Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, December 05, 2008


_Kertas manglish Bahasa Melayu I. SPM 2088.

ARAHAN: Hati kasi bersih. Pen Kilometrico biru bermata runcing. No liquid paper. Tulis tanpa was-was. Mulakan dengan bismillah. Gunakan kekreatifan anda pada tahap tertinggi. Tinggalkan sekeping kertas saja sekiranya begitu dungu untuk menjawab soalan-soalan berikut.

Soalan nombor 1.
Huraikan maksud Disember 2008 mengikut kefahaman anda.
( tidak lebih daripada 188 patah perkataan )

Jawapan.
Disember 2008. Paling kacak. Cutinya banyak. Banyak yang galak. Sampai boleh bersorak-sorak. Setiap minggu cutinya membiak-biak. Gila banyak. Kepuasan hati dirabak-rabak. Memang kacak. Semua orang cuti berlambak-lambak. Sampaikan bos cuak-cuak. Office terbengkalai gila rabak. Tunggu masa nak kena rompak. Tapinya, aku tak. Baki cuti tak berapa nak gempak. Tengok orang cuti bagai nak rak. Jelousy di hati membuak-buak.

Rumus Algabra:
Minggu kedua 8/12 = AidilAdha
Minggu kedua 11/12 = Sultan Selangor Lahir Kembali Berkali-kali
Minggu keempat 25/12 = Hari Krismes Santa Claus Kerja Overtime
Minggu kelima 29/12 = Maal Hijrah 1430 Nak Kena Fikir Azam Baru Lagi

Soalan nombor 2.
Huraikan maksud "Jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja 4:3".
( lebih daripada 80 patah perkataan pun tak apa )

Jawapan.
Pagi tadi. On the way nak pergi mengais rezeki. Jalan Bangsar. Lampu trafik tengah merah. Kereta Myvi Silver. Lajur dan baris depan aku. Belah belakangnya tertampal stiker 'halus tak berapa nak ikhlas saiz tulisannya'. Penat aku zoom in anak mata. Rupa-rupanya, tertulis "Jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja 4:3". Terasa macam ada unsur humour. Tak berapa nak pasti. Mungkin silap deria rasa barangkali. Pagi-pagi dah nampak pro-poligami. Sengal ini.

Soalan nombor 3.
Huraikan perasaan anda jika digoda kaum sejenis.
( kalau terlebih daripada 180 patah perkataan pun lagi bagus )

Jawapan.
Semalam. On the way nak balik selepas mengais rezeki. Jalan Bangsar. Jem gila kronik. Pada paras berbahaya. Kelajuan kereta 5km/j setiap 10 minit. Memang 'thank you Allah'. Hampir menangis air mata darah. Tapi, kutahan saja. Apakan daya. Mata pula makin melayu. Mengantuk woi (intonasi bertanda seruan). Dengan tak semena-menanya, sebiji kancil di depan. Macam sarat. 5 orang jejaka yang.. tak berapa nak jejaka dia punya jejaka itu.

Maksud tersirat di sebalik ayat di atas, fahamkan sendiri.

Sekejap-sekejap tersengih berjemaah. Tergelak berjemaah. Gelak ketawa remaja riang ria. Sambil menari berjemaah. Memang... agak gedik. Dude, gadis-gadis lain yang semulajadi hot, mencari 'hot' atau pun perasan hot pun tak pernah menari macam itu dalam kereta. Dahlah senja. Lagi sikit saat je nak masuk maghrib. Dan sekejap-sekejap pandang ke kanan belakang.

Rupa-rupanya..

Mangsa adalah 2 jejaka yang 'boleh tahan rupa mereka tapi mungkin ada orang lain yang tengok sampai tak tahan'. Kereta jiran sebelah kami. Siap mereka terpaksa menjarakkan kereta berjengkal-jengkal. Gara-gara nak larikan diri daripada di'ayat' jejaka-jejaka kereta kancil itu. Gila kesianlah. Memang siaran langsung depan mata. Sampaikan siap overtake kereta-kereta lain semata-mata nak merapatkan saf diri dengan kereta mangsa.

Menakutkan.
Menangislah tengok muda-mudi zaman sekarang.

Semoga... semoga korang dipeliharalah daripada benda-benda mengerikan macam ini.

Soalan nombor 4.
Berikan pendapat anda tentang Hari Raya Korban.
( kurang daripada 50 patah perkataan )

Jawapan.
Berbondong-bondonglah lembu dan kambing bakal menjadi korban tahun ini. Selamat menyambut hari raya Aidiladha. Semoga korang semua sentiasa dalam limpah dan rahmat dariNya.

Apa Itu Korban.

Dan baca juga..

Sudahkah Anda Berkorban?

Baik.
Karangan sudah tamat_

Kategori: ,

15 Responses to "Karangan SPM 2088"

13may said :
December 5, 2008 at 8:41 PM
err....

susahnya soalan...hehhe heheh

Salam Aidil Adha
ezad said :
December 5, 2008 at 11:07 PM
tahun 2088.. wah!! lama lagi tu. ada lagi ke kertas BM 1 utk SPM nanti?

jejaka2 tu semua kena sawan. naik kereta kancil, tapi perangai macam beruk.

ahaks!
indrasakty said :
December 6, 2008 at 12:53 AM
Soalan tambahan (opsyenel).
Arahan: Jawab jika mahu. Tiada lebihan markah diberikan.

Musim cuti sekolah juga adalah musim berkhatan dan musim mengawan (bagi yang berkemampuan). Sila berikan ulasan rasional.
alifmimyanun said :
December 6, 2008 at 3:28 PM
sebelum hari raye korban tak perlu bayar zakat.
ahazeman said :
December 8, 2008 at 2:23 AM
perghh kreatif dan meransang minda yg serabut ni.. anak siapa ni? hish hish tergoda jiwaku hik hik hik... bleh abg masuk meminang... untuk anak sedara abang.
_mist_ said :
December 8, 2008 at 7:58 PM
soalan 1
Disember 2008. bulan yang bertuah kerana boleh bermalasan sambil berguling-guling. hihi

soalan 2
hmmmm... perkataan adil kurang dipandang. perkataan sunnah yang ditekankan. tepuk dada, tanya iman.

soalan 3
haha.. haha. ha? seram. seram sejuk. na'uzubillah.

soalan 4
apalah erti hidup tanpa pengorbanan. seperti lauk tanpa garam.

salam aidiladha~
kel@mbu said :
December 8, 2008 at 8:34 PM
org kcak mmg slalu dingorat kaum sjenis.. ahaks..
PakciQue said :
December 9, 2008 at 8:56 AM
Selamat hari raya korban...

Pulang ke mana?

LINK
December 9, 2008 at 10:29 AM
salaam aidil adha to u too.
5d user and youre still havent reached 18?
really?
famia said :
December 9, 2008 at 11:19 AM
13mei: sonang yo. taip je ape2. hehe. salam aidiladha kembali.

ezad: ade punye. tak hilang SPM di dunia. hehe.

indrasakty: Ulasan rasional? Baik. Musim cuti sekolah memang idaman manusia khususnya warganegara Malaysia. Alasannya, di kala cuti yang panjang berjela-jela itulah aktiviti mengawan dan berkhatan mendapat sambutan. Berkhatan. Bukan perkara luar biasa masyarakat kita. Sekali kerat dalam beberapa minit.. dapat kembali pulih dalam tempoh masa yang agak lama. Makanya. Kesempatan berkhatan diambil ketika tempoh cuti sekolah. Yang mana proses baik pulihnya adalah berkadar dengan cuti yang diberi. Di situ lahirnya rasional. Yang mana turut sama mempengaruhi majlis musim mengawan masyarakat tempatan. Kadar cuti yang panjang membolehkan majlis kenduri dihadiri berjuta-juta pihak. Dan dipenuhi dengan kerahan tenaga yang bertubi-tubi datang secara ikhlas hati. Mahu pun terpaksa. Begitulah rasionaliti (ada ke perkataan ni.. hehe) musim mengawan dan berkhatan ketika cuti sekolah.

amin: hehe. ya. noted.

ahazeman: hehe. boleh. boleh. masukla kalau berani.

mist: hehe. bagus. calon SPM 2088.

kelambu: ek? tapi.. takdelah kacak mana. manis saja mungkin.

pakcique: selamat hari raya korban. pulang ke damansara cuma. hehe. tak kemana-mana.

bakri hafiz hisham: waw! panjangnya nama bro. hehe. salam aidiladha kembali. 5d user? haven't reach 18? apekah?
December 9, 2008 at 11:22 AM
kat headr ade tulis 5d.
persume it's a model of a camera?
atau nama kelas?
whoaha!
panggil aku bak jek.
famia said :
December 9, 2008 at 11:42 AM
bhh: hehe. yep. it's a model of coz. err.. itu impian saja. not d' owner of 5d yet.
December 9, 2008 at 12:41 PM
moga moga.
amin.
teddymoon said :
December 22, 2008 at 1:57 PM
besh ahh.. huhu kreatif sgguh!
tumpang tnye.. cne nk wat blog cute cmnih
tlg ajar?
famia said :
December 22, 2008 at 2:04 PM
bakri: ye. harapnya. begitu.

teddymoon: err... kena banyak main photoshop kot. basicnya... pakai template orang lain.. lepas tu godek sehabis baik. tukar semua. biar tulang belakang je pakai template orang lain. kalo tere css.. html bagai.. buatla tulang rangka sendiri. hehe.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.