Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, January 20, 2009


_Suatu pagi. Di hentian Putra LRT. Terminal Gombak.

Dengan lantangnya brader berjanggut itu hulur salam dari jauh.

"Assalamualaikummmmmmmmmm."

Dengan lantangnya juga aku menjawab salam dari dekat.

"Waalaikumsalammmmm."

Dia tersengih.

Aku terserius.

Dia hulur tangan.

Aku hulur duit syiling. Sebanyak 300sen.

"Hehe. Selamba je awak ya." Brader itu tergelak. Sambil hulur tiket parking.

Aku tetap serius.

Sambil berlalu.

Aku rasa tahun 1430 Hijrah ini kena banyakkan sedekahlah. Sedekahkan senyuman. Cuma itulah. Cuak juga. Kalau ada orang follow lagi. Gila menakutkan. Tapinya. Senyuman itu kan sedekah. Cuma itulah. Cuak juga.

Wahai Perempuan.

Jaga-jaga Cik Salmah. Jangan sebarang senyum. Nanti membawa padah_

Kategori:

12 Responses to "Sejanggut Senyuman"

January 20, 2009 at 9:57 AM
senyum lah ahaaaiiiii cik mek molek!!

hehe-

senyum jekkk!!! =)
klu lebih2 tu- kasi flying kick! ahaks
.::aDa::. said :
January 20, 2009 at 1:51 PM
betul2..senyum2 xpe..sengih2 lari je.. =p
Nana CS said :
January 20, 2009 at 3:23 PM
kenapa dia kata "selamba je awak ya"
aku tak faham. tolong terangkan
nurperjuagan said :
January 20, 2009 at 3:49 PM
jelas sejelasnye...
senyuman anda menawan..
ahahaks..
famia said :
January 20, 2009 at 4:39 PM
akmar: hehe. cube flying kan sikit kick tu nak tengok.

ada: haha. lari tu kerja senang. tapi kalau dia stalk sampai 1 kilometer.. ngeri tak ngeri. :p

nana: sebenarnya.. sampai sudah aku sampai opis.. tulis entri pagi tadi.. aku pun tak dapat tangkap tang mana yang aku selamba. selamba lintas jalan tak tengok kiri kanan mungkin. atau.. selamba bagi duit syiling sampai 3 ringgit mungkin. atau juga.. selamba jawab salam dia kuat2 macam orang sengal. nanti aku cuba tanya dia ye (kalau berani la).

nurperjuangan: eh. belum senyum pun lagi tapinya.
alifmimyanun said :
January 21, 2009 at 4:36 AM
fuh, ngeri jugak pengalaman macam ni.
eZad said :
January 21, 2009 at 3:06 PM
Ngerinya I..huhu
ezad said :
January 21, 2009 at 9:06 PM
eh.. aku ingat, aku dah komen dah..

ahaks

senyum itu sedekah
zai_pj said :
January 23, 2009 at 12:10 PM
senyum ade manis, sebab tu brader tu pon turut senyum.. rajin2 kan lar sedekah. erti kata lain rajin2 lar senyum..hehehe. manis ape. ahaks.
dani ko said :
January 23, 2009 at 3:42 PM
ye betol!!..
senyum merata mmg membawa padah

pandang merata pun membawa padah juge..
maklomlah...

"dari mata turun ke hati.."
January 23, 2009 at 4:55 PM
nk senyum kat cik famia skit. :) ngeee!
famia said :
January 23, 2009 at 6:29 PM
amin: takpe paham. hehe.

ezad: err.. tang mana yg ngeri?

ezad: ehhhh.. haah. aku pun ingat tu ko. baru nak pelik apsal ko sebot 'I'. haha. ya. senyum itu sedekah. tapi kalau perempuan senyum suka2 hati.. bahaya weh. ni bukan cakap kosong. ni cakap berisi. hehe.

zai_pj: hehe. brader tu takpe. dia kena senyum. sebab tu dikira customer service. perempuan boleh senyum. bukan tak boleh. cuma jaga2. hehe. ada sikit bahaya. percayalah.

dani_aku: hehe. kannnn. been there done that kan.

ST: fuiyoo.. kacak. kacak. haha.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.