Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, February 04, 2009


_Kemungkinan besar. Orang mungkin nampak aku ini macam kayu sikit. Batu keluli pun iya juga kadang. Batu kelikir ke. Batu bata pun boleh juga. Dinding pun kadang-kadang ada. Member zaman ITM dulu pun pernah panggil aku stone. Nasib bukan Stonecold (ehem.. dulu aku pun layan WWF tau).

Keras.
Tak ada ekspresi.
Tak beriak. Berkocak pun tidak.

Itu semua taktik semata.

Ilusi mata. Ah.. ilusi optik, Sains kata.

Tak adalah keras mana pun. Lembut daripada tisu adalah. Cuma dia tak terkeluar dekat muka. Itu pasal nampak macam stabil. Waemah bergegar je selalu. Skala Ritcher 8 pun boleh sampai. Barangkali mungkin sebab dah sikit dewasa. Jadi macam sensor dia rajin vibrate. Sekejap-sekejap je nak vibrate.

Boleh tahan.
Boleh tahan.

Malam semalam. Sambil makan ramai-ramai.

"Zai dah janji nak belikan ayah. Tak beli pun."

Terpinga-pinga aku kejap.

"Emm.. benda apa ek ayah?"

Ayah senyum je. Tak cakap apa-apa.

Lagilah aku makin terpinga-pinga. Hah. Korang tengok. Jadi anak memang macam ini. Semua benda dilupanya kalau pasal mak bapak. Tapi mak bapak tak pernah lupa 1 benda pun pasal anak. Aduhai.. macamana watak aku jadi anak ini. Tak layak. Tak layak.

Lepas makan. Ayah cakap dekat emak pula.

"Teringinlah nak makan kuih gendang kasturi."

Mak senyum je tengok ayah.

"Ala.. lama tak makan. Tinggal berapa hari je lagi ini."
"Ish.. apa abang ni. Cakap pelik-pelik."


Zap.

Tersentak aku kejap.

Terus aku terberhenti makan. Makin lama makin susah nak telan nasi. Dalam hati dah vibrate gila tak ingat punya. Laju je teringat Malaikat Izrail. Bukanlah tak pernah nak ingat Malaikat Izrail. 24 jam sekali mesti ingat. Takut dibuatnya. Tapi yang ini. Tak tahu nak cerita macamana. Tapi korang boleh bayang tak kalau bapak korang tiba-tiba baru baik dari demam lepas itu cakap benda-benda macam itu.

Dia mesti ada Zappp sikit dalam hati punya.

Kan?

Memang sampai ke malam itu. Nak tidur pun hati tak sedap. Mungkin ayah aku sekadar berseloroh. Tapi aku sebagai watak anak ini, mestilah tak sedap dengar benda macam itu. Kan. Nak dijadikan cerita juga, watak sepenuh masa aku ini watak perempuan.

Perempuan kan suka betul ambil berat dan ambil kira benda yang sekecil alam. Benda remeh-temeh itu perempuan memang suka betul. Semua benda diendahnya. Lepas itu membebel-bebel. Seorang-seorang pun jalan saja membebel itu. Jangan ditanya kenapa. Itu fitrah kaum hawa.

Ya.
Aku tau. Benda belum jadi. Tak elok fikir sangat.

Cumanya..
Itu je ayah yang aku ada.

Ok mengaku.
Aku belum boleh survive lagi tanpa ayah. Tanpa mak.

Sob sob sob.

( Sedih sama dijinjing. Ketawa sama dipikul )

Hah.

Sekarang percaya tak aku tak keras pun. Kan ke gila berkocak ni_

Kategori:

13 Responses to "Kocakan Skala Ritcher 8"

nurjihad said :
February 4, 2009 at 6:21 PM
ish...babak cam ni mmg la slalu jadi..
kadang tak sedar..kadang2 terrrr..
watak ank..mmg susah nak bawak..
*tringat iklan CNY tu..*
doa la takde ape...pacik zulk.. bergurau cuma..
February 4, 2009 at 7:06 PM
if you semmmeeeeeeeeeeeeeel what The Rock is cooking!!
Ezad said :
February 4, 2009 at 10:15 PM
sabar setongkol.. sabar.

itu hanyalah ilusi mental semata. bukan ada apa pun

eh! setongkol lak!
February 4, 2009 at 11:00 PM
huu
berkocak jugak- aritu masa nk balik peluk emak dan abah-
peluk lama2-

huuuuuuu! rendu!
danineh said :
February 4, 2009 at 11:16 PM
aku lak dok pike..

"kueh gendang kasturi?"



*teruk ke aku... Smoga pacik Zul dikurniakan kesihatan kesejahteraan yang berpanjangaaaaaaaan...
Amiiiin...
famia said :
February 5, 2009 at 1:55 AM
nurjihad: emm.. pacik zul ni.

7kakidalam: hehe. sengal gile dia ni.

ezad: memangla. tapi mak bapak suka betul cakap macam tu. tak lama lepas tu.. gone with the wind. manelah tak berkocak. isk.

akmar: wuu homesick tau. akak pon jenis homesick.

dani: hehe. kalo tak tau kena amek tau. kuih gendang kasturi ko penah makan. cuma ko tak tau nama dia kot. takpe.. cuba google nanti. yela. semoga beliau panjang umur lagi. aku banyak tanggungjawab ni. nanti kena jadi ketua keluarga pula. mak dahlah tak kerja. when d' time has come.. hmm.. nak kawen pun kena pk berkali-kali.
paiseh said :
February 5, 2009 at 2:37 AM
pe lagi... g laa cari gendang kasturi nuu...!
kalu takdak lu buat..
erk.. kuih gendang kasturi tu camana aa??
M-I-N said :
February 5, 2009 at 2:56 AM
xde pape kot.saje nak remind pasal kuih gendang kasturi 2.kuih pe tu?sedapkah?
nurnana said :
February 5, 2009 at 8:17 AM
arwah ayah aku, setiap kali aku pegi pasar malam, dia selalu kirim rangka ayam, yong tau fu, tau fu fa.

sekarang, kalau aku pergi pasar mlm, aku terlihat benda2 tu, aku takleh tahan air mata dari mengalir.

p.s: hargailah ibu dan bapa kita dengan sepenuh jiwa dan raga sementara mereka berdua masih diizinkan Allah hidup di muka bumi ini, agar apabila mereka dipanggil Ilahi kelak, kita tak rasa terkilan yang teramat sangat.. doakan mereka sentiasa kerana doa anak yang soleh itulah yang banyak membantu mereka setelah pemergian mereka..
famia said :
February 5, 2009 at 9:09 AM
paiseh: da buat dah. gendang kasturi tu kuih tradisional satu malaysia la. tak retronye lu ni. cube kasi google sikit. google pun kenal tau.

min: hehe. ni lagi sorang. cube google sikit. kuih ni kalo mak yg masak konpem sedap. kalo mak orang lain.. x sure la.

nananya: emm tu la. aku mebi dipengaruhi ngn kondisi ko. tu pasal berkocak skala ritcher 8 ni.
Indrasakty said :
February 5, 2009 at 2:32 PM
Jika pula sang anak itu duduknya berbatu jauh, kocakan itu beritcher-ritcher lagi lebihnya apabila tiba ketika Tuhan membisikkan ingatan terhadap orang tuanya, di selang-selang doa yang entahkan sampai entahkan tidak.

Sayangilah orang tuamu selama mereka masih ada untukmu, apatah lagi jika wujud di hadapan mata sehari-hari.

-Pesanan Pak Tua.
aDa said :
February 5, 2009 at 4:46 PM
tahan lagi ayah kak ckp gtu. arwah ayah saye lagi plak time kenduri doa selamat birthday dia yg terakhir ckp gini " nnt abah dh xde, abah nk anak2 abah yg uruskan jenazah abah "..huwaaa...cam tau2 je.. ='(
famia said :
February 5, 2009 at 7:45 PM
khairulHaq: hm haah. betul tu. yang depan matalah yang lagi susah nak jaga sebenarnya.

aDa: hmmm.. janganlah cakap macam tu. nanti terpikir berat2 ni. isk.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.