Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, January 09, 2009


_Dahulu kala. Skrip lama. Soalan lama. Kawan lama. Bermuzakarah yang tak berapa muzakarah dia punya gaya. Aku tertanya. Soalan yang tak berapa nak masuk akal, orang kata.

"Kenapa terjadinya perang Salib? Kenapa ramai umat Islam kena mati di tangan tak sepatutnya? Kenapa Bosnia jadi bahan kekejaman Serbia? Kenapa kena ada kekejaman terhadap umat Islam kalau di penghujungnya Islam tetap akan menang? Kenapa umat Islam selalu memegang watak kecil dalam dunia ini?"

Kan?
Soalan yang memang tak berapa nak masuk akal.

Tak patut betul tanya macam itu. Macam soalan orang tak matang. Macam soalan orang yang tak yakin dengan Allah. Woarghh.. ampuniku. Ampuniku, Ya Rabbi. Sesungguhnya.. masa itu aku tak tahu. Itu saja. Sekeping alasan disedekah cuma. Buat pembenteng diri. Sekadar menutup mazmumah ini.

Keculasan iman. Kefakiran akal yang terlampau. Kehalusan sifat perikemanusiaan. Juraian tangisan.

Gaza.

T______T

Aku tak kisah,
Kalau ada yang nak pulaukan semua barang Israil.
Kalau ada yang nak maki sumpah seranah mencelakakan Israil.
Kalau di saat rakyat Gaza ditembak berkecai, ada yang beronggeng di kelab malam.

Cuma satu saja.

Tolong titipkan. Tolong selitkan. Doa agar umat Islam di Gaza sentiasa dalam peliharaanNya. Agar diperkuatkan iman mereka. Agar tabah dan tetap sentiasa bergantung padaNya. Sentiasa. Sampai putus nyawa. Aku tahu setiap kejadian itu ada hikmahnya. Walau mati itu jalannya, tapi tetap ada hikmahnya. Kerja Dia. Kita tak tahu. Kan.

T______T

Siapa Gaza di mata anda_

UPDATED

Baca SINI dan SINI kalau sifar kesedaran perihal Palestin, Al-Aqsa dan Gaza.

Lagu untuk Palestin di SINI.

Kategori:

8 Responses to "Dukalara Gaza"

shafarina said :
January 9, 2009 at 7:07 PM
Ya, sebelum intifada ke3 terjadi.

Tapi negara Arab dan negara islam lain tetap berdiam diri.
Ezad said :
January 9, 2009 at 10:32 PM
Palestin akan terus begitu sehingga kebangkitan semula Islam...

Selama mana?
Terpulang secepat mana umat Islam bersatu. Buat masa ni, umat Islam masih terlena di pangkuan sang barat....
famia said :
January 10, 2009 at 1:48 PM
shafarina: hmm. bahagian diorang.. biar serah pada tuan punya badan. bahagian kita harapnye gunekan sehabis baik yang mana ada. buat masa ni.. paling last senjata yg ada pon doa cumanya. maka..gunakanlah. tulah sebaik-baik senjata.

ezad: emm umat islam lain tu.. doa saja diorang dapat kesedaran selaju mungkin. tang kita sendiri ni.. bereskan dulu. buat ape yg patut dulu.
t.a.t.a said :
January 10, 2009 at 5:51 PM
Siapa Gaza di mata saya?

kaza? kaza saya kenal, di mata saya dia adalah degawan!

kaza di mata nana dia adalah saudara jauh nya. saya menjawab bagi pihak nana.
Otak Belacan said :
January 11, 2009 at 1:26 AM
Amin.
famia said :
January 11, 2009 at 10:37 AM
tata: begitu.

OB: syukran.
January 11, 2009 at 11:45 PM
bumi hanya pinjaman. tanah hanya ciptaan. yang pasti...
famia said :
January 12, 2009 at 12:47 AM
ST: betul. tapi kalau kita tak bantu saudara Islam dalam apa bentuk pun demi menegakkan Islam.. kita sangat zalim.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.