Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, January 23, 2009


_Ok. Mungkin tak wujud. Mungkin juga wujud.

Tua.. penuaan.

Kalau dewasa.. imbuhannya?

Come on otak, come on. Gerak laju sikit. Hmmmmm. Pendewasaan barangkali. Boleh jadi juga. Kebarangkalian yang mungkin disedut pakai oleh DBP nanti. Nahu bahasa yang entah ke mana hala tujunya. Tapi. Aku yakin dengan kemampuan otak ini. Kanan mahupun kiri.

Come on otak, come on.
Gerak laju sikit.

Korang tahu tak apa tanda-tanda korang dah dewasa?

Kejap.

Dewasa dalam erti kata, matang dan otaknya sedikit bijak.

Ok?

Bukan baligh.

Bukan.
Bukan.
Bukan.

Ok.

Macam ini.

Aku rasa macam aku dah dewasa sikit.

Kejap.. kejap.

Korang perasan tak banyak betul aku tekan ENTER dalam entri ini. Kan? Kan? Banyak betul kan. Macam toma'ninah. Toma'ninah antara kata. Nampak kacak sikit. Kononnya.

Assalamualaikummmm.
Cuba serius sikit boleh tak?

OK! OK!

Macam ini tau.

Aku rasa macam aku dah DEWASA sikit. Walaupun gigi bongsu aku belum nampak bayangnya 4 biji, tapi aku tetap rasa macam aku dah dewasa sikit. Walaupun muda-muda dulu aku tak pernah pun baca komik DEWATA Raya. Yang kertasnya macam nipis-nipis boleh bungkus nasi lemak. Dalam dia macam sangat banyak lukisan watak gadis yang agak 'luar biasa semacam' tubuh badannya. Dan harganya macam rm2 lebih. Baik layan baca Dragon Quest ke. Dragon Ball ke. Dr Slump ke. Kan.

Dah. Dah.

Ya. Baik.

Tahun 1430 hijrah ini baru efektif dia punya pendewasaan. Ada beberapa tandalah yang aku dah kenalpasti. Dan aku rasa memang pastilah ini tandanya. Pasti punya. Pasti. Walaupun tak pasti sangat kepastiannya. Tapi, sikit sebanyak pastinya tetap ada.

Dahhhh! Dahhhhh!

Ya. Baik.

Tanda-tanda Pendewasaan


  1. Semua jenis cikedis dah tak selera dan tak ngam nak ditelan masuk tekak.

  2. Sebarang singkatan perkataan atau bahasa SMS dah tak berapa nak faham. Silap-silap memang dah tak faham langsung.

  3. Lebih cenderung ke arah kopi dan teh semata. Sirap limau campur biji selasih pun dah tak pandang.

  4. Rajin berkerut sekurang-kurangnya 10 kali sejam.

  5. Dah jarang pakai t-shirt bila keluar berjalan. Pakai nak kacak saja. Baru tersedar yang saham tengah naik.

  6. Kalau lelaki, rambut nak pacak saja. Letak 8 kali gel dekat kepala pun tak apa.

  7. Kalau perempuan, tudung dan kasut kena sama warna dengan baju. Baru matching.

  8. Lebih cenderung ke shopping mall yang lebih besar dan nampak gah di mata. Takat PKNS itu apalah sangat.

  9. Dah tak geng nak berjalan dengan keluarga ke sana sini. Mesti nak dengan kawan-kawan dan kroni rapat saja. Nak jaga saham kononnya.

  10. Gaya bercakap dah tak berapa nak sopan. Sumbing manjang. Dan berbunyi kebaratan. Konon nak nampak macam moden sikit.

  11. Tang makan itu memang nak makan dekat restauran atau kedai mamak saja. Tempat ekslusif saja. Tak layan dah nasi lauk kangkung. Ikan bilis goreng ke. Telur mata kerbau ke.

  12. Duit dalam poket kalau ada rm50 itu kira boleh bertahan dalam sehari saja. Paling lama pun 2 hari mungkin.



Hah.

Ada tak tanda-tanda itu dekat korang_

Kategori:

23 Responses to "Tanda-tanda Pendewasaan"

mist said :
January 23, 2009 at 6:57 PM
pergh...

seb tak de lg. haha
>> masih muda. huhu
orgkubikelbelakang said :
January 23, 2009 at 8:23 PM
8. Lebih cenderung ke shopping mall yang lebih besar dan nampak gah di mata. Takat PKNS itu apalah sangat

aku soping je selalu kat PKNS s.alam tu... tmpt feveret aku tu... baju kurung lawa2 woo kat situ.. adekah aku x dewasa lg??
Indrasakty said :
January 23, 2009 at 8:49 PM
Serius, belum cukup dewasa! ;Þ

Tetapi definisi kedewasaan yang sebenar mungkin apabila cik mampu memahami erti kehidupan dan mengejarnya sambil mampu untuk menilai cantik dan buruk setenang mungkin.

Jika cik sudah begitu sejak sebelum ini, maka yang jelas cik sudah lama dewasa.

Walaupun ketika masih makan cikedis (dan sebelas sebab lain yang di atas).
mugiwara said :
January 23, 2009 at 10:35 PM
bila orang dewasa berkata-kata, mereka sukar difahami...
aku terima kenyataan. aku masih muda.

salam kenal~
DarkWan said :
January 23, 2009 at 11:27 PM
>> Tang makan itu memang nak makan dekat restauran atau kedai mamak saja. Tempat ekslusif saja. Tak layan dah nasi lauk kangkung. Ikan bilis goreng ke. Telur mata kerbau ke.

aku CUMA pegi mamak kalo da xde tempat laen nak pegi. adekah aku ini terlebih dewasa?

is3x.
paiseh said :
January 24, 2009 at 1:51 AM
gua nak tambah...
kalau dulu dgr radio hot/era.. skang ni cenderung ke sinar.fm pulak.. fakta nih.! hahahaha...!!
LediAgli said :
January 24, 2009 at 6:38 AM
ko dah dewasa?

Tanda2 tu dah ada dah pada aku 3 tahun lepas.. maksudnya.. aku 3 tahun lebih tua dari kau?
DarkWan said :
January 24, 2009 at 1:40 PM
> Kalau lelaki, rambut nak pacak saja. Letak 8 kali gel dekat kepala pun tak apa.

Er, aku ada keraguan sket mengenai fakta ini. Rambut pacak2 ni budak2 remaja je. Lagi pacak, lagi remaja. Dah tua2 neh (umur atas 30-an terutamanya) dan tak pacak dah. Unless kalau nak perasan muda atau nak kelihatan muda mcm Pak Nil (Hj Aznil Hj Nawawi).
January 24, 2009 at 7:29 PM
kak famia..
sy rasa cm sy dh dewasa! tp satu pown tade lam 12 list tu..wehehe!
bagaimanakah?? :p
Ezad said :
January 24, 2009 at 8:25 PM
1. cekedis memang tak masuk dalm tekak aku.. dr dulu, kini dan selamanya... dewasakah aku?

2. aku masih faham singkatan sms. malah aku sendiri yg menyingkatkannya juga... mudakah aku?

3. aku adalah ahli kipas keras mati terhadap teh ais.. sedap nyaaa.. dewasakah aku?

4. aku memang suka berkerut sejak dulu lagi. muka pun dah berkedut... dewasakah aku?

5. aku hanya pakai tshirt je gi memana. lebih ringkas, pe... mudakah aku?

6. rambut pacak? aku rasa dulu2 aku memang rambut pacak la. sekarang dah tak pacak... dewasakah aku?

7. ni tak der kaitan. kalau aku, aku pakai seliper bata je... mudakah aku?

8. aku kalau dpt shopping kat PKNS tu kira dah dasyat dah. maklum la, orang kampung. shopping kat kl. dasyat la tu... mudakah aku?

9. haha.. aku memang dah jarang berjalan dgn keluarga... dewasakah aku?

10. ha ah. dah pandai i-u, i-u. tapi tu je la. yg lain sepatah haram tak faham... dewasakah aku?

11. standard sgt ke kedai mamak tu? takat nasi ayam madu haji tapah tu, dah tak heran dah. sedap lagi telo mata kerbau goreng sendiri... mudakah aku?

12. duit aku kadang2 ada rm20 je... mudakah aku?
famia said :
January 24, 2009 at 10:08 PM
mist: muda atau tua. mati itu pasti. berjaga-jagalah.

suhaila: contoh je. dewasa fizikal kalau muda mental.. apa gunanya. hehe.

indrasakty: hehe. tu lah maksud dewasa, mungkin.

mugiwara: muda atau tua. jalan cerita bahasanya tetap sama. yang mengkastakan manusia cuma iman dan amalnya. tak kiralah dia muda ke tua ke. hehe. salam kenal kembali.

dope: hehe. ko sejak kecik pun dah dewasa. watak ko sendiri pun dah dewasa ape.

paiseh: sinar.fm? hehe. taktau pula. aku tak layan radio.

ledi: hehe. begitulah nampaknya KAK ida.

dope: hehe. takla. mungkin mata perempuan yg biasa tangkap benda2 ceni. majoriti lelaki yang dah bekerjaya memang rambutnya style gitu. anak2 remaja jenis rambut serabai. lagi serabai lagi stylo. kadang rambut pacak tu pun termasuk dalam kategori clean cut. hehe.

akmar: hehe. ada. mesti ada. cuma tak perasan. tak caya cuba tanya kawan. lagi satu.. awak jauh dari perantauan.. memanglah banyak yang tak kena. hehe.

ezad: dari segi umur.. ko memang dewasa. hehe. bro.. jangan terlalu sinikal boleh? cuba chill sikit. why so serious? hehe.
mugiwara said :
January 24, 2009 at 11:16 PM
grow up and be wiser, not grow old and be loser
actually old doesn't mean loser
but we can say it as mature.

ha! pesal tetiba meroyan ckp omputih nih...
kel@mbu said :
January 25, 2009 at 3:36 AM
dewata raya komik serius. jadi anatomi badan pun kenalah serius. kalau tak susah nak kenal. heh. dragon ball pulak komik humor. sebab tu ada part cikgu muten pervert tengok pmpuan keluar darah kat hidung. hahaha.

tp. kdg2 bca jugak majalah i dan al islam. amacam. dewasakan?
DarabDua said :
January 25, 2009 at 9:40 AM
peh!
1 pun tak takda kat gua.
ape kes ni?
famia said :
January 26, 2009 at 9:02 AM
mugi: ye ye. tu ade betolnye.

kelambu: perghh. oke itu dewasa.

darabdua: lu sebenarnya dah overdue matang. terlalu dewasa. memang tak wujud dah tanda pendewasaan.
Sub said :
January 26, 2009 at 11:35 AM
iya ke?
no 2.

mak saya tulis sms lagi pendek.kadang kena minta beliau translate semula.

uish.macam mana ni?
siapa yang tua sebenarnya?

(musykil)
Nana CS said :
January 26, 2009 at 12:17 PM
aku dah rasa sgt dewasa. bila g jumpa kwn2 yg bawak anak, aku makin suka dipanggil,:"auntie nana"

emm...dah dewasa la kan...
landaklaut said :
January 27, 2009 at 3:17 AM
sms pendek2 ni kadang2 buat sakit kepala.. nak2 yang hilang semua huruf2 aeiou tu.. hohoho.. bleh mis-interpret.. silap2 bleh jadi perang besar.. tiba2 aku rasa aku dah ter'dewasa' plak.. hahaha.. (perasan muda lagi.. :p)
January 27, 2009 at 11:58 AM
laginye...kalo dah "tak remaja" <---mengelak penggunaan "dewasa" kerana masih "terasa muda"..
hehe:P
tapinye kan...
bila dah sampai tahap dah malas nak amik tau hal-hal remeh dan juga asyik nak beralah sebab dah malas berdebat2.
agaknye org dewasa ni..lebih suka dengar/tengok dan diam (berfikir) malas nak kecoh pasal dah puas makan garam..
iye ke idak?
ehehe:P
danineh said :
January 28, 2009 at 8:59 AM
Tanda-tanda Persenyawaan?
famia said :
January 28, 2009 at 10:09 AM
sub: wahh.. mak kamu canggih. hehe.

nananya: hehe. kau memang dewasa pada wataknya. that's why orang senang rely dgn ko. :)

landaklaot: kan? sama dengan. hehe. nampak naa aku dah tak paham short form ni sume.

nurperjuangan: hehe. beralah sebab lebih baik berdiam diri. diam itu juga sebahagian drpd iman. kan. hehe. terlalu banyak bercakap tu kadang macam akalnya agak cetek. bukankah. hehe.

danineh: hehe. sabar. aku tau ko x sabar nak kahwin. ish2.
buzzybug said :
January 28, 2009 at 8:05 PM
saya dah ada sikit tanda2 tu... huhu...
azka said :
January 31, 2009 at 1:05 PM
salam

kandungan blog ini pon semakin dewasa

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.