Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, December 31, 2009




Farhana Suziela Natasha Surihani to Xai:

Thanks Xai bagi aku ajen peng-hack tetap blog ko nih.. hahaha..

Sorry kekadang aku memang sedikit jerk. Thanks sebab sanggup bear BARE (ejaan sengaja) dengan perangai aku selama kite kekenalan..

Selalu ujung tahon mesti cam ade end year gift kite exchange..
(Nak wat cemana, pengaruh krismes.. haha.. Ingat dulu, tengah2 tahon boleh layan mp3 beyonce-white krismes.. dkt2 time kismes suke tgk cerite2 kat tv yang krismes spesyel.. pastu time2 krismes tu lah suke meround tgk krismes deco.. woooooow.. suke warna terang2 kilat2 kotnyeh.. cam merry merry sket.. boleh pulak suke kombinasi kaler merah hijau! iiiiiishk ok.. mengucap sekarang.. ahahah.. )
tapi tahon ni aku end kan dengan meng-hack blog ko lah.. ngehehe (ayat kever, bajet sebenanye hahaha)

Aku nak hack blog ko dari haritu mase ade sedikit miscommunikasi, tapi aku rasa.. Knowing My xai. Lebih elok aku call jek. ko kan senang cair.. (ops ter-reveal tektik.. hahaha).

Dengan izin Dia, aku doa kite akan kawan sampai bebila.. (Dulu moto: kawan sampai tua, tapi lepas tua - mati - akhirat takkan tanak sambung kalo diizinkan kan kan kan jadi kite telah menukar moto)

Ingat Moto Moto ineh:

1. Kite kawan sampai Bebila yeh yeh yeh
2. Untuk ko Laila, Gunung pun aku sanggup carikan
3. Kalau aku gaduh aku lari rumah ko yeh.. Eh.. Laki Kaaaaaaau!!

*sile edit dan tambah entri nih kalo ko teringat lagi, nih je aku terfikir dlm jangkamasa singkat nih


Apa pun,
Jauh jauh sebab tak nampak kat mate aje
Aku tak jauh mane


**Ditambah oleh er, apa nama panjang aku ek Dani?

Hinf.
Tarik nafas dulu.

(Terasa macam tulis surat cinta ini)

Mula-mula aku nak minta maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut. Selama berkawan dengan kau ini, aku memang lebih jerk dan blur dan tak semenggah daripada kau. Hehe. Apa-apa pun aku dah retired daripada buat kerja-kerja tak semenggah dan tak senonoh masa zaman kita muda-muda dulu. Dan sememangnya tak ada pengganti yang setanding dengan kau. Kroni terbaik. Crazy ah ding dong.

Merepek dan tak semenggah lagi tak senonoh macamana pun.
Kau tetap layan je kerenah dan perangai aku.

Sejak 1999 sampai 2009.
Satu dekad kan?

Perangai sakai. Suka kacau orang. Merayap tak tentu hala. Berani tak bertempat. Nakal macam syaitan. Selamba macam ayam. Hah. Apa je yang kita tak pernah buat. Semuanya pernah buat. Aku rasa, kenal dengan kau ini antara perkara paling best pernah jadi dalam hidup aku. Dari zaman budak-budak. Sampai zaman di CASE. Hostel. Zaman kerja. Fuh. Banyak gila kalau nak wrap up. Tak apa. Kita simpan sendiri jadi kenangan zaman tua.

Ok.
Tambah ayat bunga sikit.

Our friendship.
Aku rasa kau je kawan aku yang paling banyak perbezaan dengan aku.

Aku pakai beg silang ke kiri.
Kau pakai beg silang ke kanan.

Aku suka black pepper.
Kau tak suka.

Aku suka Chocolate Ice Blended.
Kau penggila Mocha Ice Blended.

Kau penggila durian.
Aku tak suka.

Banyak lagi.

Tapi aku rasa sebab ada banyak perbezaan itulah yang boleh bagi kita lagi ngam. Dia macam Yin dan Yang. Black and white. You complete me kononnya. Hehe. Apa-apa pun terima kasih sudi berkawan dengan manusia pelik dan sengal macam aku ini. Semenjak dah tua ini aku makin kerap hilang ingatan jangka pendek. Dah makin sikit yang aku ingat. Tapi harapnya aku tak lupakan kaulah ek. Hehe. Kalau ada yang aku terlupa, tolong ingatkan.

Sekarang ini.

Masing-masing dah besar. Dah jadi anak dara sunti suntik. Dah boleh bezakan baik dan buruk. Dah merasa frust bercinta (uwekss haha). Dah pandai nak melaram bergaya bagai. Dah macam mak-mak pun kadang. Nafsu nak berumahtangga dan ada anak sendiri semuanya dah terasa. Cepat betul kita besar ek Dani (apa maksud ayat ini entah).

Apa-apa pun.

Satu dunia tetap tahu.
Di mana ada kau.
Di situ ada aku.

Tapi.

Aku nak minta maaf.
Sentiasa.

Sebab.

Dah pandai cari pasal dengan kau.
Selalu sakitkan hati kau.
Selalu salah tafsir kau.
Selalu miscommunication.
Jarang lepak dengan kau.
Expressionless.

Hah.
Semualah pendek katanya.
Dengan rendah dirinya aku nak minta maaf banyak-banyak.

Lastly.
Sudi tak kau renew friendship ini sampai akhirat?

(Macam surat cinta tak Dani)

^_^

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, December 30, 2009


_Baiklah.

Disebabkan kita ada dua tahun. Satu tahun Hijrah. Dan satu lagi tahun Masihi. Makanya, resolusi juga lebih kurang boleh tahan sama juga keluasan dan rupa parasnya. Dan macam biasa, manusia yang imannya setebal kulit bawang memang lebih suka melebih-lebihkan tahun Masihi berbanding tahun Hijrah. Menyambut tahun baru Masihi secara crazy. Sana sini wish 'Happy New Year'. Termasuk aku juga. Yang memang suka keep up dengan perkembangan dunia. Mengikuti perkembangan zamanlah kononnya.

Dunia... dunia... dunia.

-_-"

Cik.

Kenapa hidup umpama tiada 'Next Life'. Jangan begitu. Dunia ini bukan tempat kita bermastautin. Dunia ini ibarat hotel lapan bintang saja. Seumpama kita out station. Kerja. Kumpul harta. Cari pasangan. Tebalkan iman. Kumpulkan ibadat. Jelaskan hutang dunia. Berbuat baik sesama manusia. Menunaikan hak kepada diri sendiri dan sekitarnya. Mencari redhaNya. Menjauhi mungkarNya. Dan paling pentingnya, menunaikan ikrar janji 'Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu pesuruh Allah'.

Kemudian, pulang kembali ke 'tempat asal'.
Selama-lamanya tanpa kembali.

This world is not your final destination, sir.

Cik, apa sebablah banyak betul bahasa penjajah di dalam entri ini?
Cuba jangan menulis secara manglish yang bercampur-baur.
Rojak hanya wujud pada makanan saja cik.

Oh, minta maaf.

Ok.
Apa tadi?

Hah.

Pesanan khidmat masyarakat. Sempena lagi dua ke tiga hari nak melangkah ke tahun 2010. Entah dipanjangkan umur lagi ke tidak esok lusa ini. Maka. Mari letakkan pesanan sebanyak mungkin. Baiklah. Sesi pesan memesan dimulakan. Mula-mula aku pesan dahulu. Lepas itu, giliran kamu pula. Jangan potong barisan ya. Seratus peratus tidak kacak.

Baik.
Mulakan.

Saya nak pesan ABC dan rojak Melawati satu!

-_-"

Tsk.
Izinkanku menempeleng si budak Huzaimatus ini.

Jangan buat perangai tak matang macam ini weh. Sila matang laju-laju. Tak sopan lagi tak senonoh ini. Cuba serius sikit. Ini yang rasa macam nak membebel ini. Blablablabalala... prong prang prong prang.

Ok.
Maaf.

Aku nak pesan ini.

1. Jaga solat
Sesungguhnya. Menjaga solat dan menunaikan solat lain bezanya. Sentiasalah solat di awal waktu. Barulah terjaga tiang agamanya. Dahulukan solat dalam semua perkara. Kalau tak ada 'Next Life' itu lain cerita. Biarkan saja tiangnya retak seribu dan bergegar sana sini. Tak ada masalah. Ini pesanan untuk aku juga. Sebab aku pun selalu tonggang-langgang tiang agamanya. Tsk. Tolong ingatkan aku sama. Selalu, ok.

2. Berbuat baik sesama manusia
Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Itu karma kepercayaan kaum Hindu. Maka. Kita tukar sedikit agar bersesuaian dengan Islam, agama yang indah dan kacak. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas baik. Jangan pernah membalas di atas setiap kejahatan manusia. Itu bukan kerja kita sebagai manusia. Itu kerja Allah Yang Esa. Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah pun tak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Apatah lagi kita manusia hina dan busuk hati yang sentiasa terpengaruh dengan dunia ini.

Dan jangan pula mencelakakan manusia lain dan mendoakan keburukan untuknya. Itu bukan kerja kita. Kalau nak balas kejahatan manusia, balaslah dengan kebaikan. Itu sebaik-baik balasan untuknya. Daripada dapat 'cash' di dunia, lebih baik lagi 'cash' di akhirat sana bukan. Biar dia dapat balasan tunai terus daripada Allah. Lagi pun, Allah juga menjanjikan ganjaran bagi mereka yang berbuat baik sesama manusia. Makanya. Jadilah seorang Muslim yang sederhana dalam segala dan berakhlak mulia. Contohilah Earth Idol, Rasulullah SAW.

3. Jaga 'mereka' berlima
Bukan Hang Tuah lima bersaudara. Tetapi, mereka itu adalah mata, telinga, lidah, hidung dan tangan. Kesemuanya pancaindera. Jaga mata. Jangan meliarkan pandangan. Boleh mengeruhkan hati. Jaga telinga. Jangan dengar yang bukan-bukan. Boleh mengeruhkan hati. Jaga lidah. Jangan bercakap yang bukan-bukan. Boleh mengeruhkan hati. Jaga hidung. Er, bersihkanlah hidung selalu. Itu tempat berkumpulnya syaitan. Jaga tangan. Jangan meraba yang bukan-bukan. Mereka berlima ini saksi utama kita di 'sana'. Jaga mereka. Mereka pasti menjaga kita.

Macam 'taiko' pendek katanya.

4. Makan ubat hati selalu
Tombo hati iku limo perkarane (lagu Tompi - Tombo Hati). Baca Al-Quran. Selalu. Sentiasa. Dan berterusan. Bukan kerja mudah nak baca Al-Quran hari-hari secara berterusan. Tetapi berusahalah untuk cuba. Itu ubat hati yang terbaik. Amalkan macam minum air masak. Tanpa air, badan senang dihinggapi apa-apa penyakit. Hati pun begitu juga. Tanpa ubat hati, berkeladak dan hitamlah hati itu jadinya.

Sesungguhnya tiga suku daripada badan manusia itu terdiri daripada air bukan. Makanya. Penuhkan juga tiga suku daripada badan manusia itu dengan ubat hati. Sehari sehelai pun jadilah. Kalau tak mampu, sehari tiga ayat pun jadilah. Tapi kalau betul-betul tak berupaya, bacalah bismillah beratus-ratus kali. SubhanaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar juga beratus-ratus kali. Kalau dah rajin buat selalu, layan Mathurat pula. Setiap pagi atau petang. Hah. Pandai-pandailah sendiri.

Ok.
Cukup.
Habis sudah segala pesan.

Giliran kamu pula_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 29, 2009


_Boleh tahan sibuk jugalah.

Dengan dunia.
Dengan kerjanya.
Dengan diri sendiri.
Dengan alam sekeliling.
Dengan er, Daily Dudetta.

Daily Dudetta.

O_o

Apakah itu?

Sketch saya. Dulu saya langsung tidak pandai melukis. Jari kayu. Saya cuma mampu melukis sebiji tabung uji dan bikar sahaja. Oh, dan orang lidi juga. Bertahun-tahun juga saya cuba untuk melukis. Namun, langsung tidak berhasil. Saya berasa sungguh hopeless ketika itu.

Lalu.

Pada suatu hari. Ketika saya bangun daripada tidur, saya terperasan pada sebelah kanan tapak tangan saya tiba-tiba wujud sebiji mole. Tidak berapa manis menyebut tahi lalat. Sebab ibarat tinja seekor lalat. Oh, tinja bermaksud najis. Maka, lebih manis jika menyebut mole walaupun secara realitinya tiada apa-apa perbezaan. Ah, pedulikan saja.

Lalu.

Saya pun cuba memadam mole itu kerana menyangkakan dakwat hitam pen telah terkena pada tapak tangan saya. Namun, tidak berjaya. Secara tiba-tiba, tangan saya bergerak sendiri lalu dengan selamba keringnya melakarkan beberapa objek aneh. Yang rupa parasnya sedikit sebanyak seperti imej di bawah.

Sila rujuk... sila rujuk.

My Daily Dudetta

Hah.

Itulah dia Dudetta saya. Dudetta adalah gelaran dude bagi perempuan. Lain-lain maklumat lanjut perihal Dudetta bolehlah rujuk pada pakcik Google ok. Nantikan kemunculannya pada tahun hadapan.

Bila?

Tahun hadapan.

Bila?

Hoi, jangan ulang soalan boleh tak!
Ops, minta maaf.
Garang sangat.

Hah.
Tunggukan ajelah.

Bulan Disember tahun 2010 pun masih lagi tahun hadapan kan_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 22, 2009


_Haha.

Orang selalu cakap aku suka tulis panjang-panjang.

Lebih kepada membebel kata mereka. Dani pernah kata suatu masa dulu, aku suka tulis panjang-panjang sebab banyak benda yang aku nak cakap susah nak terluah. Maka, termuntah pula perkataan itu di kertas. Menjejeh-jejeh. Ada yang muntah hijau, muntah susu dan muntah darah. Ah, semua jenis muntahlah ada pendek katanya. Maaflah. Aku memang banyak 'bercakap di jari'.

Oklah.

Aku CUBA tulis kurang daripada 10 baris saja lepas ini.

Dibesarkan hurufnya sebab aku tak pasti boleh berjaya cuba ke tidak. Bukan boleh berjaya buat ke tidak. Tapi, boleh berjaya cuba ke tidak. Susah woi! Sudah sebati. Tabiat semulajadi ini. Seperti bernafas menggunakan oksigen pemberian Allah SWT. Sungguh enak dan sedap. Tarik nafas, alhamdulillah. Hembus nafas, alhamdulillah. Very delicious.

I am so used to it.
Tsk.

Aku cubalah_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, December 21, 2009


_Hah.

Mari buat ujian mata.

Uk ak uuk ikk aakk kakaka uk ik krong krang ik ik kakakikuk kuka ik ik uk. Ik uuk tak kakakik kuku ak ak krik kikiki kakikukuk. Krong krang kring krung kuk uik kikikik. Song krang krong kreng king king. King kong. kk kakaka uk ik krong krang ik ik kakakikuk kuka ik ik uk. Ik uuk tak kakakik kuku.

Yosh.

Krik kukuk cbt krm kty by cct slt. Mrt krn blk ipl. Lt ak ik uk. Kakakakak kikikik. Ct bc rk rmk mk ppl. Bt kn dr ms dpt bf rm rk. Itew klu gitew lew. Cy ny mkn my klu gitew brt klu gitew. Kakakakakak kikikikikik. Klok klok klok.

-_-;

Air mata darah sudah keluar.
Ujian mata telah tamat.

Sesi Bahasa Melayu bermula.

Berpinar tak mata?
Lain kali sila makan sayur banyak-banyak.

Aku mengaku.

Dahulukala. Cara aku menulis dan cara suku kaum Cimpanzi, Babun, Siamang dan sekutunya di Zoo Negara berkomunikasi tidak jauh bezanya. Lama juga nak buang tabiat buruk itu. Sekarang pun masih ada saki bakinya. Walaupun liat nak dibuang kesemuanya, tetapi berusaha jugalah untuk mencuba.

Kena lawan perangai malas dan liat.
Hinf... hinf berusahalah.

Bahasa SMS.

Untuk penghantaran teks menggunakan handphone. Dan disebabkan jumlah karakter yang boleh ditulis di dalam satu mesej tidaklah panjang mana, makanya ringkasan perkataan pun digunakan. Yang mana kadangkala terlalu ringkas sehingga membawa padah. Keluar air mata darah nak memahamkan perkataan-perkataan itu.

Contoh: Ak g mkn td. Ko cb ck kt rmh diyer. kl tk ko blk jl gitew lew ny.

Zrett... zret.
Zrett... zret.
Zrett... zret.

Semua huruf 'i' ditukar menjadi 'y'. Huruf 'u' ditukar menjadi 'ew'. Semua huruf vowel di belakang dan di tengah telah dicantas habis. Yang tinggal cumalah bahasa Cimpanzi. Orang asli bercakap pun tak macam ini. Tsk.

-_-;

Keluar air mata darah kan.

Hah lagi satu.
Ini teguran keras.

Kalau nak taip perkataan assalamualaikum menjadi pendek, taiplah betul-betul pendek.
Tetapi janganlah dipendekkan sampai jadi perkataan tak senonoh.

As.
Asl.
Ass.

-_-;

Keluar air mata darah lagi kan.

Aku pernah juga diaju salam sebegitu rupa. Mahu saja aku sembur pakai fire extinguisher itu. Terkadang rasa macam nak jadi Bruce Lee pun ada. Ringan saja kaki dan tangan. Hinf. Apalah. Cubalah bagi salam molek-molek. Selamba kering saja kau kerat perkataan assalamualaikum itu menjadi perkataan yang entah apa ringkasan maknanya. Kalau iya pun malas, tulislah 'salam'. Kalau betul pun malas, kau cakap saja pakai mulut. Tak perlu taip. Ini tidak. Selamba saja mencantas perkataan. Sebelum dicantas, harap boleh faham sendiri dahulu apa maksud 'assalamualaikum' itu.

Kalau betul-betul gila malas nak menaip perkataan 'assalamualaikum' itu, taiplah perkataan 'assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh' terus. Biar panjang asal selamat. Dapat 30 pahala itu kalau bagi salam atau jawab salam secara penuh. Tak nak ke?

Tak nak sudah.

Hah.
Cerita balik perihal meringkaskan perkataan.
Sebagaimana 'Nokia connecting people', SMS pula 'SMS confusing people'.

Kalau iya pun, letaklah huruf vowel. Ada 'a', 'e', 'i', 'o' dan 'u' bukan? Itu yang membunyikan sesuatu perkataan menjadi lebih bermakna. Tanpa huruf vowel, cuma konsonan saja apalah maknanya. Macam kancing gigi nak menyebutnya. Serupa macam Cimpanzi berkomunikasi. Susah betul nak faham. Mata nak baca pun sakit. Otak pun jadi berpinar-pinar nak menangkap maksud yang cuba disampaikan. Sudahlah IQ aku tidak tinggi mana.

Eleh, Huzai kau pun sama.

Ya, aku pun sama.
Minta maaf.
Sila tegur.

Dulu aku ambil masa lama juga mahu memahamkan maksud 'x'. Rupanya itu bermaksud tidak. Dan lepas itu, aku pun terjebak sama dalam mencantas dan mengerat perkataan tidak kepada 'x'. Iyalah. Aku cubalah eja betul-betul lepas ini. Kalau tercantas lagi, tolong ketuk sedikit jari aku.

Penyakit aku lagi kronik. Aku suka mengeja sebagaimana menyebut perkataan. Itu dah memang terang, jelas dan sangat nyata disebabkan penyakit malas. Lagi satu, struktur ayat. Mentang-mentanglah sudah puas belajar pemahaman dan struktur Bahasa Melayu sewaktu tingkatan empat dan lima dahulu. Keputusan kertas Bahasa Melayu SPM pun boleh tahan harum juga. Selamba kering saja aku buat struktur ayat sendiri. Memang patut disebat budak ini.

Di antara contoh perkataan yang di'sukahati'kan aku:

a) Mungkin - dieja sebagai 'mungken'
b) Thanks - dieja sebagai tengs
c) Permission - dieja sebagai pemisyen
d) Excellent - dieja sebagai ekselen

Dan banyak lagi.
Me'roman'kan sebutan.

Tak senonoh... tak senonoh.
Memang tak senonoh.
Jangan ditiru.

Satu lagi.

Blog itu medan menulis. Dan medan komunikasi serta medan ilmu tanpa batasan. Yang teramat besar saiz panjang dan lebarnya. Lapan ribu perkataan pun lepas. Maka, tak perlulah nak diringkaskan segala ejaan. Kalau boleh, tulislah molek-molek bagi pembaca dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan penulis. Janganlah ditulis 'uk ak uk ak' pula.

Ini tidak.

Sudahlah 'uk ak uk ak', lepas itu berwarna-warni pula tulisannya. Sekejap huruf besar, sekejap huruf kecil. Warna latar belakang yang begitu gelap seperti di dalam gua. Lagu Selamat Datang dimainkan secara automatik dengan suara yang begitu tinggi. Serta segala anugerah kecemerlangan menulis di kiri dan kanan blog berkelip-kelipan seperti Hari Raya. Dan tulisan yang berkajang-kajang tanpa perenggan. Kalau tulis dalam tulisan Jawi itu lain ceritalah. Ini tulisan rumi. Cubalah letakkan perenggan. Jenuh nak membaca dalam satu nafas. Al-Quran pun ada juzuk tahu.

=_=

Amboi, sarkastiknya Huzaimatus.
Minta maaf... minta maaf.
Terpaksa sarkastik.

Kasihanilah Chrome aku itu selalu pecah.
CPU usage pun jadi seratus peratus.
Kipas pun berpusing gila.
Oh, mengalir air mata!

Boleh dapat tekanan darah tinggi ini. Satu saat buka, laju-laju ditutup balik. Dan minta maaf banyak-banyak, aku tak boleh nak kembali. Aku ada masalah silau mata yang tinggi. Dan kenalah beradab masuk blog orang walaupun sudah berkerut seribu muka. Tetapi, kalau blog itu ditulis untuk diri sendiri seorang saja yang baca, tak ada masalah. Dipersilakan.

Percayalah.

Sebagaimana pakaian itu melambangkan peribadi, sebegitu juga blog dan tulisannya.
Turut sama melambangkan personaliti dan peribadi penulis.
Pakaiannya memang tak nampak.
Apa lagi yang tinggal?
Blog dan tulisan.
Itu sajalah.

Makanya.

Kenali peribadi seorang penulis melalui penulisannya.
Dalami hati seorang manusia melalui renungan dan pandangan matanya.
Perhatikan kesabaran seorang manusia ketika tangannya di stereng kereta.

Hah.
Jangan percaya satu pun.
Suka hati aku je buat perumpamaan sendiri.

Tapi satu lagi.

Bukan Bahasa Melayu saja yang dikerat-kerat ringkas ejaannya. Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa turut mengalami nasib yang sama. Menjadi mangsa cantas-mencantas. Kasihan betul. Sudahlah vocabulary aku tak banyak mana. Dicantas-cantas pula setiap perkataan menjadi lebih ringkas. Lama kelamaan memang 'uk ak uk ak' sajalah nanti bunyinya.

W r x afr8 of u

-_-;

Keluar air mata darah lagi kan.

Macam ini gaya, sampai mati pun tak berpeluang menggunapakai Bahasa Melayu Tinggi.

Tsk.

Baiklah.
Mari buat sedikit ikrar pada diri sendiri.

Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati.
Saya berjanji tidak mahu memendekkan bahasa sesuka hati lagi.

Letakkan perkataan 'lagi' di hujung ayat. Supaya lain kali bila terbuat lagi mungkin tidak begitu bersalah perasaannya. Kalau di sekolah rendah dulu selalu kena denda macam itu. Sampai seratus kali cikgu suruh ulang tulis. Kebas jari aku dibuatnya. Nampak sangat memang budak nakal. Eleh, kalau cikgu suruh tulis seribu pun saya sanggup sekarang ini. Saya ada keyboard. Tekan Ctrl+C dan Ctrl+V sepanjang hari pun tak ada masalah. Hah, tak pun saya ada Photoshop. Pakai layer mask banyak-banyak pun tak ada hal.

Hoi, berlagaknya budak ini.

Exaggerating.

Minta maaf_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 15, 2009


_Lagi dua ke tiga langkah saja.

Awal Muharram.
1431 Hijrah.

Kalau terkenang sewaktu zaman sekolah rendah dahulu kala, makna Awal Muharram memang lain maknanya. Awal Muharram bagi aku, adalah hari di mana sekolah-sekolah di sekitar kawasan Ampang mengadakan pertandingan nasyid. Dan lagu yang wajib dinasyidkan tak lain tak bukan lagu Awal Muharram.

Ok.
Berdiri tegak.
Tapak tangan kanan di atas tangan kiri.
Dan letakkan di sebelah kiri pinggang anda.

Mula.

Treng, teng... teng... teng... teng.

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Ke Maaadinahhh....

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Pengorbanannnnn....
Hijrah itu perjuangan
Perjuaaangannnnn....
Hijrah itu persaudaraan
Persaudaraaannnn....
Hijrah membentuk perpaduan
Perpaaaaduan!

Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Macam biasa.

Setiap pengawas sekolah wajib turut serta. Motifnya entahlah apa. Mentang-mentanglah semua pengawas sekolah di bawah pengawasan cikgu disiplin. Nak tak nak memang terpaksalah kami memaksakan diri. Dan biasanya, aku memang jadi penyanyi barisan kedua saja. Faham-faham sendiri saja sudah.

Itu cerita zaman dahulu.

Sedikit pun tak ter'hijrah' perangainya. Dahulu lain. Sekarang lain. Zaman kecil-kecil dahulu kala tahu nak bahagia saja hidup. Pergi sekolah bawa getah banyak-banyak nak main waktu rehat, balik sekolah beli ais krim Malaysia perisa Milo sambil tunggu bas sekolah datang dan kadangkala beli keropok lekor sambil main lompat-lompat di dalam longkang.

Lepas itu, sampai rumah makan tengahari. Ikan kembung seekor besar menggila wajib ada di dalam pinggan. Selonggok sayur dan kuah sehingga kadangkala nasi aku habis mati lemas. Selepas makan dalam satu jam sampai tertidur-tidur, kena habiskan kerja rumah pula. Dan seterusnya kena menghafal senarai perkataan sinonim dan antonim di depan pintu bilik mak dan ayah. Waktu petang baru dapat tengok cerita Green Green Grass By The River dan Maero Attack.

Samosop!

Lompat dan tampar bola secara pusing.

Sebetulnya sebut summersault. Cuma aku rasa kebanyakan budak-budak zaman aku mesti sebut samosop. Tapi aku tak pernahlah join mana-mana kelab bola tampar. Sebab aku sangkakan kena main bola tampar sambil memakai 'seluar kecil'. Sungguh tak sopan. Malu weh. Tapi aku suka betul heroin dia itu. Lawa gila. Zaman kecil-kecil dululah. Stail dia ikat rambut memang aku pun terikut masa kecil-kecil dulu.

Kalau nak tengok di Youtube ada.
Sila ke sini.

Begitulah rutin aku sewaktu darjah satu sehingga lima dahulu.

Bila dah besar, jiwa muda memberontak. Terus jadi budak nakal. Aku rasa aku mula ber'hijrah' dari sesuatu yang baik kepada yang kurang baik sejak masuk tingkatan satu. Banyak sangat baca buku bersiri Sekolah Seri Melur, Lima Sekawan, Nancy Drew, Alfred Hitchcock dan Hardy Boys. Aku rasa buku-buku macam itu dah tak dipandang pun zaman budak-budak 90an ini. Zaman 'remaja yang baru nak naik' memang aku banyak dipengaruhi dengan buku-buku itu. Sebab itu aku jadi nakal. Macam syaitan biasanya kadang-kadang.

Tapi pengaruh paling kuat memang buku Sekolah Seri Melur.
Tingkatan Satu di Seri Melur sampailah Tingkatan Lima di Seri Melur.
Habis jahannam juga hidup aku dibuatnya.

Dan semakin nakal sewaktu di ITM Shah Alam.

Ini bukan saja macam syaitan kadang-kadang. Ini dah perangai memang macam syaitan hari-hari. Kacau orang sana sini. Macam syaitan betul buat prank sana sini.

1. Letak iklan menjual motor kawan di sekitar kedai-kedai Seksyen 18
Ini. Aku kenakan kawan sekelas. Aku letak nama dia dan nombor dia serta jenis motor yang digunakan. Lepas itu, dia ada bising juga di dalam kelas bertanyakan kenapa ada orang telefon dia sebab nak beli motor. Aku gelak dalam hati saja.

2. Hadiahkan katak kecil dalam empat ekor kepada kawan sebagai hadiah harijadi
Ini pula. Kami (bukan aku saja, ada gengnya) singgah ke kedai akuarium berhampiran. Ternampaklah pula katak-katak kecil dewasa. Tapi memang kecil betul saiznya. Katak jenis ini banyak bersepah di MRSM Beseri. Memang geli betul. Sebagai hadiah harijadi kawan sekelas ini, kami pun berpura-pura menghadiahkan beliau sekotak kecil hadiah. Punyalah balut cantik-cantik. Kawan aku terharu. Kami pula lari laju-laju.

3. Kotorkan satu blok bangunan setiap kali ada sambutan hari jadi kawan
Ini setiap kali ada sambutan harijadi kawan terdekat, memang mangsa tuan punya badan akan disimbah dengan air 'berkat'. Campurannya bukan tepung dan telur semata-mata. Sebaliknya, semua jenis makanan kering mahupun basah yang telah luput tarikhnya turut sama menjadi berkat. Yang paling teruk aku pernah buat, air berkat untuk harijadi Dani. Campurannya bahulu besar yang dah berkulat, mi megi kari sepeket, telur sebiji, sos cili, cecair pencuci Softlan, biskut-biskut yang dah lemau, beberapa peket Nestum 3 in 1, susu tepung, tepung, telur dan sabun serbuk pencuci secukup rasa.

Aku rendam satu malam. Esok paginya sambil tahan nak muntah tengok bancuhan, aku pun simbah Dani dengan air berkat. Lalu berkejaranlah kami semua saling menyiram sedikit air berkat antara satu sama lain. Lepas itu kena marah sebab dah kotorkan satu blok. Tapi macam biasa, hati kering. Selamba saja cuci blok ramai-ramai.

4. Letak notis saman pada kereta senior
Ini pula. Senior kursus kejuruteraan mekanikal. Sebab dia budak silat. Aku dan Dani pun apa lagi. Saja-saja kacau kereta tuan punya diri. Bukan kacau tuan punya diri. Cuma keretanya saja. Konon-konon watak invisible. Motifnya. Er, aku rasa sebab aku pernah minat senior ini agaknya. Ingat tak cerita Ali Setan? Hah, aku terpengaruh dengan cerita Ali Setan sebenarnya. As... As... Asmidar.

5. Sorokkan kad matrik kawan satu semester
Aku rasa ini tak sengaja atau memang niat untuk menyorokkan barangkali. Kad matrik Dani. Entahlah aku simpan satu minggu atau satu bulan atau satu semester. Tak ingatlah. Tapi bukan satu harilah. Walau bagaimanapun, aku macam rasa Dani tak pernah kena tahan pun dengan pengawal ITM itu.

6. Pakai telefon awam di pondok Telekom warna biru berbelang putih secara percuma
Ini memang paling jahat aku rasa. Pakai wayar lembut. Cucukkan pada tempat meletakkan gagang dan dail nombor telefon yang anda mahu. Lepas itu, memang nombor-nombor itu keluar sebagai asterisk (*). Dan bercakaplah di telefon sampai berhari-hari. Cuma awas kalau makcik pengawal ada buat ronda-ronda. Memang selamat kantoi. Aku tak pernah kantoi sebab aku buat sekali sekala saja. Itu pun aku telefon rumah. Memang tak berkat langsung.

Macam syaitan kan.

Itulah penghijrahan aku daripada sedikit baik kepada yang langsung tidak baik. Ada macam-macam lagi perangai yang tak semenggah dibuat kami (aku dan Dani). Memang asyik main-main saja kerjanya. Dari zaman ITM Shah Alam. Lepas itu, zaman di CASE UTM KL. Dan kemudiannya sehinggalah masuk zaman bekerja. Tak habis-habis.

Zaman sekarang.

Sedikit demi sedikit cuba kami berhijrah. Daripada anak gadis yang nakal macam syaitan bertukar kepada anak gadis yang cuba untuk lebih sopan dan malu kononnya. Nasib baik ada perasaan nak berubah. Bersyukur betul.

Dan tahun hadapan 1431 Hijrah.

Aku pula nak cuba berhijrah lagi sedikit. Dan di antaranya daripada orang yang sombong gila kepada orang yang kurang sombong. Nanti aku cubalah buang perangai kera sumbang itu sedikit demi sedikit. Tapi kalau aku ter'bo layan', tolonglah sekeh sikit. Banyak-banyak pun tak ada masalah.

Dan jangan lupakan pula penghijrahan Rasulullah SAW.

Awal Muharram bukan sekadar tahun baru umat Islam saja. Bukan sekadar perarakan baju berwarna-warni di Dataran Merdeka. Tetapi hijrah Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda itu satu pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan membentuk perpaduan. Hah, nyanyilah lagu Awal Muharram itu sendiri baru tahu maksudnya.

Sebagaimana 'Ya Ummati... Ya Ummati... Ya Ummati' sentiasa di bibir baginda.

Sebegitu juga 'Ya Rasululllah... Ya Rasulullah... Ya Rasulullah' sentiasa di bibir dan hati kita. Memang kejam betul anda kalau tak ada sikit pun rasa keinsafan dan kasih terhadap Rasulullah. Apa-apa pun, lu pikirlah sendiri. Semoga kamu sentiasa diberkatiNya dan dilimpahi rahmatNya.

Jangan nakal-nakal.
Berusahalah untuk cuba menjadi hambaNya yang baik.

Selamat menyambut Awal Muharram_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, December 14, 2009


_Dahulu kala.

Pernah jugalah aku bayangkan.

Macamana nak melepaskan rasa. Tak kiralah itu rasa marah, sedih, geram, terharu, pening ditimpa masalah, gembira dan sebagainya. Bukan kerja mudah, woh! Dan aku rasa daripada aku kecil sampai besar, boleh tahan batu juga aku ini. Tak beriak. Tak berkocak. Tapi di dalam hati sudah macam Gunung Pinatubo. Ada juga macam Sungai Gombak. Dan ada juga macam salji di Himalaya.

Ok, macam ini.
Cuba kau bayangkan.

Kau tengah sakit perut. Di tengah-tengah lebuhraya. Pada waktu malam. Lagi 50km baru jumpa kawasan rehat. Tapi, kau dah tak tahan sangat nak pergi cari bilik air. Tiba-tiba minyak pun dah tinggal sikit. Lampunya berkelip-kelip tanda minta diisi. Di tengah-tengah lebuhraya itu wujud kau seorang saja manusia. Dengan tidak semena-mena, hujan pun turun mencurah-curah dengan lebatnya. Guruh berdentam-dentum. Kilat saling sabung-menyabung. Langit menjadi gelap-gelita. Telefon kau pula tiba-tiba kehabisan kredit. Bateri telefon pula tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dan beberapa saat kemudian, kedua-dua tayar di bahagian belakang pancit. Tercucuk paku. Perut kau pula semakin meragam. Di kiri dan kanan lebuhraya itu pula cuma ada jurang yang dalam. Sebarang jenis bantuan pun tiada. Langit menjadi gelap. Malam semakin pekat. Lampu-lampu di lebuhraya kesemuanya tidak menyala. Kau mati akal.

Hah.
Boleh bayang tak perasaan dia?

Macam itulah aku terasa sekarang. Cuma mampu gantung hati padaNya saja. Hinf. Aku minta izin melepaskan angin lintang di dalam hati dan kepala. Sesungguhnya, ini entri yang sangat serius. Aku cuma manusia batu biasa_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, December 10, 2009


_Ok... ok.

Jadi orang bujang memang sukar terlepas daripada cerita perihal jodoh.

Hinf.

-_-"

Aku tahu hujung tahun macam ini memang bersepah-sepah kenduri kendara. Hari-hari ada orang kahwin. Sana sini ada nasi minyak. Entah kenapa nasi minyak yang sentiasa menjadi menu utama kenduri kahwin, tidaklah aku tahu. Masaklah nasi tomato ke. Atau pun nasi beriani ke. Nasi lemak ke. Nasi kerabu ke. Nasi hujan panas ke. Atau pun. Nasi hujan ribut petir pun boleh juga.

Hubung kaitannya kalau ada yang tahu bolehlah berkongsi dengan aku.

Haah.
Teringin juga nak tahu.

Hah.

Cerita pasal er, jodoh.

Aku rasa jodoh itu salah satu daripada rahsia-rahsia Allah. Di antara countable noun dan uncountable noun, jodoh itu jatuh di dalam kategori uncountable noun. Sesuatu yang tidak boleh dikira. Dan sesuatu yang boleh tahan sukar nak dijangka permulaan dan kesudahannya.

Jatuh cinta dengan siapa.
Kahwinnya pula dengan siapa.
Walimatul urusnya pula nanti bila.
Anak-anaknya nanti bilangannya ada berapa.
Cucunya, cicitnya, tuanya, liang lahadnya dan sambunglah sendiri.

Dan sesungguhnya.

Allah memang menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janji Dia kepada hambaNya.

Janji kita kepadaNya?

Apa lagi nak dikata.
Sebagai hamba, memang kerjanya tabur janji saja.
Kau nyanyilah lagu Janji Manismu dendangan Aishah hari-hari.

Hah.

Cerita pasal er, jodoh.

Manusia memang suka mencari kesempurnaan. Dan bukan semua manusia suka mencari kesempurnaan. Sebahagiannya, mungkin. Tetapi memang ada. Aku pun salah seorang daripadanya. Nak cari jodoh pun ada checklist. Zaman belajar dulu aku ada checklist. Lepas dah dibagi warning dari Dia, terus aku buang checklist itu. Sebabnya. Boleh jadi sesuatu yang kita mahukan itu tidak mendatangkan kebaikan untuk kita. Dan hanya Allah saja yang tahu baik buruk setiap sesuatu itu.

Sebab itu kalau Dia duga hidup kau macam tonggang terbalik dunia, kau layankan sajalah. Bersyukurlah. Kurangkan merungut. Itu tanda Allah sayang kepada hambaNya. Sebab hanya Dia saja yang tahu baik buruk setiap sesuatu. Dan percayalah. Walau teruk gila macamana pun sesuatu perkara itu, memang wajib ada hikmahnya. Makanya, silalah bertukar menjadi seorang manusia yang cool dan optimis 24 jam.

Dan kurangkan merungut.
Dan kurangkan.
Merungut.

Aku tak boleh nak cakap JANGAN MERUNGUT. Sebab manusia ini bukan sempurna. Imannya pula macam graf. Sekejap naik sekejap turun. Kalau stabil itu baguslah, ini kalau makin lama makin jatuh merudum memang boleh tahan syahdu juga itu. Akulah itu yang selalu merudum. Sebab itu kena berusaha untuk cuba kurangkan merungut. Kalau dah hebat mungkinlah boleh berhenti merungut terus.

Hah.

Cerita perihal checklist jodoh.

Zaman aku belajar dulu aku pun ada checklist. Masa itu belum ada kesedaran sivik lagi. Hidup asyik nak meminta macam-macam dari Pencipta. Tak sedar lagi langit itu tinggi ke rendah. Waemah siapa entah yang jadi bos. Buruk betul perangai. Dilarang meniru.

Ini checklist aku

1. Tidak berwajah kacak dan jambu
2. Bukan chinesse look
3. Tinggi
4. Tidak bercermin mata
5. Tidak panas baran
6. Tidak sarkastik
7. Gentleman
8. Jenis budak-budak nakal tapi hati baik

Pft....
Memang remaja betul naluri masa itu.

Dan disebabkan aku request macam itu, Allah pun temukan aku dengan orang yang sebaliknya. Kesemua kriterianya memang berlawanan dengan checklist aku. Masing-masing muka chinesse look. Putih. Jambu. Kacak. Tak tinggi. Sarkastik. Ah, malas nak sambung dah. Pendek kata semua yang berlawanan dengan kriteria di ataslah.

Lepas itu.

Aku terus malas nak buat checklist lagi seumur hidup.

Sebab aku rasa semua yang aku nak itu memang langsung tak mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri. Sebab Dia saja yang tahu baik buruk akan setiap sesuatu. Dan siapalah aku nak meminta-minta dari Dia. Lebih baik minta ampunkan dosa ke, jadi anak yang soleh ke, dapat jodoh yang baik ke. Ehem, bab jodoh memang tetap kena selit. Masih belum sempurna agama seseorang itu selagi belum berkahwin. Kan? Kalau salah tolong betulkan.

Dan kalau macam aku ini.

Bukan aku tak nak kahwin. Tapi belum jumpa jodoh lagi. Nak terfikir cari jodoh lagilah malas. Sebab nanti mesti dapat yang sebaliknya. Hah. Tahu pun serik. Lagipun aku malas nak kawan dengan lelaki. Nak berborak dengan lelaki lagilah malas. Nak pandang lelaki lagilah susah nak datang selera. Aku kan perempuan yang perasan bagus, memandang manusia ibarat angin lalu, complicated dan degil macam keldai.

Er, tapi kalau lelaki itu ada 3 suku kata nama yang unik dan panjang, jual mahal dengan perempuan serta seorang gentleman, memang laju sikitlah aku bagi perhatian. Cis, tak senonoh perangai. Ok, abaikan ayat itu. Malu saya.

Cumanya.

Pegang sajalah dengan janji Dia. KataNya, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan. Makanya. Disebabkan aku nak lelaki yang baik, aku pun kenalah jadi baik. Kalau nak lelaki yang soleh, aku pun kenalah jadi wanita solehah. Tak adillah kalau perangai aku tak senonoh tapi nak lelaki yang baik. Er, tak janjilah boleh istiqamah dalam proses nak jadi wanita solehah. Tapi aku berusahalah untuk cuba kononnya. Ehem. InsyaAllah. Panjang lagi usaha nak jadi baik ini isk.

Lagi satu.

Dulu bila malas nak fikir pasal jodoh ini, mesti aku cakap nak suruh emak dan ayah carikan. Tapi bila dah jumpa realiti, fuh gila menakutkan juga sebenarnya. Maka, lebih baik kena kenal dulu sikit-sikit agaknya. Cuak gila kahwin dengan orang yang belum dikenali hati dan budinya. Tapi sebenarnya lebih berkat juga kadang-kadang bila dipertemukan melalui orang tua. Tapi... tapi memang aku tetap rasa ada sikit ngeri sebenarnya. Dah... dah. Tak elok panjangkan angan-angan.

So, cancel.

Lagi satu.

Aku rasa macam hampir semua majlis kahwin macam berat betul nak diuruskan. Banyak pakai duit rupanya. Kalau aku, memang aku tak berminat betul nak buat bersanding, makan beradab, duduk atas pelamin, simbah air sirap mawar, kenduri makan-makan berkhemah-khemah, hias bilik, bertukar-tukar barang hantaran berdulang-dulang bagai dan entah apa-apa lagilah. Aku memang banyak songeh. Aku tak suka benda-benda complicated macam itu. Ringkas saja sudah. Tapi itu majlis individu, jadi ikutlah apa yang raja sehari itu suka.

Hah.

Apa lagi nak dikata perihal jodoh.

Jadi perempuan terutamanya macam perangai aku ini memang kena sabar sajalah. Kalau sudah tertulis di Luh Mahfuz itu begitu, begitulah. Kalau tak ada di dunia jodohnya, di akhirat insyaAllah ada. Makanya. Buat kawan-kawan dan saudara mara yang selalu sibuk tanya bila nak belanja nasi minyak, aku nasihatkan tak payahlah sibuk-sibuk nak makan nasi minyak selalu. Tinggi kolestrol weh! Lagipun kedai mamak kan ada jual.

Tak payah hari-hari nak minta nasi minyak.

Nanti aku belanja slurpee biru dan Choki Choki sekotak.

Amacam_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, December 09, 2009


_Ehem... ehem.

Diiringi muzik latar rancangan Majalah Tiga.
Sewaktu Wan Zaleha Radzi menjadi pengacara utama.

Siput sedut atau dikenali juga sebagai belitung. Siput ini merupakan sejenis siput air tawar yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutamanya pasar tani. Alah, di pasaraya Giant pun ada dijual. Bersepah-sepah. Ops, rancangan sedang ke udara. Tak boleh cakap macam ini.

Ehem.

Merujuk Wikipedia, nama saintifik siput ini adalah Cerithidea Obtusa. Nama kristiannya, Mud Creepers. Nama Melayunya, siput sedut. Nama selepas dimasak pula, siput sedut masak lemak cili api. Panggilan manjanya pula, Chut Chut.

Kedengaran funky sungguh bukan.

Itulah bunyi yang keluar daripada mulut manusia sewaktu menyedutnya.

Chut... chut.
Skreet.
Chut... chut.
Skreet.
Chut... chut.
Skreet.

Ops, rancangan sedang ke udara. Tak boleh cakap macam ini.

Ehem.

Si belitung atau pun siput sedut ini mendapat jolokan nama siput matah merah oleh penduduk tempatan. Perbezaan di antara matah dan mata tidaklah aku tahu. Dan kisah di sebaliknya juga lagilah aku tak ambil tahu. Kemungkinan besar, aku rasa siput ini suka berendam di dalam air lama sangat sambil membuka matanya. Maklumlah, matanya tidak berkelopak. Agaknya disebabkan itulah matanya habis menjadi merah.

Hm, logik juga.

Dan boleh jadi, inilah satu-satunya makhluk yang menghidap konjunktivitis tetapi masih tetap boleh didekati serta dimakan.

Gambar ihsan daripada
Wild Life Singapore

Chut Chut

Ah, sikit-sikit sudah.
Macam National Geography pula.

Tadi aku singgah ke sini. Lalu ternampaklah akan resipi memasak siput 'mata merah akibat berendam di dalam air lama sangat' secara goreng bercili. Memang jarang betul dimasak goreng. Kebiasaannya, siput 'mata merah akibat berendam di dalam air lama sangat' itu dimasak lemak cili api. Sampai habis kuning mata merahnya. Yang ini goreng pula. Mungkin kamu biasa menggoreng siput ini. Cuma keluarga aku saja yang tak pernah makan siput bergoreng.

Aku memang tak pandai makan Chut Chut ini.

Seumur hidup aku macam pernah jamah dua kali saja. Tekak aku memang tak ngam dengan Chut Chut ini. Setiap kali sedut mesti aku tercekik. Berair-air mata dibuatnya. Entah dari sudut mana yang patut aku sedut pun aku tak tahu. Dan entah berapa pula kelajuan menyedutnya. Sampai semput kadang. Nak tiup belon pun tak semput macam ini.

Teringat sewaktu pertama kali memakan si Chut Chut ini.

Masa itu, umur aku macam sekolah rendah lagi. Di Kluang, Johor. Atuk Onn yang masakkan. Hidangan Chut Chut masak lemak cili api. Aku memang tak pernah makan benda alah itu. Pertama kali nampak siput itu. Tapi disebabkan perangai yang suka mencuba tanpa mengira tempat ini, aku pun cedok dalam dua ketul Chut Chut ke dalam pinggan nasi.

Angkat seekor.
Belek kiri kanan.
Tenung lama-lama.

Maklumlah, itu pertama kali bertemu mata. Entah bagaimana rupa parasnya sebelum dimasak lemak cili api. Tak dapatlah aku nak bayangkan. Tiba-tiba, sewaktu aku angkat siput itu, badannya seperti sedang bergerak-gerak. Musykil sungguh. Takkanlah tak mati-mati lagi siput ini. Aku pun angkat tinggi-tinggi separas dengan mata. Sedang aku khusyuk membelek Chut Chut tanpa berkelip mata, ayah pun jerkah.

Hah!

Allahuakbar!

Tercampak si Chut Chut itu jauh dalam dua meter.

Aku terkejut. Terus termenangis. Maklumlah, boleh tahan sentimental juga waktu kecil-kecil dulu. Sekarang saja sudah kurang sentinya. Mentalnya masih ada. Kadang-kadang bila datang gilanya memang gila juga dibuatnya.

Sejak disergah, aku terus berhenti makan Chut Chut.

Aku rasa dia tak mati-mati walaupun setelah siap dimasak. Atau pun mungkin yang sebenarnya, tangan aku menggigil jadi si Chut Chut pun turut sama 'menggigil'. Dan disebabkan itulah agaknya aku nampak si Chut Chut itu bergerak menggelupur waemah bukan ia yang bergerak sebenarnya. Tapi tak apalah, aku tak nak makan dah siput itu.

Eh, sekejap.

Apa motif aku cerita pasal siput ini entahnya.

Biar aku fikir sekejap_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, December 06, 2009


_Mestilah blog orang. Takkanlah blog binatang pula.

Minta maaf.
Si Huzaimatus ini memang kerek dan tidak sopan.

Kadangkala bila tersinggah ke mana-mana blog yang agak berlainan sedikit isi, rupa dan strukturnya berbanding blog aku, memang pelbagai jenis perasaan yang timbul. Sekejap tenggelam. Sekejap timbul. Berulang-ulang. Dari kanan ke kiri. Dari kiri ke kanan.

Suka.
Duka.
Lapar.
Geram.
Kelakar.
Seronok.
Terharu.
Terkejut.
Sakit hati.
Sakit mata.
Sakit telinga.
Menitik air mata.
Menitik air hidung.

Semua jenis perisa ada. Klasifikasi untuk tontonan umum.

Tetapi.

Aku tahu. Dalam menziarahi blog dan menulis blog juga wujud adabnya. Adab menziarahi blog juga boleh diibaratkan seperti menziarahi tetamu. Bukankah menziarahi tetamu ada adabnya. Dan bukankah dalam Islam itu segala perihal ada adabnya. Dan kerana itu, Islam teramatlah lembut dan indah. Sentiasa membuatkan kita terasa selamat.

Dengan syarat.
Kenalah ikut segala suruhan Big Boss of The Universe dulu. Kan.

Ok.

Perihal adab menziarahi blog.

Ini aku reka sendiri saja. Aku main agak-agak saja. Dan ini bukan teori pun. Ini panduan aku sendiri. Aku samakan konsepnya dengan adab menziarahi tetamu. Lebih dan kurangnya sama saja. Tidak perlu ikut kalau tidak relevan dengan kamu. Bukan untuk disuruh ikut pun. Cuma sebagai tatapan dan pemberitahuan semata-mata.

1. Tinggalkan komen secara sopan
Ini. Alah, ibarat menyinggah ke rumah orang. Sebelum masuk, bagi salam sopan-sopan. Lepas tuan rumah benarkan masuk baru masuk. Mana ada orang menyinggah ke rumah orang lain sambil mengherdik dan memaki sumpah seranah bagai kan. Dan letaklah link blog kalau ada. Bolehlah membalas kunjung mengunjungi. Ibarat kunjung mengunjungi di musim perayaan Aidilfitri.

2. Anonymous
Orang yang sebegini, memang tidak tinggalkan apa-apa pautan sebagai lawatan balas. Barangkali kerana mahukan privasi. Dan tidak mahu dikenali. Tak apa. Aku pun faham. Aku tak kisah. Asalkan dapat berbahasa seperti seorang Muslim yang sopan. Cuma kadangkala, ada juga yang suka baling batu sembunyi tangan. Itu penakut namanya. Dan ada tuan rumah yang kisah dengan manusia sebegini. Dan ada juga yang tidak kisah. Aku tak apa. Aku tak kisah. Baling bom sembunyi kaki pun aku tak kisah.

I'm cool.
Ceh, perasan.

3. Aksesori Blog
Ini ibarat perhiasan yang wujud di dalam rumah. Ada kerusi dari England, meja dari Turki, lampu Chandelior, karpet Parsi, pasu bunga dari Cina dan perhiasan lain yang berkemungkinan besar Made in China juga. Ada blog yang tulisannya berwarna-warni. Lagu yang tiba-tiba keluar setiap kali tetamu menyinggah, lagu Selamat Datang aku panggil ini. Turut serta juga, logo dan gambar-gambar yang berkelip-kelip secara pukal diletakkan di sebelah kiri atau kanan atau atas atau bawah blog tersebut. Sehingga menyebabkan Internet Explorer atau Chrome atau Firefox atau Opera menjadi kejung. Dan terus pecah.

Senang saja.

Blog sebegini, cuma baca saja entrinya dan pastikan volume di komputer anda telah dibisukan terlebih dahulu. Setelah habis membaca entri, keluar secara sopan. Tidak perlulah memaki tuan rumah. Tetapi kalau terasa semacam ada penyakit hati dan geram yang ketara, tidak perlulah masuk blog sebegitu. Itu hak tuan rumah. Suka hati dialah nak hias macamana gaya pun. Kalau kamu sebagai tetamu tidak suka dan hilang selera, tak perlulah masuk dan kutuk-kutuk. Tak berapa nak sopan namanya itu. Undur diri secara sopan saja sudah. Dan tak perlu kembali lagi. Sekurang-kurangnya ada juga saringan penyakit darah tinggi.

Dan buat tuan rumah, sesungguhnya kesederhanaan itu lebih baik bukan.

4. Berkunjung tanpa mengharapkan balasan
Ini, orang sebut ikhlas namanya. Memanglah kita melawat blog orang bersama pautan blog. Namun, cukuplah sekadar menyinggah dan menghulurkan salam. Tidak perlulah memaksa tuan rumah berkunjung semula ke blog kita. Pandai-pandai dialah nanti. Kita serahkan saja pada yang pakar. Dan tak perlulah juga memaksa tuan rumah memacakkan pautan blog kita di blognya. Sepertimana yang aku taipkan, pandai-pandai dialah nanti. Kita serahkan saja pada yang pakar.

Ibarat berkunjung ke rumah jiran, "Hoi, aku dah lawat rumah kau. Kau kena lawat rumah aku pula. Jangan buat-buat lupa."

Tak manislah macam itu kan.

Sopan-sopan sudah. Barulah macam bangga sikit jadi umat Nabi Muhammad SAW. Itu bukan takat Americal Idol atau Malaysian Idol atau Indonesian Idol lagi dah. Itu seluruh alam punya idol. Contohilah akhlak baginda.

Kesopanan dan kesusilaan itu kena jaga. Bukan ke sudah diajar. Dalam rukun negara yang kelima pun ada. Walaupun aku cepat hilang ingatan, tetapi rukun negara itu antara perkara yang aku boleh ingat sampai mati. Mana tidaknya, setiap kali perhimpunan sewaktu sekolah rendah dahulu kala kena berdiri atas pentas mengetuai pembacaan ikrar. Ah, siapa yang pernah jadi pengawas sekolah saja boleh faham perasaan itu. Boleh tahan menggigil jugalah berdiri depan satu sekolah.

Ok, setel.

Selamat menziarahi blog makanya.

Semoga terjumpa blog-blog yang lebih bermanfaat daripada blog aku yang tak berfaedah ini. Jangan lawat sini selalu. Dikhuatiri berupaya meracuni mata-mata yang membaca. Dan bisa melumpuhkan sistem urat saraf manusia. Semoga dijauhi daripada segala nilai-nilai yang tak berapa nak murni dan boleh tahan keji di dalam blog ini.

Hah.

Dangerous bukan_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, November 30, 2009


_Setiap nama.

Pasti ada maksud dan kisah di sebaliknya. Tanpa pengecualian apa-apa. Nama yang baik, maksudnya pasti baik juga. Pembawa nama itu juga mungkin boleh jadi seorang yang baik juga perangainya barangkali. Namun. Jika namanya membawa maksud yang kurang baik, boleh jadi lain macam juga perangai pemilik namanya.

Sebab itu, kena menamakan anak-anak dengan nama yang membawa maksud yang baik.

Iyalah.

Takkanlah ada budak yang bernama Iblis bin Manusia pula.
Kan... kan.

Sebenarnya.

Aku macam terasa yang aku seorang saja manusia dalam dunia ini yang tak tahu maksud nama yang dibawa. Bukan aku saja yang tak tahu. Ayah pun tak tahu. Dan kalau ayah pun tak tahu, pastilah emak pun tak tahu. Atuk lagilah tak tahu. Adik-adik aku lagilah tak tahu. Dan boleh jadi kamu semua pun tak tahu maksud di sebalik nama aku.

Tapi.

Aku tetap cuba tanya ayah. Manalah tahu kalau tiba-tiba ayah ada satu idea tentang penerangan maksud di sebalik nama aku ke kan. Cerita rekaan pun tak apalah asalkan ada maksud. Sejuk sikit hati. Mana tidaknya. Boleh tahan tersiksa juga bawa nama ini tanpa tahu maksud di sebaliknya.

"Ayah, ayah tahu apa maksud nama saya?"
"Hmm. Dulu arwah atuk yang bagi. Ingatkan dia nak letak Halimatus Saadiah. Sekali tengok dia bagi Huzaimatus Saadiah. Ayah pun tak tahu maksud nama itu."

Oh, tidak!

-_-"

Aku pandang adik gadis.
Aku lentuk kepala sebelah dia.
Sedih kononnya.

"Eg, patutlah saya degil macam ini. Rupanya sebab nama saya tak ada maksud."

Mak senyum dari jauh.

Kalau betullah teori itu, patutlah aku jadi macam ini. Degil macam keldai. Keldai pun tak degil macam aku. Keras kepala mengalahkan besi keluli. Keras hati pula itu. Keras tulang pula itu. Semualah keras pendek kata kononnya. Semua? Boleh tahan mengerikan juga. Itulah aku. Wanita keras bernama tanpa makna. Hinf... hinf.

Walau bagaimanapun.

Aku yakin pasti wujud saja makna di sebalik Huzaimatus itu. Walaupun Saadiah itu membawa maksud bahagia, aku pun tak pasti apa yang bahagia. Boleh tahan sedikit susah hati jugalah membawa nama tanpa makna macam ini punya gaya. Ke kiri dan ke kanan mengusung nama tanpa makna. Itulah aku. Wanita keras bernama tanpa makna. Hinf... hinf.

Hah.

Kalau begitulah gayanya.

Kepada sesiapa yang hebat berbahasa Arab atau arif dengan nahu bahasa Arab, sekiranya wujud kelapangan diharap sudilah untuk menolong mencarikan maksud di sebalik nama saya ya. Sangatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi mencari maksud di sebalik nama saya ini. Segala kerjasama pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya.

Hinf... hinf.

Dah macam tulis surat rasmi pula.

Hah.
Nama kamu apa maksudnya.

Jangan kata tak tahu pula_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, November 28, 2009


_Hehe.

Iyalah.

Waktu bersolat memang sedia maklum kena pakai telekong. Sebab kita nak menghadap Allah. Itu yang kena tutup semua. Melainkan kedua belah tapak tangan dan muka saja. Tapi, kalau sudah berbaju kurung longgar dan berstokin pun boleh saja menunaikan solat. Asalkan menutup aurat.

Cumanya.

Yang aku sangat hairannya.

Bersolat boleh menutup aurat. Kenapa sepanjang hidup kita walau di mana-mana saja kita berada, kita tak mampu menutup aurat? Bukankah kita menghadap Allah setiap masa? Bukankah Dia ada di mana-mana saja?

Pelik.

Sungguh ironi.

Kadangkala di surau. Aku tengok ada yang berpakaian ketat. Baju tak berlengan. Berseluar ketat. Rambut perang. Berbaju tapi tersembul sana sini. Lurah terdedah sana sini.

Tapi bersolat.
Dan menutup aurat dengan bertelekong.
Bahagian itu memang sudah sangat bagus dan sempurna.

Cumanya.

Kenapa waktu bersolat saja yang menutup aurat?

Sungguh ironi.

Bila kita mampu menutup aurat dengan sempurna sewaktu bersolat tapi tidak pada waktu-waktu lain. Ibarat Allah cuma wujud sewaktu bersolat saja. Bukankah setiap hari di mana-mana saja kita memang menghadap Allah. Bukankah Allah ada di mana-mana saja. Takkanlah Allah wujud sewaktu kita bersolat saja.

Kan.

Atau....

Allah memang wujud sewaktu bersolat saja agaknya_


Lagu terbaik untuk bulan Disember

*Always Be There - Maher Zain*



Sambung baca...

Kategori:

Friday, November 27, 2009


_Ada satu soalan.

Aku nak tanya.

Tapi jangan tanya kenapa aku tanya. Sebab ini aku yang tanya dulu. Jadi, sila jawab mengikut kefahaman sendiri. Aku bertanya sebab terlahirnya kemusykilan. Sebab terasa ingin bertanya. Sebab perlunya ambil tahu. Lain orang lain jawapannya. Itu dah memang pasti.

Maka.

Soalannya....

Kenapa bersolat kena pakai kain telekong?

Hah.

Kenapa_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, November 24, 2009


_Aku rasalah kan.

Perempuan dan lelaki.

Jika diletakkan sebagai pemandu, pemandu lelaki masih mempunyai sikap toleransi yang tinggi berbanding pemandu perempuan. Kesopanan dan kesusilaan pemandu lelaki di jalan raya masih lagi berada di tahap yang boleh tahan memberangsangkan.

Sebagai seorang lady driver, aku sendiri pun kadangkala boleh tahan menggelegak juga nafsu amarah mahu mengamuk di jalan raya, terutamanya setiap kali bertembung dengan pemandu perempuan yang lain. Tak kiralah muda ke tua ke.

Percayalah.

Sekuat mana pun iman, stereng kereta itu sajalah yang menjadi saksi maki hamun dan tempat melepaskan kegeraman si pemandu. Itu belum lagi dikira berapa kali hon ditekan seakan-akan menjerit bagai nak gila kepada pemandu lain di jalan raya.

Memang crazy ah ding dong.

Sebagaimana peribahasa telur di hujung tanduk, sebegitu jugalah peribahasa kesabaran di hujung stereng kereta.

Ini.

Antara perangai tipikal seorang lady driver di jalan raya:

  1. Tidak mengangkat tangan tanda berterima kasih jika diberi laluan.
  2. Menukar laluan kiri atau kanan tanpa melihat kiri atau kanan ibarat ayam melintas tanpa memandang ke kiri atau ke kanan.
  3. Memandu pada kelajuan 40km/j di laluan laju
  4. Buat tak endah atau buat tak tahu saja bila diminta memberi laluan


Sama dengan.

Aku macam itu juga.

Tapi tak adalah sampai tak berhemah di jalan raya. Kalau orang dah bagi laluan itu, angkatlah tangan. Nampak sikit macam berterima kasih. Kalau mahu tukar laluan itu pula, bagilah signal awal-awal. Jangan main melencong macam itu saja.

Itu dalam pendidikan moral pun ada ajar.

Adab.

Bukan ke manis sikit kalau beradab dalam segala hal.

Itu pemandu perempuan. Kalau pemandu lelaki itu, satu je paling aku tak tahan. Bab nak mencucuk kereta di depannya. Waemah dah menggigil kereta bergegar 140km/j di jalan raya, itu pun masih lagi mahu menekan minyak mencecah kelajuan kepada paras berbahaya yang membawa maut. Ingat ini Tokyo Drift ke? Satu lagi, lampu merah bertukar kepada lampu hijau. Terlambat 0.01 saat pun dah kena hon. Tak menyabar-nyabar.

Lepas itu.
Prong prang... prong prang... prong prang.

Macamanalah warga KL ini tak kena penyakit darah tinggi.

-_-"

Tekanan 360 darjah namanya ini_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, November 16, 2009


_Ini pertama kali.

Aku ada handphone touch screen.

Terasa macam boleh tahan buta teknologi juga nak menggunanya. Jakun jugalah sekejap. Cuma ada dua butang saja pada badan handphone itu. Butang angkat telefon dan letak telefon. Memang menggelupur juga dibuatnya. Mujur ada manual. Aku kan pembaca tegar manual. Sungguh nerd. Hinfff....

Suatu hari dalam kereta.

"Akak, macamana nak locked keypad handphone ini?"

Aku tersengih.
Terasa macam nak buat jahat.

Aku pun jawab....
"Dia pakai voice. Cuba adik cakap locked."

Dengan penuh naifnya, budak itu pun ikut saja.

"Locked."

Oh, adikku!

-_-"

Aku tengok front mirror, dia di seat belakang dah menunduk malu dengan diri sendiri. Aku tergelak-gelak tak tahan. Apalah lurus betul budak ini. Lepas malu, dia ketuk kepala aku dengan handphone itu dan terus merajuk sendiri.

Hahahahahahahahahha.

Adik, maaflah.

Kakjai memang keji_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, November 16, 2009


_Maaf.

Ini entry kasar.

Mulai hari ini. Aku nak jadi kera sumbang yang terunggul. Dan harap maaf. Aku dah lama berhenti borak dengan orang yang aku tak kenal. Samada di YM, Facebook Chat dan apa saja bentuk komunikasi lain. Kalau aku tak pernah jumpa, itu adalah mereka yang jatuh dalam kategori aku tak kenal. Dan mak kata, jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal.

Itu termasuk juga....
Mereka yang aku tak kenal tapi bersangka seperti mereka kenal.

Ya.
Aku sangat sombong.
Aku suka perasan bagus.
Aku malas nak tegur menegur manusia di alam maya.

Dan.
Segala perbuatan buruk dalam dunia ini memang datang dari aku.

Maaf.

Ini entry kasar.

Cukup-cukuplah. Alhamdulillah aku masih ada secolek gerak hati. Bolehlah juga nak kenal pasti manusia yang aku rasa ada maksud tersirat di hati yang sedikit keruh. Dan minta maaf banyak-banyak. Kamu-kamu yang add email aku sebagai YM, itu bukan YM ID aku. Dan aku pun dah lama tak buka YM. Aku kan sombong. Facebook Chat apatah lagi.

Cuma.
Satu je.

Aku memang suka duduk diam-diam dalam gua malas nak bertegur sapa dengan manusia sejagat. Itu memang perangai aku. Minta maaf.

Kamu.
You know what I meant.

Tolong berhenti_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, November 13, 2009


_Saya rasa.

Saya lebih banyak menggunakan otak di sebelah kanan.

Ini kerana.

Saya sukar mengingat nombor. Saya tidak pandai membaca peta. Segala percakapan manusia sukar saya ingati. Saya selalu clueless. Saya selalu lambat menangkap percakapan manusia. Saya tak suka apa yang orang suka. Saya tak suka buat apa yang orang suruh buat. Saya suka membaca dari belakang ke depan. Saya suka mencuba semua benda-benda baru bak kata orang-orang tua, menempah maut.

Saya senang mengecam wajah manusia berbanding mengecam arah jalan. Saya selalu berimaginasi telah menyelesaikan perkara tersebut waemah saya belum mulakan pun lagi perkara itu. Cara saya menghafal adalah dengan melihat gambar, warna dan menghubungkaitkan mereka. Saya selalu sesat jalan. Saya adalah pembaca tegar semua jenis manual.

Dan yang paling penting.

Saya selalu tersilap hafal tarikh.

Hinfff....

-_-"

Sebelum itu, perihal otak kiri dan otak kanan.


Otak Kiri

The left hemisphere specializes in analytical thought. It is responsible for dealing with "hard" facts such as abstractions, structure, discipline, rules, time sequences, mathematics, categorizing, logic, rationality, and deductive reasoning. It is also responsible for details, knowledge, definitions, planning, goals, words, productivity, efficiency, science, technology, stability, extraversion, physical activity, and the right side of the body. Left hemisphere ability is the predominant focus in school and society.

Otak Kanan
The right hemisphere specializes in "softer" aspects than the left hemisphere. The right hemisphere is responsible for intuition, feelings, sensitivity, emotions, daydreaming, visualizing, creativity, color, spatial awareness, and first impressions. It is also responsible for rhythm, spontaneity, impulsiveness, the physical senses, risk-taking, flexibility and variety, learning by experience, relationships, mysticism, play and sports, introversion, humor, motor skills, and the left side of the body (the old belief that left-handed people are more creative does hold some scientific credence). The right hemisphere also has a holistic method of perception that is able to recognize patterns and similarities and combines those elements into new forms.

Kalau mahu ambil ujian pemeriksaan otak, sila ke sini.

Ok.

Sambung semula.

Di mana saya tadi?
Alah, dah lupa.

Hah!
Saya selalu tersilap hafal tarikh.

Ya, di situlah saya tadi sebelum saya menyampuk percakapan sendiri.

Pagi tadi. Borak dengan Dani perihal kenduri. Yang saya sangkakan esok adalah tarikhnya. Beria-ria plan dengan Dani bagai nak rak. Dan akhirnya saya pun menyuruh Dani print satu salinan untuk dia dan saya print satu salinan untuk diri sendiri.

Tiba-tiba....

Lagi beberapa saat sebelum Dani print, saya terperasan tarikh pada kad itu. Beberapa saat jugalah saya zoom in dan zoom out mata melihat kad kecil di Facebook itu. Sejenak saya confuse. Di dalam bulan manakah saya sekarang? Saya menjeling ke arah kalendar dan terpandang bulan yang terpampang di hadapan saya.

Oh.
November.

Eh!
Ah, sudah!

Sepantas kilat saya tergesa-gesa menyuruh Dani memberhentikan kerja mencetaknya. Dan seterusnya kamu boleh baca di sini.

Ada hati nak pergi kenduri orang sebulan awal. Nasib baik aku tak singgah ke sana dengan Dani sambil berbaju kurung melawa-lawa. Dan sangat nasib baik aku suruh Dani pergi print dulu kad itu.

Kalau tidak....

Memang melopong je kami ke Perak. Mesti orang kampung semua terpinga-pinga.

Cis!

Ini memang antara koleksi peristiwa yang Dani tak dapat lupakan.
Tentang saya.

Hinfff....

-_-"

Malu gila_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, November 10, 2009


_Saya cepat terpengaruh.

Tetapi.

Saya sukar dipengaruhi.

Faham?
Tak apa. Saya pun tak faham.

Setiap minggu. Lebih kurang sekali. Saya mesti (bukan wajib) singgah Kinokuniya KLCC. Apa yang saya cari? Komik. Ha ha ha (gelak penuh nafsu). Walaupun sudah tiga suku matang pemikiran saya, namun saya masih tetap menggilakan bacaan ringan seperti komik Gempakz RM6.50 yang tidak berfaedah itu.

Memang tidak berfaedah.

Tetapi.

Saya sukar dipengaruhi.

Faham?
Tak apa. Saya pun masih lagi tidak faham.

Setiap kali saya ke Kinokuniya KLCC, saya pasti singgah ke food court. Yang mana terletaknya sebuah gerai kegemaran saya, bernama Booster. Gerai air sebenarnya. Air buah-buahan. Dalam bentuk jus dan juga ice blended. Dan kesemua menu air itu mengandungi buah pisang sebagai tulang belakangnya.

Ya.
Buah pisang.

Apa?
Buah pisang?

Ya.
Buah pisang.

Apa?

Hoi, cakap itu sila jangan berulang-ulang.

Repetition makes perfect kan.
Ok, I'm sorry.

Kejap....

(Berkerut dahi memikirkan apa yang nak ditaip tadi)

Ala, tengok dah lupa.
Hah, Booster!

Booster.

Air buah-buahan bertulang belakangkan buah pisang. Cuma Banana Buzz dan Mango Magic saja yang aku pernah rasa. Tapi, walau apa jenis perisa pun buah pisang tetap wujud di dalam kesemua jenis air itu. Tahukah anda buah pisang itu adalah penjana tenaga? Aku rasa itu sebabnya air itu dipanggil Booster. Dan bertulang belakangkan buah pisang.

Hmm, tak syak lagi.

Tetapi.

Harganya boleh tahan menangis juga.

Saiz L = (entah, belum pernah beli saiz ni)
Saiz M = RM11
Saiz S = RM10 (rasanyalah)

Aku selalu beli saiz M. Saiz paling adil sekali. Tak besar. Tak kecil. Eh, kejap. Cikgu BM aku kata, perkataan 'paling' dan 'sekali' tak boleh didudukkan dalam satu ayat yang sama.

Makanya, ayat yang sepatutnya adalah....

Saiz M adalah saiz paling adil. Tak besar. Tak kecil. Ngam-ngam je habis mengikut kemampuan selera minum. Sekaligus boleh menjauhkan diri daripada perangai membazir. Membazir itu amalan satan. Semua orang kata macam itu. Jadi, jangan degil.

Oh, ya.

Aku sebenarnya tak berapa suka buah pisang. Tapi sejak aku jumpa Booster, aku rasa buah pisang memang sedap bila sudah dijadikan air. Dan cara nak buat air Booster ini tidaklah susah mana pun. Macam makan kacang saja.

Ini.
Aku istiharkan air favorite aku untuk tahun ini.

Resipinya
- 1 biji pisang
- 1 cawan susu HL
- 2 skop ais krim vanilla
- Sedikit yogurt
- Beberapa ketul ais batu

Dan blend semua sekali. Yang pastinya, dilarang blend bahan-bahan tadi menggunakan blender biasa. Alah, blender yang dipakai untuk kisar cili, halia dan segala jenis bawang itu. Hah, jangan pakai blender itu. Hancur pisaunya nanti. Tak pasal-pasal kena kejar dengan emak keliling rumah.

Gunakan blender yang berkuasa tinggi.
Tapi rumah aku tak adalah.

Nak kumpul duitlah ini macam. Gaji bulan ini boleh beli blender berkuasa tinggi sebagai hadiah untuk diri sendiri. Aku nampak dekat pasaraya Giant ke Carefour entah hari itu. Kelihatan seperti menyedihkan pula menghadiahkan sebiji hadiah untuk diri sendiri. Tapi tak apalah. Bolehlah itu dari tak ada. Kan.

Ok.

Hari ini, baru kumpul RM13.50.

Oh, Booster_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, November 10, 2009


_Sekali sekala kena buka.

Kaunter pertanyaan....

Lagi.

Aku rasa aku dah buka sekali masa tahun lepas. Tahun ini aku buka lagi. Macam biasalah, ini antara taktik-taktik mahu blogging tapi tak berapa nak datang ideanya. Untung-untung boleh bagi secawan idea sikit. Sip... sip dan terus dapat idea.

Tapi sebelum itu.

Syarat-syarat di bawah....

  1. Beragama Islam
  2. Solat lima waktu sehari semalam
  3. Rajin bangun bersolat malam
  4. Pandai membaca Al-Quran
  5. Hafal Rukun Iman dan Rukun Islam
  6. Hafal tiga rangkap pertama surah Ar-Rahman
  7. Tidak pernah memaki hamun dan mencarut seumur hidup


Bukan syarat yang melayakkan kamu bertanya.

Tapi.

Jika kamu berjaya memenuhi syarat-syarat di atas, kamu memang Mukmin yang cool di muka bumi ini. Semoga sentiasa diberkati Allah selalu. Dan semoga beroleh jiwa yang tenang serta memiliki nafsu yang sentiasa terbenam tujuh kaki ke dalam tanah.

Hah.

Tanya sajalah apa-apa, sila_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, November 04, 2009


_Perempuan.

Sekurang-kurangnya sejam nak bersiap.

20 minit = pilih baju/seluar/kain/tudung/sebagainya
20 minit = muka
20 minit = kepala
10 minit = touch up
10 minit = handbag/purse
10 minit = pilih kasut
10 minit = cari kunci/matikan suis elektrik/tutup semua pintu rumah

60 minit.

Itu....

Bukan teori. Itu memang fakta. Bukan untuk semua perempuan. Sebahagian saja mungkin. Namun. Sejak meningkat umur ini, aku terasa macam aku dah termasuk dalam kategori itu. Serba serbi jadi lembab. Jadi berjam-jam lamanya. Setengah jam itu kira paling laju juga. Oh, apakah!

Kalau mana-mana lelaki nak mengutuk dan marah-marah pun tak apa. Aku rela. Sebab itu memang kenyataan. Sejak meningkat umur ini, aku terasa macam aku dah termasuk dalam kategori itu. Serba serbi jadi lembab. Jadi berjam-jam lamanya. Setengah jam itu kira paling laju juga. Oh, apakah!

Tapi.
Kalau mahu pergi berdua-duaan dengan Allah, jangan sekali-sekali dituduh lembab.

"Awak ini pergi solat pun lama sangat. Lelaki solat lima minit je dah selesai. Blablablabalbala prong prang prong prang...."

Dialog tipikal mana-mana lelaki.

Assalamualaikum.

(tak jawab, berdosa)

Mari sini aku cerita kenapa sebahagian perempuan bersolat memang mengambil masa yang sangat lama. Berbanding lelaki yang lima minit saja sudah selesai urusannya dengan Allah.

Antara yang wajib
5 minit = buka tudung + sangkut tudung
5 minit = ambil wudhu
2 minit = pakai telekong
5 minit = solat
2 minit = buka telekong
2 minit = lipat telekong
5 minit = pakai tudung
5 minit = touch up muka/tudung/baju
1 minit = pakai kasut

Antara yang optional
2 minit = borak-borak
2 minit = uruskan anak-anak kecil yang lari bertempiaran
5 minit = tukar pakaian anak-anak kecil

Itu yang biasa aku nampak dan aku sendiri pernah buat. Ehem. Tapi, kalau kena dengan perempuan yang jenis melawa lagi lama dia belek muka depan cermin. Atau pun perempuan yang membawa satu batalion anak-anak kecil dan lari bertempiaran di dalam surau mahupun masjid. Nak berkejar sana sini itu dah makan masa. Nak uruskan baju anak-anak itu pun dah makan masa.

Sebab itulah perempuan ini sekurang-kurangnya sejam nak bersiap.

Hah.

Logik ke tak logik ini_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, November 03, 2009


_Filem ini dah lama.

Ditayangkan pada Januari 2009. Agaknyalah. Tapi, aku baru tengok. Dan aku rasa karya encik Bade Haji Azmi ini adalah yang terbaik berbanding mana-mana filem Melayu yang aku pernah tengok. Mesej dia tajam. Dan tepat. Dan terkesan. Dan tajam. Dan tepat. Dan terkesan. Dan tajam. Dan....

Minta maaf.
Ini bukan mantera.
Cumanya, aku suka mengulang-ulang ayat.

Repetition makes perfect.

Terima kasih encik Bade Hj. Azmi.
Kerana sudi hasilkan filem dakwah sebegini.
Semoga kamu diberkati Allah selalu hendaknya.

Filem ini.

Bukan perihal cinta.
Dan bukan perihal hantu serta tahyul.

Tetapi, cerita dakwah.

Tentang seksaan di neraka.
Tentang seksaan di alam kubur.
Tentang dipertemukan dengan roh.

Maut.



Sesungguhnya, maut itu rahsia Allah.
Dan sakaratul (krisis) maut itu tetap ada.

"Katakanlah (wahai Muhammad), nyawa kamu akan diambil oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)" - Surah Al-Sajjadah, ayat 11.

Di dalam filem ini, hampirnya kematian apabila gugurnya nama si polan dari pohon yang terletak di Arash Allah SWT. Maka, malaikat Izrail akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas si polan itu dengan mengekorinya sepanjang masa. Kalau tak silap aku itu tanda-tanda empat puluh hari sebelum meninggalkan dunia. Tolong perbetulkan kalau salah.

Dan.

Akan terjadi malaikat Izrail ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan sekiranya ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Ingatlah.

Sesungguhnya, azab Allah itu teramatlah ngeri. Tidak ada satu pun kemalangan ngeri di dalam dunia ini yang boleh menandingi kengerian azabNya. Kematian yang mengerikan di dalam filem Final Destination pun tak boleh lawan dengan kengerian seksaan Allah. Tak kiralah Final Destination I, II, III dan IV. Memang tak boleh lawan. Tak boleh.

Dalam filem ini, aku paling suka scene seksaan di neraka. Dalam episod dua. Tegak bulu roma tengok gambaran di neraka. Ngeri. Sangat ngeri. Nauzubillahiminzalik. Tak terbayang dengan akal yang logik. Memang di luar batasan fikiran.

Bayangkan.

Gambaran neraka

Ahli neraka.
Wajahnya hitam dan gelap.

Mereka yang mendedahkan rambutnya.
Rambutnya digantung dan dibakar sehingga kepalanya mendidih.

Mereka yang mengumpat.
Bibir dan lidah digunting digunting sehingga putus.
Tumbuh kembali dan digunting lagi sehingga berkali-kali.

Dengan ular besarnya lagi.
Dengan api neraka yang menggelegaknya lagi.

Isk....

Itu belum lagi mereka yang meringan-ringankan solat dan melambatkan solat. Macam akulah. Isk. Bakal dibelit ular besar sekuat-kuatnya dan dibantai di dalam kubur nanti. Diseksa sehinggalah tibanya hari kiamat. Terjerit-jerit di dalam kubur.

"Ampunkan aku! Ampunkan aku! Aku bertaubat, ya Allah!"

Lalu, malaikat dengan bengisnya menyoal.

"Mana taubatmu semasa hayatmu? Mana! Mana!"

Isk....
Insafnya... insafnya.

Sesungguhnya.

Jika kita yang hidup ini dapat mendengar teriak dan jeritan ahli kubur yang diseksa, nescaya makan, minum dan tidur kita semua pasti diketepikan. Terputus sudah selera kehidupan. Saat itu, menggeletarlah seluruh tubuh badan apabila terdengar jeritan ahli kubur. Terasa seperti tidak cukup kaki dan tangan berhempas pulas mahu bertaubat dan mengharap keampunanNya. Siang dan malam mendambakan diri kepadaNya. Menebus kembali semua ibadah yang telah ditinggalkannya.

Dan sesungguhnya.

Kematian itu pemenuhan janji.
Perkuburan itu adalah rumahnya.
Liang lahad itu adalah kasur ranjangnya.
Ulat-ulat tanah itu kawan berbincang cakapnya.
Rasa takut itu dengan penuh kengerian mencengkamnya.

Untuk kamu-kamu yang suka dan sangat suka melayan cerita seram berhantu yang menakutkan diri sendiri, kamu diwajibkan tonton filem ini. Yang tak suka tengok cerita hantu pun wajib tengok cerita ini. Kematian itu pasti. Maka, lihatlah sendiri. Antara gambaran keadaan selepas mati.

Kalau mahu tonton secara percuma, sila ke sini.

Review lain filem ini di sini.

Semoga aku dan kamu semua terpalit secolek keinsafan melihat gambaran neraka dan azab seksaanNya. Sesungguhnya, dengan sentiasa mengingati mati boleh menajamkan fikiran. Dan mengurangkan nafsu terhadap dunia. Dan dari situ barangkali boleh terlahirnya sifat sederhana dalam segala perkara. Semogalah.

Ingatlah.

Tidak ada satu pun kemalangan ngeri di dalam dunia ini yang boleh menandingi kengerian azabNya.

Minta maaf. Aku tak nak mengutuk. Tapi, aku rasa lebih bagus kalau semua penerbit filem Melayu di Malaysia ini mampu menayangkan cerita-cerita sebegini. Lebih terkesan. Mesej tentang akhirat. Yang sangat tajam. Berbanding cerita-cerita tak berfaedah dan tak boleh tahan pemakaian pelakonnya. Walaupun cinematografi filem ini biasa-biasa saja, tapi mesej yang nak disampaikannya sangat berkesan. Tajam. Tepat. Dan benar belaka.

Aku harap ada pengarah filem lain yang berani menerbitkan filem sebegini.

Mungkin orang akan kata, filem-filem macam ini susah mahu dapat pelepasan. Aku pun hairan. Apa yang disekatnya. Kalau filem yang hampir semua pelakonnya berpakaian tapi bertelanjang itu lepas pula. Hot konon. Memang sangat hot. Dari dunia lagi sudah boleh terasa dia punya hot. Ini kan pula di 'sana'. Malas nak cakap banyak. Siapalah aku. Orang yang perasan bagus saja.

Tapi.

Daripada ketengahkan masalah-masalah sosial macam Mat Rempit, Bohsia, cerita tahyul yang menakutkan manusia sana sini dan sebagainya, lebih baik ketengahkan benda-benda macam ini. Pendedahan tentang alam akhirat, dosa dan neraka. Bukan semua orang prihatin. Aku rasa daripada takutkan manusia dengan filem hantu merepek, lebih baik takutkan manusia dengan siksaan kubur ini.

Kan.

Apa-apa pun.

Selamat menonton bagi yang belum tonton.

Tulisan ini sebagai percubaan untuk menakutkan diri sendiri dan manusia lain dengan azab dan seksaan Allah. Semoga terasa secolek ketakutan dan kengerian azabNya.

Semoga aku dan kamu semua boleh mimpi scene dalam neraka ini sama-sama.

Aumm_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, November 03, 2009


_Feedjit.

Sekali sekala aku jenguk juga.

Tengok apa yang dicari manusia. Memang macam-macam yang dicarinya. Terkadang macam logik. Terkadang macam tak logik. Tapi, inkuiri seorang manusia itu memang tak berbatas. Segala perkara mahu diambil tahunya. Segala perkara mahu diketahui asbab (sebab) dan kisah di sebaliknya.

Feedjit.

Sekali sekala aku jenguk juga.

Dan sekali sekala aku save je inkuiri manusia. Untung-untung boleh calitkan sedikit idea mahu menulis buat hari kemudiannya. Kadangkala terasa kelakar pun ada bila tengok koleksi dalam Feedjit yang aku save itu. Ada juga inkuiri yang bukan-bukan. Yang tak patut tahu pun mahu diambil tahu. Manusia memang semuanya serba mahu tahu. Tak perlu hairan. Itu normal.

Ini hah.
Salah satu inkuiri untuk hari ini.




Faisal Tehrani berkahwin dengan siapa.

Tergelak juga aku tengok inkuirinya. Haha. Wahai encik Faisal Tehrani, ada orang dari Johor Bharu mahu tahu. Aku pun baru je tahu Faisal Tehrani dah selamat melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke hujung nyawa aku ucapkan. Cukup sampai situ saja aku ambil tahu. Lebih daripada itu, tak perlulah aku tanya pakcik Google. Mungkin orang dari Johor Bharu itu peminat setia hasil karya Faisal Tehrani barangkali. Kena bersangka baik.

Apa-apa pun.

Sebarang inkuiri yang membawa kamu ke blog ini, hampir semuanya dalam pengetahuan aku Feedjit. Dan kalau encik Feedjit tahu, mungkin aku pun akan tahu sama kalau aku berkesempatan menjenguk encik Feedjit itu.

Tapi.

Sebarang inkuiri kamu yang membawa kamu ke mana saja samada gelap mahupun terang, semuanya sentiasa dalam pengetahuan Dia.

Allah is watching you, man.

Hah.

Takut tak_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, November 01, 2009


_Tajuk kena tepat. Senang pakcik Google cari.

Maskara.

Pernah juga aku pakai.

Bercalit sana sini. Nak kelip mata pun susah. Tak berapa nak ngam sangat. Bila mata terkena air, mulalah maskara itu turun mengalir ke bawah mata mengikut tarikan graviti. Daripada perempuan yang kacak embun, terus bertukar menjadi ultraman Pontianak Harum Menyeringai Waktu Malam.

Orang KL yang normal akan cakap itu rupa yang mengerikan. Tapi, orang KL yang tak berapa nak normal akan cakap itu rupa yang sangat gotik lagi eksotik. Entahlah kenapa perempuan suka pakai maskara. Bila mata terkelip-kelip boleh nampak bintang agaknya.

Hah.

Maskara anjuran Sindiket Sol-jah yang aku pergi malam hari lepas-lepas itu bukanlah maskara yang dipakai pada mata.

Tapi.
Itu Maskara bin Sol-jah.

Atau nama penuhnya, Malam Baca Nashkah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka.

Semalam.

Kalau aku congak lapan kali pun belum tentu aku boleh dapat anggaran kasar kepala yang ada. Yang aku nampak cumalah hujan. Dan bintang oren besar yang comel di bawah atap. Dan payung. Dan hujan. Dan bintang oren besar yang comel di bawah atap. Dan payung. Dan hujan. Dan....

Dah macam baca mantera pula ulang-ulang.

Ops, i'm sorry.

Semalam.

Maskara Shorties. Yang kedua. Tayangan filem-filem pendek kawan-kawan yang kita suka. Dan kawan-kawan yang tak kenal kita. Dan kawan-kawan yang kita tak kenal mereka. Tapi, kita layan saja. Selamba.

Semalam.

Hujan. Sejuk. Yang menggila. Aku sampai pun lebih kurang jam 8.30 malam. Hujan rintik-rintik. Sempat juga tengok filem pendek yang pertama karya Kamal Sabran dalam masa beberapa saat sebelum habis tayangannya. Tengok wayang sambil berpayung. Ditemani rintik-rintik hujan yang menghentam baju. Sampai suku kebasahan. Tapi tak apa. Hujan, I love you. Tak. Ini hujan betul. Bukan band Hujan. Band Hujan, maaflah aku tak suka.

Semalam.

Lepas filem pendek keenam ke keempat entah tersangkut suaranya, MC pun suruh masing-masing keluar rehat menjamu selera. Hujan pun dah mula kebah sikit. Sangat ramai kepala. Aku pun tak tahu bilangannya. Rasa macam tengah tengok wayang pakai projektor besar di taman sambil beratapkan langit dan bertemankan bintang. Macam di New York.

Memang layan.

Semalam.

Aku pun tak pasti berapa jumlah sebenar filem yang ditayangkan. Mungkin dua puluh tiga. Sepertimana yang tertulis di sini. Yang kami tonton pun tiga suku saja. Kena balik sebelum jam 12 malam. Macam Cinderella.

Ok.

Tentang filem-filem pendek yang ditayangkan.

(Bukan mengikut turutan tayangan)

1. Detik 10 - Indra Syahbaani
Ini. Er, aku dan kawan-kawan macam sangat lembab nak tangkap maksud ceritanya. Cerita perihal perang. Dan Mat Rempit. Kesimpulan cerita, aku buta seni.

2. Chasing Cats and Cars - Liew Seng Tat
Ini. Er, lokasi dari kacamata lensanya memang statik. Di sudut hospital. Sebuah kereta ambulans. Dan kereta. Ada kes kemalangan. Lelaki yang melanggar dan lelaki sebagai kawan mangsa yang dilanggar antara watak utama. Masing-masing tak ada perasaan cemas. Yang aku tergelaknya soalan orang hospital itu, "Dia dah stabil. Tapi, saya nak tanya... kaki dia mana?" Kaki mangsa itulah watak utamanya. Mengesot-ngesot dipenuhi darah. Kaki itu bergerak sendiri mahu ke hospital barangkali. Oh, ngeri!

3. The Tree - Amir Muhammad
Ini. Cerita perihal pokok. Cuma, kami tak dapat tengok. Sebab ada masalah teknikal. Mujur terjumpa di sini. Karya 15Malaysia rupanya. Hah, silalah tengok.

4. Pintu - Akashdeep Singh
Ini. Paling comel. Ada budak Mukhsin, seorang adik yang bersuara serak macam nak hilang suara dan Adibah Noor. Mungkin sebab cerita ini simple. Ala-ala karya Allahyarham Yasmin. Macam iklan Petronas. Itu yang macam menarik. Kisah seorang abang yang buli adiknya dengan stokin busuk. Disuruhnya si adik itu mengejutkan emak yang tengah tidur semata-mata untuk bangun buatkan air. Bertubi-tubi diketuknya pintu itu tapi tetap tak ada respon. Akhirnya, si abang dan si adik sama-sama menangis meraung depan pintu sebab menyangkakan sesuatu telah terjadi kepada emaknya. Rupa-rupanya si emak baru je setel jemur baju. Memang comel.

5. Carwash - Aaron Chung
Ini. Cerita seorang budak bangla yang sering dibuli. Kerjanya sebagai seorang pencuci kereta. Suatu hari, budak bangla itu terjumpa sepucuk pistol semasa tengah cuci kereta. Pistol kepunyaan seorang Mat Saleh yang berdarah-darah telinganya. Pistol itu dicurinya dan berakhir dengan pandangan mata membunuh tanda mahu membalas dendam terhadap pembulinya. Er, itu kesimpulan aku. Ah, belasah.

6. Taman di Sinkiku - Azharr Rudin
Er, entahlah yang mana.

7. Melayu 7 - Mamat Khalid
Memang tak sempat tengok.

8. Soundscapes Journal No. 1 - Kamal Sabran
Ini. Sebab aku tengok lagi beberapa saat sebelum habis, maka aku pun tak pasti ini cerita apa.

9. Nilai Setitik Garisan - Rozinor Razali
Aku rasa ini yang perihal duit RM10 itu agaknya. Tapi tak dapat nak faham sebab sound system macam ada masalah sekejap malam itu. Tak dengar apa-apa pun. Cuma ada subtitle saja.

10. Hangus - Dean Sham
Ini. Hahaha. Kena gelak dulu baru cerita. Ini cerita perihal seorang pakwe dan gengnya merompak bakal bapa mertuanya. Berkali-kali. Sampai hangus duitnya. Intro dalam kereta. Borak sana sini macam lelaki normal. Tahu-tahu je keluar kereta nak pergi merompak. Sengal betul.

11. Pemburu Buaya Darat - Tok Rimau
Ini. Hahahahahaha. Kena gelak panjang sikit baru cerita. Ini memang antara yang terbaik. Walaupun aku tak tengok cerita ala-ala Crocodile Hunter di tv, tapi boleh tahan sengal gila juga cerita ini. Gorgeous! Cerita pada tahun 2100++ (tak ingat tahun) yang mana pada masa itu, lelaki dan perempuan masing-masing sudah tidak bercinta dan tidak bersentuhan. Anak-anak dihasilkan dengan kaedah tabung uji. Maka, lelaki pemburu buaya darat itu telah kembali ke masa lampau untuk tengok cara spesis homo sapiens zaman dulu bercinta. Dia punya pick up line memang terbaik! Hahahaha.

12. My Perfect Ana - Vovin
Ini. Aku rasa mungkin hampir semua lelaki mahukan perempuan yang sempurna agaknya. Macam Ana. Suruh itu ini, semua dibuatnya. Tak marah. Tak membebel. Tak banyak songeh. Memang perfect. Tapi, manusia mana ada yang sempurna. Sebab itu Ana cumalah sebuah android. Yang perfect. Sehinggalah baterinya kong. Sampai tak berfungsi lagi.

13. Melayu di Jalan Melayu - Ridhwan Saidi
Ini. Entahlah kenapa kami terasa cerita ini berbau politik. Memang deep. Haha. Kroni diutamakan. Kisah seorang lelaki berkolar putih membunuh seorang peminta sedekah. Mula-mula nampak macam lelaki baik. Derma sebanyak-banyaknya. Di depan orang ramai. Kemudian, bila sampai di satu lorong jalan, peminta sedekah itu dijerut lehernya sehingga mati. Dan tagline... kroni diutamakan. Faham tak?

14. Kimeru - Tosan Priyonggo (karya Indonesia)
Ini. Haha. Kisah seorang lelaki Jepun yang tersangkut rambutnya pada gelang tangan sambil duduk bersendirian mengenang nasib di tepi jambatan di dalam sebuah taman bunga (agaknya). Lalu, seorang makwe Jepun pun datang membawa gunting dan menolong pakwe tersebut. Aku kagum dengan makwe itu sebab dia mampu berbahasa Jepun mengikut intonasi dan lengguk bahasa Jepun macam dalam drama Jepun. Cuma, pakwe itu je yang agak keras sikit bahasa Jepunnya. Hehe. Tak apa. Percubaan yang masih boleh tahan. Eh, tapi kenapa cerita itu tak ada subtitle? Patutlah aku tak faham. Baru teringat.

15. Benting - Ahmad Hasan Yuniardi (karya Indonesia)
Aku rasa aku tak sempat tengok. Kot.

16. Bertukar - Sinaganaga
Ini. Hahahaaha. Sengal. Pada suatu hari, rasaksa datang menyerang bumi. Maka, beberapa orang lelaki telah bertukar dan bertukar dan bertukar untuk melawan rasaksa itu. Yang mana, aku pun tak pasti mereka telah bertukar menjadi apa. Cuma, jalan ceritanya nak cakap mereka telah bertukarlah pendek katanya. Kot. Dan keluarlah lagu Ultraman terjemahan Melayu sebagai penutup cerita. Memang comel. Eh, itu lagu Ultraman ke? Tak pernah dengar pula. Tapi, rasaksanya memang tak ganas langsung. Tersenyum je. Macam tersenyum dalam iman. Haha.

17. Frankie Goes To Gua Tempurung - Ayie
Ini. Kisah perjalanan seorang penunggang skuter berkuasa tinggi ke Gua Tempurung. Aku pun tak ingat kesudahan cerita ini. Makanya, aku pun tak dapat simpulkan cerita ini. Pft, apa punya ayatlah.

18. Kakmin - Ajami
Ini. Temubual bersama Allahyarham Yasmin. Perihal simplicity. Setuju. The simpler, the better. Kadangkala benda yang kita rasa macam normal dan biasa dan lebih-lebih kurang itulah yang lebih banyak nilainya.

19. Aci Baca Sajak - Abdullah Jones
Confirm. Tak sempat tengok.

20. Buta - Tribute to Gaza - Iswardy Morni
Ini rasanya kisah penjual nasi lemak. Aku tak dapat tangkap jalan ceritanya. Masa itu ramai orang berdiri depan kami. Sebab berdiri di luar tingkap. Sampai tak nampak jalan ceritanya. Tahu-tahu je ada pencuri nasi lemak. Dan orang ramai lari ke sana ke mari. Mengejar pencuri nasi lemak. Mungkin aku tak faham dan tak dengar sebab sibuk tengah tahan hujan dan aku buta seni.

21. Saya Memang Kacak - Alif Firdaus Azis
Ini. Hahahahahaha. Lagu yang dinyanyikannya memang sampai sekarang pun terngiang-ngiang lagi dalam telinga ini. Lagu itu macam sebuah lagu yang sangat annoying sampaikan ia akan terngiang-ngiang dalam telinga sampai bila-bila. Sebab... aku... kacak... sangat. Haha. Kisah seorang lelaki yang perasan kacak yang banyak aweks (plural). Sampai sudah pun tak tunjukkan muka. Mungkin sebab takut kena pukul agaknya. Haha. Layari youtube.com/alifstyle. Itu URL beliau kalau tak silap akulah. *Tambahan: Boleh tengok karya beliau di sini.

22. Hidup Yang Tidak Dipinta - CST Production
Ini cerita apa ek? Tak ingat. Tapi macam ada nampak. Atau mungkin imaginasi aku je.

23. Psychopomp - M Fathil Shahab
Ini. Er, aku tak dapat tangkap jalan cerita dan motifnya. Tapi aku kagum dengan lelaki berambut pendek itu. Dia punya English memang excellent. Accent macam American sejati. Sebiji.

Hah.

Lain-lain.

Makanan dan layanan Sol-Jah memang perfect. Masing-masing kelihatan humble dan bersopan santun. Walaupun hujan masih rintik-rintik dan kerusi panjang kayu yang kami duduk itu digantung dengan lingkaran ubat nyamuk sampai berbau asap baju aku dan aku macam rasa aku ini seekor nyamuk besar, tapi tetap puas hati dengan Sol-Jah. Dan Maskara Shorties. Terima kasih banyak-banyak atas semua yang disediakan.

Hah.

Tammat_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.