Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, December 14, 2008


_Jangan tak percaya. Dalam bergaduh juga ada adabnya. Ada seninya. Ada amalannya. Ada peringkatnya. Ada kaki gaduhnya. Ada musuhnya. Ada bala tenteranya. Setidak-tidaknya, kaki dan tangan itu bala tentera jiwa.

Kan.

Dulu masa sekolah rendah. Kami, merangkap aku dan adik Uri. Kami selalu bergaduh. Bergaduh pada peringkat matang. Kami tukang gaduh semi-professional. Bergaduh atas benda-benda yang logik untuk digaduhkan. Bukan bergaduh kering-kering tak pakai akal. Walaupun waktu itu masih lagi miskin akal, tapinya masih lagi boleh pakai akal, walaupun tak berapa nak akal dia punya akal yang tak berapa sampai tahap kebijaksanaan akal itu.

( Nasiblah kalau otak rosak lepas translate ayat itu. )

Lepas bergaduh secara lutsinar, bertindak.

Berlumba naik ke bilik laju-laju. Kunci pintu, masing-masingnya. Dan, tunggu. Bilik siapa yang tiba-tibanya ada air banjir, dia kalah. Itu perlumbaan menyiram air masuk ke bilik pihak lawan secara senyap. Silent Gangster, namanya. Tirulah di rumah. Tak salah.

Secara perubatannya, bilik air kami kembar siam. Secara geografinya, bilik air kami satu cuma. Berkongsi pada satu lubang mangkuk tandas dan kepala paip yang sama. Cuma kena tunggu giliran bila ada panggilan masuk kerja-kerja naik dan turun taraf membuang bahan kumuh serta isi perut.

Adab Pertama: Tidak perlu mencederakan pihak lawan. Cederakan saja harta benda mereka, sebaliknya.

Tektik bergaduh kami tidak terkira. Masing-masing kreatif dengan cara yang tersendiri. Memang susah nak cari bahan bukti pergaduhan, pendek katanya.

Suatu hari yang lain juga. Kami melukis bersama-sama. Kami suka berpura-pura melukis bersama-sama. Aku suka lukis orang lidi. Sebab itu saja skill melukis yang aku ada. Adik Uri hebat melukis. Aku pernah terniat ( bukan berniat ) nak 'pinjam secara senyap' semua lukisan dia. Lepas itu, jual dekat Pasar Seni. Dapat duit, aku nak beli kaset KRU. Dekat satu kedai old school yang jual kaset dalam Pasar Seni itu. Tapinya, tak berjaya. Memang 'thank you Allah'.

Masa melukis itu. Pakai pensel tekan. Gaya melukis secara moden. Malas nak pakai sharpener. Kami bergaduh secara semi-professional lagi. Dengan tak semena-menanya, adik Uri tikam kaki aku dengan pensel tekan. Terbenam 0.1 cm ubat pensel jenama tak ingat yang badannya biru putih bersaiz 0.5cm dekat kaki. Berdarah sikit. Lepas itu, dia melarikan diri. Tak guna. Kalah pula.

Terlupa.

Haah, sakit gila. Berlari-lari air mata.

Adab Kedua: Berkawan dengan pihak lawan dan bertindak. Orang putih kata, back front stabber.

Suatu hari yang lain pula. Kami bergaduh lagi. Secara semi-professional, tapinya. Masing-masing tak ada menunjukkan tanda-tanda nak bertindak. Bergaduh, senyum, blah. Itu saja. Ingatkan panas sampai ke petang. Rupanya, sampai ke malam. Memang cuaca panas masa itu. Tahu-tahu saja buku sekolah aku ada berhelai-helai dah kena siat dek budak itu. Tapi dia letak balik molek-molek dekat beg sekolah aku. Tak guna. Kalah lagi.

Sebagai balasan, aku koyakkan juga buku dia. Sikit. Dekat bucu, cuma. Tak sampai hati. Kata kakak kan.

Adab Ketiga: Bertindak secara senyap. Tanpa bahan bukti. Tanpa kotoran degil.

Itu semua cerita masa jadi tukang gaduh semi-professional. Sekarang tak ada dah. Sekarang lebih kacak. Kasta sudah naik taraf. Jadi tukang gaduh professional. Berbekalkan iman yang nipis gila tunggu masa je nak lerai dari jiwa. Beserta, secubit ilmu gaduh. Dan, berpatah-patah adab bergaduh seperti di bawah. Tips bergaduh, bahasa mudahnya.

Adab Bergaduh

  1. Hormatilah orang lain dan jangan sesekali mengatakan kepadanya bahawa dia salah.

  2. Kalau dah buat salah atau pun terasa diri itu salah, laju-lajulah mengakuinya secara terus terang.

  3. Kalau nak bagi pihak lawan tukar fikiran atau nak yakinkan pihak lawan, gunakan cara yang lemah lembut, ramah dan menarik. Jangan main kasar. Itu keji.

  4. Usahakanlah supaya pergaduhan itu sentiasa dalam suasana "ya, ya, ya". Masing-masing jangan jadi keldai. Bertolak ansur sikit.

  5. Biarlah pihak lawan itu membebel berbicara banyak.

  6. Lihatlah segala sesuatu itu dari kacamata pihak lawan. Tak pun pinjam saja cermin mata hitam dia. Tengok muka dia puas-puas. Jangan tengok benda lain. Fokus sikit.

  7. Bersimpatilah dengan idea dan keinginan orang lain. Jangan nak fikir diri sendiri je. Consider pihak lawan.

  8. Bangkitkanlah perasaan mereka yang lebih mulia. Walaupun sebesar habuk cuma.

  9. Tunjukkanlah idea anda. Tunjuklah dengan apa cara sekali pun. Ikut suka.

  10. Jangan suka membantah cakap orang dengan tujuan nak menonjolkan diri sendiri. Bagi dia habis cakap dulu. 8 hari pun tak apa.

  11. Gunakan paras suara yang rendah. Lagi bengang, lagi rendahlah suara itu. Kalau boleh berbisik pun lagi bagus.

  12. Jangan pakai bahasa kasar. Bahasa pasar tak apa.



Itu saja.

Pendek katanya, tukang gaduh terhebat adalah orang yang mampu belajar bergaduh sampai takkan pernah bergaduh. Itulah keunggulan tukang gaduh professional yang terulung.

Kiranya, please try this at home. At your office pun boleh. Jalan tengah-tengah bandar pun boleh_

Kategori:

9 Responses to "Adab Bergaduh"

TuN TeJa said :
December 15, 2008 at 12:30 AM
ehehehhhe..
waaa...tq atas adab gaduh itu,
akan diikut ok.
aahahahha
indrasakty said :
December 15, 2008 at 10:38 AM
Sedikit dahsyat, namun ada nilai seninya.

Bergaduh dengan adik-beradik sangat best. Sebab walaupun panas sampai ke malam membawa ke lapan hari, lepas itu boleh baik-baik semula macam tak ada apa-apa.

Itulah nikmat.

Dengan orang lain, sila jangan cuba. Apatah lagi dengan kekasih. Kerana kekasih secepat kilat boleh ada yang lain, dan kamu boleh pura-pura tak terkesan kerananya.
adledash said :
December 15, 2008 at 3:55 PM
tapi..kalau dh tgh hati panas, terlekat lagi ke adab2 tu dlm kepala otak? ngeee~ mmg kene perlukan iman yg tebal. tebal lagi dr nipis. utk apply adab2 tu. fuhhh...ksabaran angelic gitu!
LediAgli said :
December 15, 2008 at 10:36 PM
aku tak de pengalaman bergaduh dengan adek bradek. sian kan?
PakciQue said :
December 16, 2008 at 11:39 AM
Aku bertumbuk dengan adik-adik setakat ni takde lagi. Tapi, kalau bermasam muka. Ada. Carik-carik bulu ayam. Lama-lama jadi shuttlecock juga.

Air dicincang tak akan putus. Tapi, kalau air batu, boleh hancur kalau kena ketuk.
kin said :
December 16, 2008 at 11:39 AM
teringat kembali kenangan knk2 ribena mobile..
skang pon masih sama lg..huhu
alifmimyanun said :
December 16, 2008 at 2:36 PM
kene pakai psikologi.
selalunye saye buat bodo je.
nanti die bengang.
famia said :
December 16, 2008 at 2:42 PM
TT: ha bagus. barulah tukang gaduh terunggul.

indrasakty: hehe. seni ek. tapi kan. sebenarnya bergaduh itu lebih merapatkan ukhuwah KALAU kena pada caranya.

adledash: hehe. cuba dulu baru tau. cuba guna pakai adab2 tu dulu. pastu test.

ledi: aik? abang pon tak? gila ekselen ko jadi adik. hehe.

pakciQue: hahaha. so, dah berapa banyak shuttlecock ko kumpol.

kin: manusia.. kecik ke besar ke memang tak lari jaoh. hehe.

amin: hehe. iman mantap okela.
Udinkudin499@ymail.com said :
February 12, 2013 at 10:53 PM
aku penah gaduh cume 2 kali dlm mase 5 thn,,ape pendapat ko0rang????aq akn cube jd lebih penyabar di lainh masa.........

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.