Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, December 30, 2008


_Budak-budak kalau boleh dibawa bercakap memang kacak. Dia punya bahasa memang kencang kadang. Maklumlah. Saraf otak tengah nak berkembang maju. Memang mantap.

Umairah. 6 tahun.

"Isk.. gigi saya sakitlah."
"Kenapa gigi awak? Nak tercabut ke?"
"Taktau."


Perghh.. mati-mati aku ingatkan gigi yang nak tercabut itu gigi baru. Rupanya, gigi susu. Mencemaskan betul. Punyalah besar gigi susu budak ini. Susu apa entah dia minum. Pastilah susu emaknya bukan. Campur susu lembu juga sikit-sikit. Agaknya. Mungkinkah ada susu lain barangkali?

( Fikiran mula menerawang )

Ok coppp...!!

Takat itu sudah. Jangan fikir lebih.

Tolak punya tolak. Rupanya memang nak tercabut. Alkisahnya. Tunggu masa saja. Kalau angin tiup kencang sikit, memang confirm tanggal punya itu. Nak dijadikan cerita, aku pun 'masuk jarum'. Mana taknya. Kalau nak cabut gigi budak, kena bagi 'bunga' sikit. Kan.

"Meh sini tengok gigi awak Umairah."

Dia pun hulur gigi.

Maksud aku.. mulut.

"Uishh.. memang dah nak tercabut gigi awak ni."
"Dulu.. gigi kita yang bawah ini pun dah meninggal. Tinggal yang ini je nak meninggal."


Meninggal.

????


Aku tahan gelak. Memang tak tahan. Tapi gelak juga 8 harakat. Tak tahan dude. Budak kalau bercakap boleh layan lagi. Tapi kalau luar biasa dia punya bijak bercakap, memang luar biasa kelakar sungguh. Gilalah. Gigi pun meninggal.

"Gigi awak yang meninggal tu awak tanam ke?"
"Haah. Mak kita suruh tanam."
"Ooo.. yang ni nak meninggal awak kena tanam tau nanti."


Dia angguk.

"Tapi kita kena bagi dia meninggal dulu baru tanam."
"Ha ye ye. Awak balik rumah suruh emak cabut eh Umairah. Nanti baru dia meninggal."


Dia angguk lagi.

Nasib baik aku tak buang tebiat. Kalau tak mesti aku dah tanya Umairah samada dia letak ke tak batu nisan dekat gigi dia.

Hah.. nasib baik tak biadab.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali ya.. gigi Umairah_

Kategori:

14 Responses to "Gigi Meninggal"

MaJa said :
December 30, 2008 at 7:32 PM
aku terasa budak tu comel.. hehe
Indrasakty said :
December 30, 2008 at 9:23 PM
Kalau pula orang yang dekat-dekat nak meninggal, tengok dia pakai gigi palsu, cepat-cepat cabut dan selamatkan gigi palsunya.

Bukan sebab gigi palsu itu mahal, atau boleh guna untuk orang lain pula lepas itu. Jauh sekali kalau untuk dijadikan bahan kenang-kenangan.

Cumanya, mayat akan cepat menjadi kaku selepas tiada roh, dan mulut si mati akan terkunci rapat dan tak boleh dikeluarkan apa-apa lagi. Kalau dipaksa keluarkan juga, dibimbangi 'menyakitkan' mayat.
danineh said :
December 30, 2008 at 10:16 PM
bahasa budak skaaaaaaaaang..

*xai.. ai mis yuuuu...
famia said :
December 30, 2008 at 11:20 PM
maja: dia memang subhanallahhhh comel. hehe.

indrasakty: eh? macamana nak tau dia nak meninggal? takkan nak cabut masa tengah nazak kot.

dani: gigi ko bakal meninggal kan nanti. gudlak surgery ye. lamela tak jumpe. missingyumaidearfren.
December 31, 2008 at 1:39 AM
haha! dek gigi, jadi satu cerita. kanak2 memang bijak. sbb tu kanak2 wonderful dan kadang2 ade gak x wonderfulnye. haha! meninggal...logik jugak la tu..
December 31, 2008 at 5:32 PM
gigi meninggal ?
arr istilah baru.
kel@mbu said :
December 31, 2008 at 9:00 PM
tringat fahaman khurafat msa kcik dlu. kalu gigi atas tanggal kena baling atas bumbung. kalu gigi bwh kena tnam. jahiliah sungguh. huh..
nuaeman said :
January 1, 2009 at 12:18 PM
Macam kisah pakcik pulak... pakcik sendiri yang membunuh gigi..sehingga meninggal kerana tak tahan merasakan kesakitannya..
famia said :
January 2, 2009 at 10:31 AM
adledash: budak2 memang separuh drpd kebahagiaan dunia. hehe.

bipeds: haah. boleh register teros masuk DBP.

kelambu: khurafat ke tu. woh tak pernah la pule kena baleng atas bumbung bagai. cuma tau kena tanam je.. pasal gigi tu separuh drpd tubuh badan manusia. in fact... rambut kalau dah potong pon sepatutnya dibungkus dan ditanam elok2. kuku pun sama. orang2 tua la kata.

nuaeman: hehe. kalau dah tua.. gigi dibunuh.. memang tak tumbuh balek punye.
January 3, 2009 at 11:57 AM
famia.. aarin rasa hidup famia nie selalu dikelilingi dunia yg comel2. sbb setiap entri famia penuh ngan perasaan n emosi, boleh ke pendapat camtu? macam lari konsep jer komen ni

Anyway, mmg dpt rasa baby umairah tu comel bangat!!
famia said :
January 3, 2009 at 5:37 PM
aarin: hehe. dunia yang comel? dunia.. memang comel kalau kita pandang dia comel. semua manusia hidup dalam dunia yang sama. yang membezakan kita mungkin macamana cara kita hidup dalam dunia sementara ni kot. tulisan saya memang banyak perasaan ngn emosi.. sbb thru tulisan je boleh salurkan semua tu. kalau realiti.. harapannnnn sajelah. hehe. anyway.. bace boleh.. serap dalam kepala jangan. tengs sudi stay stuned :p
chika said :
January 4, 2009 at 9:43 PM
HAHAHAHAHAHA.
T_____T
(ketwa dalam tangisan dibuat)
famia said :
January 5, 2009 at 12:18 AM
chika: hehe. tak baik gelakkan kazen saya. tapi dia punya bahasa memang bombastic. orang dewasa pun tak pakai word baku macam dia.

'saya dahaga.'

dia tak sebut haus. tapi dahaga. memang ganas BM dia.
January 12, 2009 at 12:00 AM
kzen kamo comel cam kamu. kamu x hidup lg gigi bongsu, beliau telah meninggal.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.