Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Thursday, August 28, 2008


_Bahang Ramadhan. Tinggal lagi 2 ke 3 ke 4 keping hari je lagi. Apa macam. Dah rasa kental ke nak jadi pejuang tegar hawa nafsu. Dari terbit fajar. Sampailah terbenam matahari. Selama 30 hari. Berturut-turut. Dari kanan ke kiri. Depan ke belakang. Semua arah ada. Cukup lengkap. Puasa pun lengkap.

Err.. bagi lelakilah. Perempuan... tegar juga. Kental juga. Walaupun tak dapat 30 hari straight. Kan. Haah. Kan. Yang penting... semangat. Semangat berjuang menentang hawa nafsu. Semangat harmoni. Yang lebih rakus dan dasyat. Berbanding setannirrojim. Woh. Sokong. Sokong.

Belia benci nafsu.

Bahang Ramadhan. Terasa sungguh. Debarannya. Semacam mencurah-curah. Dari hujung rambut. Sampai ke hujung lutut. (Bayangkan bahang masa nak raya tengah kacau dodol..). Likat. Bersepah atas lantai. Begitu luar biasa sekali. Peluh debaran. Bagi mereka yang beriman. Mungkin. Tapi kalau mereka yang kurang sikit keimanannya, memang berpeluh juga. Peluh melahap makanan secara rakuslah tapi. Di saat - saat akhir.

Maklumlah. Puasa dah nak dekat.

Assalamualaikum...

Kalau ada rupa macam unta itu lainlah. Kalau gaya jalan pun macam unta itu lainlah. Ini bonggol pun tak ada. Leher pun tak jinjang. Kaki pun dua je. Ada hati nak perasan jadi unta. Simpan makanan 30 hari bagai nak pecah perut. Tak serupa manusia langsung. Hish. Luar biasa betul tabiatnya. Aku rasa... mereka sebenarnya keliru dengan personaliti diri ini. Haah. Yalah agaknya itu. Aku pun rasa. Sebab masa sekolah rendah dulu pun aku pernah keliru macam itu.

Maklumlah. Puasa dah nak dekat.

Jangan puasa yang yuk..


Tanda - tanda awal Ramadhan. Yang memang begitu ketara sekali tandanya...



  1. Berlonggok-longgok kotak kurma dijual di merata tempat.

  2. Sampel kuih raya mula diagihkan kepada 'entah siapa-siapa tah' daripada 'entah siapa-siapa tah' juga sebagai promosi tempahan.

  3. Jualan jam loceng semakin mendapat sambutan. Lagi kuat bunyinya lagi bagus. Senang nak bangun sahur.

  4. Kerja-kerja semakin banyak terbengkalai di ofis.

  5. Gaya berjalan semakin sumbang. Semakin perlahan. Siput khinzir pun sempat berjoging dekat sebelah.



Kiranya.. sama-samalah kita berjuang ya. Menentang hawa nafsu. Yang mengalahkan setanirrojim. Aku tak patriotik. Tak ada ucapan selamat merdeka di sini. Silap tempatlah kalau itu yang dicari. Shuhh..

Okelah. Kesudahannya, Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Semoga berjaya menjadi pejuang tegar sepanjang 30 hari yang bakal tiba ini.

Dah_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, August 26, 2008


_Hari sebelum kelmarin punya kelmarin. Hujan. Hari sebelum kelmarin. Hujan. Kelmarin. Hujan. Semalam. Hujan. Hari ini. Hujan. Esok. Hujan. Lusa. Hujan. Sampai habis Ramadhan. Hujan. Hu... hu... hu... hujan itu nikmat (itu bukan gagap). Nikmat. Nikmat. Sebab dia ada bunyi 'Hu'.

Pasal ada suku kata nama aku. Seronok secara individu.

Hee hee hee.. (oke itu gurauan yang menakutkan)

Seronoknya. Gila seronok. Nikmat. Nikmat. Nikmat. Pasal itu nikmat. Hujan itu nikmat. Tapi aku tak suka band Hujan. Langsung tidak menyeronokkan. Bikin pagi aku jadi gelap je. Hujan itu seronok. Seronok itu juga hujan. Gila menyeronokkan. Dia punya seronok itu memang tak terkawal. Untuk orang macam aku. Macam ajelah. Yang tak berapa macam itu memang tak suka hujan sama sekali.

Sebabnya...


Hah.

Aku tengah ada kerja ini. Berlambak. Esok kena demo. Lusa kena setup training room. VPC pun tak siap lagi. Gila ke apa. Takkan aku nak update blog di kala sibuk kan. Ini bukan update. Ini cuma.. pemberitahuan je. Perdana Menteri China pun tak sibuk macam aku. Almaklumlah. Sukan Olimpik pun baru selesai.

Jangankan opening ceremony Olimpik Beijing. Closing ceremony mahupun beserta segala jemaah acara sukan olimpik pun aku tak sempat tengok. Logo olimpik Beijing pun aku tak sempat pandang. Yang aku tahu. Olimpik mesti ada orang lari bawa obor. Itu aje.

Obor. Olimpik. Olimpik. Obor.

Hah. tepat.

Itu ajelah pengetahuan aku pasal sukan Olimpik ini.

Ah.. tiba - tiba aje terasa seperti berat di sebelah kanan. Begitu ketara sekali nampaknya. Barangkali mungkin ada yang mengutuk agaknya. Assalamualaikum. Tak jawab salam dosa. Kalau jawab.. gatal namanya. Kita. Kena. Wajib. Harus. Bersangka baik sesama manusia. Woh. Hah. Barangkali.. aku punya sakit bahu ini datang lagi. Ha.. yelah. Aku pun rasa.

Olimpik memang tak boleh menang pun. Kalau dibezakan dengan hujan. Gila menyeronokkan. Dia punya seronok itu memang tak terkawal. Luar biasa sekali kawalannya. Untuk orang macam aku. Macam ajelah. Yang tak berapa macam itu memang tak suka hujan sama sekali. Seperti mereka yang melayan sukan Olimpik. Siapa kata mereka suka hujan. Harapanlah.

Hah. Tepat.

Tepat. Tepat sekali_

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, August 21, 2008




ahehehe...

bacelah lagi....



Epi Berfdey Xai!!
tetiap tahun aku hack blog ko.. ahehehe..
nyaris aku tak dapat hack blog ko yang nih
andai kate satu hari aku dah takleh hack blog ko... bermaksud..
ko sudah mempunyai satu private life..
Waaah!!!!! ahehehehe...

[kot la ko jadik superhero and ko nak protect kawan2 ko dari gejala "the things you don't know won't kill you"]

eniwei..

ai lebiu!!
yo de best!!

aku ulang tagline tahun lepas la ae..

"GROWING UP WITH YOU IS A BLAST!!!"

~Danineh

bukan

Sambung baca...

Kategori:

Thursday, August 21, 2008


_Jarang - jarang ada sesi macam ini.

Tapinya. Memandangkan 21 Ogos berulang kembali buat kali ke errr... adalah kan. Dan pada 2008 pula itu. Ada nombor 8 woh. Pada 2008. Hah. Tahun yang kacak. Makanya. Sesi ini khas untuk anda. Bagi yang tengah tak ada kerja. Atau pun kebosanan menghadap kerja. Atau juga, saja nak cari pasal tak nak buat kerja.



Sila JANGAN teruskan membaca sekiranya anda mempunyai penyakit jantung, down syndrome, kerabunan yang terlampau, cacat otak, amnesia, kusta dan penyakit hati berbau.

Baca bismillah sebelum memulakan bacaan. Semoga anda selamat berhenti di tengah jalan.





21 Ogos 1981.

Huzaimatus Saadiah Zulkefli. Pertama kali melihat dunia di Hospital Kluang. Jam 9 pagi. Makanan kegemaran adalah Choki-choki, slurpee dan ABC. Minuman kegemaran adalah kacip patimah slurpee dan ABC. Kedua-dua ABC dan slurpee adalah begitu fleksibel sekali kerana mereka berdua boleh bertukar menjadi makanan dan minuman pada masa yang sama. Hebat kan mereka.

Lagi.

Hobi saya membaca, mengumpul buku, berfotografi dan suka mencari keruh bersama rakan-rakan (apa pasal terasa macam buat buku biodata darjah 6 ni..?!). Lagi pula, semasa kecil, saya bercita-cita ingin menjadi seorang penyiasat (tidak perlulah nganga mulut sebegitu rupa). Gara-gara terpengaruh dengan buku cerita Salma atau English versionnya Nancy Drew. Harapanlah kalau mak nak bagi anak gadisnya jadi penyiasat. Disebabkan larangan mak, nasib baik aku ada buat backup cita-cita.

Bawah: Saya Semasa Kecil tak cukup sifat.


Seterusnya, nak jadi Polis. Atau pun ahli psikologi jenayah. Entahlah kenapa kesemuanya pun berunsur bau-bau keselamatan negara. Lepas mak reject semua cita-cita itu, aku pun jadi macam ini je kesudahannnya. Nak ke depan ke belakang pun tak boleh. Macam ini jelah kesudahannya.

Lagi.. juga.

Oke. Pasal taraf
pendidikan. Dulu. Tak berpeluang langsung nak merasa sekolah pondok. Atau sekolah atas pokok. Kacak bergaya kan sekolah atas pokok. Masalahnya. Sekolah aku semua ada atap zink. Kalau ada hujan ke ribut petir ke memang tak bergerak pun sekolah itu. Tak adventure langsung. Sepatutnya kena bersyukur diberi kemudahan sebegitu rupa.

Bawah: Ayah dengan Mak.



Tadika Datuk Keramat.
Dulu. Jalan kaki pergi tadika. Sebab dulu kaki macam agak pendek tulangnya, maka terasa sangat jauh juga perjalanan. Waemah belakang rumah je tadika itu. Ada sekali itu kena denda berdiri atas kerusi. Macam nak menangis je sebab tak dapat jawab soalan. Tapi sebab nak maintain nampak bergaya macam Nancy Drew, aku tahan je air mata. Waemah masa itu mak dengan atuk nampak dari tingkap rumah yang aku kena berdiri atas kerusi. Terima kasih cikgu. Sebab itu aku lebih setanirrojim sekarang ini.



Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang.
Darjah 1 sampai 5 dekat situ. Jadi pengawas. Hari-hari kena pakai skirt. Kena ikat tie sendiri. Tak mainlah tie letak getah macam budak-budak zaman sekarang. Tak adventure langsung. Dulu aku baik. Diam. Jalan tunduk bawah. Sampai langgar tiang. Kadang-kadang masuk longkang. Bila senior ngorat, muka merah nak menangis. Rasa macam kena gangguan teksual seksual tahap 5. Ngeri. Masa ini pergi sekolah bawa duit belanja 50sen je tiap-tiap hari. Itu pun dah rasa macam orang kaya.



Sekolah Kebangsaan Klang Gate, Setapak.
Darjah 6 kena pindah Wangsa Melawati. Pindah rumah sekali. Dalam 2 minggu lebih juga aku menangis hari-hari. Ini semua gara-gara sayang nak tinggalkan sekolah dekat Ampang itulah. Masa itu memang aku tak nak tegur ayah. Sebab bengang kena pindah. Kalau hari-hari berulang-alik pergi Ampang ke Melawati kan boleh. Dulu ingatkan dekat. Perangai macam setanirrojim. Anak derhaka betul.



Sekolah Menengah Taman Melawati.
Tingkatan 1 sampai 3 dekat situ. Jadi Pustakawan. Hari-hari belai buku. Orang panggil Melawati ini macam Hollywood Malaysia. Sebab ramai sangat artis sekolah dekat sini. Memang bersepah. Sampai menyampah. Masa itu sekolah Melawati ini bermasalah. Displin memang tahap negatif. Siap pengetua nak tukar pintu tandas perempuan separuh je. Ala-ala pintu koboi. Sebab ramai bohsia, kaki merokok bagai. Memang setanirrojim.



MRSM Beseri, Perlis.
Tingkatan 4 sampai 5 dekat situ. Hah. Ambik. Memang tercampak sampai ke sempadan Thailand. Padang Besar itu macam petik jari je dah boleh sampai. Sepanjang 2 tahun dekat situ, satu je pengajaran yang aku dapat. Gua kaki rumah. Tahap homesick aku mencecah tahap 8. Tinggi woh! Ingat tak sadis ke tinggalkan rumah, mak, ayah, adik beradik, buku-buku, semak samun sekeliling rumah, bilik bersemak yang tercinta bagai. Sadistik tau. Nasib baik dapat pangkat 1. Tapinya. Hujung-hujung ajelah agregatnya. Berapa A jangan ditanya. Buang duit mak ayah je. Memang setanirrojim.



PPP UiTM Shah Alam.
Tahun 1999. Degree IT. Aku kenal Dani. Kami satu course. Satu kelas. Satu geng. Satu kasta. Satu arah. Menuju puncak. 4 tahun jugalah belajar terkulat-kulat dekat situ. Macam-macam dapat. Tahap setanirrojim aku makin meningkat. Kes buli semakin menjadi-jadi. Sepanjang 4 tahun dekat situ, satu je pengajaran yang aku dapat. Hidup tak perlu berperasaan. Gaya mesti selamba. Bersahaja itu kesopanan dan kesusilaan. Macam rukun negara pula bunyinya.



CASE UTM KL, Jalan Semarak.
Tahun 2003. Software Engineering Real Time. Aku masih dengan Dani. Satu course. Satu kelas. Satu geng. Satu kasta. Satu arah. Menuju puncak. Dalam 2 tahun aku terkulat-kulat mengumpul kulat. Tak begitu senanglah nak mengkatamkan pelajaran. Berminggu-minggu juga bertapa hidup dan mati dalam makmal komputer je. Gara-gara nak habiskan final projek. Memang hari-hari tidur atas carpet keras. Sebab itu agaknya tulang aku lebih kalsium. Keras. Padu. Jitu.

Hah.

Takat itu jelah tahap pendidikan aku. Yang tak seberapa. Harapkan belajar tinggi-tinggi. Perangai masih setanirrojim lagi. Makin upgrade lagi adalah. Bukannya makin baik. Amacam. Dah panjang ke belum ini. Kalau belum sakit jantung, biar aku sambung lagi. Oke. Skroll bawah sikit. Dianggarkan dalam 8cm panjang entri berikutnya.

Lagi. Karier.

Heitech Padu, Subang Jaya.
April 2005. Programmer. Aku masih dengan Dani. Satu company. Satu team. Satu bilik. Satu projek. Satu kasta. Satu arah. Menuju puncak. Sama-sama programmer. Dengan Daineso sekali. Ingatkan bila dah masuk kerja boleh jadi baik sikit. Ini tak. Lebih rakus setanirrojimnya. Maklumlah. Bila buku bertemu rak buku. Memang makin banyaklah jadinya.



Versapac, Kerinci.
Julai 2006. Sampailah sekarang. Masih lagi macai. Merangkap technical consultant kononnya. Aku masih dengan Dani. Satu company. Satu team. Satu bilik. Satu projek. Satu kasta. Satu arah. Menuju puncak. Dengan Sarina dan Tim sekali. Hari-hari kerjanya nak kena update blog je. Macam ini jelah kesudahannya.

Hah.

Aku dah rasa nak muntah darah 8 tong ini. Dah panjang ke belum ini. Macam nak kena sakit jantung je ini. Akulah. Jantung tak berapa nak stabil dah ini.

Lagi. Karakter.

Aku degil. Macam keldai. Kadangkala lagi teruk daripada keldai. Lebih degil daripada segala spesis keldai yang wujud dekat muka bumi inilah pendek kata. Egoistik. Pantang disuruh. Memang harapanlah kalau nak buat. Susah nak terima arahan. Lagi juga. Aku keras hati. Keras kepala. Keras tulang (ini Dani yang kata). Kekerasannya gila melebihi keras besi keluli, teras muka bumi atau juga kerak muka bumi. Hanya ayah dengan mak je yang tahu kekerasan kepala aku. Memang setanirrojim.




Aku tak friendly. Tengok dekat YM memang selambak friend list. Tapinya, harapanlah aku nak bertegur sapa. Sekarang kerja aku mengosongkan friend list je. Aku sombong. Tak ada orang lain yang lebih sombong daripada aku melainkan aku seorang je. Jangan rampas takhta kesombongan aku. Tak berfaedah kawan dengan aku. Beringatlah.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian.. bayar EPF dengan SOCSOlah gamaknya.

Nama je ada YM. Tapinya. Memang harapanlah nak melekat dekat YM itu. Kebiasaannya memang tak ada pun. Saja mengaburkan mata pihak lawan. Ilusi optik semata-mata. Semua ini pura-pura je.

YM Id: famiaxz

Aku tak kedekut. Kita perlu habiskan duit dan harta atau bahasa sopannya bersedekah. Duit dan harta itu bukan hak milik manusia. Hak Dia semata-mata cuma. Itu fakta. Tak tertulis dalam mana-mana buku sejarah atau silibus pelajaran sekolah menengah.

Aku normal. Tapi aneh itu sebenarnya normal. Makanya. Koranglah yang tak normal. Dani kata aku pelik. Ida pun kata aku pelik. Semua orang cakap aku pelik. Tapi aku normal. Aneh itu sebenarnya normal. Apa salah saya. Di manakah keadilan. Sebenarnya, mereka yang pelik. Mereka manusia abnormal.

Aku normal. Aku suka duduk dalam hujan. Buat eksperimen berapa lama boleh kena demam. Betul. Aku normal sebenarnya. Dulu aku telan minyak cap kapak, Vicks, tigerbalm dan Colgate. Buat eksperimen yang mana satu lebih berangin. Ini kan perkara normal. Aku normal sebenarnya. Dulu. Aku suka tekan mana-mana kombinasi nombor dekat telefon rumah. Buat eksperimen berapa banyak kombinasi nombor yang ada empunyanya. Rasakan sekarang. Sampai ke liang lahad pun belum tentu diorang habis balas dendam. Padan muka sendiri.



Aku ada masalah short term memory lost. Bukan tahap Dory lagi dah ini. Tapi nenek moyang Dory. Cakap sikit je lupa. Cakap banyak lagilah jangan cerita. Ini bukan masalah RAM. Tapi aku rasa macam dalam saraf otak ini mesti ada busut semut. Menimbun-nimbun. Kemungkinan besar ada banyak partition. Primary NTFS atau mungkin extended space barangkali.



Aku tak suka glamourity. Tak perlu dikenali. Hidup kena low profile man. Barulah kacak bergaya. Aku memang singgah blog orang lain. Tapinya. Bukan gaya akulah kalau nak meninggalkan jejak. Kalau sengal baru aku bagi komen. Gua tak suka hubungan 2 hala wahai saudara saudari sekalian. Jadi pembaca bisu lebih mulia. Glamourity bukan target aku menulis blog. Lagi pula, aku kan sombong nak mati. Aku tak campur golongan atasan. Tidak perlu menaikkan populariti blog. Itu semua tidak penting. Haha.

Lagi.

Sikit je lagi. Belum 8cm ini. (sambil mengesat hidung yang mula memercikkan darah)



Fotografi. Aku pakai Canon 350D. Kakeno namanya. Ini semua terpengaruh dengan National Geography dan Reuters lah ini. Landscape dengan Photojournalism itu subjek kegemaran. Lebih adventure. Lebih kencang gaya mutu keunggulannya. Lens. Cuma ada standard lens 35mm. Beserta 75-300mm telefoto je. Ditambah speedlite 430ex. Itu sahaja aksesori yang mampu dibeli mengikut tahap kewangan sekarang. Aku tak buat pakej wedding. Sebab aku tak suka wedding. Tapinya. Lebih seronok kalau tengok hasil gambar wedding orang lain. Lagi kacak embun. Berbanding hasil sendiri.



Penulisan. Aku suka menulis. Sejak darjah 5. Semangat menulis tahap merepek semakin menjadi-jadi sejak tahu kewujudan blog di Malaysia ini. Bahasa aku tonggang langgang. Kalau DBP tahu, mesti kena saman. Makanya. Sila jangan sebarkan link blog aku ye kawan-kawan. Lagi satu. Alkisahnya adalah blog berbentuk reverse meaning. Sini bukan konsep double meaning. Cuma kalau ada yang boleh faham, memang aku respek. Habis-habisan. Gila kentang hebat.



Design. Minat itu ada. Nak belajarnya memang berbaldi-baldi muntah darah. Maklumlah. Aku tak ada degree in Art Design pun. Apa itu seni pun aku tak tahu. Main belasah je. Asalkan boleh sudah. Tapi itulah. I am still in the process of learning, orang putih kata. Setiap elemen yang wujud dekat depan mata itu adalah satu pembelajaran. Sebab itulah kena tundukkan pandangan man. Jangan meliar-liarkan pandangan mata. Dari mata turun ke hati. Siap ada renjatan elektrik mungkin. Bahaya woh. Setanirrojim banyak. Melekat dekat setiap bucu, ceruk, sendi bagai.

Apa kejadah bagi ceramah ini.

Oke aku dah tak larat nak menulis... (sambil mengesat hidung yang dah bersepah-sepah terpercik darah).

Malas nak senaraikan lagi. Sebab aku normal. Korang je yang abnormal. Orang abnormal je yang sanggup baca entri 8 kajang ini sampai habis. Woi woi.. sudah-sudahlah itu woi! Aku pun reti pulang ke pangkal jalan. Macam ini boleh berhenti menulis ini. Gila muntah darah jugalah nak menaip sepanjang ini dalam masa setengah jam.


Ah, sebelum itu.

Selamat hari kejadian untuk diri sendiri. Dan juga untuk mereka yang sama kejadian tarikh dengan aku. Semoga dirahmati selalulah hendaknya. Habis terbuka segala pekung di dada. Macam ini dah tak ada rahsialah nak simpan. Isk. Menyesal menyesal. Harap-harap semua akan hilang ingatan selepas mengkatamkan entri tak senonoh ini.



Cukup.

Sungguh rakustik. Ini luar biasa abnormal _



Sambung baca...

Kategori:

Monday, August 18, 2008


_Fa Nun Alif Ta.

Perhatian: Ini cerita bergambar. Jangan teruskan membaca.

Hah. Membiak-biak kepenatan badan. Tak terkata dengan air liur. Mampu menggerak-gerakkan 7 jari cuma. Aku memang menaip dengan 7 batang jari. Jari kelingking kiri beserta rakannya, si jari manis kiri bertindak sebagai sauh di bucu keyboard. Manakala si jari hantu kiri memang sentiasa terapung-apung di atas keyboard. Dengar kata, ia bertindak sebagai pengawal keseimbangan tapak tangan cuma.

Woi, woi!

Apa kejadah cerita pasal jari..!

Aku tengah cakap pasal pembiakan kepenatan yang berlipat ganda ini. Potong betul. Hah. Sambung. Dari jumaat hari itu membiak-biak kepenatannya. Penat merempit. Merempit. Merempit. Dan merempit. Nami. Gua gila berjuta minta maaf kalau lu kena saman. Bukan gua tak mampu nak bayar kalau kena saman. Gua memang tak dapat bayar pun kalau kena saman.

Lu faham ke Nami? Harapanlah kalau lu faham.



Jumaat. Member nikah. Hulu Langat. Dari Kerinci terus ke Langat. Dengan berlengas badannya. Dengan trafik jem yang super rakusnya. Merempit. Merempit. Dan merempit. Layan drift bukit Ampang. Sampai pun dah sipi-sipi nak malam. Jam 7 malam. Gelap juga. Gelap yang tak berapa nak ikhlas cuma.

Tahniah Ain. You dah selamat bersenyawa membina masjid akhirnya. Alhamdulillah.



Bawah: Naem, Joni, Ain, Ana.



Bawah: Ecah, Sadiq, Pengyu, Ain, Astri, Ain pink.



Dalam jam 12 lebih, Nami tak bertukar jadi labu pun. Makanya, aku pun layan drift balik. Turun bukit Ampang. Merempit. Merempit. Dan merempit. Dalam kepekatan malam. Yang sangat likat. Jangankan lampu jalan. Pancaran lampu kereta pun tak berapa nak nampak.

Malam-malam saya rabun ayam.. (ini rahsia)

Esok pagi. Sabtu. Merempit ke Kapar. Sepanjang hidup aku, ini pertama kalilah kena pergi ke Kapar secara solo. Selalunya dengan Dani. Selalunya kami memang tak pernah pun jumpa jalan ke Kapar. Kira bila kena pergi ke Kapar secara solo ini, barulah aku jumpa jalan sebenarnya. Itu pun lepas sesat beratus-ratus saat.

Kesudahannya, sampai juga.

Sampai pun dah sipi-sipi nak malam. Jam 7 lebihan malam. Gelap juga. Gelap yang tak berapa nak ikhlas cuma. Malam itu, tidur rumah Jeehan. Esok kendurinya dekat Ipoh. Tak dapat pergi. Makanya, cuma mampu melepak satu malam dengan die sekeluarga cuma sebenarnya datang nak kacau daun je ini.

Tahniah Jeehan. You dah selamat bersenyawa membina masjid akhirnya. Alhamdulillah.



Esok pagi. Ahad. Merempit ke Langat. Haah. Ain sanding. Jenguk sekejap. Dari Kapar dekat nak jam 9.20 pagi. Masuk Damansara dalam jam 9.45 pagi. Aku tak racing. Lebuhraya itu yang tiba-tiba jadi pendek. Luar biasa pendeknya. Agak hairan. Dalam jam 10 pagi, sampai Langat. Betul. Aku tak racing. Bukit Ampang itu tiba-tiba mengecil. Jadi pendek dia punya lap.

Tahniah Ain. Tapi aku suka masa nikah. Bertudung. Lagi ayu.

Bawah: Kid, Ain dan Pek.



Bawah: Ain dan Dip.



Hah. Perjalanan masih jauh. Dalam tengahari itu kena pergi PICC. Merempit. Merempit. Dan merempit. Hala ke Putrajaya. Dalam 1.30 tengahari keluar daripada Langat. Masuk Kajang. Jumpa Putrajaya. Dalam 1.55 tengahari sampai PICC. Aku tak racing. Lebuhraya itu pendek sangat. Kajang Silk namanya.

Kalau tak percaya cubalah ukur di badan sendiri.

PICC. Majlis Konvokesyen Kelima UniKL. Atau juga BMI. Adik acit konvo. Diploma IT. Sebagai kakak kanda yang tak berapa rajin nak bagi duit saku pada adik-adiknya atas dasar tidak mahu mereka boros, meminta maaf sebab tak sempat nak beli unsur bunga atau coklat atau teddy bear besar macam orang lain.

Saya tunggu awak grad degree IT ini jelah ya. Nanti saya bagi hadiah besar sikit.



Dua beradik bawah ini memang tak sebulu. Entah macamana mereka boleh bergambar bersama. Aku hairan. Yang lain tak perlu hairan sekali. Semak nanti.



Hah. Malam itu. Kami sekeluarga melepak ke Alamanda. Makan secara separuh besaran satu keluarga. Dekat McD. Sebagai kakak kanda yang lebih kaya daripada adik-adiknya disebabkan mereka masih belajar, aku belanjalah satu keluarga. Membukit juga segala jenis burger dan ayam dan sundae dan sebagainya memenuhi meja.

Walaupun kami sekeluarga tak kuat makan, habis juga segala makhluk-makhluk McD itu. Macam orang kebanyakan yang lain, lepas makan mestilah balik rumah. Kami bukan jenis kacang lupakan kulit. Bantal di rumah melambai-lambai bagai nak rak. Maka, kami perlu balik. Hah. Cerita pun dah habis. Asik baca cerita mengarut macam ini boleh rosak otak. Hentikanlah kerja-kerja tak berapa nak mendatangkan faedah ini.

Sesal dahulu dapat pendapatan. Sesal kemudian, bayar EPF dengan SOCSO.

Fa Nun Alif Ta kan_


Sambung baca...

Kategori:

Friday, August 15, 2008


_Positif. Ini bukan kerja senang.

Diulangi.

Bukan kerja senang. Bukan kerja senang. Bukan kerja senang. Tak begitu senang. Memang memang. Tak berapa nak kencang dia punya senang. Memang memang. Memang tak berapa senanglah nak jadi positif. Hah. Memang memang. Sepanjang hayat. Sampai ke liang lahad. Kalau terlebih daripada garisan neutral itu. Boleh jadi overdose kewarasan. Kadang kala.

Atau sinonimnya, GILA.

Antara cubaan positif. Yang berjaya. Kadangkala.


Situasi 1
"Woi! Celaka punya driver. Buta! Tak tahu drive, naik basikallah woi!"
Cubaan Positif 1: 'Mungkin dia tak tahan nak pergi jamban gamaknya. Atau buasir barangkali. Kesian kesian'.
Situasi 2
"Bodoh! Bangang! **$&#*$&*#!! Otak letak dekat lutut! Jalan tu tengoklah depan. Main rempuh je!"
Cubaan Positif 2: 'Kesian kesian. Muda-muda lagi dah rabun. Mesti power mata dia 1500 tu'.
Situasi 3
"Opocot tergolek dog. Bangang punya orang! Kecik-kecik dulu taknak mampus. Dah besar menyusahkan orang. Siapa letak penyapu tengah jalan ni!!"
Cubaan Positif 3: 'Mungkin tukang sapu ni tengah rehat kot. Penat sampai tak larat angkat penyapu. Kesian. Kesian. Aku pun rabun. Mesti power mata dah 1000 ni. Jalan tak tengok depan'.
Situasi 4
"Hargh.. aku bengang betullah dengan mamat tu. Menyusahkan orang. Buat kerja lembab. Datang lambat. Blablablablablala prong prang prong prang.."
Cubaan Positif 4: 'Fuh. Bagus jugak ada orang macam ni. Boleh meningkatkan tahap kesabaran. Memang untung. Untung kesabaran'. (sambil kesat air mata kegeraman)

Hah.

Apa macam? Ada kudrat nak lawan nafsu amarah pejuang Serbia? Mencabar hoi! Hari-hari kena tepuk dahi. Gara-gara nak tanamkan si positif. Memang lembik. Entah dah berapa juta positif kena benam dekat dahi. Positifnya keluar sejemput juga. Memang Bosnia Herzegovinalah si positif ini. Dah terasa macam pergi berjuang je ini. Fi sabilillah.

Pap pap pap! (bunyi tepuk dahi)

Benam lagi. Benam_


Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, August 13, 2008


_Kita perlu gunakan kekerasan. (sambil mengerutkan kening tanda serius)

Itu. Dalam LRT. Daripada pemerhatian akulah. Mana taknya. Setiap kali lepas subuh. Seluruh umat manusia akan berasak-asak dari kiri ke kanan. Tolak-tolak. Himpit-himpit. Tekan-tekan. Picit-picit. Yang mana akhirnya akan ada bergelimpangan ikan sardin di bahagian tengah badan LRT. Berpeluh-peluh dalam kesejukan. Baunya jangan ceritalah.

Lagi hebat dan tegar berbanding bau ikan masin!

Woh. Ini memang kejadian yang tak dapat dilupakan. Makanya. Kita perlu gunakan kekerasan. Itu. Dalam LRT. Daripada pemerhatian akulah. Tak banyak mana. Tapinya. Dapat juga sekerat dua tips tegar menunggang LRT Sardin. Boleh pakailah kalau tak percaya. Saya jujur orangnya. Kalau menipu memang senang kantoi. (ini rahsia! jangan beritahu orang lain.)

Hah.

Antara tips yang boleh separa pakai:

  1. Berpura-pura tidur keras dengan berdengkur sambil berdiri.
  2. Buat-buat macam meracau atau histeria di tengah-tengah manusia.
  3. Bergelak ketawa secara tiba-tiba memecahkan kesunyian di dalam LRT.
  4. Sebelum nak naik LRT, tak perlu mandi, sikat rambut, berus gigi dan sebagainya.
  5. Baring di tengah-tengah dunia atas lantai LRT sambil bergolek-golek.
  6. Cubit lengan sesiapa di sekeliling anda sekuat hati semasa tengah berhimpit-himpit.
  7. Naik LRT dengan menggalas beg berkulit keras yang paling besar dalam dunia.
  8. Ulang mana-mana langkah di atas berkali-kali sehingga sampai ke destinasi anda.

Memang berguna.

Amalkan selama seminggu secara berturut-turut. Dijamin mujarab. Trust me man_

Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, August 12, 2008


_Bercampur baur sungguh.

Ini bukan dah masuk kadang-kadang. Ini memang selalu ngeri ini. Asal ada kerja kahwin je, aku ngeri. Asal aku ngeri je, mesti ada kerja kahwin. Dahlah bulan 8 ni Mega Sales. Mega majlis kahwin. Mega persenyawaan. Mega mendung. Megawan. Hah, macam-macam Megalah pendek kata.

"Ha, bila pulak giliran kamu..?"
Senyum bergetah. 'Esoklah.. esok.'

"Kamu tak ada calon ke? Nak calon tak?"
Senyum mengelat. 'Hah, keliling pinggang, lutut, betis semua ada'.

"Jangan tunggu lama-lama. Dah ada ke? Kenalkan lah kat kitorang."
Senyum seram sejuk. 'Tak lama sangat pun. Sehari pun belummm..'

Soalan-soalan itu tak berapa keji. Cuma...


..rimas. Serabut ayam woh! Berapa kali kena cerita. Jodoh bukan turun daripada langit. Kalau turun daripada langit itu bukan jodoh namanya. Itu orang jatuh bangunan bunuh diri. Lagi pula. Jodoh maut di tangan Allah. Memanglah kena berusaha. Tapi. Akulah yang berusaha. Bukan orang lain yang berusaha tanya hari-hari.

Rasa nak sembelih ayam hidup-hidup je. (eleh. macam brani..)

Tapinya. Nasib baik aku dah jadi sikit bijak. Dulu tak berapa nak bijak. Sekarang dah bijak. Bak kata orang tua, bijak dahulu pendapatan. Bijak sekarang tak berapa nak gunanya (eh.. iya ke pepatah tu entahnya..).

Sekarang kalau ada yang tanya soalan macam itu memang confirm takkan tanya lagi dah sampai bila-bila. Kah kah kah. Padan muka.

Hah, agak-agak nak rasa, tanyalah_

Sambung baca...

Kategori: ,

Monday, August 11, 2008


_Skreettt..

Dekat Hentian Pasar Seni. Molek je LRT berhenti mengejut. Dalam 5 ke 6 orang terjelepuk atas lantai. Depan aku. Dengan aku nak terjatuh sekali. Nasib baik tengah duduk. Itu pun berlaga tiang. Menjerit makcik-makcik jatuh terjelepuk itu. Mana taknya. Tangan kiri kanan penuh barang. Manalah sempat sangat nak berpaut masa kejadian. Sedekah simpati sikit dekat mereka.

"Kepada semua penumpang. Kami meminta maaf di atas kejadian train berhenti secara mengejut tadi. Train akan memulakan perjalanan semula sebentar lagi."

Tengok.

Boleh kata setiap bulan pun LRT ada problem. Nak buat macam mana. Itu aje kemudahan awam yang paling laju dalam Malaysia. Tolak ERL dengan kapal terbang ya. Tapinya. Memang luruh sekejap jantung. Ingatkan nak jatuh ke apa ke badan LRT ini. Maklumlah. Dulu penah terberhenti beberapa minit dalam terowong. Itu. Lagi ngeri.

Ini memang kejadian yang tak dapat dilupakan.

Kalau maaf itu berguna, polis nak buat apa_

Sambung baca...

Kategori:

Friday, August 08, 2008


_Hari ini cuti.

Aha. Seronok bukan. Hari Jumaat cuti. Cuti umum untuk aku seorang aje. Hah. Tak perlulah sampai begitu sekali cemburunya. Hari ini aku cuti. Esok aku cuti juga. Lusa pun aku cuti. Kau pula. Cutilah esok pada esoknya pula. Tak pun. Esok pada esok punya esoknya. Pun tak apa juga. Aku tak kisah. Yang penting hari ini aku cuti. Ai, seronoklah.

Hah.

Tak perlulah sampai begitu sekali cemburunya. Buruk betul tarik muka macam itu.

Nak buat macamana. Jadi tukang ambil gambar separuh masa. Bulan 8. Banyak sangat majlis pra-persenyawaan. Majlis pra-persenyawaan ya. Ulang lagi sekali. Majlis pra-persenyawaan. Lepas itu, baru betul-betul punya persenyawaan. Hah. Barulah ada unsur biologi. Tak sia-sia biologi aku P6. Ini baru simbolik sikit.

Aku?

Tengah bersabarlah ini. Partner pra-persenyawaan. Pemilik tulang rusuk kiri. Hah. Ingat senang ke nak cari. Kalaulah sesenang beli Choki-choki dekat kedai kan seronok_


Sambung baca...

Kategori:

Thursday, August 07, 2008


_Fitnah berleluasa.

Kerja-kerja orang atas. Roadblock. Naikkan harga minyak. Rasuah. Buli rakyat bawah. Kata negeri demokrasi. Kenapa perlu road block bagai. Ada kata nak buat rusuhan ke? Atau takut dengan pembangkang? Semua orang aman damai je. Kalau berarak pun sekadar memenuhkan majlis. Apa pasal kena buat roadblock bagai?

Polis. Dasar hotDog.

Sorilah sesiapa yang jadi polis. Aku memang berbulu dengan hotdog ini. Polis zaman dulu lagi berkaliber berbanding sekarang. Dunia dah nak sampai hujung. Tak begitu senang nak tunjuk kebenaran sekarang. Satu dunia kalau kena liwat, siap bersumpah atas al-quran pun belum tentu berada dalam pihak yang benar. Agama, al-quran, hadith dimain-mainkan macam itu je.


Aku pelik. Kalau konsert bersepah-sepah tak ada pula nak letak polis. Hiburan maksiat sana sini itu yang disokongnya. Tak ada pula nak penuhkan ISA hotdog itu. Rasuah orang dalaman. Sama dengan. Mentang-mentang ada kuasa. Kes murtad. Kes akhlak tonggang langgang bagai. Hah. Lagi satu. Kalau Melayu yang kononnya Islam ramai yang togok arak. Tak nak pula buat roadblock ke jalan-jalan semua kelab malam.

Tah apa-apa perangai.

Aku rasa banyak sangat terpengaruh dengan cerita Hong Gil Dong ini. Heh. Dahlah. Malas nak cakap panjang. Allah Maha Adil. Semoga dia sentiasa dalam peliharaanNya. Apa-apa pun.. Allahuakbar_


Sambung baca...

Kategori:

Wednesday, August 06, 2008


_Nak godek layout blogspot ini. Masalah menjemput. XML tag bersepah-sepah. Apa kejadah. Ini mahu tak mahu memang boleh berubah jadi bentuk lain ini. Tahu-tahu aje berubah kepada bentuk asal. Dungu sekejap. Nak pinjam sebiji dua template lain yang kacak embun pun tak berapa nak reti. Ini bukan tahap dungu lagi dah. Ini dungung namanya.

Ini memang kejadian yang tak dapat dilupakan.

Tolong tolong tolong_


Sambung baca...

Kategori:

Tuesday, August 05, 2008


_Hok. Hook. Hoookkk (thundercat tak bermaya)

LRT. Sinonimnya tunggang sardin.

Dulu bas mini. Sekarang LRT. Tang mana entah yang rapid pun aku tak berapa pasti. Tersepit. Disepit. Menyepit. Terkepit. Mengepit. Berkepit. Dikepit. Tersangkut. Menyangkut. Disangkut. Bersangkut. Terlekat. Melekat. Dilekat. Berlekat. Pelekat. Terhimpit. Menghimpit. Berhimpit. Dihimpit. Macam burger. Macam dalam tin sardin. Hah, apa lagi nak kata.



Tunggang sardin.

Memang. Memang sangat. Macam itulah perasaannya. Kata - kata yang nak dikata pun tak berapa nak kata disebabkan kata mengata.

Macam itulah perasaannya_

Sambung baca...

Kategori: ,

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.