Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, January 28, 2009


_Sesungguhnya kan. Aku macam rasa tahun 1430 hijrah ini memang sangat cool. Bila kehidupan kita sentiasa diuji, masa itulah korang akan rasa macam 'Waw.. ini sangat cool'. Walaupun kadang jatuh tersungkur tersembam mencium tanah. Berdarah-darah. Siap boleh patah kaki dan tangan, mungkin. Tapi itu tetap cool. Tahu tak. Allah turunkan ujian hanya pada mereka yang disayangiNya dan layak diujiNya.

Mereka je..?

Haah.

Habis... kira macam orang yang tak pernah diuji itu Dia tak sayang ke?

Haah.

Waaa... ini sangat sedih dan menakutkan T_______T

Jangan sedih.

Hah..? T____T

Jangan sedih.

Hah..? T__T

Sound trouble ke? Jangan sedih. La tahzan. La tahzan. La tahzan. Lain manusia lain ujian. Lain dugaan. Lain keputusan. Jangan risau kalau tak ada ujian. Pasti ada kau punya giliran.

Ya. Baik. Senangnya hati. ^__^

Lagi satu. Tak perlulah nak cerita lanjut perihal ujian-ujian itu kan. Sebab rasanya.. orang yang cool adalah orang yang tetap rilek bila ditimpa ujian dan dugaan yang bertubi-tubi. Itu baru gila cool dan kacak yang sejati. Kita bukan macam nabi. Ada maksum dan mukjizat. Kita pasti diuji. Sebab kita manusia sejati. Kita memang kena uji. Wajib. Harus. Patut. Mesti.

Woh. Kiranya..?

Kiranya..?? Nah calculator. Suka sangat nak mengira. Isk.. kiranya.. kalau kita wajib diuji.. maksudnya kita ini disayangi. Dapat? Ada jernih kepala?

Woh. Dapat. Dapat.

Untuk jadi manusia yang cool dan kacak, tak payah nak pakai spec hitam. Tak payah nak jalan mendada berpoket penuh berkereta sport. Tak payah nak eksyen sana sini cakap bahasa Inggeris. Tak payah juga nak selitkan sebiji dua 'F' word. Atau 'P' word. Atau juga maki mencarut sana sini. Tak cool langsung. Nampak macam miskin akhlak nipis ilmu adalah.

Kalau itu yang korang rasa cool..
Itu pintu.
Sila keluar ikut situ.

Tak cool. Tak cool.

Ha. Tau pun. Kalau nak cool, cuba rilek sikit bila datang ujian. Barulah bergaya. Cuba sabar sikit. Jangan nak maki hamun sumpah seranah sana sini. Jangan pula cakap semua itu malang mengundang. Jangan tanya kenapa diuji sampai rabak macam ini. Jangan sibuk tanya. Kalau kita rasa kita malang, ada orang lain yang 1 juta kali ganda lebih malang dari kita. Kan.

Bak kata Mandy Moore dalam cerita 'A Walk To Remember'.

"I do not need a reason to be angry with God."

Cuba rilek. Sabar. Senyum-senyum. Macam tak ada apa-apa. Macam tak lut dekat kita. Cakap 'Thank You Allah'. Barulah cool. Kalau nak lagi cool... doalah minta diuji banyak kali. Tengok tersungkur tak tersungkur dahi. Itu baru cool yang sejati.

Tapi jangan pula kalau dah kena langgar lari. Sampai patah kaki. Boleh berdiri tengah jalan lagi. Minta dilanggar lagi. Sambil pandang langit jerit-jerit 'Thank You Allah'. Itu zalim dengan diri sendiri. Mintak nak bunuh diri. Menyusahkan orang lain lagi adalah. Kan.

Tapinya.

Aku tak berapa nak cool. Sebab demam dari Jumaat hari itu. Sampai terbarai layout blog ini aku kerjakan. Tak selesai lagi. Memang terbengkalai. Nama je cuti panjang. Tapi tak panjang mana pun. Ini tengah dalam proses nak baikpulih mental. Bila batuk dan selsema bersongkol nak serang serentak, memang tersungkur jugak. Sob sob.

Ingat 5 sebelum 5 ok?

Ok.

Ok?

Ok.

Perghh.. ok manjang. So, apa 5 itu. Cuba kasi terang sikit_

Kategori:

14 Responses to "Tips Jadi Seorang Cool"

RieNa said :
January 28, 2009 at 2:17 PM
sehat sebelum sakit.
itu salah satunya.

jd buat layout time sehat.time sakit dok rehat sj lah.

moga cpt sembuh ya!
January 28, 2009 at 3:15 PM
sehat sebelum saket
lapang sebelum sebok
kaya(senang) sebelum miskin(susah)
mudo sebelum tuo
hidup sebelum mati

;) *cool*
AyUmi said :
January 28, 2009 at 3:34 PM
layout baru kau ini mengingatkan aku kepada kertas printing GL ie. general ledger. aku cukup menyampah kalau client print atas kertas mcm ni. nak kena koyakkan bahagian yang lobang-lobang tepi tu untuk didokumentasikan (whoa! tak sangka aku pakai perkataan ini dalam comment box kau hoho)

iye la, aku tahu.. takde kaitan pon dengan entry. tapi nak tulis komentar jugak. cool!
Nana CS said :
January 28, 2009 at 3:54 PM
kenapa aku tak nmpk nama org lain yg komen?
mugiwara said :
January 28, 2009 at 4:10 PM
kadang2 yg dtg itu ujian...kdg2 yg dtg itu kifarah dosa.
aku pn tak tahu yg mana satu yg dtg pd kita.
yg pasti nk hidup selain kne ingt 5 tersebut, kne ada DUIT juga.
doa
usaha
istiqamah
tawakkal
aku tak tahu pula knapa doa jd paling utama. korg lebih tahu. mungkin.
ezad said :
January 28, 2009 at 8:11 PM
ujian yg allah bagi adalah bersesuaian dengan kita. maknanya kita mampu menerima ujian yg allah bagi tu.

cumanya cara kita menangani ujian tu je cool ke tak cool.

demam dan batuk, itu ujian
masa demam dan batuk kau makan ais krim mat kool, itu cara menangani ujian
January 28, 2009 at 9:05 PM
baru pas mkn eskim mat kool .. tgh ke demam an-

ternyata sy mmg sgt cool!..huraay! :)
Indrasakty said :
January 28, 2009 at 9:15 PM
Agak cool. Macam kertas slip gaji (yang tiap-tiap bulan dah tahu isinya tapi tetap nak buka juga).
January 29, 2009 at 12:48 AM
entry yang cool.
M-I-N said :
January 29, 2009 at 2:40 AM
thanks for the tips,kadang2 secare xsedar rupenye jadi tak cool.
famia said :
January 29, 2009 at 7:13 AM
riena: hehe. sehat seblom sakit. ye. ye. sihat ke sakit ke.. otak ni nak jalan saje. hehe. ye. semoga sembuh laju2.

akmar: 5 yang mantap. hehe. cool.

ayumi: haha. ko koyakkan la dulu aku nye lubang2 tepi entri tu makanya.

nananya: ha aku da repair. time kasih ye bagitau.

mugi: hehe. aku rasa buruk ke baik ke.. semua pun ujian saja. hehe. kalo nak DUIT.. kena ada DOA juge. takde doa... duit tak datang macam tu saje bukan.

ezad: haha. ye. ye. askrem mat cool memang cool.

akmar: hehe. bakal dokte. isk isk isk.

khairul: kertas slip gaji? hahaha. oke.

7kaki: cool.

min: hehe. boley punye. mat cool mat cool.
DarkWan said :
January 29, 2009 at 1:55 PM
* xde kaitan dg tajuk *

layout skrg ni cool dgn reso 1024*768. tp kalo pakai monitor 19" (sambil memandang ke arah Dani) aku rasa ada lari.
nurperjuangan said :
January 29, 2009 at 8:22 PM
mmm..ujian! ujian!
moga2 demam kamu itu menghapus dosa2
kecil..
..yg ini kita slalu igtkan diri sendiri
*jangan mengaku beriman sebelum diuji..
uhukhuks tewas sada diri ini..:(
famia said :
January 29, 2009 at 9:32 PM
dope: hehe. bukan ade rase lari. memang lari pon. IE lain. Firefox lain. Aku sendiri pun pakai reso 1280. Itula maksud aku layout yg rabak. anyway.. baru 50% je godek dan godam layout ni. jauh lagi nak sampai 80%. tengok pada kerajinan dan kewarasan otak kot.

nurperjuangan: hehe. takpe. demam itu best. sekali sekala ditarik nikmat dunia ni memang bagus. ade kesedaran sivik sikit. hehe. bukankah sakit itu penghapus dosa. :)

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.