Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, February 14, 2009


_Korang tahu tak berapa tahap kronik pelupa aku. Hah. Cuba baca. Dan nilaikan sendiri.

Tadi.

Singgah Giant Melawati. Biasalah. Beli barang-barang dapur. Adik Acit naik atas. Pasal nak cari kasut. Urusan dapur dan kaki memang tak boleh campur sekali. Aku masuk bawah. Dia masuk atas. Barang aku beli lagi banyak dari dia. Sepantas kilat saja setel. Dia. Cuma sepasang kasut. Tapi 8 tahun nak tunggu habis pilih. Lelaki kalau datang angin cerewet memang teruk. Lebih cerewet dan memilih berbanding perempuan. Serius.

Hah.

Lepas setel. Aku tinggalkan barang dekat kaunter 'Sila Tinggalkan Barang Anda Di Sini Kalau Nak Naik Tingkat Atas'. Ok. Dapat sebiji tag kuning bernombor sekian dan sekian. Simpan dalam poket. Aku pun gerak naik. Kalau nak harapkan budak ini turun sendiri.. memang harapan tulus ikhlaslah.

Lepas setel.
Turun.
Blah.

Sampai rumah. Lepak-lepak ambil nafas dengan parents. Sambil sekeh-sekeh bergelak ketawa dengan adik nurse. Sempat jugalah buat senaman ringan sambil borak dengan mereka. Gelak. Borak. Baring. Gelak. Baring. Borak. Borak. Gelak. Baring. Begitulah kesudahannya. Sekian dan sekian.

Lepas setel. Aku kosongkan poket. Pasal nak pergi buat puding koktail. Memang wajib kena kosongkan poket. Nanti terasa macam serabut ayam rimas poket penuh barang. Sekali punya seluk. Korang tau aku jumpa apa.

Teka.

Hah.

Memang tepat sekali.

Tag kuning bernombor sekian dan sekian itu dalam poket aku lagi..!!!

Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna. Tak guna.

Lepuk kepala.

Sia-sia je pergi Giant.

T_____T

Kiranya.
Korang tahu tak berapa tahap kronik pelupa aku_

Kategori: ,

26 Responses to "Kisah Seorang Pelupa Yang Terlupa"

JgnPandangOrgBlkg said :
February 14, 2009 at 5:16 PM
ye.. mmg dah phm dah.. ko mmg slalu cam tu... hehehe.. ko mmg kronik.. kena letak stiki notes kat dahi selalu ko ni.. hahahahhaa...

cam ckp dpn cermin aku ni..hahahah :P
February 14, 2009 at 6:57 PM
ekekeke

kronik2- dlm2 sy ni pelupa

ade lgk yg lagik terok

:p
famia said :
February 14, 2009 at 6:58 PM
suhaila: entahhhhhhhhhhhhh. cakap orang je lebih. ahkahakhakhaks. ko lagi kronik. kalo ko tak tinggal barang.. tu bukan ko. hah. kronik tak kronik tu. hehe.
famia said :
February 14, 2009 at 6:59 PM
akmar: haha. kemungkinan besar.. perempuan terlalu banyak benda nak memikirkan (pasal akal pon 1 saja kan). jadi.. RAM yang agak sempit telah mengakibatkan sistem memori menjadi lapse sentiasa. agaknyalah.
Indrasakty said :
February 14, 2009 at 7:44 PM
Takkan tak pergi balik Giant ambik barang tu?
.::aDa::. said :
February 14, 2009 at 7:54 PM
horror2..cam wat keje dua kali je..haishh
ezad said :
February 14, 2009 at 9:21 PM
ooo.. tu kira lom kronik lagi

lebih kronik kalau kau lupa nak keluar kan barang2 dari dalam poket & terus buat puding tu.

dan lebih kronik bila kau lupa nak buat puding

dah lagi lagi lebih kronik kalau kau lupa nak gi giant..

kan?

ko kenal graphic artist giant tu? 10 thn dulu, graphic artis giant tu member aku. selalu la lepak kat bilik dia kat tingkat atas skali tu..

hehehe
abangpit said :
February 14, 2009 at 9:27 PM
kronik betul penyakit lupa kau.. dh tu.. patah balik gi giant la amik barang-barang tu?
famia said :
February 14, 2009 at 11:24 PM
khairulhak: hehe. mestilah kena pergi balek.

ada: hah takpe paham.

ezad: mana de grafik artis kat situ la. yela. satu lembah klang ni pon member ko kot.

maoi: ha takpe paham. aku ada lagi banyak je benda lupa. tak patah balik. da lewat petang tu baru ayah aku tolong ambik. tu pon pasal beliau nak singgah beli barang sikit kat giant.
February 15, 2009 at 12:39 AM
anda sudah tua!

kekekeke
M-I-N said :
February 15, 2009 at 1:02 AM
oooookay,agak2 kronik.syukur ko kosongkan poket.kalo tak,agak2 sampai minggu depan pun tak perasan lagi agaknye.
shafarina said :
February 15, 2009 at 8:07 AM
hehehe

sindrom 30?
Anonymous said :
February 15, 2009 at 1:38 PM
hahaha..tu sakit jai yg besa..kalau x jadi camtu, x namenye jai..huhuhu..

tapi papepun, ending dia akan ingat balik kan..kire okla tu..huhuhu..
famia said :
February 15, 2009 at 2:40 PM
7 kaki: ye. fakta yg tepat. semakin terasa tua.. semakin nampak hujung liang lahad tu. isk.

min: kannn. haha. syukurrr alhamdulillah.

shafarina: belum 30 pun tapi.

anonimes: ye ye. tepat.
AyUmi said :
February 15, 2009 at 3:45 PM
kau ini kelakar. boleh plak lupe gini.
buzzybug said :
February 15, 2009 at 8:14 PM
mmg kronik. banyak termakan semut ek?
famia said :
February 15, 2009 at 9:06 PM
ayumi: 8 kali ko ulang ayat aku ni kelakar. hahahaa. aku serius ni. tak baik korang gelakkan aku.

buzibag: haha.dalam dunia ni.. tak pernah ada sorang pun manusia yg tak pernah makan semut. pecayalah. mesti ada walaupun tak sengaja.
February 16, 2009 at 1:02 AM
ok saya ada jugak kes lebih kronik dr anda!

saya buka gate supaya kereta pakcik saya nanti senang nak parking padahal kereta pakcik saya sudah ada kat dalam ruang parking.

punya lah besar gedabak dan dah takdak ruang nak parking kereta saya boleh lupa plak dan selamba bukak gate.

kakakaka.
famia said :
February 16, 2009 at 8:56 AM
7kaki: perghh... lagi advance. hahaha. itu namanya sindrom tua pada peringkat orang muda. sebesar alam pun tak nampak. kena pakai spek hitam gamaknya ni. memang simpati.
Nana CS said :
February 16, 2009 at 9:57 AM
HAHAHA.
seb baik dekat je umah kau dgn giant tu.

kalau kau gi pasar payang terengganu, masa kau berkunjung ke terengganu, then kau balik KL macam tu je.

adakah kau mau dtg pasar payang semula?


huhu..
famia said :
February 16, 2009 at 11:55 AM
nananya: perghhhhhhhhh.. jauhnye perumpamaan ko nananya. hahaha. yela yela. aku mmg kena ada sticky notes 24 jam dekat tangan ni hah. buat jadi reminder sentiasa.
Nana CS said :
February 17, 2009 at 9:28 AM
oh, jauh ek?

kalau aku, tertinggal beg di pasar payang, aku kol pakcik2 aku yg tinggal kat sana, suh amik dan suh pos laju.

senang, kan?
kipasusahmati said :
February 19, 2009 at 12:51 PM
ttg stiki notes tu klu letak kat dahi pn klaka jgk. haha. mcm hantu cina plak. haha.
famia said :
February 19, 2009 at 1:08 PM
nananya: haah ek. terlupa pulak wujudnye benda yg dinamakan POST OFFICE. hahaha.

kipas: hahahaha. cepat tepengaruh la dia ni.
February 19, 2009 at 1:26 PM
ahhah. xkuar system error ke cik?
famia said :
February 19, 2009 at 7:13 PM
ST: hahaha. 404, contohnye? ade. ade. hahaha.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.