Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, February 23, 2009


_Pagi-pagi lagi dah kena jerit. Mental baru nak warm up. Nak senyum pun sah-sahlah malas. Perut pon kosong lagi. Kaki pun baru nak berpijak pada bumi yang nyata. Otot baru nak regang. Maklumlah. Bakal berasak dalam LRT. Bakal penat nak mati. Macam nak pergi 500 meter punya lumba lari.

Pagi-pagi lagi dah kena jerit.

Dari jauh.

"Senyumlah. Cuba senyum sikit. Senyum itu kan sedekah."

1 meter.

"Ey.. senyumlah. Senyum kan sedekah. Cuba sedekah sikit."

2.5 meter.

"Senyumlah oi. Sedekah ni."

4.1 meter.

"Oi.. oi. Senyum sikitlah oi. Cuba senyum. Cuba senyum. Sedekah tu."

6 meter.

"Cubalah senyum sikit oi. Oii.."

Apa ke sengal betullah orang ini.

Manalah aku tak fobia dengan lelaki. Suka buat watak ngeri. Pagi - pagi macam ini pun ada orang sengal. Kenyang sangat makan nasi lemaklah itu. Bukan aku tak nak senyum. Tapi aku ada masalah dengan keregangan otot mulut. Bila tak senyum, dituduh senyum. Bila senyum, dituduh senyum.

Aku.
Kalau ngetap mulut..

Semua bangsa.
Semua umur.
Semua pangkat.
Semua jantina.

Mesti. Wajib. Harus. Patut.

Tangkap balas senyum balik dengan aku.

Waemah tengah mengetap mulut. Apa ke sengal betul otot mulut ini. Boleh pula hantar salah signal. Kalau tengah sakit kepala ke sakit perut ke. Ketap mulut. Pun disangka tengah senyum. Waemah tengah terima ujian. Perghh.. macam inilah agaknya senyum sakit dalam iman agaknya.

Nak taknak. Satu je aku boleh buat kalau tengah ketap mulut.

Mata.

Harus berpijak pada bumi yang nyata. Dengan begitu tekun sekali. Kata kena tundukkan pandangan kan. Kalau terlanggar tiang pun layankan saja. Sakit letak ubat. Tapi mata kena tetap berpijak pada bumi yang nyata. Ini barulah dinamakan mata kenyataan. Mata tanpa silauan benda-benda lagha.

Kiranya.

Kalau dituduh gila pasal senyum seorang-seorang pandang tanah pun apalah salah kot kan.

Ke.. salah_

Kategori:

9 Responses to "Mata Kenyataan"

February 23, 2009 at 7:01 PM
lahirkan senyuman dari lubuk hati yg ikhlas dan di nyatakan dlm kehidupan mu sbg penghubung silaturahmi

kerna munkin senyummu penawar hati insan lain yg sedang lara , atau senyum mu menceriakan hari nya-

keh3- tak tahu lah kak- tapikan sy rasa, mmg sgt indah kalu dlm hidup ini, sy bisa tersenyum setiap masa, dan sy juga bisa melihat semua org tersenyum setiap masa ..hehe-
tapi itu takkan berlaku kan- dlm mata kenyataan kita! ;) (munkin nanti dlm sorga,insyaAllah)

*senyum jgn tak senyum* hehe
danineh said :
February 23, 2009 at 10:07 PM
aku jaga senyum aku skaraaaaaaaang... heheh
13may said :
February 23, 2009 at 11:08 PM
hi... :)
paiseh said :
February 24, 2009 at 4:06 AM
gua syak lu kena dengar sinar FM pagi2.. abang jem ada petua. hahahahaa..!!
famia said :
February 24, 2009 at 12:19 PM
akmar: hehe. oke. senyum. senyum. senyum.

dani: ekselenn.

13mei: hehe. hai. *senyum (sbb kenal kot. haha)

paiseh: ek? gua rasa kacak lagi IKIM.fm kot. tenang pon tenang. sinar FM tu ayah gua yg slalu layan. lu ni matang betul ni.
February 24, 2009 at 1:11 PM
pakai purdah.

abes cerita

:D
famia said :
February 24, 2009 at 8:39 PM
7kaki: hehe. ye. da niat da. tapi. entah bile nak laksana. wallahualam.
nurnana said :
February 26, 2009 at 2:31 PM
aku pun suka sinar fm.
adekah aku matang/tua/berumur/beruban?

huhu.
famia said :
February 26, 2009 at 4:51 PM
nananya: hahahahaha. tak. tu global.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.