Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, March 02, 2009


_Sabtu lepas. Jam 8 pagi. Sampai 8 malam. Straight. Bersama Fotopages Malaysia. Atau nama barunya, Fotomedia Malaysia.

Amazing Photo Race.

Yap.

Memang sebiji.

Memang macam Amazing Race yang korang tengok dalam peti tv itu. Lari sana. Lari sini. Lari cari checkpoint. Kena jawab soalan. Dalam masa yang ditetapkan. Dalam satu pasukan.

Cuma bezanya..

Kena ada kamera.
Dan kena ambil gambar.

Memang penat nak mati. Bak kata Buttet, ambil ujian sijil rendah persilatan pun tak pancit macam ini. Kiranya, waktu kena belasah dulu, sepak terajang bagai masa ujian sijil itu memang tak boleh nak celen kepenatan masa join Amazing Photo Race ini. Lebam-lebam masa ambil ujian itu pun tak mampu nak celen lebam masa nak cari gambar. Memang macam rasa pergi membajak sawah pakai tangan dari pagi sampai senja, pendek katanya.

Sebabnya..

12 jam berjalan. Sepanjang hari. Main paintball kena tembak bertubi-tubi gila hebat tembus badan pun tak sakit macam ini. Gila merekah tulang dibuatnya. Mungkin inilah perasaan membajak sawah secara manual. Habis tulang empat kerat bertaburan. Mati segan. Hidup pun segan. Sebab dah bertaburan. Kesian.

Ini baru dipanggil kais pagi makan gambar, kais petang makan lensa kamera.

Hah.

Boleh bayang tak betapa 'Amazing'nya dia punya amazing itu.

Kiranya.

Kalau ada wartawan tanya apa perasaan anda selepas habis aktiviti ini..

"Syok! Ekselen! Memang Thank You Allahhhhh. Tapi.. saya nak balik. Saya nak balik!!!"

Pergh.
Penat tak terkata.

Ok. Ok.

Ini diari.
Nak baca, sila.
Tak nak kalau.. cukup takat ini saja.

Team 8 - 8 Lagi.

Ya.
Ini nama team kami, 8 lagi.
Kedengaran lebih kacak bukan.

Maksud di sebaliknya. Mungkin kali ke 8 punya Amazing Photo Race baru berjaya menjadi pemenang.

Soalan Foto Wajib.
Mana-mana checkpoint pun boleh ambil. Asalkan ada gambar. 4 biji foto wajib.

Soalannya:

  1. Photo of the Month: Reflections on The Street

  2. Modern Public Transportation

  3. The Beauty of Kuala Lumpur

  4. Hunter While Hunting



Checkpoint 1.
KLCC. 9 - 11 pagi.
Kertas hijau. 15 soalan. 15 ok. 15 keping gambar. Dalam masa 2 jam. Dengan syarat, tak boleh ambil gambar premis dalam KLCC. Kiranya.. mengagaulah di sekitar KLCC di kala matahari hampir tegak di atas kepala. Nak ambil gambar tajuk Melengkung punya pasal sampaikan tersungkur. Langgar besi. Bengkak lebam terus lutut.

Soalannya:
  1. Gaya Hidup Sihat

  2. Membaca

  3. Manis

  4. Arca

  5. Percuma

  6. Lima

  7. Berkilat

  8. Laju

  9. Kedut

  10. Sempit

  11. Kuasa

  12. Lembut

  13. Pola Islam

  14. Melengkung

  15. Bapa dan Kanak-kanak



Checkpoint 2.
Masjid Jamek. 11.00 - 1.00 tengahari.
Kertas kuning. 15 soalan. 15 juga ok. 15 keping gambar lagi. Dalam masa 2 jam. Turun je LRT Masjid Jamek, masa nak keluar itu.. pintu LRT tak nak buka. 1.. 2.. 3.. 8 saat. Panik kejap. Automatik berlari ke pintu sebelah. Sabar jelah. Dalam berjuta pintu LRT itu, pintu depan kitorang itu je yang tak nak buka. Hah. Apa maksudnya itu.

Soalannya:
  1. Warisan

  2. Grafiti

  3. Persediaan

  4. Pakaian Seragam

  5. Original

  6. Tergantung

  7. Berwarna-warni

  8. Berat

  9. Kosong

  10. Kerja Berpasukan

  11. Basah

  12. Seniman

  13. Belang-belang

  14. Pecah

  15. Jambatan



Checkpoint 3.
Pasar Seni. 1.30 - 2 tengahari.
Kertas ungu. 2 soalan. Kena ambil gambar 2 keping. Time inilah kena solat. Time inilah juga kena makan. Time ini jugalah kena pergi bilik air. Time lain tak sempat nak selit punya. Merangkap kena habiskan dulu tugasan.

Soalannya:
  1. Sedap

  2. Rehat



Checkpoint 4.
KL Sentral. 2 - 4 petang.
Kertas biru. 3 soalan. Kena ambil gambar 3 keping. 30 soalan kuiz. Cari jawapan dalam KL Sentral. Hah. Sampai naik muak aku dengar perkataan KL Sentral itu. Nak menyinggahnya lepas ini apatah lagi. Kali ini. Kiranya dah tahu a sampai z lah pasal KL Sentral ini. Segala info di hujung kuku saja. Sampai sebu nak muntah pusing KL Sentral. Kalau nak tanya, sila. Gua info center.

4 petang - 7 lebih-lebih malam.
Semua team bergelimpangan depan KFC. Buat macam KL Sentral itu kitorang yang punya. Selamba kering je bergelimpangan. Masing-masing sibuk nak transfer gambar. Dengan laptop bergelimpangannya. Dengan kamera gabak bersepah-sepahnya. Dengan begnya. Dengan kasutnya. Dengan topinya. Dengan pesertanya. Segalanya bergelimpangan. Tinggal nak kena saman.

Ini pun dah berapa hari aku karang dekat Notepad.
Malas nak post.

Memang amazing kan_

Kategori:

11 Responses to "Amazing Photo Race 2009"

March 3, 2009 at 7:00 PM
siapa menang?
famia said :
March 3, 2009 at 7:24 PM
7kaki: pastilah bukan kitorang. hehe.
March 4, 2009 at 12:45 PM
owh.

kesian.

ha ha.

jgn marah.

^^
Nana CS said :
March 4, 2009 at 4:52 PM
seronok..
jeles ~~~~~
famia said :
March 4, 2009 at 8:30 PM
7kaki: hehe. marah tak begune. kesian lagi tak beguna. kali ke 8 munkin baru ade rezki nk menang brgkali. haha.

nananya: hehe. bolela. jalan2 carik gambar.. nak makan pun tak sempat.
danineh said :
March 6, 2009 at 12:41 PM
gILE panjang dan detail ent3 ko..

ko tanak publish gamba kite submit ke.. ahahahah...

*jangan.. malu lah aku
famia said :
March 6, 2009 at 10:03 PM
dani: aku takot aku lupe benda2 ni. kertasnye pon nanti entah ke mana. so.. tulis siap2 utk rujukan sendiri je ni dani.

*aku belek2 CF.. rupanya gamba sume mcm haremm.. takde yg boley dibuat kenang-kenangan. kena usha CF astri ni kot.
danineh said :
March 7, 2009 at 1:12 AM
derang dah start publish gambar submission setiap kumpulan.. ergh.. aku cam segan :P~

ahahah.

nanti ade sessi kritik gamba dgn en. zainal.. er.. aku nak lariiiii.. [pengecut gile.. hahah]
AyUmi said :
March 8, 2009 at 6:04 PM
mana gambarnya. nak tengot. hihi.
famia said :
March 9, 2009 at 3:18 PM
dani: ehehehe. ko mcm tak biasa je sesi photo kritik. agak binasa jugakla kita punya gamba. hehe

ayumi: alaaa.. hehe. tak ambik banyak pun. mcm segan ayamla.
buttet said :
March 12, 2009 at 11:30 AM
hang ok la lepas photo race lepak tidoq sampai isnin aku ahad photo hunting kuala selangor lagi bgn pukul 5 am lagi ..tap amat pueh hati rugi xmasuk...tunggu amazing photo race edisi penang plak..memang letih lagi dashyat dari kl

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.