"Oh. Ok."


Lepas awek Arab itu blah. Akak itu sambung dengan aku. Watak aku. Diam. Dengar. Dengar. Diam. Sepatah haram pun tak masuk campur.

"Patutlah. Dia jenis pro Shah Iran. Pro-Bush sekalilah itu. Nampak macam kebaratan je awek itu."

Aku senyum. Aku angguk.

Malas nak masuk campur. Sebab aku tahu apa yang aku tahu. Dan aku nilai apa yang aku boleh nilai. Dan yang paling penting, aku suka dengan watak Ahmad Dinejad. Tak kisahlah orang nak cakap apa. Unsur politik memang malas betul nak masuk campur. Porak peranda sesak kepala je kang.

Tapi.

Mana boleh disamakan dengan Shah Pahlevi. Isk.. tak sama langsung. Jauh panggang daripada api. Pulut panggang lagilah jauh. Pulut panggang waktu bazar Ramadhan Taman Melawati ini pun sedap lagi.

Takpelah.

Kalau dituduh teruk sebab paksa berhijab.. tak boleh nak kata apalah. Benda baik. Dituduh buruk. Hmm.. itu hati. Sudah separuh rapat dia punya pintu. Mungkin berlilin cuma. Gelap tak jumpa cahaya.

So.
Goodbye to you.
But Allah will not leave you.

Andai Perdana Menteri, segala menteri lain, sultan, raja dan sebagainya pun ada watak macam beliau ini. Perghhhh.. memang lancarlah jalan nak ke syurga. Barulah sedap nak mengaku negara Islam 218%. Walaupun tak dapat nak jadi sehebat pemimpin zaman Khalifah Ar-Rasyidin dulukala.. tapi cukuplah yang seakan-akan mereka. Tahu batas agama. Dan amalkan 100% pulak itu. Tanpa kompromi. Tanpa alasan.

Ahmad Dinejad

Tapi.

Aku tetap suka Ahmad Dinejad. Zuhud. Sederhana. Dalam segala segi. Tenang. Walaupun orang biasa. Tanpa kemewahan dunia. Dia memang antara pemerintah Islam yang terbaik. Dalam alaf ini.

Kalau ada anugerah Islam President Idol.

Tempat pertama, dia punya_

Kategori:

7 Responses to "Presiden Cool Yang Dikecam Tidak Cool"

February 19, 2009 at 1:17 PM
218%? haaa. 18 jaga2. itu nombor sy suke taw.
beta pun ske ngan ahmadinejad. tgk profile die. pehhhh. harap2 khatami xmng piliharanraya nnti.

ps: khatamikan? yg presiden khomeni. hehhehe. lupa sudey.
pss: cik famia ape kabor? takot nk tegur kat ym. ngeee!
February 19, 2009 at 5:58 PM
sedih.

sepatutnya pemimpim yang mengaku Islam terutama dr Islam Sunni lebih menjaga akhlak daripada Presiden Iran ini.
famia said :
February 19, 2009 at 7:26 PM
ST: 18? woho. ambiklah. ambik 1 je. 8 bak sini. haha. entahlah kenapa kalau tengok ahmadinejad ni terasa macam meluap2 luar biasa pula semangat Islam. kagumlah ada pemimpin macam dia. iskk.. manalah nak dapat lagi satu macam tu kat malaysia ni.

7kaki: takpe paham. mmg sedih. sbb tulah kite kecik2 kat sekolah dulu diajar Iman dan Amal. belajar agama tinggi2 masing2.. tapi tak amalkan. memang menyedihkan sangat2. pantang tegur sikit je mesti melatah. mesti tau nak maki sumpah seranah. mesti nak jerkah. dengan berjuta alasan. itu takleh. ini takleh. nak bersatu sesama Islam pun payah. main kasta bagai. tak kacak langsung. macamanaa nak mengaku Islam dengan bangganya. bile orang Islam sendiri buat perangai.. cemanelah bangsa lain nak tetarik ngn Islam. Lagi dikeji adelah. hmmm.. kan dah bengang. haha. tak kacak langsung. (ye ni tuju kat diri sendiri juge terutamanya).
paiseh said :
February 20, 2009 at 12:55 AM
gua dengar2 dia ada kena racun ituhari kan..?? apa citer dah aa..??
famia said :
February 20, 2009 at 10:59 AM
paiseh: ek? aiseh jangan tanye. gua takde rss feed kat mana2 berita. so.. mmg lmbt sikit dapat tau info pape. lu cerite ni br gua tau.
ilovefy said :
February 21, 2009 at 12:18 AM
well i think memang berhijab itu hukumnya wajib. tak pakai berdosa.
tapi come to think of it, ada certain org ni ignorance/degil/ego n so on.
dan ada juga yang tak terbuka lagi hati, x terima hidayah lagi.
tho ilmu saya x sedlm mana, tapi sepatutnya dia tak boleh PAKSA org buat sesuatu yg diluar kehendak org. betul tak?
islam sndiri tak memaksa org masuk islam, kita kena ajak/pujuk dan itulah gunanya DAKWAH. so hati org akan suka dan rela nk buat sesuatu tu.
kalo paksa2, hukum itu ini, no wonder other religion/ppl pandang serong pada islam. tak boleh salahkn org cop islam bukan2, kena tgk KENAPA?


idea dia dah ada, praktikal wise belum tepat lagi.

there goes my 2 cents :)
famia said :
February 21, 2009 at 11:47 AM
ilovefy: hehe. bab tu mmglah logik. but to dislike others dan mengecam others just because 'pakse' bertudung.. itu macam.. hehe sendiri pikirlah ye. nak berdakwah memang bukan kerja senang. bukan pepimpin je ade role tu. org islam yg lain sendiri pun sama je role dia. kalo org Islam sendiri dah perangai pon macam bangsa lain... memanglah seluruh Islam pon dikecam. rasa macam setiap individu pon kene berdakwah sesama sendiri. kan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.