Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, February 12, 2009


_Aku tercari-cari. Penjelasan 3 kali dalam segala sunnah nabi. Sekali google.. terjumpa ini.

Kebohongan dari Islam.

Lagi. Dan lagi. Dan lagi.

Selepas Adibahahmed.
Selepas Syurga Islam.
Selepas Kebohongan Dari Islam.

Siapa lagi.

Aku senyum.
Aku singgah.
Aku blah.

Tengok. Betapa hebatnya Islam di mata dunia. Betapa takutnya Yahudi dan Nasrani dengan umat Islam kita. Sampai begitu sekali jijik dan kejinya cuba menyogok minda umat Islam itu sendiri. Sampai begitu sekali mereka melatah menggoncang tiang jiwa. Tolak tepi pengaruh hiburan di tv.

Wahai Yahudi.
Wahai Nasrani.
Segala tindakan kau yang keji.
Langsung tidak bisa mengoyakkan iman kami.

Iman itu.
Mungkin tercuit.
Mungkin tersentuh sedikit.
Mungkin terasa bergegar sedikit.

Namun.
Tak bisa tercabut dari tapaknya.

Walaupun Islam pada fitrahnya.
Walaupun Islam pada namanya.
Namun tapak iman itu tetap ada.
Tak kiralah berapa ketebalannya.

Orang macam mereka. Bukan saingan. Tak perlulah korang pergi laman itu dan maki sumpah seranah. Itu bukan adab kita. Tak perlulah dilayan isipati hatinya. Itu bukan adab kita. Tak perlulah melatah dan bergelodak jiwa memikirkan mereka. Itu bukan adab kita. Tak perlulah sakit kepala ringan segala anggota nak belasah mereka. Itu bukan adab kita.

Itu bukan adab kita.

We are what we think we are.
We are NOT what they think we are.
So. Prove it.

Yang lebih mengenali iman itu sendiri.
Cumalah kita semata.
Biarkan mereka.

Aku yakin.

Sangat berjuta lagi laman sebegini. Dalam ruang maya ini. Yang belum tentu ada titik penamatnya nanti. Barangkali bila kiamat terjadi. Itu titik henti.

By the way.

Ada sesiapa yang tahu hikmah di sebalik 3 dalam sunnah baginda_

Kategori:

8 Responses to "Kebohongan Dari Islam"

Indrasakty said :
February 12, 2009 at 2:32 PM
Anda mungkin menyumbang trafik ke laman itu dengan mengiklankannya di sini.
famia said :
February 12, 2009 at 6:07 PM
khairulHak: hehe. tahu. takpe. tak kesah. sekadar nak suruh korang tau je pasal link tu.
M-I-N said :
February 12, 2009 at 10:52 PM
salah satu sites di atas aku dah kunjung.xabis bace satu post,terus blah.gile seleweng.
t.a.t.a said :
February 13, 2009 at 12:30 PM
mia sayang, tak baik tau berbohong.
famia said :
February 13, 2009 at 3:28 PM
min: kan. hm.. makin rosak aqidah. tapi munkin dia atheis ke. entahlah. wallahualam.

tata: tata sayang.. berbohong memang sifat mazmumah. aku ke yg bohong ko? kalau ye.. mintak maap byk2.
February 15, 2009 at 12:50 AM
kita jgn jadi bodoh dgn kalutnya mereka.

itu saja.

stay cool.

no need to panic.

mereka memang mcm tu.

dalam alquran dah terangkan mereka mcm mana dan kita mcma mana.

cuma zaman sekarang apa yg alquran bgtau tentang mereka memnag tepat.

tapi kita tak sama dah dgn apa yg alquran terangkan yg mana kita sepatutnya jadi.

di situ masalah kita kena tengok.

pesanan untuk aku.
February 19, 2009 at 6:47 PM
3x dlm sunnah nabi? ape tue? tlg ym ye nnti!
famia said :
February 19, 2009 at 7:17 PM
7kaki: yep. jangan menggelupur. kite bukan ikan nak kene siang. kite kena maintain cool. baru kacak.

ST: baik.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.