Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, December 02, 2008


_Minggu ini barulah bermakna. Cuti sekolah bukan saja terletak pada sekolahnya. Tapi juga. Terletak pada jalannya. Jalanraya akhirnya lengang. Minggu ini. Dan sampai habis bulan ini. Semoganyalah. Kan.

Akhirnya.

Selamat. Lama aku tunggu tahu. Tunggu SPM tahun ini besar panjang. Nak tak nak sampai juga dia punya penghujung. Penghujung bukan sebarang penghujung. Penghujung sekolah menengah yang tak berapa nak menengah cuma. Memang full stop. Tapi. Jangan pula kau belajar sampai paras itu saja. Itu memang paras berbahaya. Belajarlah separas dengan Gunung Everest. Barulah kacak bergaya.

S = Sijil
P = Penamat
M = Menuntut


Walaubagaimana pun.

Bukan SPM saja selamat habis. Ada lagi yang bakal habis. Memang tak semena-mena habisnya. Habis secara tak disengajakan. Atau kadang, memang disengajakan. Sikit-sikit, lama-lama memang jadi bukit dia punya habis. Mengerikan. Memang gila tak ingat dia punya ngeri.

Mayat-mayat kucing dan anjing.

Semahu-mahunya bergelimpangan di tepi jalan. Di tengah jalan pun iya juga. Dengan perut pecahnya. Terkeluar semua isinya. Mata terbeliaknya. Lidah terjelirnya. Erghhh.. kesianlah. Pening lalat aku dibuatnya pagi-pagi nak pergi kerja. Habis jalanraya kena jilat dengan sebaldi darah mayat-mayat itu.

Maksud aku.
Kesianlah mayat-mayat itu.

Itu pun kalau pandang sekali, bukan takat terkesima. Teruja. Tersedih. Teristighfar. Tergeleng kepala. Tapinya. Siap boleh ter'accident' lagi barangkali. Gara-gara nak elak mayat. Memang bahaya. Kemungkinan besar, filem Bangkok Kuala Lumpur Dangerous bakal menapak di pawagam berhampiran anda tak lama lagi. Nantikan, sila.

Tapi kan..

Antara ayam, anjing, kucing, kambing, lembu, kerbau, ular, burung dan haiwan-haiwan lain. Yang wataknya adalah pengguna yang rajin melintas di jalanraya. Atau nama lainnya, pedestrian. Potensi ayam, lembu dan kambing adalah lebih tinggi untuk jadi sebahagian daripada jalan tar. Atau nama lainnya, mayat jalanan. Berbanding kucing, anjing, burung dan ular.

Sebabnya..

Ayam Kucing dan anjing. Sebelum melintas mesti tengok kiri kanan. Mesti punya. Tak pun, mereka akan lari sekuat hati bila nak menyeberang. Kalau tak percaya pergi duduk tepi jalan. Sila jadi saksi. Mereka memang melintas pakai mata. Dan sedikit akal. Yang tak berapa nak akal sangatlah. Tapinya. Memang kalau ada kereta, budak-budak itu siap boleh tarik langkah lagi sebelum menyeberang jalan. Bijak kan.

Kiranya.

Tak patutlah makhluk yang sedikit bijak menjadi mayat jalanan kan_


Kategori: ,

9 Responses to "Mayat Jalanan"

DarkWan said :
December 2, 2008 at 8:32 PM
Ayam dan anjing. Sebelum melintas mesti tengok kiri kanan.

^ Hm .. mcm x je. Bak kata kempen jalan raya kat TV ..

"Jangan melintas seperti seekor ayam"

Tapi ko x tengok TV kan. Kan. Kekekeke.

PS: Kat billboard pon ade
famia said :
December 2, 2008 at 8:42 PM
dope: haha. silap. aku memang kepala tengah pikir kucing la ni. tapi apsal tah tulis ayam. ye ye. jangan melintas seperti ayam. melintaslah seperti anjing, sebaliknya.

ini kisah benar. aku.. suhaila ngn dani. jadi saksi kat penang. hehe. bila jalan tak kliye.. memang anjing tu patah balik ke belakang. cerdik betol. tapinya. masih banyak lagi anjing2 mati bergelimpangan kene langgar. isk isk isk..
orgkubikelbelakangsekali said :
December 2, 2008 at 10:52 PM
tapi........... kucing kat sek7 tu x pandang kiri kanan pon................. huwaaaaaaaaaa....

nape ko ungkit blk kisah sadis ni?? ko saje ye nk kasik aku rs bersalah sampai kiamat ye... huwaaaaaaaaaaaaa............

[mtk ampun sekalian makhluk kucing dimukabumi yg fana ini... sy x bersalah... kwn korg tu yg rabun malam... melintas x toleh kiri kanan.. tu sure x tgk iklan tv tu.. huhuhuh]
famia said :
December 2, 2008 at 11:18 PM
me: hehe. weyyy.. mana ade nak bagi ko rasa besalah la. aku pagi2 asik nampak mayat kucing je bergelimpangan. besar2 pulak tu. gemokkk plak tu.. ngeriii la. tu yg aku tulis. isk.. takde kaitan ngn ko la.
skidg8 said :
December 3, 2008 at 12:48 AM
satu kelapangan bila dapat baca blog famia yg penuh ngan cite kelakar2...

masa blaja dulu, asal nak g bandar je, bole main kira2 bape ekor ayam mati sepanjang perjalanan...
isk
Nana CS said :
December 3, 2008 at 7:59 AM
SPM abis 4 dec la.
paper geografi.
lom abis lagik la kalau hari ni.
kel@mbu said :
December 4, 2008 at 4:55 AM
cikgu bio aku ckp, kalau nmpak kucing byk mti tgh jln itu tndanya msim mengawan.
Ezad said :
December 4, 2008 at 9:38 PM
pernah tgk kucing melintas ikut jejantas? ahahaha.. ada skali dulu, depan kompleks kotaraya.... eh.. ada ke jejantas dpn kompleks kotaraya tu? lupa lak...
famia said :
December 5, 2008 at 4:23 PM
skidg8: err.. kakdib. saya tulis secara serius ni. ada pulak kelaka. iskkk.. disalah ertikan intonasinya.

nananya: majoriti.. 3/12. 2/12 pon ade juga. 4/12 minoriti saja.

kelambu: wohhh.. itu mesti belum ada ikatan. sebab tu kena langgar awal2. isk isk..

ezad: jejantas? gila bijakkk. ada. jejantas depan tu. yg orang malas nak panjat. sume pakat seberang jalanraya kering2 macam tu je ibarat orang kebal. haa.. kadang2 termasuk akula tu. haha.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.