Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Saturday, January 17, 2009


_Isu boikot. Bersepah-sepah kan? Aku macam rasa selagi Gaza masih dibedil berdarah.. selagi itu isu boikot ini akan rilek berlegar-legar kosong. Dengan suara-suara yang berbeza. Suara lancang. Suara kosong. Suara sumbing. Suara berisi, mungkin. Terpulang. Aku dah bosan. Pertelagahan yang tiada penghujung.

Lagi sekali aku tekankan.. selagi tak yakin macam tegaknya berdiri Wisma Yakin dekat Jalan Masjid India itu. Selagi itulah susah nak berjuang. Kalau bukan demi Palestin.. sekurangnya demi Islam, mungkin. Kalau dah tak ada isu Palestin ini.. sekurangnya perjuangkan Islam di mata dunia. Buang persepsi dan mentaliti manusia lain yang menyangka Islam itu penuh keganasan dan tiada kepentingan. Repair balik akidah kita semua. Masih bersepah caca merbanya.

Berpegang kuat dengan 'Nak 1000 daya'. Lain daripada itu.. semuanya alasan kabur semata. Sorry to say. Takat ekonomi negara down berbanding akidah dan perjuangan umat Islam down.. apalah sangat. Aku lagi sedih tengok budak-budak kita terhoyong hayang teguk arak, berpeluk cium sesuka hati tak ada pegangan agama berbanding sedih tengok tiket bas tak nak turun harga.

Dan Gaza. Semua itu.

Genocide.

Bagi aku. Palestin dan Islam. Seiring. Sebagaimana diorang boleh tekad nak berjuang.. macam itu juga aku nak berjuang. Cuma aku tak mampu nak angkat pedang atau tarik picu M16, contohnya. Kalau berperang pakai senapang paintball itu lain cerita. Tembak berjuta kali pun tak mati punya.

Tapi.

Biarlah. Lain orang.. lain jalan cerita perjuangannya. Lain cara berjuangnya. Lain alat berjuangnya. Kalau kau mampu nak boikot.. teruskan. Hiduplah secara besederhana. Biar ada isinya.

Perihal Palestin.

Cukup sampai sini.

Aku tak nak menghukum dan melabel manusia.

Aku bukan barcode scanner.

"Boleh jadi penghisap candu mati atas katil. Boleh jadi orang alim mati di tandas. Boleh jadi orang berpangkat mati di tepi jalan." - ( Allahyarham Ustaz Haji Hanafi bin Ahmad )

Pernah dengar tak ayat itu?

Kalau pernah dengar.. hidup Cekak. Haha.

Ok. Serius.

Dulu-dulu. Aku ini judgemental orangnya. Memang perangai yang tak kacak kan. Asal nampak orang itu berperangai spoil sikit.. aku dah labelkan dia. Dulu aku macam barcode scanner. Kalau spoil.. memang mata aku rijek je sebulat-bulatnya. Waemah orang itu tak buat salah menda pun.

Tapi bila dengar perumpamaan itu.. aku terus transform jadi manusia balik. Aku bukan lagi barcode scanner. Lagi pula. Bukankah bersepah ayat 'Don't judge the book by its cover'... tak kenal maka tak cinta. Kan.

Setiap manusia.
Lain permulaannya.
Lain jalan ceritanya.
Lain juga kesudahannya.

Kalau kita rasa kita mulia.. hujung kesudahannya belum tentu kita mati dalam keadaan yang mulia. Dan mereka yang hina dan jauh terpesong imannya.. hujung kesudahannya belum tentu mereka akan mati dalam keadaan berdosa dan dicampak ke neraka.

Faham?

Ke dah pening?

Isk korang ni. Betullah. Maksudnya. Janganlah korang mengutuk, mengumpat, memaki, menyumpah seranah, memandang rendah dan menghina manusia lain. Walau secetek mana pun akalnya. Walau semiskin mana pun akhlaknya. Sesungguhnya.. yang korang kutuk dan hina itu cumalah diri sendiri semata.

Bukan ke mengumpat itu lebih teruk daripada membunuh.

"Aku bukan nak cakap apa. Tapi si polan tu hari-hari makan duit bini. Hutang orang keliling pinggang. Dahlah gemuk. Buruk perangai. Pemalas. Hari-hari tak solat. Mengalahkan setanirrojim."

Haah. Kau pun dua kali lima.

"F**k. Bodoh. Bangang. Bahlul punya orang. Kecik-kecik taknak mampus. Dah besar menyusahkan orang. Otak letak dekat lutut. Bengap. Macam sial."

Haah. Kau pun lima kali dua.

Kita keji si polan itu.
Si polan itu manusia.
Kita pun manusia.

Maka, formula Matematiknya,

Kita = Si polan = Manusia

Dan. Yang hebatnya. Allah ciptakan manusia. Pendek katanya.. korang telah mengutuk dan memaki Allah itu sendiri. Sesedap rasa je. Kan. Begitu kan. Tapi kita tak sedar. Sebab kita rasa kita lagi bagus. Kita je yang betul. Kita je yang baik. Kita je yang layak masuk syurga. Itu pun kalau dapat masuklah. Itu pun kalau tak tahu malu nak masuk syurga juga walaupun dah berbakul-bakul kutuk maki sumpah seranah orang lain.

Tak malu betul.

Sebab itulah KENA TUNDUKKAN PANDANGAN.

Jalan itu pandang bawah. Mata jangan merayap-rayap. Terlanggar tiang pun tak apa. Nikmat je. Biar kasi gegar sikit satan dalam kepala itu. Bila mata itu dah start meliar. Hati akan terdetik. Bila hati dah mula terdetik.. mulut akan berkata-kata. Telinga akan mula terdengar bisikan satan. Lepas itu.. mulalah. Macam-macam yang keluar.

Ingat.

Hujung kesudahan kita belum tentu jadi seperti yang kita sangkakan. Jangan dikeji orang yang lebih cetek akal dan miskin akhlaknya berbanding kita. Sesungguhnya. Allah mampu membalik-balikkan hati manusia. Mana tahu orang yang dikeji itu berubah menjadi alim dan tawadduk kepadaNya. Jauh lebih baik dari kita. Mana tahu kan. Kerja Dia. Kita tak tahu. Memang semuanya tak dijangka.

Ingat.

Jangan jadi barcode scanner.

Ingat.

Ini bukan tazkirah agama. Pesanan kental cuma_

Kategori:

9 Responses to "Yakin Seyakin Wisma Yakin"

Indrasakty said :
January 17, 2009 at 11:44 PM
Tadi perasan tulisan ini cuma sekerat, baru ingat nak tanya apa itu barcode scanner. Baca sekali lagi dah siap dengan penjelasan panjang lebar.

Yang baik diteladani, yang tidak disempadani.
faisal said :
January 18, 2009 at 10:07 PM
salam n peace to u sister..
berkenan isu palestine ni, hari tu saya ada dengar ceramah, katanya cara yg terbaik untk membantu palestine ialah denga mengubah sikap kita.bebaskan diri kita dari mindset colonization of jews n western life that come through the media n film...that;s is the best way..

tq
famia said :
January 19, 2009 at 5:54 AM
indrasakty: ye. teladanilah.

faisal: salam to u too. penjajahan minda umat Islam bukan bermula daripada isu Palestin sejak 50 tahun dulu wahai faisal. tapi lebih beratus-ratus tahun dahulu. sejak zaman jahiliyah tu lagi. hehe. kalau yakin dengan Dia. kuat dan teguh tak teranjak minda tu.. insyaallah kentallah perjuangan. tak semudah itu termakan saman segala dakyah yahudi, Kafir,Zionis dan sebagainya.kan. makanya.. selagi boleh mantap dalam tu.. kekalkan. jangan goyah. lepas tu mantapkan orang lain juga harapnya.
ezad said :
January 19, 2009 at 8:21 PM
wisma yakin tu banyak jual kain kan?
January 19, 2009 at 11:14 PM
hehe-

:)

ha ah jgn kata kt org- nanti kene kt batang idung sendirik- huuuuuuuu
landaklaut said :
January 20, 2009 at 1:06 AM
yup betul aku setuju. don't judge a book by it's cover biarpun ada orang kata first appearance is important. hehe..
famia said :
January 20, 2009 at 9:20 AM
ezad: emm.. ye kot. aku tak pasti. jarang masuk. selalu singgah Ali Omar je pun.

Akmar: hehe. sebab tu kalau berwudhu tang telinga tu.. niat dalam hati 'Ampunkanlah dosa telingaku ini Ya Allah.' Kurangkan bercakap. Maka. Kurang sikit dosa mulut tu harapnye. kan. :)

landaklaot: haah. sebab yang nampak keji dan tak semenggah itulah sebenarnya yang molek isi dalam kadangnya.
dani ko said :
January 23, 2009 at 3:39 PM
"KENA TUNDUKKAN PANDANGAN"

heheheh...

aku tersenyum kecil dikala ini.. bila teringatkan zaman kite budak2 hingusan dluw...

x: Dani, 5 saat dari sekarang ko pandang kiri
d: OK... 5,4,3,2,1
[pandang]
x:KIRI lah!!!
d: eh..
x: ishk, dah lepas...

Comellah kite dedulew.. hahak.. ayat gila
famia said :
January 23, 2009 at 6:35 PM
dani_aku: budaklah sangat. haha. ko ingat tak yang ngorat panggil asmidar.. asmidar ala2 ali setan. yang sampai nak termasuk longkang. haha.

ko ingat tak selimut a.k.a mayat dalam terowong tu?

ko ingat tak hari2 layan kedai macik kerek walopon dia tetap gila kerek ngn kastemer?

ko ingat tak kita gi Giant hari2 SETIAP MALAM waemah bukan nak cari benda pun. tapi saja suka merayap situ. memang takdek keje betol.

ko ingat tak.. heshhh.. ni aku buat entri khas la nanti utk kite. haha

banyak seh.

and i miss them. temasok kita. hmmm..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.