Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, December 30, 2008


_Budak-budak kalau boleh dibawa bercakap memang kacak. Dia punya bahasa memang kencang kadang. Maklumlah. Saraf otak tengah nak berkembang maju. Memang mantap.

Umairah. 6 tahun.

"Isk.. gigi saya sakitlah."
"Kenapa gigi awak? Nak tercabut ke?"
"Taktau."


Perghh.. mati-mati aku ingatkan gigi yang nak tercabut itu gigi baru. Rupanya, gigi susu. Mencemaskan betul. Punyalah besar gigi susu budak ini. Susu apa entah dia minum. Pastilah susu emaknya bukan. Campur susu lembu juga sikit-sikit. Agaknya. Mungkinkah ada susu lain barangkali?

( Fikiran mula menerawang )

Ok coppp...!!

Takat itu sudah. Jangan fikir lebih.

Tolak punya tolak. Rupanya memang nak tercabut. Alkisahnya. Tunggu masa saja. Kalau angin tiup kencang sikit, memang confirm tanggal punya itu. Nak dijadikan cerita, aku pun 'masuk jarum'. Mana taknya. Kalau nak cabut gigi budak, kena bagi 'bunga' sikit. Kan.

"Meh sini tengok gigi awak Umairah."

Dia pun hulur gigi.

Maksud aku.. mulut.

"Uishh.. memang dah nak tercabut gigi awak ni."
"Dulu.. gigi kita yang bawah ini pun dah meninggal. Tinggal yang ini je nak meninggal."


Meninggal.

????


Aku tahan gelak. Memang tak tahan. Tapi gelak juga 8 harakat. Tak tahan dude. Budak kalau bercakap boleh layan lagi. Tapi kalau luar biasa dia punya bijak bercakap, memang luar biasa kelakar sungguh. Gilalah. Gigi pun meninggal.

"Gigi awak yang meninggal tu awak tanam ke?"
"Haah. Mak kita suruh tanam."
"Ooo.. yang ni nak meninggal awak kena tanam tau nanti."


Dia angguk.

"Tapi kita kena bagi dia meninggal dulu baru tanam."
"Ha ye ye. Awak balik rumah suruh emak cabut eh Umairah. Nanti baru dia meninggal."


Dia angguk lagi.

Nasib baik aku tak buang tebiat. Kalau tak mesti aku dah tanya Umairah samada dia letak ke tak batu nisan dekat gigi dia.

Hah.. nasib baik tak biadab.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali ya.. gigi Umairah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, December 24, 2008


_Gila bladihel.

( Sorry.. cursing. )

Rabu. Haah. Hari inilah. Aku cuti. Cuti tapi kerja. Kerja tapi dari rumah. IT savy sebut 'Virtual Office'. Banyaklah kau punya virtual. Compliance table dalam tender. Beratus-ratus kena jawab. Masak. Tidur makan semua fikir compliance table.

Bladihel. Gila stress.

Khamis. Haah. Esok cuti. Santa Clause je seorang yang patut kerja. Tapi aku tetap ada kerja. Ada meeting bagai. Kerja-kerja design yang terbengkalai. Esok juga tengahari kedua-dua wong tua ajak balik kampung. Ok, balik. Bladihel. Balik bersama kerja-kerja. Nak balik Johor pun tak sedap hati. Mana ada orang mampu buat kerja dikala bersantai bersama atuk nenek saudara mara dan jiran tetangga.

Bladihel. Gila stress.

Jumaat. Haah. Dekat Johor lagi. Cuti panjang aku dah start. Cuti untuk kerja. Yang mana tak terasa bahang cutinya. Terasa nak menangis berlimpah-limpah. Akhirnya, 2008 aku bakal ditutup dengan limpahan kerja. Dan limpahan air mata. Berlipat ganda. Beserta penyesalan 'Kenapa bulan 12 terlalu banyak cuti tak bermakna cuti'.

Bladihel. Gile stress.

Pergh.. iman sudah bergoncang. Terasa tekanan sangat di luar kawalan.

I need you, Allah.

( mari menangis bersama saya jika sudi )

T_____T

Dah_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, December 20, 2008


_Ok.

Memandangkan Awal Muharram bakal menjelang, aku bagi peluang SESIAPA saja. Untuk bertanyakan APA-APA dan mengutuk atau mengkritik APA-APA saja. Kalau aku boleh jawab, aku jawab. Kalau aku tak boleh jawab, aku cuba juga bagi jawab. Haha. Usaha tangga Batu Caves, ok.

Hanya sah sehingga 29 Disember 2008 sahaja.

Kaunter pertanyaan ini. Seumur hidup sekali saja. Dibuka. 1981 sampai 2008 aku nak kuburkan semula. Kasi buka buku baru. Kulit baru. Reset semua jadi baru. Tak begitu senanglah nak jawab soalan. Sebab aku memang manusia paling sombong dalam dunia ini. Dan paling tak mesra alam. Tambahan pula, makhluk seperti kucing dan cicak. Perghh.. minta dijauhkan.

So,

Apa nak tanya_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 16, 2008


_I don't know why.

< Pergh.. nampak macam bagus je intro >

Kebelakangan ini, hari-hari aku rasa nak passed out. Black out. Kaput. Yang mana, baru terasa seperti nak jadi. Belum jadi lagi tapinya. Disebabkan kepala yang sentiasa rasa nak black out, segala deria rasa aku pun ikut sama kaput. Kepala fikir lain. Mulut cakap lain. Jari taip lagilah lain.

Lain.
Lainkah.
Lainlah.
Semua lain.

Dan apa pasal entah. Otak aku suka pendekkan perkataan. Dalam 2 ke 3 perkataan boleh dicantas jadi 1 saja. Ekselen, man. Sejak dulu. Dan semakin menjadi-jadi sekarang ini. Salahkan otak. Sebab otaklah CPU aku. Tanpa otak, zombie kampung pisang takkan wujud punya. Kiranya, itulah kepentingan otak aku.

Just now..

< Perghhh... baru puji sekali cakap bagus intro dah buat perangai balik >

Woi, fokus!

Just now..

Aku tapaukan bos nasi goreng. Lupa nak ambil sudu garpu bagai. Mengagau la juga beliau nak cari sudu dan garpu terpakai dekat pantry.

"Huzai.. do you have any extra fork and spoon?"
"Err.. sorry bos. I forgot to take one for you."
"That's oklah. I'll try to find one in the pantry."

Cari punya cari. Ada 2 pasang garpu dan sudu masih hidup dalam laci aku rupanya.

"Ha.. I have one. Do you have any SPORK already?"
"Err.. yeah yeah. I have one. Thanks."

SPORK?

What..?!

Patutlah bos seperti konfius alam. Muka tercengang di sebalik kelaparan. Apakah itu SPORK? Bunyi seperti daging pork pula. Dia memanglah makan daging pork. Sebab memang makanan dia. Yang aku ini apa hal pula. Tak guna. Otak terlebih kreatif buat vocabulary sendiri.

Itu belum lagi masuk dulukala. Dekat McD. Sampai mati jadi bahan gelak Dani.

"Yes miss. Having here?"
"No. I want to TAKE OVER."
"Err.. ok. Take away. Set yang mana cik?"

TAKE OVER?

What..?!

Terus orang McD itu belasah cakap melayu. Nasib baik dia tak gelakkan. Kalau dia nak gelak masa tengah isikan fries pun tak kisahlah. Nak gelak satu dapur dengan jemaah lain pun tak kisahlah. Asalkan bukan depan aku. Gila aib. Malu. Keji betul. Ada hati nak take over tempat orang. Itulah. Lain kali nak cakap Bahasa Inggeris pandang kiri kanan dulu.

Fine.

"Huzai, please take over the spork."

Ha.. cakaplah. Cakap. Aku tahu korang mesti nak cakap itu kan. Dani. Suhaila. Anis.

Haha.

Keji gila_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, December 14, 2008


_Jangan tak percaya. Dalam bergaduh juga ada adabnya. Ada seninya. Ada amalannya. Ada peringkatnya. Ada kaki gaduhnya. Ada musuhnya. Ada bala tenteranya. Setidak-tidaknya, kaki dan tangan itu bala tentera jiwa.

Kan.

Dulu masa sekolah rendah. Kami, merangkap aku dan adik Uri. Kami selalu bergaduh. Bergaduh pada peringkat matang. Kami tukang gaduh semi-professional. Bergaduh atas benda-benda yang logik untuk digaduhkan. Bukan bergaduh kering-kering tak pakai akal. Walaupun waktu itu masih lagi miskin akal, tapinya masih lagi boleh pakai akal, walaupun tak berapa nak akal dia punya akal yang tak berapa sampai tahap kebijaksanaan akal itu.

( Nasiblah kalau otak rosak lepas translate ayat itu. )

Lepas bergaduh secara lutsinar, bertindak.

Berlumba naik ke bilik laju-laju. Kunci pintu, masing-masingnya. Dan, tunggu. Bilik siapa yang tiba-tibanya ada air banjir, dia kalah. Itu perlumbaan menyiram air masuk ke bilik pihak lawan secara senyap. Silent Gangster, namanya. Tirulah di rumah. Tak salah.

Secara perubatannya, bilik air kami kembar siam. Secara geografinya, bilik air kami satu cuma. Berkongsi pada satu lubang mangkuk tandas dan kepala paip yang sama. Cuma kena tunggu giliran bila ada panggilan masuk kerja-kerja naik dan turun taraf membuang bahan kumuh serta isi perut.

Adab Pertama: Tidak perlu mencederakan pihak lawan. Cederakan saja harta benda mereka, sebaliknya.

Tektik bergaduh kami tidak terkira. Masing-masing kreatif dengan cara yang tersendiri. Memang susah nak cari bahan bukti pergaduhan, pendek katanya.

Suatu hari yang lain juga. Kami melukis bersama-sama. Kami suka berpura-pura melukis bersama-sama. Aku suka lukis orang lidi. Sebab itu saja skill melukis yang aku ada. Adik Uri hebat melukis. Aku pernah terniat ( bukan berniat ) nak 'pinjam secara senyap' semua lukisan dia. Lepas itu, jual dekat Pasar Seni. Dapat duit, aku nak beli kaset KRU. Dekat satu kedai old school yang jual kaset dalam Pasar Seni itu. Tapinya, tak berjaya. Memang 'thank you Allah'.

Masa melukis itu. Pakai pensel tekan. Gaya melukis secara moden. Malas nak pakai sharpener. Kami bergaduh secara semi-professional lagi. Dengan tak semena-menanya, adik Uri tikam kaki aku dengan pensel tekan. Terbenam 0.1 cm ubat pensel jenama tak ingat yang badannya biru putih bersaiz 0.5cm dekat kaki. Berdarah sikit. Lepas itu, dia melarikan diri. Tak guna. Kalah pula.

Terlupa.

Haah, sakit gila. Berlari-lari air mata.

Adab Kedua: Berkawan dengan pihak lawan dan bertindak. Orang putih kata, back front stabber.

Suatu hari yang lain pula. Kami bergaduh lagi. Secara semi-professional, tapinya. Masing-masing tak ada menunjukkan tanda-tanda nak bertindak. Bergaduh, senyum, blah. Itu saja. Ingatkan panas sampai ke petang. Rupanya, sampai ke malam. Memang cuaca panas masa itu. Tahu-tahu saja buku sekolah aku ada berhelai-helai dah kena siat dek budak itu. Tapi dia letak balik molek-molek dekat beg sekolah aku. Tak guna. Kalah lagi.

Sebagai balasan, aku koyakkan juga buku dia. Sikit. Dekat bucu, cuma. Tak sampai hati. Kata kakak kan.

Adab Ketiga: Bertindak secara senyap. Tanpa bahan bukti. Tanpa kotoran degil.

Itu semua cerita masa jadi tukang gaduh semi-professional. Sekarang tak ada dah. Sekarang lebih kacak. Kasta sudah naik taraf. Jadi tukang gaduh professional. Berbekalkan iman yang nipis gila tunggu masa je nak lerai dari jiwa. Beserta, secubit ilmu gaduh. Dan, berpatah-patah adab bergaduh seperti di bawah. Tips bergaduh, bahasa mudahnya.

Adab Bergaduh

  1. Hormatilah orang lain dan jangan sesekali mengatakan kepadanya bahawa dia salah.

  2. Kalau dah buat salah atau pun terasa diri itu salah, laju-lajulah mengakuinya secara terus terang.

  3. Kalau nak bagi pihak lawan tukar fikiran atau nak yakinkan pihak lawan, gunakan cara yang lemah lembut, ramah dan menarik. Jangan main kasar. Itu keji.

  4. Usahakanlah supaya pergaduhan itu sentiasa dalam suasana "ya, ya, ya". Masing-masing jangan jadi keldai. Bertolak ansur sikit.

  5. Biarlah pihak lawan itu membebel berbicara banyak.

  6. Lihatlah segala sesuatu itu dari kacamata pihak lawan. Tak pun pinjam saja cermin mata hitam dia. Tengok muka dia puas-puas. Jangan tengok benda lain. Fokus sikit.

  7. Bersimpatilah dengan idea dan keinginan orang lain. Jangan nak fikir diri sendiri je. Consider pihak lawan.

  8. Bangkitkanlah perasaan mereka yang lebih mulia. Walaupun sebesar habuk cuma.

  9. Tunjukkanlah idea anda. Tunjuklah dengan apa cara sekali pun. Ikut suka.

  10. Jangan suka membantah cakap orang dengan tujuan nak menonjolkan diri sendiri. Bagi dia habis cakap dulu. 8 hari pun tak apa.

  11. Gunakan paras suara yang rendah. Lagi bengang, lagi rendahlah suara itu. Kalau boleh berbisik pun lagi bagus.

  12. Jangan pakai bahasa kasar. Bahasa pasar tak apa.



Itu saja.

Pendek katanya, tukang gaduh terhebat adalah orang yang mampu belajar bergaduh sampai takkan pernah bergaduh. Itulah keunggulan tukang gaduh professional yang terulung.

Kiranya, please try this at home. At your office pun boleh. Jalan tengah-tengah bandar pun boleh_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 09, 2008


_Orang kata.. aku sombong. Terutamanya, dengan lelaki.

Hah.
Memang pun. Baru tahu ke.

Bukan sombong. Tak friendly cumanya. Lain je apa. Sinonim pun bukan. Antonim lagilah bukan. Sombong ibarat, bongkak, riak, takbur dan meninggi diri sikit. Barangkalilah. Tak friendly pula ibarat.. ibarat akulah. Teman tapi tak berapa nak mesra. Memang sejak zaman berzaman pendek katanya.

Masa zaman sekolah rendah. Mesti selalu kena tegur dengan budak-budak lelaki. Hari-hari kerja nak jeling je manjang. Entahlah sampai ke besar pun kena tegur kadangnya. Helo bro. Itu bukan jeling. Itu teknik memandang tanpa menggerakkan kepala oke.

Tak salah nak cakap aku sombong. Tak marah pun. Sebab aku memang tak friendly dengan lelaki. Kerek nak mati bagai. Hah. Kalau korang add aku dekat YM pun belum tentu aku mesej. Memang macam haram kan perangai. Kadang-kadang kalau tak kenal langsung.. memang aku delete je balik dari YM list. Keji gila perangai. Keji woh keji.

Nak minta maaf pun tak sah.

Kalau minta maaf berguna, nak polis buat apa. Kan. Kiranya. Faham-faham sendirilah tahap tak friendly aku. Memang kronik. Macam haram kadang. Makanya. Jangan kata aku tak bagitahu awal-awal eh. Bare with me if you dare.

Dalam jantina, aku berkasta.

Selagi organ pembiakan kita berbeza. And I'm not comfortable enough. Fikirlah 8 kali. Ha.. kalau gadis takpelah. Haha. Gua layan saja. Zass.

2.. ke 3 hari kebelakangan ini.

Merata-rata mata dengan telinga ini jadi saksi berita penceraian. Sana sini bercerai berai. Majoriti, artis. Normal ke? Dan sebagai memenuhi keseimbangan ekosistem zuriat, soalan macam 'Bila nak kahwin'... 'Dah ada calon ke?'... 'Bila lagi nak dapat anak sendiri?'.. memang gila rabak masuk telinga.

Sabar.
Senyum.
Blah.

Itu saja.

Cumanya. Bagi akulah. Kalau 'isi' di dada belum cukup penuh atau separuh penuh nak jadi pendinding diri. Kesabaran itu cuma ada dekat hujung jari. Tak payah nak kecoh fikir pasal kahwin. Jodoh dan maut kerja Allah Taala. Jodoh itu tetap ada. Kalau bukan dekat dunia fana yang penuh hasad dengki ini. Insyaallah dekat akhirat sana.

Itu janji Dia.

Minta maaf cakap. Tapi aku tak rasa bercouple itu salah satu cara korang nak get to know the jodoh. Mungkin korang rasa normal. Tapi bukan aku. Mungkin pasal aku memang semulajadi tak normal barangkali. Usaha memang kena usaha. Tapi ada banyak cara, rasanya. Tapi bukanlah dengan cara berdua-duaan. Kalau berdua, tengah-tengah itu ustazah cakap ada siapa?

Satan.
Kan?

Tahu. Tapi buat.
Entah.

Sungguh rabak muslimah masa kini. Zina itu. Zina. Aku dulu pun pernah terlibat dalam kancah zina ini. Bergelumang dosa. Cukuplah sekali. Isk.. sekali dapat jauhkan ini.. semoga sampai matilah agaknya dijauhkan. Semogalah. Iman nipis lagi ini. Aku harap korang pun dijauhkan sama. Aku pun jahil lagi. Solat pun lintang pukang kadang. Cumanya. Mencegah dosa lebih baik daripada merawat dosa bukan.

( Perghh.. rasa macam bagi tazkirah agama )

Kiranya.

Kalau orang lain tak sabar-sabar nak kahwin, go ahead. Hormat orang lain. Tak perlu nak drag sekali tanya pasal kahwin. Agak-agak kalau aku tanya, 'Bila kau nak mati?'. Atau...'Bila kau nak pergi haji?'. Atau.. 'Bila kau nak bertaubat?'. Atau.. 'Bila pulak turn kau nak naik kereta mayat?'. Atau.. 'Bila kau nak berhenti buat maksiat?'.

Apa kau jawab agak-agaknya.

Benda belum tau nak jadi bila.
Lagi mau tanya-tanya.

Bukan marah. Sound je. Mewakili mana-mana pihak yang dibelenggu soalan mengarut yang sama.

Haha.

Dah.

Garang tak. Aku garang tau. Itu fakta_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, December 09, 2008


_1429H. Aidiladha disambut sederhana cuma.

Macam biasa. Lembu dan aku memang tak berapa nak bergaduh. Lembu makan rumput. Aku makan nasi. Lembu makan nasi. Aku makan lembu. Kitar hidup yang seimbang. Hidup secara harmoni. Walaupun berlainan komuniti. Makanya, realiti gambaran lembu dikerat secara adil tak mampu nak berbekam dalam kepala.

Gila ngeri.

Darah..
Lembu menggelupur..
Darah lagi..
Lembu tinggal nyawa-nyawa ikan..
Darah lagi dan lagi..
Lembu telah tamat riwayatnya..
Darah masih ada lagi dan lagi.

Ngeri gila.

Cumanya. Aidiladha 1429H ini lebih best banyak. Dapat menganyam ketupat dan ketupat palas. Bermula daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Sampai mengigau dibuatnya.

Fuh..

Memang ngeri_

Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, December 05, 2008


_Kertas manglish Bahasa Melayu I. SPM 2088.

ARAHAN: Hati kasi bersih. Pen Kilometrico biru bermata runcing. No liquid paper. Tulis tanpa was-was. Mulakan dengan bismillah. Gunakan kekreatifan anda pada tahap tertinggi. Tinggalkan sekeping kertas saja sekiranya begitu dungu untuk menjawab soalan-soalan berikut.

Soalan nombor 1.
Huraikan maksud Disember 2008 mengikut kefahaman anda.
( tidak lebih daripada 188 patah perkataan )

Jawapan.
Disember 2008. Paling kacak. Cutinya banyak. Banyak yang galak. Sampai boleh bersorak-sorak. Setiap minggu cutinya membiak-biak. Gila banyak. Kepuasan hati dirabak-rabak. Memang kacak. Semua orang cuti berlambak-lambak. Sampaikan bos cuak-cuak. Office terbengkalai gila rabak. Tunggu masa nak kena rompak. Tapinya, aku tak. Baki cuti tak berapa nak gempak. Tengok orang cuti bagai nak rak. Jelousy di hati membuak-buak.

Rumus Algabra:
Minggu kedua 8/12 = AidilAdha
Minggu kedua 11/12 = Sultan Selangor Lahir Kembali Berkali-kali
Minggu keempat 25/12 = Hari Krismes Santa Claus Kerja Overtime
Minggu kelima 29/12 = Maal Hijrah 1430 Nak Kena Fikir Azam Baru Lagi

Soalan nombor 2.
Huraikan maksud "Jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja 4:3".
( lebih daripada 80 patah perkataan pun tak apa )

Jawapan.
Pagi tadi. On the way nak pergi mengais rezeki. Jalan Bangsar. Lampu trafik tengah merah. Kereta Myvi Silver. Lajur dan baris depan aku. Belah belakangnya tertampal stiker 'halus tak berapa nak ikhlas saiz tulisannya'. Penat aku zoom in anak mata. Rupa-rupanya, tertulis "Jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja 4:3". Terasa macam ada unsur humour. Tak berapa nak pasti. Mungkin silap deria rasa barangkali. Pagi-pagi dah nampak pro-poligami. Sengal ini.

Soalan nombor 3.
Huraikan perasaan anda jika digoda kaum sejenis.
( kalau terlebih daripada 180 patah perkataan pun lagi bagus )

Jawapan.
Semalam. On the way nak balik selepas mengais rezeki. Jalan Bangsar. Jem gila kronik. Pada paras berbahaya. Kelajuan kereta 5km/j setiap 10 minit. Memang 'thank you Allah'. Hampir menangis air mata darah. Tapi, kutahan saja. Apakan daya. Mata pula makin melayu. Mengantuk woi (intonasi bertanda seruan). Dengan tak semena-menanya, sebiji kancil di depan. Macam sarat. 5 orang jejaka yang.. tak berapa nak jejaka dia punya jejaka itu.

Maksud tersirat di sebalik ayat di atas, fahamkan sendiri.

Sekejap-sekejap tersengih berjemaah. Tergelak berjemaah. Gelak ketawa remaja riang ria. Sambil menari berjemaah. Memang... agak gedik. Dude, gadis-gadis lain yang semulajadi hot, mencari 'hot' atau pun perasan hot pun tak pernah menari macam itu dalam kereta. Dahlah senja. Lagi sikit saat je nak masuk maghrib. Dan sekejap-sekejap pandang ke kanan belakang.

Rupa-rupanya..

Mangsa adalah 2 jejaka yang 'boleh tahan rupa mereka tapi mungkin ada orang lain yang tengok sampai tak tahan'. Kereta jiran sebelah kami. Siap mereka terpaksa menjarakkan kereta berjengkal-jengkal. Gara-gara nak larikan diri daripada di'ayat' jejaka-jejaka kereta kancil itu. Gila kesianlah. Memang siaran langsung depan mata. Sampaikan siap overtake kereta-kereta lain semata-mata nak merapatkan saf diri dengan kereta mangsa.

Menakutkan.
Menangislah tengok muda-mudi zaman sekarang.

Semoga... semoga korang dipeliharalah daripada benda-benda mengerikan macam ini.

Soalan nombor 4.
Berikan pendapat anda tentang Hari Raya Korban.
( kurang daripada 50 patah perkataan )

Jawapan.
Berbondong-bondonglah lembu dan kambing bakal menjadi korban tahun ini. Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Semoga korang semua sentiasa dalam limpah dan rahmat dariNya.

Apa Itu Korban.

Dan baca juga..

Sudahkah Anda Berkorban?

Baik.
Karangan sudah tamat_

Sambung baca...

Kategori: ,

Tuesday, December 02, 2008


_Minggu ini barulah bermakna. Cuti sekolah bukan saja terletak pada sekolahnya. Tapi juga. Terletak pada jalannya. Jalanraya akhirnya lengang. Minggu ini. Dan sampai habis bulan ini. Semoganyalah. Kan.

Akhirnya.

Selamat. Lama aku tunggu tahu. Tunggu SPM tahun ini besar panjang. Nak tak nak sampai juga dia punya penghujung. Penghujung bukan sebarang penghujung. Penghujung sekolah menengah yang tak berapa nak menengah cuma. Memang full stop. Tapi. Jangan pula kau belajar sampai paras itu saja. Itu memang paras berbahaya. Belajarlah separas dengan Gunung Everest. Barulah kacak bergaya.

S = Sijil
P = Penamat
M = Menuntut


Walaubagaimana pun.

Bukan SPM saja selamat habis. Ada lagi yang bakal habis. Memang tak semena-mena habisnya. Habis secara tak disengajakan. Atau kadang, memang disengajakan. Sikit-sikit, lama-lama memang jadi bukit dia punya habis. Mengerikan. Memang gila tak ingat dia punya ngeri.

Mayat-mayat kucing dan anjing.

Semahu-mahunya bergelimpangan di tepi jalan. Di tengah jalan pun iya juga. Dengan perut pecahnya. Terkeluar semua isinya. Mata terbeliaknya. Lidah terjelirnya. Erghhh.. kesianlah. Pening lalat aku dibuatnya pagi-pagi nak pergi kerja. Habis jalanraya kena jilat dengan sebaldi darah mayat-mayat itu.

Maksud aku.
Kesianlah mayat-mayat itu.

Itu pun kalau pandang sekali, bukan takat terkesima. Teruja. Tersedih. Teristighfar. Tergeleng kepala. Tapinya. Siap boleh ter'accident' lagi barangkali. Gara-gara nak elak mayat. Memang bahaya. Kemungkinan besar, filem Bangkok Kuala Lumpur Dangerous bakal menapak di pawagam berhampiran anda tak lama lagi. Nantikan, sila.

Tapi kan..

Antara ayam, anjing, kucing, kambing, lembu, kerbau, ular, burung dan haiwan-haiwan lain. Yang wataknya adalah pengguna yang rajin melintas di jalanraya. Atau nama lainnya, pedestrian. Potensi ayam, lembu dan kambing adalah lebih tinggi untuk jadi sebahagian daripada jalan tar. Atau nama lainnya, mayat jalanan. Berbanding kucing, anjing, burung dan ular.

Sebabnya..

Ayam Kucing dan anjing. Sebelum melintas mesti tengok kiri kanan. Mesti punya. Tak pun, mereka akan lari sekuat hati bila nak menyeberang. Kalau tak percaya pergi duduk tepi jalan. Sila jadi saksi. Mereka memang melintas pakai mata. Dan sedikit akal. Yang tak berapa nak akal sangatlah. Tapinya. Memang kalau ada kereta, budak-budak itu siap boleh tarik langkah lagi sebelum menyeberang jalan. Bijak kan.

Kiranya.

Tak patutlah makhluk yang sedikit bijak menjadi mayat jalanan kan_


Sambung baca...

Kategori: ,

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.