Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, September 25, 2008


_Ini sesi bermaafan.

Mintak Sori ye..~~

Memandangkan aku ada lebih daripada 8 baldi dosa. Makanya. Wajib sangat-sangat beli EyeMo dan berlutut merayu meminta maaf dan duit raya rm80 kepada kawan-kawan semua. Aku.. ikhlas. Minta maaf secara ikhlas. Baru original. EyeMo itu sahaja tak ikhlas. Bahan-bahan tiruan terlalu banyak di dalamnya. Barulah cetak rompak.

Apa-apa pun..

*Berlutut sambil menitikkan 8 titik EyeMo di kiri kanan mata.

Ehemmm..

Saya.. saya nak minta maaf. Sebab banyak buat dosa. Perdajalkan kawan-kawan. Lagi suka bercakap secara luar biasa kurang sopan. Minta maaf. Sengaja. Kadang-kadang tak sengaja. Tapinya. Lebih banyak lagi yang disengajakan berbanding tak sengaja. Ikhlas ini (sambil titiskan lagi 8 titik EyeMo tanda jujur).

Kiranya. Minta sori ya..~~

Saya nak minta duit raya halalkan segala makan minum. Kadang-kadang sebenarnya pernah termakan terminum tanpa izin macam pendatang asing. Makan sorok-sorok. Tak pandang kiri kanan. Mana nak tahu. Letak tepi pintu siapa suruh. Ingatkan sedekah. Sebab itu main belasah.

Kiranya. Minta sori ya..~~

Sila menyambut Aidilfitri secara gila sopan. Berhati-hati di jalan tar. Ingatkan saya jangan merempit. Kalau mengantuk, berhentilah di tepi lebuhraya sambil menyanyikan lagu rockapak 80'an 'Pusara Di Lebuhraya'. Kalau saya terpotong kereta anda di tengah lebuhraya selatan. Sengaja atau memang disengajakan atau tersengaja.

Kiranya. Minta sori ya..~~

Sekiranya juga. Umur tak panjang. Kenangku dalam doamu. Tolong sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak. Panjang umur jumpa lagi. Jaga gigi diri. Mekap peribadi.

Aidilfitri.
Cuti datang lagi. Cuti. Cuti.

Sebut 3 kali baru mujarab_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, September 25, 2008


_Hah Anis.

I sudah buat. Terima kasih daun keladi wawa kerana sudi menTag I yang tak pandai main Tag ini. Apekejadah tag-tag ini. Terasa agak kurang kacak. Tapinya. Disebabkan kasih sayang I, so I layankan ajelah sambil berendam air mata. Hah. Nak kena tag orang lain ke. Siapa yang perlu diperdajalkan ya. Kejap fikir. Fikir kejap.

Percayalah.

Semua di bawah ini memang tiada yang lain melainkan lain benar belakanya..~~

1. The age you'll be on your next birthday:
Fine. 28. *oke oke.. mari buka iklan mencari jodoh.

2. Place you want to travel to:
Negeri-negeri arab. *plural ya.

3. Your favorite place:
Rumah Saya.

4. Your favorite food:
Masakan mak sorang je.

5. Your favorite pet:
Pet..?! Hoho.. no. no. tengs saje.

6. Favorite color combination:
Putih. Err.. Pink..? *kacakk..~~

7. Favorite piece of clothing:
Err.. telekong? *hihi..~~

8. Your all time favorite song:
Talqin. *bermuka serius dan confident.

9. Favorite TV show:
Upin dan Ipin.

10. First name of your significant other/crush:
Err... boleh saya 'crush'kan anda? haha.

11. Which town do you live in:
Bandar Kuala Lumpur.

12. Your screen name/nickname:
Famia.

13. Your first job:
Programmer.

14. Your dream job:
Homicide Psychologist. *kacak kannn..~~

15. One bad habit that you have:
Basuh bilik air. *apakejadahkah..~~

16. Worst fear:
Cicak...!!!!!

17: Things you'd like to do before you die:
Cukupkan 'bekalan'.

18. The 1st thing you'll buy if you get $1,000,000:
EOS 5D Mark II. *apakejadahnya..mestilah kamera..~~

19. Your husband/wife:
Tanya.. namakah? Oke. Nama beliau.. kena ada huruf h.. a... yang lain-lain itu terpulang. hihi..~~

Oke.

Orang yang sepatutnya diperdajalkan:


  1. nurnana

  2. Litium.. hah tukar tukar..ko takkan buat punya.

  3. ezad

  4. sahrulia



Cukup cukup. Mereka sajalah yang diperdajalkan. Nanti ramai sangat aku kena minta maaf balik. Oke. Fullstop_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, September 25, 2008


_Minyak naik harga. Turun harga pun tak berapa nak ikhlas. Turun jadi rm2 lah kalau berani. Lagi. Harga tepung pun naik. Harga dakwat hitam pun naik (aa.. pasal itu kad raya aku tulis tahun ini warna ungu). Harga dakwat ungu tak naik. Lagi. Harga kertas pun naik. Tambahan lagi juga. Harga besi pun naik.

Makanya.
Sebab itu tak perlu bagi duit raya.

Tapi tak apa. Tahun ini aku bagi juga duit raya. Cumanya. Terhad saja. Sebab sudah ada idea bernas. Bagi mengelakkan daripada bersedekahkan duit raya secara kering begitu saja. Hoh Hoh hoh (ini gelak senang hati). Hey! Ini bukan kedekut nak mati tau. Ini cara berjimat. Lagi pula bagi duit raya perlu diukur dengan unit keikhlasan masing-masing.

Aku ikhlas.

Makanya. Sebab itu kena catu sikit duit raya. Pasal aku... ikhlas. Unit keikhlasan aku adalah 8cm cuma. Makanya. Sebab itu kena catu sikit duit raya. Pasal.. aku ikhlas. Aku ikhlas. Aku ikhlas. Takaful Ikhlas. Damn. Ulang banyak kali bermakna tak ikhlas sebenarnya. Ini teori psikologi manusia.

Peduli.

So..

Cara-cara Untuk Mengelakkan Daripada Memberi Duit Raya:


  1. Letak duit 1 sen sebanyak 10 keping dalam sampul duit raya. Nampak macam banyak dan berat sikit. Barulah orang kaya.

  2. Letak Chokichoki 1 biji dilipat-lipat tiga dalam sampul duit raya. Nampak macam segompol duit kertas. Barulah orang kaya.

  3. Sebelum budak-budak datang beraya. Diri depan pintu rumah. Sambil nyani lagu Gong Xi Fa Cai. Dengan baju melayu merah bersampin hijau berseluar kuning. Tangan mesti pegang periuk dan senduk. Ketuk ketuk itu lebihkan sikit. Baru feel. Barulah orang kaya.

  4. Letak parang, sabit, garpu, sumpit, penyapu buluh, pokok buluh, pokok bakau (kalau ada), kapak dan segala objek tajam lain betul-betul depan pintu rumah. Sepah-sepahkan objek-objek tersebut penuh depan pintu. Baru hari raya. Barulah orang kaya.

  5. Letak batu nisan depan pintu pagar rumah. Balut pintu pagar dengan kain putih. Pakai baju serba putih. Rambut kasi dye putih. Kuih-muih semua biarkan putih. Letak air mawar dengan air yasin satu jag tepi pintu. Kalau ada orang datang, renjis dengan air yasin dulu. Baru renjis dengan air mawar.



Hah.

Nak tiru, tirulah. Memang cepat terpengaruh betul_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, September 24, 2008


_Mood raya.

Gila. Akhirnya, terkubur juga perjuangan menahan nafsu beraya saya. Wah.. patut letak rasa sedih ini. Dengan efek air mata. Sambil merenjis air limau 8 titik pada mata. Kiri dan kanan. Sob.. sob.. sob..

Pedihhhnyeee...~~

Cukup. Cukup. Tak perlu begitu melampau. Dramatik. Mari memaafkan diri sendiri ya! Bermaafan itu penting sesama insan. Tapi kalau sesama diri sendiri, lagilah penting. Ada pepatah juga mengatakan, 'kalau maaf itu berguna.. nak polis buat apa'. Hah. Faham ke? Faham tak faham. Tak faham sudah.

Oke.

Dalam 1 Patah Perkataan.

Sila tolong dan please dan dirayulah bagitahu saya kenapa anda suka Hari Raya. Ini penting. Hidup dan mati gembira anda di hari raya boleh mempengaruhi hari raya saya. Tolonglah. Saya nak balik beraya ini.

1 saja ya.

Tak perlu begitu degil_


Sambung baca...

Kategori:

Monday, September 22, 2008


_Ini minggu sipi terakhir. Kerja pun makin malas. Fikir nak cuti je. Cuti nak fikir je. Fikir je. Cuti je. Cuti je. Fikir je. Kalau boleh cuti Jumaat ini, lagi bagus. Boleh lepak rumah. Tak ada jem. Tak ada sesak manusia.

Ha.
Memandangkan hari percutian sudah dekat.
Apa kata tolong jawab soalan bawah itu.

Boolehhhh laaa.. eh..


  1. Korang cuti raya mula bila?

  2. Sampai bila cuti raya?

  3. Balik mana raya?

  4. Naik apa?



Oke. Aku dah malas.

Seperti kehilangan semangat perjuangan harmoni. Pandang jalan raya sebelah mata. Pandang pasar Ramadhan.. err param mereka kata. Ha. Pandang pasar Ramadhan sebelah mata juga. Bawa kereta pun secara santai dan bersahaja. Rilek. Salem Cool Planet.

Oke. Aku dah malas_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, September 20, 2008


_Dah nak masuk minggu 3 suku Ramadhan. Lagu raya belum boleh go lagi masuk telinga. Asal dengar lagu raya dekat supermarket je boleh depressed. Ini boleh meruntun jiwa. Asal dengar lagu raya dekat supermarket je teringat ketupat dan burasak. Ini boleh meruntun perut. So, aku memang tak pasang lagu raya.

Hari itu baru pasang.

Berkumandang dalam bilik. Pasang separa kuat. Siap muat turun balik koleksi lagu-lagu raya. Waemah memang dah burn dalam CD. Dulu-dulu. Makanya. Kirim salamlah nak geledah CD sebiji demi sebiji. Disebabkan malas berlipat ganda, maka muat turunlah adanya. Saja nak test iman. Tengok lut ke tak lut.

'Satu hari di hari raya.. dua hari di hari raya..'

Setengah jam berlalu. Masih sebati lagi. Oke go.

'Mintak mak, kuih sepotong.. dua potong.. tak boleh potong.. saya mahu makan kerna perut kosong...'

2 jam berlalu. Dah kembang telinga. Tanda-tanda nak depressed. Semakin kencang. Tapi masih boleh go lagi.

'Duhai bonda... duhai ayahanda.. duhai nenekanda..'

4 jam berlalu. Buat kerja serba tak kena. Elok mood tengah stabil layan kemas tongkang pecah. Terus jadi gerak perlahan. Tak berapa nak stabil.

Tiba-tiba.

Nampak siling bilik dipenuhi ketupat palas dan burasak. Mereka terapung-apung. Secara gerak perlahan. Kuah kacang turun bagaikan cat basah dekat dinding bilik yang berwarna pink. Bau harum mereka sekaligus mencanang bunyi gendang perut. Gila meruntun jiwa.

"Wawww...~~"

Terkebil-kebil aku tengok siling bilik. Mata bercahaya. Seperti ada bintang-bintang. Pling~ Pling~ Pling~. Bunyi mereka. Siap ada efek khas CGI lagi. Ada pelangi. 7 warna.

Biar betul.

Aku starlait dahi. Aku tutup. Aku turun. Aku main masak-masak. Kejamlah lagu raya ini. Gila meruntun jiwa dan perut. Sebab itulah aku malas nak pasang lagu raya. Memang mereka kejam. Serbia. Serbia. Puak serbia. Sayulah hati macam ini_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, September 18, 2008


_Tadi.

Aku: Haa, esok siapa bagi training?
Manusia N: Tak tahu lagi ni. Ada 3 orang.
Aku: Haa.. apa kata korang osom.
Manusia N: Haha. Tu main masa kecik-kecik kan? Ada batu, air, kertas, gunting, burung.
Aku: Eh, sampai sekarang pun osom je. Tapi, apasal banyaklah pulak. Bukan batu, air, burung ke?
Manusia N: Ada 2 jenis kan? Satu tu ada batu, air dengan burung. Satu lagi ada batu, kertas dengan gunting.
Aku: Woh, ya tak ya gak. Tapi kalau kita main osom mesti keluar batu je.
Manusia N: Haha. N(memang nama sebenar) pun tak pandai osom. Samalah.

Sejak alam semesta diwujudkan. Sampai sekarang hidup. Memang keluar batu je. Apasal entah. Nak kata tak kreatif, kreatif je (woi.. ini riak takbur ni. tarik balik). Hah. Tak adalah kreatif mana. Sikit-sikit je. Tapi nak kata tak pandai nak keluarkan gunting, air, kertas mahupun burung itu tak adalah sampai tahap bengap pun (cuma sedikit lurus dan dungu je).

Tapi memang dia tak keluarlah.

Hairan.

Asal main osom je Dani menang. Asal Dani menang je main osom. Tak best betul. Kejilah Dani. Blackmail hidup-hidup. Bertahun-tahun tau_



Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, September 17, 2008


_Sebelum itu. Ramadhan 14 sama sekali tiada kaitan hidup dan mati dengan 14 Ramadhan. Ini bukan countdown puasa. Ini countdown kejadian yang jadi dalam bulan puasa. Wahai kawan-kawan. Harap mengerti. Perasaan kalendar Islam itu sendiri. Dengan Al-Kisahnya...lah ini. Oke gud.

Kami berbuka mihun.

Itu saja. Sekeluarga. Itu saja. MakKanda masak. Sedap. Sedap. Alhamdulillah. Alhamdulillah (ulang 2 kali, repetition makes perfect). Itu saja. Alah, makanan riuh semeja pun bukannya luak. Nafsu mentekedarah kami nipis. Menyedihkan. Menyedihkan. Pilu. Sadis. Memang menyedihkan. Sadistik.

Selalu waktu berbuka. Enjin esofagus aku memang lambat betul dia nak warm up. Bila bang je, terkebil-kebil. Cari air. Pandang kiri kanan. Cari air. Telan. Seteguk. Toma'ninah. Dua teguk. Toma'ninah. Tapi biasanya aku tak telan air. Sejam lepas makan baru cari air. Kira berbuka je laju-laju cari makanan paling manis dan kacak embun dalam juadah berbuka (supaya wajah kelihatan lebih manis dan kacak).

Kurma, mungkin. Kuih-muih, juga mungkin.

Eh...

Tahukah anda, perempuan kalau makan tak minum air adalah tidak baik untuk kesihatan tekstur badan. Bermaksud, badan akan menjadi liat. Seperti tanah liat. Ini bukan tipu. Ini betul-betul. Orang tua yang mana satu entah bagitahu. Sebab kata beliau, badan bininya adalah agak liat. Pasal selalu tak minum air lepas makan. So, mari bayangkan apa kesan khas CGI badan liat. Terhadap wanita.

Oww...waww..~~

Woi..woi. Cukup. Cukup.

Hah.. tadi makan mihun. Aku makan dengan kelajuan 8km/j. Tak termampu nak melahap. Angin dah duduk senyap-senyap dalam perut. Sebu. Terasa dinding perut begitu kebal. Digoyang ke kiri ke kanan pun terasa ada makanan gerak-gerak (apakahh..??!?!??!). MakKanda pula makan begitu laju. Kesian mak saya. Penat dia kerja sepanjang hari. Jadi surirumah tidak begitu senang. Tapi tak apa. Itu cita-cita saya.

Hee hee hee...~~

Mak sendawa. Mak kekenyangan. Mak tersandar dekat kerusi.

"Mak.. lajunya mak makan." Aku terkebil-kebil.
"Hah. Orang makan bukan macam kau. Laju-laju makan mi macam orang Cina makan."
"Oho. Saya toma'ninah sikit sambil makan."
"Oi.. itu solat. Ini makan. Makanlah laju-laju. Kau selang seli berhenti mana tak kenyang."
"Oke oke."

Aku tak sendawa. Aku dah kekenyangan. Aku tersandar dekat kerusi.

"Hah. Itu karang buang je nanti tu." Mak pandang ketat.
"Takkk.. tak punya. Kejap nak brek."
"Yelah tu."

Haah.

Yalah itu. Yalah itu pun habis je makan. Lembablah tapi. Alah, macam tak biasa je_

Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, September 17, 2008


_Fuh. Berpeloh-peloh aku bangun sahur. Gila ngeri. Peluh sebaldi. Gara-gara mimpi bukan-bukan. Ehemmm.. mimpi yang bersih-bersih ya. Tak ada yang bersih melainkan yang bersih-bersih aje. Lagi sekali aku tekankan. Mimpi bersih tau. Bersih. Kuning. Bersih. Kasi selit sikit. Haha. Woh.. tak fikir bukan-bukan ek? Bagus. Bagus. Aku je yang fikir bukan-bukan. Hahahaha..

Orang-orang tua kata...

Kalau mimpi sebelum subuh, itu selalu mimpi satan. Walaupun mereka diikat di sana (mana ek), tapi tetap dapat kejar dalam mimpi. Hebat. Hebat. Itulah satan. Tapinya. Nasib baik mimpi cuma mimpi. Lagi pula, orang-orang tua selalu berkata mimpi biasanya adalah terbalik daripada apa yang sepatutnya jadi dalam mimpi. Makanya. Mimpi is mimpi. Kenyataan is kenyataan. Nyah kau satan.

Tapi ngerilah. Mimpi jumpa hantu. Isk..

Aku dah lama tak mimpi-mimpi masa tengah tidur. Gila kencang dia punya nyenyak. Tenang. Tenang. Tak ada siapa pun boleh terjah masuk. Itu tidur dalam iman namanya. Haha. Banyaklah aku punya iman. Ah.. tapi betul. Mimpi itu, aku pergi sekolah lama. Masa sekolah menengah. Dekat tingkat kedua teratas, ada satu bilik. Bilik itu keras. Ada 'benda'. Tak ada siapa berani lalu situ.

Eh..

Haahlah. Walaupun aku cepat hilang ingatan dalam jangka masa pendek, tapi baru teringat. Aku dah pernah mimpi sekolah itu. Dengan bilik itu. Banyak kali. Memang keras. Wah.. ini ngeri ini. Lagi pula, tiba-tiba lepas turun dari sekolah itu kena jadi babysitter. Gila banyak baby cute. Semua mak bapak pakat passing baby suruh aku tengokkan.

Apakah kerelevanan mimpi menjadi babysitter ini..??

Dah. Dah.

Tak perlu cakap apa-apa. Aku tahu korang nak cakap apa. Tapi aku rasa aku tahulah kenapa aku mimpi bukan-bukan. Ini mesti pasal aku tidur dalam timbunan kain dan lemari yang bersepah macam tongkang pecah dalam bilik. Hah. Tak dapat disangkal lagi. Memang sahihlah itu_

Sambung baca...

Kategori: ,

Tuesday, September 16, 2008


_Nuzul Quran. Public Holiday. Cuti. Sinonimnya seronok. Bagai bulan purnama. Kadangkala lebih menyeronokkan daripada Choki Choki. Ahh.. tarik balik. Choki Choki tetap di hatiku. Hah. Esok cuti. Bagi negeri-negeri seperti Kelantan. Horreeyyy..~~ Juga Pahang. Horeeyyyy..~~ Juga Perak. Horeeyyy..~~ Juga Perlis. Horeeyyy..~~ Termasuk juga Pulau Pinang dan Terengganu. Horreyyy..~~ Ahh.. Selangor juga. Lagi 1000 kali Horrey..~~

Horey..~~
Horr....

Tapi bukan KL oke. Bukannnnnn...
Owww.. man..~~~

Lagi pula. Hari ini adalah 16 September. Dalam sejarah. Entah. Apa nak jadilah. Hah. Apa kaitan 16 September dengan cuti umum. Tak ada kaitan serasa aku.

Manusia A: itu la ko x sokong btol2
Manusia A: kalo x gerenti cutii
famia: ape kejadah kah
famia: haha


Woi woi..

Cuti is cuti. Politik is politiklah. Apa kejadahkah dicampur adukkan. Tak ada kaitan serasa aku. Rambut sama hitam. Parti lain-lainlah. Haha. Yang penting esok sepatutnya cuti. Bos bagi cuti. Public holiday. Cuti tau. Bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Termasuk opisto ini. Cuti tau. Walaupun kami KL. Tapi, kami istimewa.

Maka. Cuti adanya.
Seronok...~~

Tapi. Tapiii.. sebab kena pergi client site. Yang mana dalam peta geografinya adalah Kolumpo. Memanglah tak cuti kan. Aduu.. tertekan. Tak best. Tak best. Tak best. Sesungguhnya kumendambakan cuti dekat-dekat nak masuk minggu ke 3 Ramadhan ini. Orang nak main masak-masak dengan maklah. Boleh buat kuih banyak-banyak. Sambil perut layan 'stomach banging'. Berkeroncong gara-gara kesan sampingan buat kuih.

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...~~

Tak seronok dah_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, September 16, 2008


_Masyaallah. Macam sardin. Lagi kronik daripada bas mini.

Hah. Hari-hari naik LRT memang macam ini. Walaupun naik dekat stesyen Terminal Putra. Dia punya suhu badan sama je macam naik dekat stesyen Wangsa Maju. Tak berapa nak suam kuku. Bayangkanlah. Dekat Terminal Putra itu je dah ramai gila umat. Berbaris sampai ke tangga. Stesyen pertama tau.

Memang nikmat bulan Ramadhan sungguh.

Rasanya semua orang malas nak drive bulan puasa ini. Macam akulah. Setiap kali drive, memang ajaiblah kalau tak mengantuk. Kadang-kadang terpejam 5 saat. Dalam kesesakan jem. Yang kronik. Itu nasib baik tak kena hon. Kalau kena hon, memang sumpah terkejut. Selalu kalau dah terkejut, memang hilang kejap dia punya mengantuk.

Sekejap jelah tapinya.

Tapi. Kalau naik LRT itu. Memang lain langsung. Dia punya rasa, memang serupa macam naik bas mini pink masa zaman belajar dekat ITM Shah Alam dulu kala. Sebijiklah. Pendek kata. Katanyalah.

"Hah.. masuk masuk. Boleh masuk lagi dalam itu."
"Tak boleh dahhh.."
"Bolehhhhh. hah masuk masuk. Yang belah dalam itu ke tengah sikit. Masuk masuk."

Gila.

Yalah itu. Waemah perut LRT itu dah separuh mati nak tersembul keluar. Semua orang pakat berhimpit-himpit. Rapat. Ketat. Penyek. Tak ada ruang. Memang menangis. Dalam situasi macam sardin itu, kalau ada kesempatan nak buat gangguan teksual seksual pun tak terdaya. Gila rapat. Nak pusing muka pun tak terdaya.

Daripada Terminal Putra ke Kerinchi. Itu masa nak pergi. Berdiri. Dan berdiri. Sepanjang perjalanan. Dihimpit. Terhimpit. Dah serupa itu ikan bilis. Balik pun sama dengan. Berdiri. Dan berdiri. Sepanjang perjalanan. Dihimpit. Terhimpit. Dah serupa itu ikan bilis.

Balik je jadi ikan bilis masak lemak. Dia punya penat berjuang naik LRT. Memang masak. Jangan tanyalah_

Sambung baca...

Kategori:

Sunday, September 14, 2008


__Hari ini main masak-masak dengan mak. Sesi menuntut ilmu. Daripada tok guru yang paling arif dan paling cekap memasak makanan paling sedap dalam dunia. Kami buat kuih cornflakes berbadam bercoklat cip. Entahlah apa nama sepatutnya. Nanti kena tanya tok guru balik nama 'kuih apa nama sepatutnya' itu.

Butter. Gula. Telur.

Zreennggg...zreenggg..
Greennggzzz.. grenggzzzz..
Zregerengggggsss..

Bunyi mixer.

Ahh. Pandai-pandailah korang bunyikan. Nampak macam sedap je segala makhluk yang duduk dalam bekas itu. Entah berapa kali telan air liur. Butter, gula dan telur. Belum masak pun nampak kacak. Sedap apatah lagi. Sapu kat roti pun macam layan. Hee hee hee. Kan.

Woi..woi.. astaghfirullahalazim.


Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kita tambah milo sikit nak alang-alang?" Sengih-sengih.
"Jangan nak merepek." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kita tambah nestum sikit nak? Alang-alang dah letak cornflakes ni." Sengih-sengih.
"Jangan nak merepek." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. letak coklat banyak sikit boleh? Choki choki sikit. Milo sikit ke." Sengih-sengih.
"Jangan nak merepek. Hitam nanti." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kacau pakai tangan pulak boleh?" Sengih tak larat.
"Jangan nak merepek. Pakai mixer tu dulu." Mak pandang ketat.

Sambil kacau.
Sambil cuba hafal resipi.
Sambil tanya banyak-banyak.

"Mak.. mak.. kita letak adunan dalam paper cup pastu balut dengan coklat nak." Sengih-sengih.

Mak diam.
Mak jeling.

Malas nak layanlah itu_

Sambung baca...

Kategori:

Saturday, September 13, 2008


_Semalam petang. Bertempat di opisto. Saat-saat jam mahu dipukul sebanyak 5 kali. Mesin faks. Benda alah yang tak pernah dipakai sepanjang hidup. Aku tak pernah guna faks. Tapi nak kena belajar pakai. Mencabar itu. Cuak woh. Maklumlah. Simptom penyakit Choki Choki memang begini.

Nak dijadikan cerita. Slip transaksi pembayaran yang bersaiz SS itu nak difaks. Kecil itu. Kecil habis. Kiranya.. lepas ke nak difaks kering-kering macam itu. Fikir punya fikir, aku ambil keputusan nak tanya orang yang duduk belakang aku. Dani.

"Emm.. macam nak tanya kau ni."
"Ha.. kenapa xai?" Dani angkat kening sebelah. (ini tanda orang kacak)
"Emmm... kalau aku faks resit transfer duit tu. Mesin faks tu hantar sekali ke slip tu eh?" Aku tanya dengan ikhlas. Gila bersih punya innocent.
"Hah..?!" Dani dah berkerut.

Mulut dah lari alignment. Kesudahannya Dani gelak besar.

"Hahahahahahahaha..alaa xaii..hahaha.."
"Alaaa kau ni..memangggg.. tu yang malas nak tanya ni. Lama tau aku fikir nak tanya ko ke tak."
"Hahahahahaha.. oke oke.. hahaha.. taklah xai. Mestilah dia tak faks slip tu ke sana. Dia buat copy je. Walaupun kita letak bercolor-color pun dia tetap dapat black and white." Dani explain sambil tahan gelak.

Keji. Itulah simptom orang tak suka Choki Choki.

"Woh. Oke."
"Kekekekeke.. alahai xai.. kekeke.."
"Yela. Yela. Tak tanya dah."

Aku pusing depan balik. Malu woh. Sampaikan Fazzy yang duduk hujung itu pun boleh datang depan kitorang. Saja nak up sikit perencah cara mesin faks itu beroperasi. Masa ini. Jangankan Choki Choki. ABC pun malu nak mengaku makanan kegemaran aku dah. Baru aku tahu macamana jadi pembaris dengan tiang. Lurus gila. Orang belum matang memang macam ini. Patutlah. Semua gigi bongsu belum tumbuh sopan-sopan walau sebatang pun.

Woh. Patutlah..~~

Tapinya. Memang lagi dulu pun aku konfius. Mesin faks itu takkanlah sebegitu hebat boleh hantar kertas-kertas itu semua kering-kering macam itu je kan. Isk. Choki Choki_

Sambung baca...

Kategori: ,

Friday, September 12, 2008


_Hah. Ramadhan 8 baru. Bulan Ramadhannya dah hari yang ke berbelas-belas. Memang pantas. Tak perlu lalu lintas. Tak kena speed trap. Memang bernas. Kacak kan. Ramadhan berlalu begitu laju. Begitu saja. Entah berapa cc lah kuasa kudanya. Kerja Dia. Siapa yang tahu.

Hah. Pasal Ramadhan 8.

Asal hari-hari je kena buat entri. Asal buat entri je kena hari-hari. Ini dah kira hukum wajib ini. Wajibulghunnah. Tak berapa senang woh nak cari idea menulis di kala membanteras 'setanirrojim built in' ini. Macam-macam diagahnya. Boleh main agah-agah pula. Gila tak kental langsung iman.

Krruukk...
Kroiikkk... kroikkk..
Kruuukk...kroookkk.. krukkk..

Perut dah mengaum. Mengaum. Mengaum. Mengaum. Ahh... saja taip banyak kali. Nampak macam panjang sikit entri. Hah. Perut. Tak faham dengan kehendak hati dia. Sejak dah masuk minggu kedua ini, memang saja je dia buat perangai. Mengada-ngada. Macam gadis-gadis gedik je.

Perut. Aku tak~~

Berbuka. Nasi. Lauk 2 jenis. Kicap. Lepas sejam. Telan air. Hah. Mana ada rare. Selera kecil je pun. Sekangkang kera. Saiz SS. Tak berapa nak mengembang selera ini. Adik beradik semua sama jenis. Memang tak rare. Kasihan emak. Macam biasalah. Lauk-lauk terpakai semua mesti kena majukan sampai hari ke 3 ke 4. Barulah habis. Kami semua tetap cuba makan lauk-lauk itu. Sampai habis. Sampai ke titisan darah yang terakhir. Gigih.

Memang kacak.

Bersahur. Nasi. CocoPie. Choki-choki. Nestum. Milo. Air kosong. Air kosong. Buah. Air soya. Berapa banyak air entah. Macam menimba air perigi pula. Waktu sahur kalau nak dibandingkan dengan waktu berbuka. Memang jauh ikan panggang panggang dari api. Selera boleh mengembang jadi saiz L.

Kental.

Selera aje nak kental. Imannya tidak. Tak guna langsung. Hah. Perut hari ini berbunyi mengaum-ngaum. Mengaum. Mengaum. Dah. Dah. Agak-agaklah nak taip banyak kali pun. Perutlah salah. Aku oke je. Saban hari duduk buat kerja dan... err main Internet (tanda-tanda orang lurus). Saban hari perut berbunyi. Dengan ganasnya. Lebih teruk daripada musik Slipknot (aku penah dengar satu lagu mereka.. nak menangislah.. gila menakutkan). Rakus.

Rakus tapi tak membahayakan.

Tapinya. Bunyi perut. Malulah. Saban hari kena pandang kiri kanan. Kadang-kadang kena pandang atas. Kadang-kadang kena bawah juga. Lagi pula... prong prang.. prong prang. Dahlah. Aku nak cakap perut bunyi kuat sangat je. Apa kejadah tulis panjang-panjang ini. Koranglah. Mendambakan entri baru.

Memang BlogListik_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, September 11, 2008


_Makin hari terasa Ramadhan ini semakin sejuk. Mungkin sebab penghawa dingin ofis. Yang dipasang gila tak ingat punya laju. Mungkin mereka overdose panas. Itu belum rasa lagi panas api neraka. Atau juga mungkin kerana bulan Ramadhan telah mula sebati dengan suhu badan. Atau mungkinlah, dah nak 'dekat'. Memang mulia betul kalau meninggal dalam bulan Ramadhan.

Hah. Mulia mulia mulia.

Di kala Ramadhan ini. Bukan saja bulan itu yang berevolusi. Umat Islam juga sama. Serba serbi akan mengalami evolusi pada kadar yang tak berapa nak tetap. Pemalarnya berubah-ubah. Dan tak berapa nak sekata. Kalau letak pie chart memang nampak jelaslah. Pendek kata.

Katanyalah.


Ramadhan Minggu Pertama.


  1. Berbuka makan nasi, lauk 8 jenis, air berbalang-balang dan kuih muih 2 pinggan.

  2. Terawihnya maintain 23 rakaat. Stabil. Masih tough berdiri. Rilek je layan terawih sampai habis. Habis terawih siap boleh layan lepak menghadap Quran lagi. Memang kacak bergaya. Steadylah.

  3. Sahurnya makan nasi, lauk 4 jenis, air sebalang dan kuih muih 3 ketul.

  4. Tidur pun dalam 3 ke 4 jam cuma. Siap bangun malam layan qiyamullail. Memang rilek. Gila kacak bergaya.

  5. Siap boleh sound member lagi kalau ada yang buka cerita pasal persiapan raya. Maklumlah. Puasa baru minggu pertama.



Ramadhan Minggu Kedua.
  1. Berbuka makan nasi, lauk 10 jenis, mi goreng, murtabak, air 3 balang dan kuih muih 5 ketul.

  2. Terawihnya jadi 8 rakaat. Tak berapa nak go layan sampai 23 rakaat. Memang bengkok lutut. Habis terawih siap boleh lepak main futsal lagi. Memang separuh tough.

  3. Sahurnya makan nasi, lauk 2 jenis, air separuh balang dan kuih muih sekeping.

  4. Tidur pun dah jadi 4 ke 5 jam. Bangun tidur pun memang ngam-ngam waktu sahur.

  5. Pasang telinga dari jauh je dengar orang cerita pasal persiapan raya.



Ramadhan Minggu Ketiga.
  1. Berbuka makan nasi. Lauk 10 jenis. Mi goreng. Murtabak. Popia goreng. Burger. Ayam percik. Air 3 balang. Kuih muih 8 ketul. Sampai rabak sistem pencernaan badan.

  2. Terawihnya jadi 8 rakaat. Siap boleh skip. Terawih selang sehari atau 2 hari sekali je. Itu pun boleh terawih sambil tertidur. Baca surah-surah dalam solat pun jadi miming je. Suaranya tak ada. Lirik surah pun tak original. Gerakkan mulut je. Memang tak tough langsung.

  3. Sahurnya buah seketul. Air segelas. Makan dengan mata terpejam. Punyalah liat nauzubillah nak bangunnya. Turun tangga siap badan melekat dekat dinding. Lutut memang tak boleh go dah.

  4. Tidur pun dah jadi 4 ke 5 jam. Bangun tidur pun memang dah sipi nak masuk waktu imsak.

  5. Kadang-kadang ada masa terluang. Lepak ofis waktu tengahari. Bercerita pasal kuih raya. Hari raya. Langsir raya. Balik raya. Sambil dengar lagu raya.



Ramadhan Minggu Terakhir
  1. Berbuka makan nasi. Lauk 10 jenis. Mi goreng. Bihun goreng. Murtabak. Popia goreng. Burger. Ayam percik. Air 3 balang. Kuih muih 10 ketul. Puding caramel. Tembikai. Chicken chop. Asam laksa. Sampai cirit birit. Kejung perut. Sampai jammed esofagus. Nak hadam tak lepas.

  2. Solat maghrib je. Terawihnya dah entah ke mana. Itu pun layan solat maghrib dah dekat-dekat nak masuk Isyak. Gara-gara gila melantak tanpa batasan. Baca surah-surah dalam solat pun jadi miming je. Suaranya tak ada. Lirik surah pun dah tak original. Gerakkan mulut je. Memang harapanlah.

  3. Sahurnya air segelas. Minum dengan mata terpejam. Kalau dapat bangun sahur itu pun kira dah bersyukurlah.

  4. Tidur pun dah jadi 5 ke 6 jam. Bangun tidur pun memang dah masuk waktu syuruk.

  5. Hari-hari dengar lagu Raya. Cerita pasal kuih raya. Cerita nak balik raya. Cerita pasal baju raya.



Kan? Kan? Percayalah.

Evolusi ini memang jadi dekat semua umat Islam. Hah. Aku pun macam itu juga. Standard semua umat Islam yang berpuasa. Tak perlu modified. Memang konsep evolusi dia sama gaya je. Tak lebih tak kurang. Memang tak kental iman betul_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, September 09, 2008


_Memang dugaan sungguh bagi training dalam bulan puasa. Dalam kelas, nampak semua trainee macam titisan air daripada labu sayung je. Berpinar-pinar mata dibuatnya. Tekak jangan ceritalah. Memang gila mendambakan titisan air masak. Kering. Perit. Rakus mendambakan air. Memang rakustik.

Aku. Kalau luar biasa terganggu dia punya sistem pencernaan dan penghadaman.. memang masak. Cakap pun boleh bersimpang siur macam orang daripada kerajaan langit. Waemah tengah bagi training ini. Memang di luar kawalan. Dan kesedaran. Kering. Perit. Rakus mendambakan air. Memang rakustik.

Di kala tengah-tengah bagi training...

"Ok. Secara fizikalnya, kita ada fail. Fail kering."

Fail kering.

Hah. Fail kering..?!?!?!

Oww, man!!

Fail kosong yang sebenarnya. Segala penjodoh bilangan pun salah. Aku boleh layan bagi training pakai ayat-ayat cinta ayat-ayat blog. Oww, man! Kau tahulahkan macamana rupa bentuk muka bumi bahasa blog ini. Gila kental kacak bergaya. Rabak yang tegar. Memang nak kena rejam dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kan. Aku dah kata aku tak suka mengajar. Bagi training itu pun tak suka. Tak suka. Tak suka. Emm.. atuk kata jangan benci sesuatu. Nanti jadi suka. Ahh.. takde. Aku tetap tak suka bagi training. Nekad. Tekad. Likat. Padat. Macam cecair. Hah. Air. Tiba-tiba terbayang trainee semua seperti titisan air daripada labu sayung.

Oww, man_

Sambung baca...

Kategori:

Monday, September 08, 2008


_Upin dan Ipin minggu lepas. Berkisar setahun selepas bulan puasa tahun lepas. Kisah cikgu perempuan mereka yang tidak berpuasa. Kerana... 'itu'. Setiap bulan mesti 'itu' datang menjenguk. Termasuk dalam bulan puasa. Yang tiada pengecualian juga. Kerana 'itu'. Datang menjenguk.

Sehinggakan nenek Upin dan Ipin tak berapa nak cekap cuba menerangkan pasal 'itu'. Sebabnya... cuma wanita sahaja yang dijenguk 'itu'.

Memanglah kan.

Ingat senang ke nak bagi penerangan. Dulu aku pun macam itu juga. Punyalah jenuh nak terangkan secara berlapik sebanyak 8 lapisan. Segala lapik alasan kental yang tak berapa nak kental depan adik-adik lelaki. Khususnya. Kalau perempuan memang tak payah nak ceritalah. Tunggu dia baligh sendiri. Nanti bila makcik 'itu' datang menjenguk. Melawat sebulan sekali. Barangkali dia sudah boleh tangkap maksud 'Lawatan Sambil Belajar I want to see you' setiap bulan itu kan.

Haah.

Kalau lelaki...?

Memang masak. Tak berapa senanglah. Cerita bagai nak rak. Sampai ke esok pagi masuk waktu sahur pun belum tentu dia faham. Takkan nak cerita 'itu' datang. Budak-budak. Tahulah kan. Entah apa-apa yang berenang-renang sambil terbang secara kuak lintang dalam kepalanya.

"Akak tak boleh puasa. Uzur."
"Oh.. adik pun uzur jugak. Sakit kaki."

Hah. Terperangkap.

"Eh, tapi adik sihat kan? Ini sakit perempuan jelah."
"Perempuan..?" *blur
"Solat pun tak boleh tau."
"Hmmmm..?! Berdosalah tak solat."

Hah. Terperangkap lagi.

"Emmm.. hmmmm.. alah orang tak boleh puasalah."
"Kenapa..?"
"Alah, nanti adik dah besar adik belajarlah pasal tu.."
"Ha.. kenapa kena belajar pasal tu..?"

Hah. Perangkap paling terakhir.

Macamana nak terang bagi clear sampai ada pancaran kristal. Lagi terang lagi bersuluh. Lagi dulu sampai sekarang ada masalah nak explain. Aku macam rasa dalam satu dunia ini, bukan aku seorang je yang ada masalah macam ini. Kan? Harap-haraplah. Tapinya. Kalau aku seorang je dalam dunia ini yang tak boleh nak explain benda macam ini dekat budak-budak lelaki.. memang menjemput masalah. Nak dijadikan cerita pula, budak-budak lelaki ini kan lambat sikit tempoh kematangan mereka.

Memang lembab.

Harapan tulus ikhlaslah kalau nak kena terang asal usul kejadian 'itu'. Asal usul..?? Woh. Tak masuk akal. Itu kerja luar biasa gila_

Sambung baca...

Kategori: ,

Sunday, September 07, 2008


_Semalam main masak-masak dengan mak. Sesi menuntut ilmu. Daripada tok guru yang paling arif dan paling cekap memasak makanan paling sedap dalam dunia. Menuntut sampai ke dapur. Walaupun tak sampai ke negara China pun tak apalah. Aku tak kisah. Lagi pula, sana banyak kerbau pendek. Tak jadilah nak menuntut sampai ke sana. Turki ke Mesir ke. Layan juga.

Haa.. boleh jalan-jalan ambil gambar.. syokknyaa..~~

Oke. Oke.

Ini bukan cita-cita daripada kecil. Bukan juga cita-cita masa dah besar. Tapinya. Aku pun tak tahu nak panggil cita-cita ke impian ke angan-angan ke apa ke entah. Cita-citalah pendek kata. Aku kan dah bercita-cita nak sedut semua ilmu memasak mak sebelum... err.. sebelum aku dapat kuali dan dapur sendiri. (Eceh.. cakap jelah sebelum bina masjid).

Oke. Oke.

Semalam main masak-masak dengan mak. Aku diri sebelah kuali. Kami goreng cili kering. Sampai garing. Dan.. kering. Dan garing. Dan kering. Sampai betul-betul kering. Gila kering. Tapi tak begitu kering. Pasal itu nama dia cili kering.

Ksserrr...
Tsssttttttt... tssstttt..
Popp.. poppp..
Pom!

"Opocot meletup!"

Aiseh.. termelatah.

Terpercik minyak. Aku terenjis air. Masuk kuali. Secara tak sengaja. Konon-konon menepung tawar. Mak dah jeling ketat. Mesti mak dah berasap. Aku sengih-sengih nak ambil hati mak. Nanti kalau kena rendam kepala dalam kuali.. naya je.

"Mak.. mak.. cili kering ini daripada cili pastu dikeringkan ke?"

Buat-buat tanya pasal memang tak tahu. Aku kan suka bertanya benda-benda pelik. Yang memang semua orang tahu. Tapi aku seorang je tak tahu. (Maknanya.. akulah benda pelik tu..ahh). Tapinya. Memang nak ambil hati mak pun.

"Habis tu kau ingat apanya?" Mak dah pandang pelik.
"Woh. Saya ingatkan memang ada pokok cili kering ke apa ke."
"Merepek je budak ni."

Haah merepek. Tapi ya tak ya juga kan. Takkanlah wujud pokok cili kering. Kalau macam itu, mesti ikan kering pun wujud. Takkanlah ikan kering boleh layan berenang-renang dalam air laut macam itu je. Berlambak-lambak ikan kering berenang secara beramai-ramai. Gila rilek. Memang hati kering betul ikan kering itu.

Tapinya. Aku memang tak berapa sure pun asal usul cili kering ini. Macamana mereka dikeringkan sampai hati pun kering. Tinggal biji-biji kering je. Macam ini boleh buat eksperimen ini. Dalam peti sejuk ada banyak benda.

Haa...

Timun kering.
Susu kering.
Telur kering.
Sayur kering.
Buah epal kering.

Haaa...

Boleh ambil gambar. Syokkknyaaa...~~~

Orang yang tak tahu pasal asal usul cili kering memang tak sepatutnya jadi manusia. Sungguh dungulah terasa_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, September 05, 2008


_Asal Terawih je berbunyi. Asal berbunyi je mesti masa terawih.

Pom!
Pom! Pom! Dum! Kedentum!
Prap.. prap.
Kserrr.. kserrrr..
Keceperrr..

Bunyi mercun.

Memang dasar 'setanirrojim built in' sungguh. Orang tengah layan terawih pun jadi tak khusyuk. Tengah solat pun boleh terfikir mercun jenis apa kebenda entah yang diletupkan itu. Kan. Tak khusyuk kan. Siap boleh ter'flashblack' lagi zaman hingusan dulu main mercun.

Ahh.. gila tak kental langsung iman.

Tapinya. Memang dulu punya mercun dan bunga api lagi meriahlah. Kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang. Evolusi mercun tidak begitu memberangsangkan. Makin kecil. Saiznya. Makin tak berapa power root power dia punya kuasa letupan.

Dulu. Masa sekolah rendah. Kami selalu main bunga api je. Anak-anak lelaki je yang kacak bergaya main mercun. Itu pun mercun roket yang jenis letak dalam botol berbunyi satu kampung. Gila kencang. Dulu aku ingatkan botol itu pun boleh layan letup sendiri. Tak pun terbang sama dengan mercun roket itu.

Rupanya langsung tak.

Memang naif. Langsung langsung. Dulu main bunga api pakai baju kurung. Sampai paras bawah lutut. Kain tanggalkan. Kiranya anak dara masa zaman aku dulu lari berdedai-dedailah terponggeng-ponggeng main bunga api dengan baju kurung. Memang simbolik. Macam anak dara Melayu terakhir.

Barangkali kalau tak cabut kain, mesti agaknya kain itu dah terbakar sekali dengan bunga api. Lagi pula, dulu selalu kena kejar dengan mercun katak. Macam nak gila jugalah lari selamatkan diri. Agak keji sikit anak-anak lelaki zaman aku dulu.

Itu. Kenikmatan bunga api dan mercun zaman dulu. Zaman berzaman. Sehinggalah kes kilang Sungai Buluh itu meletup. Bila kes itu masuk campur je.. tamatlah riwayat kenikmatan bunga api dan mercun. Zaman kegemilangan mereka mula merundum.

Zaman di kala wujudnya mercun gasing. Mercun ayam. Mercun katak. Mercun pop pop. Hah. Macam-macam jenis lagilah pendek kata. Sekarang nak cari mercun-mercun beradik itu memang harapanlah. Langsung pupus. Mercun pop pop je ada. Tak berkasta langsung.

Tapinya. Lagi dulu sampai sekarang. Hairan aku. Mana brader-brader ini dapat bekalan mercun dengan bunga api eh. Aku pun nak beli gak bekalan banyak-banyak bakar satu kampung halau setan. Dekat black market barangkali_

Sambung baca...

Kategori: ,

Wednesday, September 03, 2008


_Jam 2 pagi. Subuh. Eh.. belum subuh. Tapi dah sipi subuhlah. Sunyi sepi. Awal pagi. Gila babas punya awal. Aku bangun mandi. Maklumlah.. hari pertama berpuasa. Eceh. Orang lain dah selamat 2 hari puasa pun.. ceh! Hah. Bersemangat. Itu yang paling utama. Lagi penting gila.

Malam itu. Lepas isyak dah tertidur. Belum subuh lagi dah bangun balik. Mata galak. A Galak. Hah.. semua galaklah pendek kata. Mandi pun rilek je. Kental. Tulang belikat ini masih tegar lagi berdiri. Sikit pun tak menggigil. Langsung. Gila kencanglah kekentalannya. Angin malam pun tak berani nak bertiup laju-laju.

Memang kacak.

Lepas 2 pagi. Memang tak tidur. Tak dapat tidur. Itulah masalah aku. Lepas bangun tidur memang tak dapat sambung tidur balik. Tak berapa nak nikmat. Otak aku tak tahu agaknya kenikmatan tidur itu. Susah betul nak tidur balik. Tapinya. Kalau aku tertidur balik. Dan tak bangun-bangun. Tolonglah sedekahkan al-fatihah ya. Hah 2 pagi tadi. Pagi-pagi buta bangun format pc. Memang Wong Edan. Dari jam 2. Sampailah sekarang. Mata bungkang.

Segar. Rapi. Kemas. Terjaga. Galak.

Menonton dunia. Wohhh.. duniaaa.. lihatlah~~

Tapinya..


Itu pagi tadi. Pagi jam 2 pagi. Sekarang dah nak masuk asar pun. Gila kencang 'setanirrojim built in' ini bergayut. Terkebil-kebil aku tahan kelopak mata. Gila kuasa rasa mengantuk ini bermaharajalela. Tulang belikat pun dah menggigil-gigil minta dilipat-lipat. Nak lipat apa kejadahnya. Kejap lagi dah kena berhimpit dalam kesesakan rumahtangga lalulintas.

Uwaaa...

Macamana nak drive dalam kengantukan yang berlipat ganda ini. Tolonglah_

Sambung baca...

Kategori: , ,

Tuesday, September 02, 2008


_Ramadhan. Sahur. Berbuka. Terawih.

Hah. Dah nak beradiklah masing-masing itu. Ramadhan memang bulan terbaik dalam segala beradik bulan Islam. Dulu masa sekolah menengah. Masa umur tak berapa nak baligh lagi. Hah masa itulah. Pada mata kasar seorang anak dara yang tak berapa baligh lagi. Ramadhan merupakan bulan yang paling best.

Perhatian: DILARANG meneruskan pembacaan SEBELUM berbuka. Dikhuatiri air liur anda akan meleleh deras selaju 100km/j.

Semalam. Cerita Ramadhan hari pertama..

"Adik, dekat Pasar Ramadhan mesti banyak kuih tepung pelita kan?"
"Haah. Adik nak beli."
"Ha bagus bagus. Pastu kakjai nak beli 'kuih talam dua muka' sekali."


(Bunyi cengkerik mengekek..)



*Gambar ihsan MyLittleRascal*


"Kak. Tu bukan nama dialah."
"Yang pulut kat bawah. Hijau kat atas tu ke?"
"Kuih seri mukalah."
"Haa.. yelah. Tak kisahlah. Ada muka gak tu."


Ceh.

Dasar kakak besar. Langsung tak nak mengaku salah. Tak kisahlah. Asalkan kuih idaman. Tapi.. tapinya.. memang dia dua muka pun apa. Kan. Kan_

Sambung baca...

Kategori:

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.