Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, January 11, 2009


_Palestin.

Lagi..?

Biarlah. Jiwa aku belum reda lagi. Selagi Palestin masih berdarah. Selagi itu aku rasa satu Blogspot atau Wordpress akan bercerita perihal ini. Tapi. Kalau ada yang bercerita perihal diri sendiri. Perihal politik. Perihal boyfriend girlfriend. Perihal hari ini nak makan apa esok nak kemana. Silakan dengan suka hatinya. Asalkan jauh di sudut hati kudus korang itu, pernah terlintas 1 saat keprihatinan pasal Palestin. Pasal Islam. Sekurang-kurangnya.

Semogalah.

Dan. Kalau sakit mata, berhenti baca setakat ini saja. Aku tak paksa. Sekurang-kurangnya, masih ada 1 orang lagi yang tetap akan baca sampai habis. Aku tak jamin ada. Tapi kalau ada, baguslah.

Sebelum menyokong Palestin..

HAMAS.
Aku tahu korang pernah dengar.
Tapi tahu ke apa maksud di sebalik HAMAS dan peranannya?

Palestin.
Aku tahu korang selalu dengar.
Tapi tahu ke siapa mereka dan kaitannya dengan kita?

Gaza.
Aku tahu korang baca paper atau berita online.
Tapi tahu ke sejarah dan lokasinya?

Al-Aqsa.
Aku tahu korang pernah dengar.
Tapi tahu ke sejarah, lokasi, rupa paras sebenar dan kisah di sebaliknya?

Kalau korang tahu salah satu. Atau tak tahu salah satunya. Tak apa. Masih boleh terus baca. Sekurang-kurangnya ada yang tahu. Tapi. Kalau kosong terus.. silalah rujuk Wikipedia, contohnya. Atau cari blog lain yang bercerita penuh perihal itu. Silalah.

( Memang nak kena baling kasut betul kalau tak tahu salah satu dalam list atas itu )

Habis apa yang korang tahu?

Lagu terbaru dalam carta?
Movie terbaru?
Raja Lawak?
Gosip artis?
Gig Indie?
AF?

Perghh.. korang memang patut dibaling kasut.

Ok. Yang lain boleh teruskan membaca. Kalau.. terdaya.

Nak tolong Palestin. Tak susah. Memang tak susah. Ada banyak cara. Dari cara paling besar sampailah sekecil-kecil cara. Dan aku tak percaya kalau ada yang kata tak mampu dan tak boleh nak sokong Palestin. Lagi sekali.. memang nak kena baling dengan kasut.

Ini senarai yang aku dapat fikirlah. Mampu tak mampu.. itu perkara kedua.

1. Ikut Pergi Berperang

Korang tahu tak. Besar betul pahala orang yang pergi berperang ke jalan Allah. Jihad fi sabilillah. Dengan syarat, kena ikhlas demi Allah semata. Bukannya sebab ikut pergi berperang pasal nak pahatkan nama dalam buku Sejarah Islam. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Paham? Tapi kalau tak mampu juga.. cuba cara kedua.

2. Membiayai Jihad ke Jalan Allah

Dari Khuraim bin Fatik ia berkata, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengeluarkan suatu derma di jalan Allah, maka akan ditulis 700 kali ganda." (HR: Tarmizi dan dihasankan oleh Nasa'i serta disahkan oleh Ibnu Hiban dan Ibnu Hakim)

Penjelasan:
'Seorang Muslim yang turut membiayai pertempuran kaum muslimin di dalam melawan musuh-musuh agamanya, maka Allah menjadikan mereka mendapatkan pahala 700 kali dari jumlah yang mereka belanjakan untuk kepentingan perang. Oleh sebab itu, kaum Muslimin yang tidak mampu untuk berangkat sendiri ke medan tempur, maka ia dapat menyumbangkan harta-hartanya bagi keperluan pembelian pensenjataan dan alat-alat perang.'

Kalau rasa hidup itu mewah dan kaya raya.. silalah sedekah sikit harta itu ke Palestin. Daripada hari-hari pergi beli baju baru, perabot baru, kasut baru, kereta baru, rumah baru. Baiklah gunakan ke jalan sepatutnya. Besar betul pahalanya. Kalau ada rm10 lebih itu pun boleh bersedekah juga. Tak salah. Tahukah anda wahai orang kaya dan segala Datuk Datin? Aku tahu korang takkan sampai ke sini. Cuma kalau ada saudara mara yang kaya raya atau anak bini atau kawan-kawan yang tersesat ke sini, silalah baca. Dan bersedekah. Kalau tak mampu atau kedekut atau sayang betul dengan harta itu.. cuba cara ketiga.

3. Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan

Kalau tak silap aku, mana-mana universiti telah membenarkan mahasiswa mereka untuk keluar demonstrasi perihal Palestin ini. Terbaca dekat surat khabar. Kiranya, kalau orang dah bagi pas kebenaran itu.. jalankanlah tanggungjawab. Pergi ramai-ramai bawa sepanduk penuhkan semua kedutaan Israil, Mesir, US dan sekutu dengannya. Suruh berhentikan War Crime itu. Mana tahu terbuka pintu sempadan Mesir itu akhirnya ke. Kan. Tapi kalau tak mampu juga.. cuba cara keempat.

4. Boycott Produk Israil

Dalam erti kata lainnya, Jangan Berurusan. Jangan Guna. Jangan Beli.

Senarai Produk Israil.

Bukan kerja mudah. Tapi boleh diusahakan. Perlahan-lahan mungkin. Tapi bukan kerja mudah. Aku ulang. BUKAN KERJA MUDAH. Lainlah kalau kau bersifat zuhud. Langsung tak pandang satu haram pun dengan produk-poduk itu. Kalau dah ada barang-barang itu.. guna saja sampai habis. Lepas itu beli brand lain. Sekurangnya, kalau tak boleh nak berhenti berurusan.. berhentilah beli. Kalau dah boleh berhenti beli.. berhentilah guna pula. Aku sendiri pun belum mampu nak berhenti guna.

Walaupun aku tak jamin 100% yang Israil boleh bangkrup dengan cara ini, tapi sekurangnya ada 1% daripada tak ada langsung. Kan. Sementara Palestin tengah berdarah ini, berhentilah sekejap daripada layan McD, Nestle, Coke dan Starbuck, contohnya. Sekadar menghormati. Cuba bayangkan sambil makan Prosperity Burger itu, macam itu jugalah rupa daging-daging hancur rakyat Palestin yang meninggal kena bom. Tapi kalau tak mampu juga.. gunalah cara kelima.

5. Doa dan Solat Hajat

Ini sekecil-kecil cara. Dan senjata umat Islam. Doa. Dan kalau boleh, solat sunat Hajat sekali. Kalau tak pandai nak buat solat hajat.. tak apa. Boleh belajar. Atau pun berdoa je. Kalau tak tahu berdoa pun tak apa. Boleh belajar. Tadah tangan dan mintalah semoga semua umat Islam dekat Gaza dan satu Palestin dan masjid Al-Aqsa itu sentiasa dalam peliharaanNya. Doakan mereka semua dikuatkan iman. Sentiasa bergantung dan tawakal kepada Allah. Walaupun kita cuma mampu tengok hari-hari gambar rakyat Palestin dibedil Israil sehingga berkecai berdarah-darah.. tapi asalkan kita tadah tangan berdoa.. insyaallah dipermudahkan sikit mereka di sana.

6. Tulis Isu Palestin di Blog

Ini aku nak tujukan dekat mana-mana blog yang readers dan commenters mereka mencapai angka 100 ke atas khususnya. Dan mana-mana blog yang trafiknya gila lebat dibanjiri pembaca. Kurang daripada 100 pun sama. Bloggers yang berpengaruh, pendek katanya. Yang ada ramai pengikut. Aku menyeru.. daripada korang tulis benda-benda lagha atau tak berfaedah atau tak berapa penting dekat blog itu.. baiklah korang ajak semua pengikut beratus-ratus itu berdoa atau prihatin sekejap dengan isu Palestin ini. Letak sebaris ayat pun jadilah. Daripada letak poster Gig sana sini.. selitkanlah sikit poster berdoa untuk Palestin ini dekat mana-mana ke. Kan.

Ini tak. Dahlah tak mampu nak ikut berperang. Tak mampu nak sedekah amal jariah harta ke Palestin. Tak mampu nak buat demonstrasi. Tak mampu nak boycott produk Israil. Nak buat solat hajat pun tak reti. Nak berdoa pun malas. Ini sekecil-kecil cara.. tulislah walau sebaris ayat dekat blog atau email ke apa ke. Ajak satu Malaysia ini berdoa. Berdoa. Dan berdoa.

Boleh?

Terima kasih. Sekurang-kurangnya.. sejuk sikit roh-roh rakyat Palestin yang meninggal itu. Sekurang-kurangnya, aku dah sampaikan bahagian aku. Dan aku cuba juga nak tunaikan tanggungjawab aku. Sekarang bahagian korang pula. Usahakan sendiri. Takat hari-hari baca surat khabar tengok gambar rakyat Palestin berkecai sambil menggeleng kepala itu tak ada benda pun. Tak berfaedah pun.

Ok.

Terima kasih banyak-banyak kalau ada yang mampu baca sampai habis aku merepek ini_

Kategori:

12 Responses to "Darah Yang Tidak Akan Kering"

Nurulhuda said :
January 11, 2009 at 8:30 PM
Sis famia,

saya berjaya baca artikel ini sampai abis..i agree wit u..jom same2 kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 yang lain cara utk "membantu saudara kita di sana".. tq sis..
DarkWan said :
January 11, 2009 at 9:31 PM
(Utk readers)

SKIM BANTUAN GAZA

Bandar Baru Bangi - Prihatin dengan peristiwa yang sedang berlaku di dalam Palestin terutamanya tragedi yang sedang menimpa Semenanjung Gaza dan kesinambungan terhadap kempen-kempen yang dilancarkan ke atas Gaza, Aman Palestin dengan ini melancarkan kempen baru dengan nama Kempen "Sertai Skin Bantuan Gaza".

Aman Palestin memohon kepada Allah swt yang Maha Berkuasa supaya usaha ini akan diberkati dan dilipatgandakan dan ramai pihak akan turut serta menghulurkan tangan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang dikepung tetapi masih tetap bertahan dan bersabar.

Aman Palestin menyeru semua institusi, organisasi, badan-badan kebajikan, syarikat-syarikat dan individu yang demawan agar membantu rakyat Palestin. Kempen ini ingin mengumandangkan bahawa:-

- Gaza masih lagi merintih dan merayu di bawah himpitan kepungan.. segala rumah dan penempatan telah dimusnahkan, anak-anak dan wanita menjadi pelarian.. keperluan hospital semakin mendesak dan bertindih-tindih... tenaga eletrik diputuskan... kadar pengangguran semakin meningkat secara drastik.. keperluan makanan semakin berkurangan, sukar untuk didapati dan harganya melambung tinggi.

- Ubat-ubatan telah pun kehabisan, sumber-sumber tenaga diberhentikan... kehidupan terbantut... pesakit-pesakit yang cedera dan sakit sudah dijemput kematian... kanak-kanak menderita kelaparan .... Gaza masih lagi MERINTIH dan MERAYU...

Dengan ini Aman Palestin melancarkan kempen "Sertai Skim Bantuan Gaza" untuk keluarga Palestin yang berada dalam kepungan. Skim ini meliputi bantuan segera untuk keperluan asasi (makanan, kesihatan dan keperluan-keperluan hidup yang wajib). Skim ini menawarkan kupon RM 250 seorang. Kempen ini mensasarkan 20 ribu keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Buat masa ini Aman Palestin sedang berusaha untuk menghantar konvoi bantuan ke Palestin. Ayuh !!! segarakan bantuan, sertailah skim ini. Skim yang akan memberikan saham keuntungan kepada kit di akhirat nanti.
*
Hulurkan sumbangan Anda ke akaun .

Dana dan Sumbangan : BIMB 12029010047880 , MayBank 562263010787

Dana Pengurusan : Muamalat 12070005133717

http://amanpalestin.org/index.php?action=com_content&task=content&section=1&category=1&&content=349
ezad said :
January 11, 2009 at 10:38 PM
semoga Allah memberkati perjuangan kita

amin

mungkin ada sebab kenapa ekonomi US dah runtuh sekarang, kan?
January 11, 2009 at 11:42 PM
sy bc terskip2. sbb ade benda yg da bc. ape2 pun. berdoa lah!
famia said :
January 12, 2009 at 12:56 AM
nurulhuda: terima kasih banyak2.

dope: baik. tengs.

ezad: haah. berdoa. berdoa. dan berdoa. setiap kejadian ada hikmahnya. kena yakin dengan Allah.

ST: terima kasih.
Ku Keng said :
January 12, 2009 at 9:30 AM
Salam.

Terima kasih atas saranan. Banyak yang dapat kita lakukan, hatta untuk ke Gaza sekalipun. Tapi laksanakan yang mudah dulu. Insha Allah kemenagan di pihak yang ditindas.
nuaeman said :
January 12, 2009 at 12:19 PM
dah cuba lakukan apa yang termampu setakat ni.. saranan yang baik dan perlu diikuti..
nurperjuangan said :
January 12, 2009 at 8:35 PM
jangankan yg besa panjang macam kita2 ni..adik yg umur 10 thn pun da start boycott McD, padahal dia suke je McD tu..
ermm..
*al fatihah untuk yng terkorban*
January 12, 2009 at 9:20 PM
ouch! saketnyer- kene baling kasut! hee
famia said :
January 12, 2009 at 10:10 PM
Kukeng: salam kembali. ye. takat ni.. yakin saja dengan Allah. dan berdoalah tanpa putus-putus.

nuaeman: ye. meh seru ramai lagi.

nurperjuangan: kan. cuma tang megi tu mencabar sikit. takpe.. tukar je brand lain. senang.

akma: hehe. sape baling tu.
wrawos said :
January 12, 2009 at 11:08 PM
good points.hmm
famia said :
January 13, 2009 at 11:53 PM
wrawos: tengs. but of course.. action speaks louder than words. easy to say kan.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.