Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, November 28, 2008


_Mungkin. Berhenti menulis.

Sekejap, agaknya.
Lama, boleh jadi juga.

Musim hujan sekarang ini. Kan. Cuaca pun sejuk manjang. Rahmat itu hujan. Hujan itu rahmat. Tak panas langsung. Jarang-jarang. Kadang-kadang, tak berapa nak jarang. Jualan langsung dah tak berapa nak langsung payung dan baju hujan pun makin laku. Sana sini pun orang tutup blog. Berhenti menulis.

Musim tengkujuh ini.

Kan_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, November 24, 2008


_Setiap manusia ada super power.

Ini memang built in punya super power. Standard. Tak ada nak modify hantar bengkel. Apa korang ingat Superman, Spiderman, Batman dan segala man yang lain je ke ada super power. Ordinary man pun ada tau. Macam kita, contohnya. Cumanya. Antara sedar dengan tak sedar je. Tapi memang iya. Kita semua ada super power.

Super power KITA, berjuta ganda lebih hebat daripada segala man itu. Iya. Percayalah woi. Tak payah nak pakai 'seluar kecil' dekat luar. Dahlah ketat. Berdarah-darah hidung manusia sejagat. Bukannya hebat. Percayalah woi. Tak payah nak pakai kereta kebal gila bersayap boleh tukar-tukar macam transformer. Tak payah itu semua.

Percayalah dengan super power kita.

"Lu tak caya sama wa ke beb?" Mat Pet (Malaysia).

Wa caya. wa ca.. yalah ni.

"You don't trust me?" Harry Potter (UK).

Trust. Trust. Unit trust.

"Lo nggak cayain ama gwe dong?" Dewi Sastroyo (Indonesia).

Cayain. Cayain. In aja dong.

Dulunya. Aku tak berapa perasan super power ini. Maklumlah. Tengah jahil. IQ pun memang rendah. Mak bapak bagi nasihat berbuih-buih pun macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri kadang. Tak pun telinga tiba-tiba berasap. Panas pun iya juga kadang. Memang satan masih menggelegak dalam jiwa.

Satu hari..

Dua hari..

Tiga hari..

Berhari-hari..

Bila datang kesusahan. Bila susah hati macam dunia dah nak kiamat dan tak sempat bertaubat. Bila sedih hati sampai nangis berguling-guling macam dalam dunia ini kita seorang je yang paling malang. Bila datang ketakutan macam semua jenis spesis hantu dan iblis tengah berkumpul dalam jarak 3cm dekat belakang kita.

Bila datang semua perisa jiwa.
Di situlah keluarnya super power kita.
Super power yang paling power dalam dunia yang power ini.

SELAWAT.

Kenapa aku kata super power.

Itu memang super power built in. Tertanam secara kekal. Tak dapat dicarigali. Dalam setiap hati kudus manusia. Yang mengaku bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Dan yang mengaku bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Macamana nak tahu super power itu ada power.

Senang je. Nak tau power tak power. Setiap kali kau bangun tidur. Kau test super power itu. Baca selawat. Setiap kali kau nak gosok gigi. Baca selawat. Nak pakai kasut. Baca selawat. Nak buka pintu. Baca selawat. Nak masuk kereta. Baca selawat. Setiap perbuatanlah pendek katanya. Verb orang putih kata.

Bukan takat itu je kau test super power.
Semua takat tau.
Baru kacak.

Bila kau kena tinggal awek/balak.
Bila kau ditimpa dugaan (yang kau panggil malang waemah bukan).
Bila dateline hari itu.. tapi banyak lagi kerja tak siap.
Bila berdebar-debar nak kena buat presentation depan bos.
Bila kepala tiba-tiba blank tak tahu nak jawab soalan test.
Bila nak makan tiba-tiba tak ada duit.
Bila kena marah dengan bos/kawan/mak/bapak/cikgu/bf/gf.
Bila terasa nak maki mencarut di tengah jalan raya.
Bila berjalan seorang diri malam-malam tengah sunyi.
Bila tak ada duit nak bayar hutang bil bagai.
Bila susah hati laptop hilang.

Dan. Semua bilalah pendek katanya. Tak ada kerja aku nak senaraikan semua 'bila' dalam satu dunia ini. Gila tak kacak. Harapan tulus ikhlasku. Semoga kau orang sedar diri bahawasanya, kita semua ada super power yang paling power seorang satu dalam dunia ini.

So, percaya tak sekarang_

Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, November 21, 2008


_Arkib lama. Al-kisahnya. Merujuk entri September 2005.

'Bagaimana nak baikkan gestrik. Tolong saya.'
oleh: 3vil gurlzZzZ
dikomen pada: 16 November 2008


< Gigihnya awak korek lubang arkib saya. Gigih sangat ini. Terharu >

Gastrik.

Tanpa gastrik. Siapalah perempuan. Ibarat buku lali dan tumit. Tak dapat nak dipisahkan. Aku antara 'peminat' tersohor gastrik sejak zaman berzaman. Tak berapa nak zaman sangatlah. Dari tahun 2000 sampailah ke zaman Choki Choki 2008 ini. Aku dan gastrik. Masih belum dapat dipisahkan. Kami insan 'bercinta'. Memang bercinta sungguh nak berpisah dengan gastrik. Memanggggg bercinta.

Ok, man.
Hentikan adegan bercengkerama bahasa sanskrit tak siap itu. Tak semenggah.

Mari saya rephrase (oh, manglish.. peduli!).

Dari sekolah menengah aku gastrik. Sebab aku jenis kera sumbang. Aku memang tak bagitahu sesiapa pun aku ada gastrik. Tak nak bagitahu. Dan tak suka nak bagitahu dan 'weh apsal kena bagitahu?'. Tahap kroniknya, tahap 1. No pain. No gain. No drugs. Gastrik itu baru nak masuk tadika. Baru nak berjinak-jinak dengan dinding perut. Makin lama makin membesar mentaliti gastrik itu. Sampailah masuk universiti. PPP UiTM, Shah Alam. Tahap kroniknya, tahap 2.

Tahap 2.
What do you expect? Mestilah gastrik itu dah berotak-otak.

< Otak.. otakk.. macam zombie kampung pisang. Ini iklan. Haram jadah betul >

Bila tahap 2. Setiap minggu kena gastrik. Yang paling worst, bulan puasa. Setiap hari gastrik. Setiap hari tau! Memang 'thank you Allah'. Setiap kali waktu sahur pun gastrik. Tapi, puasa tetap puasa. Peduli apa. Rabak dinding perutku pun rabaklah. Masa itu memang tekanan darah jadi rendah. Tekanan otak lagilah rendah. Kata IQ pun rendah. Kan.

Masa itu, dadah dan doktor. Itu teman setia. Selain bebelan bertenaga doktor 'akibat tak suka makan, nak diet, blablablablaballa dan entah apa-apa yang macam nampak berguna tapi tak berapa nak berguna' itu, aku dapat dadah juga. Air kapur. Rasa dia macam kapur kasut. Sebiji. Cuma bau ada sikit harum seperti pudina dan Chewing Gum. Kalau mental tak cukup kuat, memang ubat kapur itu lari keluar menjejeh-jejeh ikut hidung punya. Ditambah juga dengan separa tidur kuak tak berapa nak lintang secara bergulung sampai pagi.

Memang rabak. Itu tahap 2.

Aku?
Aku berserah saja. Tak melawan. Sakit itu kan penghapus dosa. Kononnya.

Secara tiga sukunya. Itulah kehidupanku yang bergelumang gastrik. Memang 'thank you Allah'. Seterusnya. Masuk tahap 3. Fasa hampir kritikal. Yang mana bila gastrik, aku tak boleh bangun. Tak boleh tidur. Tak boleh makan. Tak boleh nak lepaskan kenikmatan pergi toilet bagai. Pendek katanya, setiap masa kenikmatan dunia ditarik Dia. Memang 'thank you Allah'. Sebagai manusia berotak, hidup perlu banyak bersyukur.

< Otak.. otakk.. macam zombie kampung pisang. Ini iklan. Haram jadah betul >

Tahap 3. Aku jumpa Parasetamol. Yang putih. Bukan pink. Asal gastrik je telan 2 panadol. Asal 2 biji panadol je, telan gastrik. Kalau satu hari boleh tibai 1 papan panadol, memang tak sia-sialah makin rendah IQ aku. Tambahannya, air kapur. Dan ubat angin. Hah. Bukan saja perut aku berangin. Kepala pun berangin sama. Memang 'thank you Allah'. Zaman itu. Hidup dan matiku hanya pada panadol. Dan air panas mati yang boleh pijar lidah sampai mati segala jemaah tunas rasa. Kesianlah. Begitu panas sekali. Ditambah juga dengan separa tidur kuak tak berapa nak lintang secara bergulung sampai pagi. Seperti biaselah katakan.

Memang rabak. Itu tahap 3.

Aku?
Aku berserah sekali sekala. Kadang-kadang melawan. Sakit itu kan penghapus dosa. Kononnya.
Kena fight. Itu baru namanya usaha. Fight! Fight! Die! Die!

Semenjak, dua menjak kemudiannya. Aku makin matang. Gastrik itu lagilah makin matang. Aku dah berhenti telan panadol. Dan beberapa jenis dadah lain. Secara beransur-ansur. Ubat kapur pun habis aku tolak tepi. Kapur tak kapur. Kena fight. Fight! Fight! Die! Die! Sekarang. Aku cuma minum air panas mati. Sepanas-panas alam. Sebanyak-banyak mungkin. Dan koyok SalonPas berkotak-kotak. Dan 8 guni selawat sambil mengurut-urut dinding abdomen secara lembut dan bersahaja.

So, cik adik 3vil Gurlzz.


  1. Jangan biarkan perut anda dibelenggu asid. Makanlah setiap masa walaupun seciput cuma.

  2. Selawat dekat abdomen (sakit ulu hati) itu berjuta kali. Sampai tertidur pun lagi bagus.

  3. Tak perlu kurangkan minum kafein dan segala minuman bergas lain. Hentikan saja serta merta.

  4. Rajin-rajinlah minum susu. Kalau tak masuk, minumlah susu kacang soya.

  5. Kurangkan makan pedas. Hentikan saja pun lagi bagus.

  6. Kumpul duit setiap bulan. Khas untuk beli koyok SalonPas semata.

  7. Untuk baring, pastikan posisi anda sedang bersujud. Penting untuk asid turun ke otak.

  8. Pastikan bila tidur itu, posisi kepala lebih tinggi daripada badan. Jangan tidur tak berbantal. Asid senang turun ke naik ke mana entah perginya. Tapi pendek kata, jangan letak kepala sama level dengan badan. Ini tips paling penting. ( tips penting berwatak utama perlu diletakkan di akhir sekali )

  9. *Paling penting: Setiap pagi, sebelum sarapan.. sila ambil satu gelas air panas suam. Letak 1 sudu madu. Selawat banyak-banyak. Minum. Hari-hari. Ingat. Sebelum sarapan ya. Perut biar kosong dulu. Siram air madu itu banyak-banyak. Memang berkesan. Insyaallah.



Lagi satu. Orang-orang tua kata. Ubatnya kena kahwin laju-laju. Dengar cerita, perempuan yang dah berkahwin jarang kena gastrik atau senggugut atau sebarang masalah perut yang lain. Woh. Melainkan satu. Perut kembung dipenuhi embrio.

Itu sahaja. Selamat mencuba_


Sambung baca...

Kategori: ,

Thursday, November 20, 2008


_Zaman mengecapi mental jerlus. CASE UTM, KL. 2003.

David.
Merangkap watak utama.

"You tahu tak, kalau amoi muka cantik haa.. mesti selalunya blond and stupid."

Aku pernah dengar fakta itu. Kesahihannya kadang disangkal.

"Really? I wonder why."
"Because pretty girls are always stupid. They are stupid because they are pretty."
"Haha. Luckily I am not pretty David. Otherwise I'll be as stupid as them."
"Hahaha.. yeah. Exactly that's my point."


Aku kejung.

"Wait. So, you are saying that I am not prettylah ni? Teruklah you."
"Hahahahahahahahahahahaha.." David masih tergelak macam haram jadah.


Walau bagaimanapun. Gadis yang kacak adalah.. kurang bijak. Elakkan diri daripada perkataan-perkataan seperti bodoh, bahlol, bangang, bongok, lembu, bladichick, otak lembab dan seangkatan dengannya. Tak manis dipandang koklea. Tambahannya. Menambahkan lagi tahap mental jerlus dan tak cukup matang atau sinonimnya b*d*h.

Boleh pula.

Anyway.
Pretty girls, are you.. really that stupid?

Tepuk pipi tanya muka. Kebenaran itu pembunuh. Kesianlah_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, November 19, 2008


_Ada satu benda yang paling susah aku nak faham.

Lelaki memang gagah. Kental. Tegar. Sasa bagai. Tengok macam 'The Rock'. Memang kentalkan. Tough. Badan berketak-ketak ototnya. Bukan takat 6 ketul pack dekat perut dia. Dah 8 nak ke 10 barangkali. Itu baru The Rock. The Sun. The Moon. Belum lagi ahli bina badan macam Encik Malik Noor, Encik Arnold Schwazenegger dan Encik Rambo.

Hah.
Sasa kan mereka.

Ada juga lelaki gagah yang datang bersama pakej otot lain. Angkat bangunan pakai telinga. Tarik jentera pakai misai. Gantung batu-bata pakai lidah. Tarik kapal terbang pakai lubang hidung. Misteri nusantara sungguh. Memang suntik apalah organ mereka ini. Gila kental dan tegar.

Tapinya.

Ada satu benda yang paling susah aku nak faham. Homo sapiens berjantina lelaki yang gagah dan sasa dan kental dan tegar dan kacak ini. Yang memang tiada tandingan kalau nak dibandingkan dengan homo sapiens berjantina perempuan.

Macamana Encik Sponge Bob 'berseluar kotak tak berapa nak siap dan kalau picit-picit keluar air boleh sental badan' itu berjaya menarik hati lelaki?? Dan lagi sebiji. Seekor penguin yang bijaksana, degil, gigih, kental tetapi katik dan selalu miming keluar suara Eskimo macam tak siap bernama Pingu.

Rata-rata member lelaki dan adik lelaki dan saudara lelaki aku yang lain semua kaki kipas mati keras (die hard fan) Span Kuning Lembut Penyental Badan aka SpongeBob dan Pingu katik.

Tak kena

Kena ke?

Mana kena. Tak patut kena ini. Tak faham. Tak faham_


Sambung baca...

Kategori:

Monday, November 17, 2008


_Ini cara kami dua beradik gadis sayang-menyayang.

< Pokok Kepayang >

"Adik eg, awak nak tahu tak saya beli apa pergi Penang hari tu?"
"Nak.. nak!"
"Cuba teka dulu."
"Asam?"
"Bukan.."
"Baju?"
"Bukannn.."
"Alaa.. tunjuk jelah."
"Oke. Nah."


Lipan..
Mat Lipan.

Nama gua.. Mat Lipan

"Huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..!!"

Lalu. Adegan pinggan terbang. Kaki terbang. Baju terbang semua ada. Klasifikasi tak berapa nak sesuai untuk tontonan umum. Bukannya aku kejar pun kan. Aku rilek je berdiri dengan gaya 'potongan yang tak berapa nak ada potongan tapi bolehlah terpotong-potong' depan dia. Sambil senyum simpul-simpul ikat mati.

"Awak kenapa?"

Pura-pura tanya dengan muka langsung tak ada rasa bersalah. Waemah dalam hati gelak macam haram jadah.

"Akakkkkkkk..!! Tu lipan yang gigit nenek moyanglah..!!" Sambil berlari-lari ayam kering.

Lepas itu.

Sampai akhirat aku kacau dia dengan benda alah itu. Saban hari juga dia meracau-racau. Terpekik terlolong lari dalam rumah. Sejak itu. Adik eg selalu hidup dalam ketakutan bila nak masuk bilik. Sebab dia tau. Kakaknya yang tak berapa nak betul kewarasan itu bukan saja ada lipan jadian. Malah, lipas jadian dan cicak jadian pun ada. Koleksi makin banyak.

Ya..hu!

Cicak Kobain

Ini cicak mungil. Ukuran badan 24 24 25. Lahir tahun 1998. Berasal dari Beseri, Perlis. Harganya entahlah berapa. Makhluk pertama aku bawa masuk dewan exam SPM. Saja nak ajak jawab exam sama-sama. Konon sehati berdansa sejiwa. Masa kertas Bahasa Melayu I. Kesudahannya. Ramai yang histeria. Nasib tak kena pelempang dengan pengawas SPM bertugas.

Ini Lipas

Ini lipas jadian. Siang jadi Chewing Gum. Petang, senja, malam dan subuh pula jadi lipas. Memang GRO. Hebat bukan. Asal usulnya misteri. Berbekalkan RAM kepala yang tak seberapa ini, mana mungkinlah aku dapat ingat sejarah beliau kan. Cumanya. Kadang-kadang aku sendiri pun lemah jiwa juga dengan lipas ini. Mati segan hidup pun tak mahu. Entah bila nak dilepasnya Chewing Gum itu. Genggam erat dendam kesumat. Memang cinta sejati betul.

Mak?

Mak chill saja. Mak aku jenis insan yang rilek-rilek. Tak kecoh. Tak melatah. Lagi tak gentar langsung dengan makhluk-makhluk jadian itu. Makhluk jadian basic macam itu tak ada benda nak dihairannya. Sinonim, tak larat nak berkata-kata. Mana taknya. Ternak benda-benda tak berfaedah lagi membazir duit. Mesti perut mak tak sejuk mengandungkan aku. Mesti sampai cramp. Mesti suam-suam kuku punya. Kesianlah emak saya, kan.

Walau bagaimanapun.
Point pentingnya.
I am happy!

Ahakhakhaks.. yeslah!

Ini.
Cara kami dua beradik gadis sayang-menyayang.

< Pokok kepayang >

Itu. Sepatutnya pantun 2 kerat_

Sambung baca...

Kategori: ,

Sunday, November 16, 2008


_Ini semua. Cerita pasal emosi berkumpulan. Kategori balada.

Semalam. Aku mimpi adik Uri meninggal. Entahlah kenapa aku suka mimpi sedih cemas berlipat ganda. Mimpi kena tembaklah. Mimpi orang meninggallah. Namun begitu, orang-orang tua kata mimpi-mimpi macam itu selalu maksudnya berlawanan. Semogalah.

Dalam mimpi itu. Aku bagitahu emak, adik Uri dah tak ada. Sayu betul. Sobbing. Bersungguh-sungguh sedihnya. Sampaikan aku terjaga, aku masih sobbing. Mata berair. Hidung bermukus.

Ganas betul penangan CGI mimpi.

Dan sepanjang pagi tadi. Sampai ke malam. Kami semua sms dia bertubi-tubi. Tak dibalasnya. Kadang-kadang macam tak sedap hati. Tapi kena terapkan bersangka baik. Semoga dia masih panjang umur. Aku tak harap mimpi aku jadi kenyataan walaupun aku tahu semua itu ketentuan Dia. Semogalah. Tak sedap hati dibuatnya.

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Semalam juga dapat sms. Salah seorang budak kelas 'Seni Gerak' aku accident. Betul-betul lepas kelas Jumaat malam Sabtu itu. Motornya terbabas masuk longkang. Kepalanya terhantuk. Pendarahan dalaman. Masuk ICU. Koma sekejap. Baru lepas operate malam semalam.

Dengar khabar, keadaan dia dah stabil sikit. Waemah baru Jumaat malam itu aku passing beg dia. Walaupun dia seorang 'mamat'. Tapi masih sebati memakai beg warna pink. Memang takdir tak dijangka. Kerja Dia. Siapa yang tahu kan.

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Tadi malam juga. Ain sms. Katanya, aku bakal jadi makcik. Whoaaa..! Alhamdulillah. Gembira dalam duka. Gembira tang dia dapat rezeki anak. Duka itu pula. Entah datang dari mana. Mungkin sebab terfikir rezeki sendiri yang entah bila agaknya. Sayu dalam duka juga.

Takpelah. Kalau di dunia tiada, kata ketentuanNya. Aku tunggu dekat akhirat sana. Kerja Dia. Siapa yang tahu kan. Mana tahu kalau esok lusa bertemu jodoh. Whoaa..

Ini.
Kumpulan emosi sedih sayu balada.

Gara-gara nak masuk tahun 2009_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, November 16, 2008


_Sekarang baru aku paham. Tag itu ibarat kasih sayang. Nak tak nak terpaksa buat juga. Kacak tak kacak terpaksa layan juga. Terima kasih kepada Nessa kerana sudi bersedekah kasih sayang. Ok. Aku dah berusaha buat. Sekarang berusahalah membacanya sampai habis.

Berusahalah..~~

7 Fakta Tentang Saya


  1. Super ngeri dengan cicak.

  2. Choki Choki, ABC dan Slurpee adalah my partner in crime.

  3. Degil gila dan super keras kepala.

  4. Egomaniac, berlagak, stereotaip, perfectionist & susah nak mengalah.

  5. Putih adalah warna pujaan.

  6. Segala jemaah ikan yang mana aku siang dan robek perutnya, memang aku tak makan lepas masak. Kesian dekat binatang itu. Aku boleh imagine dia minta tolong masa nak kena siang. Dengan mata yang bundar bercahaya. Blinking-blinking. Tsk.. kesianlah.

  7. Lebih suka berdiam diri sunyi sepi dan melepak di rumah bersama keluarga sepanjang masa berbanding melepak dan chill di luar bersama masyarakat. Sinonimnya kera sumbang menyumbang.



7 Perkara Menakutkan di Dunia

  1. Kemalangan jalan raya.

  2. Kehilangan mak dan ayah.

  3. Cicak, kucing dan segala jenis binatang yang berbulu gebu.

  4. Laut, sungai, tasik, kolam dan seangkatan dengannya yang mana kalau dipijak tak bertapak dasarnya.

  5. Terjun daripada tempat tinggi.

  6. Tidur tak bangun-bangun.

  7. Sesat jalan yang tak berpenghujung



7 Lagu Buat Masa Sekarang

  1. Switchfoot - Dare You To Move

  2. Lifehouse - Take Me Away

  3. Lifehouse - Blind

  4. David Cook - Always Be My Baby

  5. Chris Daughtry - What About Now

  6. Jason Mraz - Lucky

  7. Drew Seeley - New Classic



7 Perkara yang Selalu disebut

  1. Bismillahirrahmanirrahim

  2. Gila kacak

  3. Chill man

  4. Ok cun

  5. Kesianlah

  6. Gila kental

  7. Tak berapa nak go



7 Perkara yang Amat Bernilai

  1. Imanku yang nipis

  2. Ibu

  3. Bapa

  4. Adik beradik + saudara mara pertalian darah

  5. Kawan-kawan rapat (you know who you are)

  6. Nami (sebab belum habis bayar weh..!)

  7. Kakeno (sebiji kamera kental Canon)



7 Pertama kali dalam hidup saya

  1. Pertama kali masuk tadika belakang rumah dan bergaul dengan masyarakat tempatan.

  2. Pertama kali tolong mandikan jenazah moyang. Perasaan menggosok kulit nenek dapur masih terasa sampai sekarang.

  3. Pertama kali tolong pegangkan leher ayam nak kena sembelih. Tak sempat ayam itu nak dikerat habis lehernya, aku dah terlepaskan tangan. Ngerii!!! As usual, kesianlah ayam itu woi!

  4. Pertama kali tumbuk lelaki yang besar dan sasa. Perasaannya macam, 'oh.. macam ini je ke rupanya tangan lelaki'.

  5. Pertama kali memandu. Kan aku pernah cerita dulu, langgar pagar sekolah rendah adik aku. Bumper depan Iswara ayah kemik dan jatuh melorot. Gara-gara tak tahu mana satu brek dan clutch.

  6. Pertama kali masuk sekolah rendah darjah 1, member depan aku buang air kecil dalam seluar. Dia nervous agaknya. Kesianlah.

  7. Pertama kali baca komik masa sekolah rendah. Sampai sekarang aku collect komik. Pembaca tegar, kononnya.



7 orang bertuah jawab tag ini.

  1. Dani

  2. Dope

  3. Astri

  4. LadyUgly

  5. Anisa

  6. Sweet Thinker

  7. Pacik Nuaeman



Baik. Itu saja_


Sambung baca...

Kategori:

Friday, November 14, 2008


_Ada dalam 3 ke 4 biji game sengal lagi klasik aku nak bagi.

Ini aku layan masa degree. Sekarang pun layan lagi. Di kala ngantuk sengal ayam. Tahap game ini memang tahap negatif. Tak adalah kacak bergaya macam House of The Dead, Counter Strike, Need for Speed dan Tomb Raider yang kami main dulukala.

Game ini tak perlukan skill dan IQ yang tinggi. Kalau level IQ anda lagi rendah pun lagi bagus.

Nama permainan: Kejar Cicak, Jangan Tak Kejar.
Cara bermain: Watak kau Ladybird. Makan seberapa banyak bunga yang boleh. Jaga-jaga cicak melintas dari pelbagai arah. Nanti kau kena ngap!
Download

Nama permainan: Teka Cicak, Lagi-lagi Cicak.
Cara bermain: Watak kau manusia. Kau kena teka kotak mana satu ada cicak. Kalau salah, kau tak kena makan dengan cicak pun. Cuma kesimpulannya kau memang bengap dan lembab sajalah.
Download

Nama permainan: Dope Wars v1.2
Cara bermain: Watak kau jadi Drug Dealer. Masuk black market. Beli dadah. Jual dadah. Hati-hati ditembak polis.
Download

Nama permainan: Dope Wars v2.2
Cara bermain: Sama macam Dope Wars v1.2. Interface saja lain sikit. Tapi lebih kacak dan chill berbanding versi lama.
Download

Permainan ini semua ringan belaka. Ringan macam Choki Choki. Paling busuk pun download dan sedekahlah bagi anak-anak main. Anak jiran ke. Anak saudara ke. Anak buah ke. Anak kapal ke. Anak tiri ke. Anak angkat ke. Segala jemaah anak yang wujud dekat muka bumi inilah pendek katanya.

Oke dah_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, November 13, 2008


_Konsep setia kawan. Malam semalam. Lepas kelas.

Soalan rambang pertama.

"Apa nama sahabat anda..?"

Masing-masing jawab nama kawan baik sendiri.

"Faris."
"Normah."
"Ani."
"Izat."
"Bini saya.."
"Si polan.. si polan.."


Soalan rambang kedua.

"Dalam masa 10 minit, kalau kena serang, siapa yang datang tolong kita? Kalau ada yang betul-betul datang tolong masa kesusahan tu, itulah dia namanya sahabat."

Ya juga.

Aku sokong 808%. No offence. Tapinya. Macam aku juga. Aku susah nak wujudkan istilah sahabat. Except. Kawan rapat. Kawan tak berapa nak rapat. Kawan tapi tak rapat. Kawan tak rapat langsung. Kawan tak kawan. Itu semua banyaklah.

Sebabnya.

Betul kata penyelia kelas aku. Dalam masa 10 minit ditimpa kesusahan, siapa yang datang tolong. Mana ada siapa-siapa. Cuma kaki dan tangan semata. Diri sendiri seadanya. Kesimpulannya. Kaki, tangan, mata, hidung dan mulut. Kaki tangan kerajaan semata. Pendek katanya, diri sendirilah sebaik-baik sahabat.

Aku rasa.

Sahabat itu bermaksud.. segala-galanya pun didahulukan demi untuk sahabatnya yang lagi satu. Walaupun dia dalam kesusahan. Walaupun dia dalam kelaparan. Walaupun dia tinggal separuh mati. Walaupun nyawanya dihujung tanduk. Tetap didahulukan teman. Semua keutamaan diletakkan pada sahabatnya semata. Menangis saing. Makan sepinggan. Tidur sebantal. Susah sama dipikul. Senang sama dibaling saja. Semuanya serba-serbi saing. Buang air besar kecil bagai pun saing.

Simpel saja term sahabat itu.

Ada bila diperlukan. Ada bila tak diperlukan. Pakai tak pakai. Tak pakai, pakai pun tetap ada saja. Makanya. Pasal itulah ayat 'Jaga Diri' diberanakkan. Jaga diri. Mekap peribadi. Tak kisahlah pakai MAC ke. Avon ke. Mabelline ke. Oil of Ulay ke. Apa lagi entah nama jenama-jenama kosmetik plastik mat saleh ini. Belasah kering saja.

100 Plus.

Manusia naif zaman ChokiChoki sekarang ini kena lebihkan diri sendiri semata. Kerana dirimu begitu berharga. Tagline jenama apa entah. Lagi juga. Perlu bersikap selfish dan acuh tak acuh dengan orang lain. Semuanya 'jual ikan' belaka. Aku termasuk sama. Tak terkecuali langsung.

So.
Tanya sikit, korang ada sahabat ke_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, November 12, 2008


_Zombie Kampung Pisang. Rasa macam satu Malaysia dah tengok.

Aku belum.

Cuma aku sempat tengok beberapa minit nak habis. Adegan di mana segala jemaah zombie itu nyanyi lagu 'Semboyan telah berbunyi, menujuuuuu medan bakti'. Sambil ditangkap polis-polis. Kiranya, asal usul kenapa Kampung Pisang itu nama Pisang pun aku tak tahu. Kenapa zombie itu semua jadi zombie pun aku tak tahu. Kenapa watak-watak utama yang ramai dalam cerita itu tak jadi zombie pun aku tak tahu.

Cumanya.

Aku rasa cerita itu ala-ala Resident Evil barangkali. Lagi pula, kenapa entah tajuknya bukan Bangkai Bernyawa Kampung Pisang atau Mayat Hidup Kampung Pisang instead of Zombie Kampung Pisang. Juga aku tak tahu. Dan kenapa kena pisang tidak betik atau juga manggis. Lagilah aku tak tahu.

Yang aku tahu.

Ramai kata cerita itu sengal dan best tahap melampau nak mati. Lawak tak berapa nak siap. Kata mereka.

Anyway.

Semalam aku mimpi jadi watak dalam Zombie Kampung Pisang itu. Bezanya. Aku bukan zombie. Apatah lagi pisang. Tapinya. Kawasan rumah aku itu dipenuhi Zombie. Dan juga pisang. Siapa yang berjaga malam-malam, memang kena gigit dan transform jadi Zombie. Siapa yang tertidur bungkus itu memang tak transform pendek kata. Teorinya. Simple saja. Kalau kau tidur mati malam itu. Kau takkan jadi zombie pendek katanya. Zombie itu pun tak berselera nak kejutkan kau panjang katanya.

Mereka punya tak berselera itu sampai berpeluh-peluh aku mimpi tau, tapinya!

Dalam mimpi itu.

Kena cari kereta. Nak kena lari dari kawasan itu. Dalam rumah, masih lagi area Melawati. Bila buka pintu rumah, jalanraya itu bertukar jadi jalanraya depan rumah atuk aku dekat Kluang. Gila besar ruang lingkup mimpi aku. Sebesar-besar ruang lingkup pun, memang susah gila nak cari kereta. Belakang rumah aku pula. Tiba-tiba macam banyak kereta. Ada rupa seakan parking lot pendek kata. Tapinya. Sepatah Sebuah haram pun tak boleh pakai.

Memang dasar mimpi betul.

Masa itu. Bakal senja. Aku dah gabra ayam. Nak lari mana-mana pun tak ada idea. Tengok langit macam nak gelap suam-suam kuku. Gila cemas. Alih-alih pula datang Litium, Nurnana, Ayumi, Maoi, Dani, Adik nurse. Gila ramai roh-roh berkeliaran masuk mimpi aku. Entah kenapa semua nak jadi hero. Tiba-tiba watak semakin ramai. Discuss punya discuss. Dah tak tahu nak lari mana. Kami semua bersepakat membawa berkat.

Solusinya.

Aku dan adik nurse tidur. Watak-watak lain semua pergi berjuang menentang jemaah zombie serata Melawati sampai ke Kluang. Kamikazelah mereka makanya. Berjuang kering. Kesudahannya. Aku bangun tidur. Dah pagi. Semua zombie dah lesap. Dan aku selamat. Tapi peluh-peluh keseramannya masih ada. Dalam mimpi itulah.

Kawan-kawan yang lain. Entah apa jadi. Dah jadi zombie. Atau dah jadi pisang. Wallahualam. Tapinya. Gila cemas. Tak banyak tempat nak larikan diri. Sebab itu aku tak suka tengok cerita unsur horror. Boleh terpengaruh masuk mimpi. Menakutkan orang yang tak berapa nak takut sampai jadi penakut. Keji betul.

Tapinya.

Mimpi ini stabil lagilah efek dia. Dulu aku pernah mimpi kena selamatkan orang. Macam jadi tentera pejuang Bosnia. Tak berapa nak gerila. Tapi ada sikit seakan gerila. Jadi hero. Yang mana aku kena tembak tepat dekat telinga kiri. Berdarah-darah masuk lubang telinga. Tapi tak sakit. Cuma lepas terbangun tidur, telinga kiri aku berdesing-desing pekak sebelah tau. Macam kena tembak betul-betul pula terasa.

Gila real CGI dalam mimpi itu_

Sambung baca...

Kategori: ,

Tuesday, November 11, 2008


_Dalam toilet. Aku. Suhaila. Wudhu.

Orang perempuan. Dalam bilik air memang suka betul bercerita. Dalam bilik lain tak nak pula bercerita. Entahlah kenapa. Tak perlu tanya. Nama pun orang perempuan. Faham-faham saja.

Kan.

"Aku dah janji dekat anak buah aku, lepas SPM nak bawak pergi jalan-jalan."
"Aik? SPM dah start ke?"
"Laaaa budak ni.. mestilah. Hari ini start. Paper BM. Kau ni Huzai."
"Laaaaaaaaaa.. ye ke... aku ingat belum lagi."
"Apsal? Kau ada adik yang SPM ke?"
"Mestilaaaahhhh.. adik last aku tu."
"Ish ish ishhh.. habis kau tak wish ke kat dia."
"Mestilaahhhhhhhh takk.. alahaii.. takpelah. Aku wish nanti. Belated."
"Ish ish ish.. apa punya kakaklah."

Tengok. Aku lupa.

Adik uya.
Selamat berjuang ya. Ingat janji kakjai dulukala.

1 A = rm50

Amacam?
Berusahalah makanya.

"Budak-budak sekarang bestlah. Pakai gred A. Kita dulu pakai agregat je. Asalkan pangkat 1, dah kira bijak dah."
"Haah kan."
"Kiranya, zaman kita dulu bodohlah kot ek. Sebab kalau tak dapat A pun, tapi asalkan Pangkat 1 Agregat 24 pun tetap bijak."
"Hahahahaha.. haah."

Ya tak ya juga.

Aku dulu. SPM 1998. Dapat 2A je. Itu pun bukan A1. A2 barangkali. Subjek apa entah. Tak ingat pun. Yang aku ingat, mana-mana subjek pun aku tak habis study. Jangankan sejarah. Fizik. Kimia. Biologi. Hancur. Cuma dapat score Matematik je. Sebab aku suka Matematik. Yang lain semua belajar sambil berenang di atas awan.

Eh,
sebelum SPM, pakai apa eh?

Kalau PMR, sebelum dia nama SRP. Kalau SPM pula, siapa nama_

Sambung baca...

Kategori: ,

Monday, November 10, 2008


_Orang kata. Peluang datang sekali saja.

Pagi tadi. Bos tanya.

"Hi Huzai. Do you want to upgrade your Photoshop?"
"Err.. why Mr.B?"
"I heard that Adobe has already releasing their Photoshop CS4. So, if you want to upgrade your Photoshop please tell me."
"Emm.. mine is already the latest version. CS3 Extended version. I think I don't want to upgrade yet Mr.B."
"Ok. But if you want to change your mind. Please tell me. I'll get one for you."
"Err.. ok. Thanks."

Aku menolak Hang tuah.

Gilalah.

Photoshop CS3 Extended rm4k lebih ini pun aku tak habis khatam. Ini nak upgrade ke CS4. Memanglah teruja. Tapi.. tamak tidak begitu bagus dalam kehidupan. Mahal pula itu. Kesianlah. Nanti terikat kuat dengan ofis. Hutang budi dibawa ke liang lahad. Lagi pula. Gerak hati mengatakan bahawa, semakin mahal harga Photoshop yang dibeli, semakin hebatlah grafik yang dihasilkan. Sekiranya tidak begitu memberangsangkan, nescaya akan dipenggal kepala menjadi 8 cebisan.

Another Mona Fandy.
Taknaklah.

Anyway.
Dalam satu ofis ini, aku seorang je yang pakai XP dan Office 2003. Lain semua Vista berserta Office 2007. Kacak kan mereka. Akulah paling gila tak kacak. Tak kental. Tak hebat. Kesian. Kesian. Takpe. Biar low profile asal hati kacak bergaya. Asalkan bukan materialistik dan Photoshoplistik.

Tapi kan,
agak-agak nak request ke CS4 itu.

Terasa keji. Hihi_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, November 06, 2008


_Silence is a bliss. Ignoring lagilah bliss.

Malas nak cakap banyak. Semua rasa ada. Bercampur baur. Sila bagi gua sikit masa. Hilangkan marak api neraka. Penuh satu kepala. Bengang. Sedih. Grudge. Dendam. Hati tak tenang. Annoying. Meluat. Menyampah. Semua ada. Inilah akibat mengumpulkan semua dalam satu kawah yang sama. Dia punya lava meleleh merata-rata.

Sila bagi gua sikit masa.

Anyway. Mencari bila diperlukan. Tinggalkan bila dalam kesenangan. Mengumpat dan menikam dari belakang. Derhaka. Keji. Ambil kesempatan. Berpura-pura baik di depan. Belakang seperti jin dan satan. Sayang manusia ditangan-tangankan. Itu semua benda basic jadi manusia. Basic saja.

Sila bagi gua sikit masa.

Ha. Sepatutnya aku nak cakap. Aku tak suka YM. Aku dah berhenti borak dengan manusia. Aku tak friendly. Jangan add aku masuk YM kalau tak kenal. Walaupun aku letak dekat public YM Id. Buat-buat tak nampak saja. Aku tak borak dengan orang yang tak kenal. Lagi pula kalau orang yang berkawan atas unsur parasrupalistik. Atau.. materialistik. Atau popularistik. Kenalan dekat pun tak terjaga. Minta maap. Aku kera sumbang. Jujur. Aku tak friendly. Agak-agak aku tak suka nak layan.. memang sampai akhirat aku tak YM. Tapi kadang. Gua tertido depan laptop. Itu ikhlas. Sori naik lori. Dahlah handphone mangkuk mana entah selalu suka merepek main-main. Aku macam rasa tak nak pakai handphone dah. Gila kencang sakit hati. Lamanya pembalasan mainkan handphone orang masa hingusan dulu. Dah taubat ini. Letih.

Woi.
Gua cintakan keamanan. Die hard fan keamanan tau. Sebelum gua bagi buah serang, silalah sedekah kebebasan.


Waw..~~

Ini rupanya kemarahan.

Padam.
Padam.

Sila bagi gua sikit privasi. Gua tak nak benci manusia. Tak mulia. Tak kacak. Bagi gua masa nak chill sikit. Ambil nafas. Istighfar. Buat masa sekarang, gua nak duduk gua. Kawan-kawan tersayang, mari teruskan next trip ke Taman Negara pula. Marilah_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, November 06, 2008


_Oke. Oke. Aku admit.

Tahap pendidihan memang sangat ketara tingginya. Bila kena tembak tepat dengan mata jejaka. Memang boleh tak keruan. Dengan berdebar-debar tak tentu arah secara tiba-tibanya. Peluh sejuk. Semua benda serba tak kena. Waktu-waktu macam itulah boleh jadi orang bodoh. Spastik. Memalukan diri sendiri. Normal kan.

Macam haram.

Jumaat lepas. Stesen minyak Petronas. Belakang Ampang Point. Ada pam kosong. Nampak macam kacak dari jauh. Memang mengundang masuk. So, aku pun masuk. Menonong begitu saja. Turun kereta dengan kacak embunnya. Tempat masukkan minyak pun dah ternganga. Tengok pam nombor berapa.

Nombo 9.
Diesel.

Ah.. sudah.

Silap masuk. Dah salah. Dah salah. Angkat muka. Tengok kiri kanan. Nampak brader Satria depan tengah pandang straight. Tepat. Masuk mata. Sengih tak bertempat. Smirking. Sambil isi minyak. Watak dia. Tak berapa tall. Tak berapa dark. Muka bumi beliau ada sikit kacaklah tapi. Dressing kacak juga. Kemas. Kemeja putih. Seluar jeans. Memang bunyi macam kacak.

Kalau tak.. macamana aku boleh transfer jadi bongok depan itu kan.

Nervous aku tau.

Sengih-sengih macam perasan manis. Brader itu pandang tak berkelip. Macam tak pernah tengok perempuan. Motif nak gelakkanlah itu. Sampai kesudahannya. Nak cover malu punya pasal. Aku buat-buat masuk kereta balik. Tutup pintu kereta. Capai handphone. Buat-buat macam tengah on the phone. Konon-konon. Waemah saja letak dekat telinga.

Nak cover punya pasal.

Aku drive. Aku blah terus dari daerah itu. Selaju mungkin. Brader itu tak lepas pandang. Sampaikan aku rasa tayar Nami boleh cair kena lazer mata beliau. Gila tak tahan. Tak guna. Malu malu. Panas muka dibuatnya. Berpinar-pinar kepala. Aku rasa dia Cyclops jadianlah. Sampai balik rumah pun aku tak tutup tempat isi minyak Nami itu. Bengang betul dengan diri sendiri.

Nervous aku tau_

Sambung baca...

Kategori: ,

Wednesday, November 05, 2008


_You see man. I don't take coffee. Or any caffein based.

Ecececeh.. cakap english berhabuk.

Bahasa majmuk.
Tulis majmuk.
Tak salah.

Sebenarnya. Fakta tepat kenapa aku tak sebati dengan kopi adalah sebab gastrik. Percintaan dan kebahagiaan kami terhalang. Sebab orang ketiga. Kiranya. Itu pasal kami tak ada jodoh. Sekarang. Hidup lebih bahagia. Bersama Milo. Walaupun tanpa kasih sayang kopi. Nasib baik tak bercinta dengan kopi. Kalau tak.. mesti dah dapat anak berlipat ganda. Migrain namanya.

Gila tak kacak.

Tapi yang lebih sebenarnya. Fakta terulung kenapa aku tak pandang langsung kopi walaupun sampai parah dia ngorat. Adalah disebabkan. Disebabkan. Sebabkan.

Kejap.

Korang pernah tengok iklan Eno dekat televisyen? Brader itu perut dia gila kencang berkeroncong lagu Chemical Romance - The Black Parade. Sampai satu lif pandang brader itu atas bawah. Perut brader itu pula makin lama makin besar. Mengembung. Sebabnya. Angin lintang penuh gila dalam itu. Macam separuh nak pecah juga perut dia mengembang. Kenduri angin lintang. Sekarang sila fokus pada angin lintang dalam perut beliau. Bukan pada pengembungan perut.

Think inside the perut, man.

Ha.
Tengok kan? Kan?
Iklan itu sangat penting dalam hidup aku tau.

Itulah sebab sebenarnya_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, November 04, 2008


_Apa punya jenis percutianlah entahnya.

Gila penat berganda.

Percutian yang tak dapat dilupakan. Memang kenangan. Percutian anak dara 4 sekawan. Dan 1 hero. Budak-budak VersaPAC semata. 4 hari. 3 malam. Dengan Maverick. Si hero. Ha.. Maverick ini bukan watak baru. Ini memang kawan Nami. Seekor Myvi juga. Hitam manis tapinya. Wataknya.. boleh tahan. Tall. Dark. Dan kacak. Potongan badan juga agak kencang. 36 28 40. Kulit berkilat. Dengan debu-deban. (Hihihi.. jangan hot ya tuan Maverick..~~)

Kiranya.
Memang penat berganda.

Perak.
Jumaat. Destinasi Kampar. Sedut oksigen. Sedekah karbon oksida. Sedut. Sedekah. Sedut. Sedekah. Lalu Taman Tasik Taiping. Jumpa pokok-pokok sujud. Menyembah bumi. Makan Yong Tau Fu sampai ke Taiping. Gila terbaik. Dia punya feel.. memang tak terkata. Tengok Taiping cuba. Baru tahu leleh tak leleh dia punya saliva. Memang kacak dia punya rasa. Malam pertama kami di situ.

Pulau Penang.
Sabtu. Destinasi Bayan Baru. Sedut oksigen. Sedekah karbon dioksida. Lari-lari manja tak bertempat sekeliling pantai Batu Feringgi. Main baling-baling air. Nak mandi tak lepas. Masing-masing usung seluar jeans sehelai. Basah suam-suam kuku saja. Night marketlah sasaran pertama. Tak ada yang lain di hati. Cumalah dia semata. Dalam 3 jam bertawaf satu night market. Memang tak ada kerja. Malam kedua kami di situ.

Pulau Penang. Lagi.
Ahad. Destinasi Batu Feringgi. Jalan-jalan sedut oksigen tak berapa nak tercemar sekitar Persiaran Gurney. Ini semua gara-gara nak cari jalan ke Bukit Bendera. Gila tak jumpa. Waktu tak nak pergi, jumpa pula papan tanda dia. Tak guna. Faham-faham saja takdir aku dengan jalanraya. Memang gila sesat, jalan tak jumpa. Sedih. Sedih. Kesian Dani. Kempunan. Lepas Gurney, balik samak segalanya. Layan Night Market lagi. Puas gila. Manusia dah kurang. Maklumlah. Esoknya kerja. Kami saja yang tak ingat nak balik. Sayang KL, tinggal-tinggalkan. Malam itu. Malam terakhir kami di situ.

Kuala Lumpur.
Isnin. Lewat petang nak ke senja baru sampai. Penat memang tak ingat punya. Dengan selsema dan sakit tekaknya. Dapat habuan pendek katanya. Berlipat ganda. Memang terasa deritanya. Utara punya cuaca. Memang kering semata. Awannya kena sorok kalau tengok pada gayanya. Memang panas lagi kering tak ingatnya. Pening gila kepala. Memang terasa bahang api neraka. Fuh..~~

Hah. Nak apa mendanya. Habis sudah. Itu saja_

Sambung baca...

Kategori: ,

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.