Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, February 21, 2009


_Zaman belajar dekat PPP ITM dulu memang solid. Serba serbi indah. Belajar sambil main-main. Manalah tak indah. Tak ada satu hari pun yang tak indah masa dekat PPP ITM dulu. Dekat ITM dulu, budak-budak PPP dengan ITM Seksyen 2 memang ada kasta sikit. Entahlah kenapa. Masing-masing tak ngam sesama sendiri. Kelas kitorang semua dekat seksyen 17. Hostel dekat seksyen 18. Memang jaranglah kelas dekat seksyen 2. Ada. Tapi memang rare.

Dulu.

Setiap hujung minggu mesti balik rumah. Wajib. Kadang-kadang 2 minggu sekali. Sanggup itu naik komuter dengan Dani. Sambil bersesak-sesak dekat stesen komuter Shah Alam. Penuh dengan budak-budak ITM. Budak CIAST. Budak kilang yang tak berapa nak budak. Budak sekolah. Budak tadika. Mak budak. Bapak budak. Semualah pendek katanya.

Memang keindahan yang solid.

Ada sekali dulu naik komuter.

Penuh macam bas mini. Aku dengan Dani macam biasalah. Selit sekali. Himpit punya himpit, dapatlah juga menyelit dekat tepi pintu. Memang solid. Berdiri pun berdirilah sampai KL Sentral. Asal dapat balik rumah. Malas nak tunggu trip lain. Lama gila. Dekat sejam kadang. Dengan panas gunung berapinya. Mana tahan. Kan. Kata student. Hidup tahu nak memberontak saja. Sabarnya entah ke mana. Jangan ditanya.

Depan kitorang.

Tiba-tiba nampak macam ada mata kerek yang memandang.

Pelik sekejap.

Apahal dia ini. Muka nampak macam baik. Solid. Tapi macam nak cari gaduh. Kejap-kejap jeling. Kejap-kejap pandang balik. Sebab malas nak kisah. Aku buat dek jelah. Sebab kebanyakan penumpang komuter masa zaman aku dulu itu memang lain macam sikit perangainya kadang. Masa zaman aku jelah. Zaman sekarang tak taulah.

Kesudahannya.

Sampai dekat stesen Kuala Lumpur, berduyun-duyun manusia turun. Mamat ini pun bangun nak turun. Memang molek. Lega sikit.

Tapinya.

Sebelum dia nak turun itu. Boleh pula dia tercegat depan kitorang. Aku dah cuak kejap. Mamat ini apahal.

Lepas itu..

......

...

..

.

Ah.. malaslah nak cerita_

Kategori:

16 Responses to "Pada Suatu Hari.."

paiseh said :
February 21, 2009 at 3:49 PM
oiii.. anti klimax laa...
MaJa said :
February 21, 2009 at 6:02 PM
saket jer ati membaca nie ha.
famia said :
February 21, 2009 at 6:20 PM
paiseh: hahahahahahhahahahahahahahahaha. rakus jugak lu ni rupanya. sabar tu 3 suku drpd iman. gua malas nak sambung. biarlah rahsia. haha.

maja: hahahahahahahahhahahahaha. hahahahahahahahahahahahahahahaha. gelak je ati mendengar ni ha.
February 21, 2009 at 6:41 PM
meh nk smbung :

lepas tu die blah la

:p
LediAgli said :
February 21, 2009 at 10:24 PM
huh!
famia said :
February 21, 2009 at 11:00 PM
akmar: haha. salahla. orang malas nak cite. kang jadi gosip.

ledi: hehe. ala.. ngn ko mesti aku cite punye. tapi mcm penah cite. aku x cite ek yg dapat surat layang tu? mcm ade je.
abangpit said :
February 22, 2009 at 1:06 AM
ni nama nya potong stim.. lenkali cite abis-abis.. :p
Tok Rimau said :
February 22, 2009 at 1:43 AM
Tok pun dulu kat PPP. Zaman Tok tak ada Komuter. Kami naik bas pirate gi KL.

Mmmm... malas la nak baca kalau kau malas nak cerita.
landaklaut said :
February 22, 2009 at 1:55 AM
apeni cite tergantung?
ade sekuel tak pas nih?
famia said :
February 22, 2009 at 10:24 AM
maoi: hhehehe.. sampai tu je kot.

tok: woooo.. super duper senior la tok ni dulu eh. cool.

landak: hehhehe. takde. mmg sampai tu je.
February 23, 2009 at 12:03 AM
pernha tak masa belajar kat itmn dulu time besdei kene ikat pastu kene bawak dr bilik ke bilik untuk di "make up".

selepas itu di bawa ke kawasan lapang sebelum di siram dgn air satu baldi.

air yg dah di "peram" dgn air longkang, air meggi,AIR KENCING! dan berbagai2 jenis air lagi selama seminggu.

pergh.

satu blok kene panggil warden.

kakaka.

kene siram dgn air "peram"
February 23, 2009 at 12:09 AM
pastu dia tanye. awak single lg? single kalo bam ST benarkan. wahahha! (lg spekulasi kan???)

yang benar,
budak cara menulis umo 18 :p
OrgBelakang said :
February 23, 2009 at 12:41 AM
Tapinya.

Sebelum dia nak turun itu. Boleh pula dia tercegat depan kitorang. Aku dah cuak kejap. Mamat ini apahal.

Lepas itu..


mamat tu dtg dekat & bisik slow2 kat aku..
"dik.. awak telupe zip blaus awak..."

muahhahahahahahahahhaahha...

**sile rujuk entri: Tergoda atau Digoda atau Penggoda
famia said :
February 23, 2009 at 12:51 AM
7kaki: perghhhhhhhhhhhh.. apa ke ganas benar main najis. isk isk. hahahaha.. tapi memang kacaklah. gila rare budak laki simbah centu. selalu diorang paling berani pun campak telur ngn tepong je. haha. oke tu agak cool.

ST: hahahaha. tembakan yg dah sipi. kipidap. (ini boleh menimbulkan syak wasangka. haha)

suhaila: hahahahaha. wet blanket la ko ni. tak romentik betol. hahahahahaha. lagi satu.. sejak bile aku pakai blaus ni. mcm tak penah pon. bukan ko ke yg rajin pakai blaus. hehehe. (eh.. blaus ni yg rupe macamana eh? skirt ke baju kemeja?)
.::aDa::. said :
February 23, 2009 at 5:07 PM
wargghhhh!!!ape xde ending ceh~
buzzybug said :
February 25, 2009 at 6:39 PM
laaaaaa... apa jadi lepas tu??

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.