Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, January 04, 2009


_Ini salah satu contoh benda dalam dunia yang aku tak pandai betul nak cakap 'NOOOOOOO' sekuat hati.

Tag adalah tanda kasih sayang. Sebab orang ingat kita. Lalunya. Terlekatlah sebiji tag. Kalau dunia nyata.. memang aku dah lekat sticky note tulis perkataan 'TAG' sebesar alam. Macam jinx. Macam Dao Ming Si dalam Meteor Garden buat. Barulah gengster.

Tapi sebab ini cyber. Anggap sajalah itu tanda kasih sayang manusia. Walaupun peria dan parasetamol itu pahit, tapi ini berganda lagi dia punya pahit. Macam Ukays punya lagu 'Pahit Akan Manis Akhirnya'. Entahlah itu lirik dia ke tajuk dia ke. Pahit Akan Tag Akhirnya. Sedih kan. Sedih dalam iman.

( Menangis rintik-rintik )

Walau bagaimanapun.

Ayumi.
Terimalah kasih saya.. ^__^

16 Perkara Rawak

Perhatian: Sila tahan nafas sambil baca benda tak berfaedah berikut.



  1. Saya tak suka kucing. Saya geli kucing. Sekiranya kucing dan saya bertembung di mana-mana tempat dalam dunia ini, saya akan melompat terkejut. Kucing pun terlompat sama. Lepas itu, jantung akan berdegup sederas mungkin. Dup.. dup.. dup. Berdegup macam terjumpa lelaki kacak dan lelaki itu pandang tepat memanah jantung. Perghh.. panahan kucing.

  2. Saya tak friendly. Lagi-lagi dengan lelaki. Spesifiknya, lelaki yang boleh mendatangkan cas elektrik aka lelaki bukan muhrim. Kalau saudara mara ke.. kawan dah kenal 8 tahun ke. Itu lain. Kami telah membumikan cas masing-masing. Secara azali.

  3. Saya kera sumbang. Namun begitu. Statement itu sekaligus tidak bermaksud ingin menyokong Teori Darwin bahawa manusia berasal daripada monyet. Sila tangkap di sebalik ayat itu laju sikit. Lampi betul.

  4. Saya tak boleh dipisahkan dengan Choki Choki, Slurpee dan ABC. Mungkin sampai ke tua tak ada gigi pun belum tentu saya boleh dipisahkan dengan mereka. Ini barulah peminat keras mati. Die hard fan. Tak manis betul kalau translate. Hish.

  5. Saya telah habiskan masa belajar 5 tahun setengah straight lepas SPM bersama dani. 4 tahun ijazah. 1 tahun setengah bapa kepada ijazah. Berselang-seli praktikal. Otak bagaikan direbus. Sungguh tepu. Sekarang.. poket bagaikan direbus. Terpaksa menjelaskan hutang MARA.

  6. Sekurang-kurangnya 1 kali dalam seminggu, kaki atau tangan saya atau kedua-duanya pasti lebam dan bengkak.

  7. Bilik tidur saya. 3 suku daripadanya adalah buku dan rak buku semata. Alhamdulillah ada katil. Kalau tak ada katil, lama dah saya susun koleksi komik Gempak Starz rm6.50 sebiji itu atas lantai. Boleh jadi tilam empuk.

  8. Dory dan saya adalah hampir sama. Bukan pada birunya. Pada short term memory lostnya.

  9. Diam itu tandanya bengang. Atau malas nak masuk campur. Atau segala emosi tak semenggah sedang bermaharajalela. Pendek katanya.

  10. Hampir kesemua kawan-kawan saya susah nak faham entry blog ini. Jangan risau. Itu tandanya anda normal.

  11. Realitinya, saya suka bercakap dalam bahasa Korea + Mandarin + Jepun + English + BM + Arab secara rojak dalam satu ayat. Dengan kroniknya. Lebih-lebih lagi dengan Dani dan adik nurse.

  12. Baiti Jannati. Itulah habitat dan tempat melepak tetap saya. Lupa ke. Saya kan kera sumbang.

  13. Gigi bongsu saya.. satu pun tak tumbuh lagi. Ini bongsu jenis apa entah. Runsing betul. Patutlah lambat matang.

  14. Zaman IRC dan Alamak Chat dulu, orang selalu ingat saya lelaki. Cara bercakap tak macam gadis barangkali.

  15. Saya tak suka tengok tv. Tak suka dengar radio. Malas nak borak dekat YM. Malas nak berkawan. Saya rajin delete nick YM yang tak kenal. Memang keji. Minta maaf. Tapi kalau maaf itu berguna, nak buat apa polis dalam dunia. Kan.

  16. Saya tak pandai melukis. Dan saya bukan designer. Dan bukan juga fotografer. Dan saya bukan 23 tahun. Atau 24 tahun. Atau 22 tahun. Sila jangan teka umur saya terlalu muda. Patutlah gigi bongsu saya lambat betul nak tumbuh. Tak matang-matang. Kesianlah.


Alhamdulillah habis.

( Menangis dengan lebat )

Aku tak sampai hati nak tag orang lain. Tapi kalau nak buat.. silalah.

Itu saja_

Kategori:

16 Responses to "Tag - Ayumi"

Indrasakty said :
January 4, 2009 at 10:58 PM
Fakta yang paling mengarukan, sungguh terharu. Mungkin dah tak tumbuh sampai bila-bila dah kot.
famia said :
January 5, 2009 at 12:17 AM
en.khairul: hehe. tak mungkin tak tumbuh. ada punya tu. slow - slow.
LediAgli said :
January 5, 2009 at 2:45 AM
kahkahka.. aku nak teka umo kau boleh?
January 5, 2009 at 5:29 AM
plz jgn sesekali...
xpasai2 nanti
AyUmi said :
January 5, 2009 at 8:57 AM
eh, kau patutnya meng'tag' lagi namblas orang yang kurang kaseh sayang jugaaaaa...

aiseh.

anyway, thanks. aku sambut kasih sayang kau itu.. ehem.
Nana CS said :
January 5, 2009 at 12:30 PM
oh, kurang kasih sayang kah kita ni?
famia said :
January 5, 2009 at 12:51 PM
ledi: hah. teka cepat. hehehe. yang pentinggggg.. ko lagi tua dari aku. hihi.

dboy: hehe. ape yg jangannye.

ayumi: ek? err.. dah past tense lah tapinya ni yumi. nanti suruh orang lain tag diorang. ( saje lepaskan diri )

nananya: hehe. tak. itu tanda kite terlebih kasih sayang.
thor said :
January 5, 2009 at 5:57 PM
"Sekurang-kurangnya 1 kali dalam seminggu, kaki atau tangan saya atau kedua-duanya pasti lebam dan bengkak."

dah penah pegi klinik atau hospital untuk ini?
famia said :
January 5, 2009 at 9:25 PM
thor: errr.. tak pergi. pasal takde benda pon. hehe. lebam2 biase je. kena belasah. terima kasih kerana concern.
Kabus said :
January 5, 2009 at 10:44 PM
hehe

suke entry nie
terase kecomelan dgn kate2nye

"Diam itu tandanya bengang. Atau malas nak masuk campur. Atau segala emosi tak semenggah sedang bermaharajalela."

kite serupe, bile emosi nie turun naik baik diam. kan?
January 5, 2009 at 11:47 PM
ahahha-

kelakar!
M-I-N said :
January 6, 2009 at 12:22 AM
err....apekah itu Dory?
famia said :
January 6, 2009 at 5:10 AM
kabus: hehe. ye. tepat skali.

hafizatul: kelakar? tak. ini serius.

min: err.. tak tengok Nemo ke? hehe. Kartun ikan oren nama Nemo. Berjumpe ikan biru nama Dory. Dory tu nyanyok. Short term memory lost.
thor said :
January 6, 2009 at 11:13 AM
ouh.lebam dan bengkak sebab kena belasah ek.igtkn ape td.sbb ade medical illness associate with that lah.eheh jgn takut.tp klu sbb kena blasah no worries lah.
famia said :
January 7, 2009 at 10:38 AM
thor: wawww.. dokte ke kamu. kalo dokte.. ade soklan lain nak tanye ni. hehe.
January 11, 2009 at 11:57 PM
xsmpi hati nk jawab tag. takot air mata jantan turut bercucuran. huuu. tp sy punya gigi susu yg belum tumbang. pelikkan. warnanya paling putih. nk tgk? banje makan ar. haha! di zoo mungkin. smbl tgk kera makan kuaci. heheh!

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.