
_Percayalah.
Dulu-dulu.
Kalau ada orang ajak aku boycott barang-barang.. jujurnya aku tak nampak langsung pun efektifnya. Aku tak yakin pun keberkesanannya walau 1%. Sebabnya. Tang mana US itu boleh bangkrup. Memang mustahil. Paling teruk pun economy down barangkali. Itu pun ambil masa juga nak tunggu dia punya down. Yang mungkin down barangkali.. mereka yang bekerja dengan US. Sebab kena buang kerja.
Sekarang.
Aku rasa tak ada benda yang mustahil. Tak mustahil. Aku ulang. Memang tak ada benda dalam dunia ini yang mustahil. Melainkan Allah putuskan 'NO'. Atau Allah tak izinkan.
Terus terangnya. Aku terfikir juga. Kalau kita boycott Maggi, Nestle, Carefour, Tesco, Starbuck, McD bagai... ke mana sangatlah usaha kita itu. Mungkin sekadar nak canangkan 'Feel Good for Palestin' mungkin. Tapi US, Israil dan sekutu dengannya.. rilek je. Tak lut mana pun dengan kita punya boycott itu. Takat satu Malaysia nak boycott US si kuasa veto dunia itu apalah sangat. Tak hairan de mereka.
Betul. Memang tak hairan. Tak berbaloi pun entah-entah.
Tapi dekat Palestin.
Golongan muda Palestin sanggup berperang dengan tentera Israil berbekalkan seketul batu je. Dengan batu je korang. Batu je tau. Bukan batu bata buat rumah itu. Batu kecil je. Sebesar tangan. Batu kering tepi jalan tu. Nak baling tentera Israil. Yang bersenjatakan M16. Yang entah-entahnya berbaju kalis peluru. Dan berkereta kebal.
Batu je korang. 
Secara logik akalnya, mampu ke sebiji batu itu letupkan kereta kebal? Hancurkan M16? Bunuh tentera Israil? Mampu ke? Aku tanya ni.. mampu ke?
Memang tak mampu kan.
Tak berbaloi pun.
Tak logik pun.
Tapi sebab diorang ada keyakinan. Walau sekecil mana pun usaha. Walau tak logik mana pun usaha. Walau sia-sia pun usaha. Sekurang-kurangnya.. diorang sanggup berjuang. Berbekalkan gigi dan kuku. Dan batu berbiji-biji. Diorang tak kisah pun tergadai nyawa. Batu pun batulah. Diorang tetap yakin dengan janji Allah. Sebab diorang tahu.. memang akan tergadai nyawa pun kalau berdepan kering-kering macam itu dengan Israil.
Tentera Israil bukan hairan pun. Lut ke tak lut ke batu itu.. diorang memang bantai tembak je sampai hancur orang Palestin. Kena balingan sebiji batu.. berdas-das tembakan dibalas. Bertubi-tubi bom diletupkan. Peduli apa kalau itu kanak-kanak ke orang tua ke wanita ke bagai. 
Tapi rakyat Palestin tak gentar pun korang. Batu pun batulah. Janji berjuang. Mati pun matilah. Janji pertahankan tanah Islam. Muda lagi nak pergi berperang pun mudalah. Janji ada keberanian. Walaupun secubit cuma. Tapi sebab ada keyakinan. Diorang tak gentar itu semua. Diorang tetap yakin dengan Allah. Nak pertahankan tanah mereka. Agama mereka. Baitulmaqdis mereka. Tergadai nyawa itu apalah sangat.
Diorang rasa berbaloi je korang.
Walaupun dengan batu je.
Dan. Kalau nak dibandingkan batu dengan boycott produk US dan Israil bagai. Tergadai ke nyawa kita kalau boycott produk mereka? Jatuh miskin terus ke kita kalau boycott produk-produk itu? Kita bukan nak pergi letupkan McD. Letupkan Carefour. Letupkan kedutaan US bagai. Kita cuma nak tunjuk sokongan je korang. Bagi sokongan je. Sebagai tanda berterima kasih atas perjuangan Palestin. Sebagai tanda nak protes dekat kuasa besar dunia.
Sokongan sekadar nak melumpuhkan ekonomi mereka.
Walaupun tak seberapa.
Walaupun belum tentu ada hasilnya.
Cuma sokongan kosong saja.
Yang Palestin minta.
Aku tahu ada banyak cara boleh tolong Palestin.
Mercy Transfer Fund.
NST Transfer Fund.
Dan lain-lain fund.
Betul.
Tapi apalah salah kalau kita tolong berhenti kejap beli semua produk-produk US, Israil dan sekutunya itu juga kan. Nak dibandingkan dengan batu di Palestin itu. Apalah sangat boycott itu. Takat nak tahan nafsu je. Nak tahan perut. Bukan nak tahan nyawa.
Lagi satu.
Mentaliti masing-masing.
Kita tak nak boycott pasal kita RASA tak mampu pun nak bangkrupkan US. Kuasa veto dunia. Kita sekecil-kecil negara.. mana mungkin boleh melawan dia. Kita RASA tak berbaloi. Kita RASA ramai saudara Islam dekat Malaysia nanti kena buang kerja. Kita RASA nanti ekonomi kita pun down sekali.
Tsk.. korang.
Benda belum jadi kan.
Korang bukan Tuhan nak tentukan semua itu.
Ada tertulis dekat Al-Quran atau mana-mana batu bersurat ke.
Tak ada kan?
Kalau 1 orang Malaysia ada mentaliti macam itu. Memang kirim salamlah. Sia-sia je mengaku saudara seIslam dengan Palestin. Belum apa-apa lagi dah fikir negatif. Nampak sangat tak yakin dengan usaha sendiri. Nampak sangat nafsu sendiri itu lebih penting daripada nyawa rakyat Palestin.
Aku bukan menghukum.
Bukan mengecam.
Cuma mentaliti macam itu memang aku tak boleh terima.
Secara logik akalnya.. aku sendiri pun arif. Kita tak mampu pun nak bangkrupkan ekonomi mereka. Tapi aku yakin. Ada hasilnya. Walaupun entah bila. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit korang. Itu belum masuk kalau satu Indonesia pun boycott sekali. Iran pun boycott sekali. Kalau nak harapkan negara Arab lain.. harapanlah. Tak payah. Biarlah kita je negara yang sekecil-kecil ini nak boycott mereka. Walaupun memakan masa yang lama. Sekurangnya ada usaha. Dari tak ada.
Kan.
Ya aku tahu.
Kita memang hantar duit. Hantar ubatan. Hantar makanan. Itu nak tolong Palestin. Tapi ini ada peluang nak ganyang US dan sekutunya.. apalah salahnya kita boycott dengan sekecil-kecil cara. Biar US itu rasa tinggi rendah langit. Negara Islam seperti kita yang tak sebesar mana pun mampu menggoncang mereka walau skala ritcher tak besar mana. Bila lagi nak ganyang US. Masa macam inilah patutnya. Kan.
Asalkan ada keyakinan. Ada semangat jihad. Walaupun secubit. Tapi dah cukup bermakna untuk Palestin. Apa saja cara yang boleh membantutkan ekonomi US dan sekutunya.. cubalah selagi boleh. Cubalah semua. Sampai habis usaha. Sampai putus nyawa.
Sesungguhnya.. peperangan dekat Palestin itu belum tentu ada kesudahannya. Bukan senang nak perjuangkan Islam di mata dunia. Tambahan lagi kalau umat Islam sendiri ramai yang goyah. Itu belum masuk lagi kes mereka yang lari aqidah. Siap boleh ragu-ragu dengan Nabi Muhammad saw. Sampai mengecam baginda pelbagai tohmahan dan cara.
Aku tak nak sentuh 'You Know Who She Is'.
Dakyah Yahudi. Memang macam-macam gaya. Inilah kelebihan jadi umat akhir zaman. Macam-macam dia punya dugaan. Nak test kencang ke tak kencang iman. Goyah ke tak goyah ukhuwah Islamiah.
Apa-apa pun.
YAKIN.
Ada hikmahnya. Ada keputusan dariNya. Cuma yakinlah. Yakin dengan Dia. Yakinlah Islam tetap akan menang. Tak semudah itu nak menggoncang rumah Allah. Tak semudah itu Baitulmaqdis menyembah bumi. Tak semudah itu Islam goyah di tangan Yahudi. Yakinlah.
Nak 1000 daya kan_
*Download Lagu Amrullah(Baitulmaqdis) oleh Xifu Nasir, Muadz & Algebra
*Youtube Video Baitulmaqdis






