Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, December 16, 2008


_I don't know why.

< Pergh.. nampak macam bagus je intro >

Kebelakangan ini, hari-hari aku rasa nak passed out. Black out. Kaput. Yang mana, baru terasa seperti nak jadi. Belum jadi lagi tapinya. Disebabkan kepala yang sentiasa rasa nak black out, segala deria rasa aku pun ikut sama kaput. Kepala fikir lain. Mulut cakap lain. Jari taip lagilah lain.

Lain.
Lainkah.
Lainlah.
Semua lain.

Dan apa pasal entah. Otak aku suka pendekkan perkataan. Dalam 2 ke 3 perkataan boleh dicantas jadi 1 saja. Ekselen, man. Sejak dulu. Dan semakin menjadi-jadi sekarang ini. Salahkan otak. Sebab otaklah CPU aku. Tanpa otak, zombie kampung pisang takkan wujud punya. Kiranya, itulah kepentingan otak aku.

Just now..

< Perghhh... baru puji sekali cakap bagus intro dah buat perangai balik >

Woi, fokus!

Just now..

Aku tapaukan bos nasi goreng. Lupa nak ambil sudu garpu bagai. Mengagau la juga beliau nak cari sudu dan garpu terpakai dekat pantry.

"Huzai.. do you have any extra fork and spoon?"
"Err.. sorry bos. I forgot to take one for you."
"That's oklah. I'll try to find one in the pantry."

Cari punya cari. Ada 2 pasang garpu dan sudu masih hidup dalam laci aku rupanya.

"Ha.. I have one. Do you have any SPORK already?"
"Err.. yeah yeah. I have one. Thanks."

SPORK?

What..?!

Patutlah bos seperti konfius alam. Muka tercengang di sebalik kelaparan. Apakah itu SPORK? Bunyi seperti daging pork pula. Dia memanglah makan daging pork. Sebab memang makanan dia. Yang aku ini apa hal pula. Tak guna. Otak terlebih kreatif buat vocabulary sendiri.

Itu belum lagi masuk dulukala. Dekat McD. Sampai mati jadi bahan gelak Dani.

"Yes miss. Having here?"
"No. I want to TAKE OVER."
"Err.. ok. Take away. Set yang mana cik?"

TAKE OVER?

What..?!

Terus orang McD itu belasah cakap melayu. Nasib baik dia tak gelakkan. Kalau dia nak gelak masa tengah isikan fries pun tak kisahlah. Nak gelak satu dapur dengan jemaah lain pun tak kisahlah. Asalkan bukan depan aku. Gila aib. Malu. Keji betul. Ada hati nak take over tempat orang. Itulah. Lain kali nak cakap Bahasa Inggeris pandang kiri kanan dulu.

Fine.

"Huzai, please take over the spork."

Ha.. cakaplah. Cakap. Aku tahu korang mesti nak cakap itu kan. Dani. Suhaila. Anis.

Haha.

Keji gila_

Kategori:

18 Responses to "Take Over The Spork"

nurjihad said :
December 16, 2008 at 3:31 PM
sengal sungguh..
hehe..
*saya gelak kat belakang ni*
eh...tak bukan gelakkan tuan punye blog..
cumenye gelak---> perbuatan menggelak
sepertinamadiatas said :
December 16, 2008 at 4:05 PM
kekeke.. hmm.. agak2 kalau aku list down sume ayat kantoi ko kat sini ade org nk bace x??

dani+anis.. jom.. ade brani??

muahahahahaha....
Sub said :
December 16, 2008 at 4:10 PM
hahaha...mcm my friend...
nak kata bosan+boring, jadila 'borang'...
kali kedua nak betulkan...
jadi la pulak

'bosin'...

ape tu?????
hahahahahahahaha....

mungkin spork itu = spoon the pork...?
take over mcD?haha...
sgt2 kelakar...terguling2 den...
gelak geli gasing...
alifmimyanun said :
December 16, 2008 at 4:49 PM
ahah hah hah ha.
pernah dulu kawan saye, die nak cakap "kantol"
tersebut "kontoi" ...
ayumi said :
December 16, 2008 at 5:35 PM
kau ni kelakar lah. next time kena fikir semenet before bercakap. hahaha.
LediAgli said :
December 16, 2008 at 9:53 PM
kau kan... ishk... kesian dowhh... memang lah. haih
December 17, 2008 at 1:22 AM
tu namanya disleksia..sejenis penyakit..tapi x seriyes sbb tom cruise pun ade penyakit tu jugak..teruk ckit la dia tu.. disleksia ni (tatawu ejaan saitifik yg betul mcm mane) mcm kite nk ckp bnda yg tgh byk berkumpul dlm fikiran..tunggu nak kuar kat mulut je.. sbb tu tercampur dan tertuka huruf atau perkataan. saye pun cmtu gak. nak cakap suratkhabar, tercakap subatkharar.saling tertukar huruf di tempat yg same. mmg ade penyakit ni.
seluar panjang buley jadi sejuar panlang. fhm kan? huuu..xfhm xpela..hahahah!

kalau kantoi2 ayat ni namanya bologs kn? haha..maksudnye nak ckp kelapa tercakap kepala..itula bologs..pkataan kantoi~

spoon fork

spork..see wut i see??

huuu...xpe..saje je bebelan kat sini..senyum slalu!
M-I-N said :
December 17, 2008 at 3:52 AM
xsampai hati lak aku nak gelak.sabo je la ek.
dop said :
December 17, 2008 at 4:40 AM
aku tawu.

it's bcz you're having too much raw data (input) in ur mind, but u got one only one mounth as for d output. tp mulut kena sebut satu-satu (perkataan dlm jujukan .. bukan bole lepas in one go). so what happen is information that need to be channel ke mulut telah jadi bottleneck somewhere somehere dari otak ke mulut dan information yg patutnya keluar tu scrambled.

orang bijak2 kadang2 ada penyakit camni la. hehehe.
famia said :
December 17, 2008 at 9:41 AM
nurjihad: wooooo.. takpe. takpe.

suhaila: haha. woi ko nye list lagi panjang tau lam notepad aku.

sub: ha tau xpe. itu bakat tu. boleh memendekkan perkataan secara beramai-ramai menjadi satu.

amin: hehe. kitorang siap ada list lagi semua word yang salah sebut. simpan dalam notepad.

ayumi: hehe. otak aku translate mcm tu. tak dapat nak buat ape.

ledi: manusia berbakat memang macam ni. haha.

adledash: waaaaaaaaaaaaaaa.. yeke? baru taulah. disease ke rupanya. kamu ni blaja ape ni. nursing ke? medic? hehe. tengs ye. memang itula yg jadik kat orang skang. sadistik.

min: ha tengs byk2 x gelak. hehe.

dope: uiyo. bottleneck ke. ko pon ade penyakit camni ke? ko pon bijak je.
December 17, 2008 at 11:45 AM
Tapikan famia,biasa ar tersalah cakap tu, saya pun selalu camtu, sib baik budak2 kat tempat keje ni dah paham..

Otak terlalu banyak sgt berfikir sampai mulut pun tak sedar terucap perkataan ape...
Anisa Ahmad said :
December 17, 2008 at 2:19 PM
nk komen..
tp...
kang kne balek nek lrt~~...
hoho
Nana CS said :
December 18, 2008 at 7:54 AM
kau menghibur hari ku. haha.
kel@mbu said :
December 18, 2008 at 2:57 PM
biasalah tu.. bila otak dan lidah x brapa nak sinkronais.. farah breep2 pun bulih tkar jd farah chop2.. haha!
famia said :
December 18, 2008 at 4:39 PM
aarin: hehe. haah normal je. tapi mcm saya.. thinking n communication mmg mcm tu. dia jenis susah nk identify which is which. bukan sekali. setiap hari. everytime. berkat tu barangkali. haha.

anis: haha. fine. simpan la list tu. xnk tau.

nana: haha. sama dengan.

kelambu: hehe. ko ni banyak sangat tengok rancangan sains ni. teori.. pergh.
zai_pj said :
December 19, 2008 at 11:40 AM
bukan anda sorang je famia. sy pon salu mengalami situasi di mana..otak lebih laju dr sebutan. otak pk lain.. mulut sebut lain.hahaha. ade sekali malu, bos suh print gambar brigde, then pas, ckp bos ni gmbr bright!!!..hahaha..malu gile. kdng mesej nk beli cempedak tp taip cempaka. hahaha. x sangka ia sejenis penyakit org bijak!..ahaks :P
famia said :
December 20, 2008 at 2:15 PM
zai_pj: bukan penyakit tu. hehe. berkat.
December 20, 2008 at 9:13 PM
x blaja medic sbb x minat. haha! tapi bace. memang benda ni terjadik kat insan2 yang sangat byk idea nak berckp dan jugak insan2 bijak.huu~

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.