Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, January 07, 2009


_Haah. Aku rasa optimis itu antara aset terpenting. Bukanlah terpenting macam boleh mati kalau tak ada. Cuma, terpenting saja. Dan mahal. Lebih mahal berbanding emas.

Fuiyooo.. gila mahal.

Sebabnya. Optimis ini macam pangkat nenek moyanglah kiranya. Dari optimis, wujudnya 'partner in crime' Redha dan Tawakal. Bukan Hospital Tawakal. Situ selalu mengganas jem. Gila jatuh runsing nak lalu jalan itu hari-hari. Bumper to bumper. Dengan mengantuk astaghfirullahalazimnya. Fuh. Tinggal nak cium divider je.

Hah.
Sambung balik.

Kiranya. Bila 218% fikir positif manjang, redha dan tawakal pun dah jadi sebahagian daripada tubuh badan. Dari situ, hati mesti jadi tenang. Kepala dan kaki dan tangan pun confirm ringan punya. Bukan ringan nak sepak terajang orang ok. Ini ringan pasal tak payah nak fikir apa-apa. Hati pun jadi gila luas. Barulah boleh gantung banyak-banyak secret admire punya hati yang dah kena curi dalam itu. Kan. Haha.

Ok. Jangan amalkan, sila.

Walau bagaimanapun. Terimalah kasih Anisa. Pasal dia yang turunkan ilmu mempositifkan yang negatif ini. So dari konsep itu, makin lama hidup saya makin tenang ( berkocak juga sekali sekala ). Sebab boleh redha dengan segala benda. Barulah jadi manusia yang cool. Dan kacak. Kacak hati. Bukan kacak rupa. Tapi kalau dapat dua-dua dalam satu pekej memang alhamdulillah saja.

Konsep dia macam ini.

Elakkan mengguna pakai adjektif yang negatif. Sebaliknya. Tambahkan ayat-ayat bersifat negatif macam Tidak, Mungkin, Bukan dan lain-lain di depan kata adjektif. Barulah nampak lebih berganda kelihatan kacak. Lebih matang. Dan extra intelligent. Walaupun hakikatnya tak.

Tak faham?
Memang lampi.

Macam ini.

Perkataan SUSAH.
Transform.
Pling.. bertukar menjadi BUKAN MUDAH.

"Bukan mudahnyaaaaa nak drive jalan sempit macam ini."

Tak faham?
Ok next.

Perkataan HODOH/BURUK NAK MATI.
Transform.
Pling.. bertukar menjadi TAK CANTIK.

"Tak cantiklah benda itu. Beli lain."

Dapat?

Hah.

Kan nampak sopan itu. Kacak pun kacak. Barulah bahasa jiwa bangsa. Kan. Ini tak. Muka je kacak. Muka je cun. Waemah bahasa mencarut-carut. Bercakap kasar-kasar. Tengking-tengking. Memang membazir betul.

Perghh..

Terasa macam TV Pendidikan pula. Gila klasik_

Kategori:

9 Responses to "Negatif Yang Positif"

January 7, 2009 at 4:15 PM
tidak mudah nk drive jln sempit cmnie..

hehe

kurg cantik lah..beli laen- keh3

klu malas..

suke ckp kurg rajin daripada tak rajen..

saya kurg suke..cam lebih oke dari aku tidak suke..keh3-
ke cmne? hehe
ape2 pown, cekgu sy pernah kata,klu takmo stress- ilangkan perkataan stress lam kehidupan anda.keh3-
anyway- kata2 itu doa- just positifkan kata2 : cth : malasnya haku! --> rajen nyer aku..wekekke
Indrasakty said :
January 7, 2009 at 7:40 PM
Jadi kalau perkataan negatif yang tiada antonim positifnya?

Tolong terjemah: Bosannya bila perlu buat benda yang tak termampu difikirkan akal. Huh! (mengeluh)
kel@mbu said :
January 7, 2009 at 8:07 PM
kawan aku pn slalu pesan. jgn ckp tak ada duit. nnt btul2 tak ada. kena ckp kurang duit@duit kurang. tp aku x pcaya pun. heh.
aie akaike said :
January 8, 2009 at 3:26 AM
baiklah cikgu... ;)
Anisa Ahmad said :
January 8, 2009 at 9:24 AM
hoho..
ade nme sy~~
+P

contoh die plg snang camni la..
instead of kite jd

ANTI WAR..

baek jd

PRO PEACE..
famia said :
January 8, 2009 at 10:07 AM
hafizatul: hehe. haah. betol2.

indrasakty: hehe. "Tak seronoknya bila perlu buat benda yang tak termampu difikirkan akal." Sebot banyak kali.. mesti ade sikit rase seronok tu terlekat. Percayalah.

kelambu: hehe. kata2 tu satu doa. sebab tu jangan sebut2 sebarangan. benda2 ceni mungkin orang tak percaya. manusia kan lebih suka percaya kan fakta sains mat saleh. hehe.

aie: wah. gud. hehe.

anis: haha. saja up nama. pro-peace. yep tepat.
January 8, 2009 at 4:49 PM
Bagus tips famia ni, baik untuk di amalkan, ini juga boleh mengurangkan rasa tension di jiwa...
famia said :
January 10, 2009 at 1:46 PM
aarin: hehe. selalu stress jugak ke? semoga 1430H lebih tenang jiwa.
January 11, 2009 at 11:49 PM
saya faham perkataan kacak je. nape ek :p

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.