Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Wednesday, November 12, 2008


_Zombie Kampung Pisang. Rasa macam satu Malaysia dah tengok.

Aku belum.

Cuma aku sempat tengok beberapa minit nak habis. Adegan di mana segala jemaah zombie itu nyanyi lagu 'Semboyan telah berbunyi, menujuuuuu medan bakti'. Sambil ditangkap polis-polis. Kiranya, asal usul kenapa Kampung Pisang itu nama Pisang pun aku tak tahu. Kenapa zombie itu semua jadi zombie pun aku tak tahu. Kenapa watak-watak utama yang ramai dalam cerita itu tak jadi zombie pun aku tak tahu.

Cumanya.

Aku rasa cerita itu ala-ala Resident Evil barangkali. Lagi pula, kenapa entah tajuknya bukan Bangkai Bernyawa Kampung Pisang atau Mayat Hidup Kampung Pisang instead of Zombie Kampung Pisang. Juga aku tak tahu. Dan kenapa kena pisang tidak betik atau juga manggis. Lagilah aku tak tahu.

Yang aku tahu.

Ramai kata cerita itu sengal dan best tahap melampau nak mati. Lawak tak berapa nak siap. Kata mereka.

Anyway.

Semalam aku mimpi jadi watak dalam Zombie Kampung Pisang itu. Bezanya. Aku bukan zombie. Apatah lagi pisang. Tapinya. Kawasan rumah aku itu dipenuhi Zombie. Dan juga pisang. Siapa yang berjaga malam-malam, memang kena gigit dan transform jadi Zombie. Siapa yang tertidur bungkus itu memang tak transform pendek kata. Teorinya. Simple saja. Kalau kau tidur mati malam itu. Kau takkan jadi zombie pendek katanya. Zombie itu pun tak berselera nak kejutkan kau panjang katanya.

Mereka punya tak berselera itu sampai berpeluh-peluh aku mimpi tau, tapinya!

Dalam mimpi itu.

Kena cari kereta. Nak kena lari dari kawasan itu. Dalam rumah, masih lagi area Melawati. Bila buka pintu rumah, jalanraya itu bertukar jadi jalanraya depan rumah atuk aku dekat Kluang. Gila besar ruang lingkup mimpi aku. Sebesar-besar ruang lingkup pun, memang susah gila nak cari kereta. Belakang rumah aku pula. Tiba-tiba macam banyak kereta. Ada rupa seakan parking lot pendek kata. Tapinya. Sepatah Sebuah haram pun tak boleh pakai.

Memang dasar mimpi betul.

Masa itu. Bakal senja. Aku dah gabra ayam. Nak lari mana-mana pun tak ada idea. Tengok langit macam nak gelap suam-suam kuku. Gila cemas. Alih-alih pula datang Litium, Nurnana, Ayumi, Maoi, Dani, Adik nurse. Gila ramai roh-roh berkeliaran masuk mimpi aku. Entah kenapa semua nak jadi hero. Tiba-tiba watak semakin ramai. Discuss punya discuss. Dah tak tahu nak lari mana. Kami semua bersepakat membawa berkat.

Solusinya.

Aku dan adik nurse tidur. Watak-watak lain semua pergi berjuang menentang jemaah zombie serata Melawati sampai ke Kluang. Kamikazelah mereka makanya. Berjuang kering. Kesudahannya. Aku bangun tidur. Dah pagi. Semua zombie dah lesap. Dan aku selamat. Tapi peluh-peluh keseramannya masih ada. Dalam mimpi itulah.

Kawan-kawan yang lain. Entah apa jadi. Dah jadi zombie. Atau dah jadi pisang. Wallahualam. Tapinya. Gila cemas. Tak banyak tempat nak larikan diri. Sebab itu aku tak suka tengok cerita unsur horror. Boleh terpengaruh masuk mimpi. Menakutkan orang yang tak berapa nak takut sampai jadi penakut. Keji betul.

Tapinya.

Mimpi ini stabil lagilah efek dia. Dulu aku pernah mimpi kena selamatkan orang. Macam jadi tentera pejuang Bosnia. Tak berapa nak gerila. Tapi ada sikit seakan gerila. Jadi hero. Yang mana aku kena tembak tepat dekat telinga kiri. Berdarah-darah masuk lubang telinga. Tapi tak sakit. Cuma lepas terbangun tidur, telinga kiri aku berdesing-desing pekak sebelah tau. Macam kena tembak betul-betul pula terasa.

Gila real CGI dalam mimpi itu_

Kategori: ,

10 Responses to "Zombie Kampung Tak Berapa Nak Pisang"

ezad said :
November 12, 2008 at 9:11 PM
sapa hero dalam mimpi ko tu?
heroin dah tentulah bukan ko, kan?
November 12, 2008 at 10:11 PM
hero akoo. tp...
tp budak nie xmimpi plak kawen!
November 13, 2008 at 12:25 AM
err..kak famia, saya ni silent reader blog ni dari zaman blogdrive lagik. :)

eniwei, kg pisang tu mmg nama 1 tempat kat perak. mmg wujud kg tu. huhu.. sebab tu nama filem tu kg pisang, bkn kg betik, kot? :)



~sori, tumpang lalu...~~
kel@mbu said :
November 13, 2008 at 2:07 AM
kajian saintis, mimpi tu alamat penyakit.. kalau kau slalu mimpi cemas, kau ada prob jantung.. sbb ko ni mimpi cmas2 lwak, aku rsa ko ada prob mental.. kot.. :P
famia said :
November 13, 2008 at 3:05 AM
ezad: mane ade hero. ni bukan cite superhero man.

ST: bukan semua gadis suke hero. haha. crook lagi bes drpd hero.

princess: wahhhhhh.. yeke. baru tau. tengs bagitau ye. hehe. tengs sudi jd pembace. :)

kelambu: hehe. aku memang ada masalah jantung. alhamdulillah. sakit itu penghapus dose.
DarkWan said :
November 13, 2008 at 10:20 AM
zombi kampung pisang ni aku tgk dengan nas dengan ecah. zaman lela tengah membesar dalam perut. kekeke.
Nana CS said :
November 13, 2008 at 10:36 AM
aku tgk citer ni siap hapal dialog lagik.

tgk kat wayang.
tgk kat astro box opis
tgk kat cd ORI. ini penting.

otak!!!! otak!!!!
nuaeman said :
November 13, 2008 at 5:48 PM
Apsalaa.. tak masuk cerita antoo fighter dalam mimpi hang.. zombie tak berapa nak pisang bukan ke dah lama..
famia said :
November 14, 2008 at 9:50 AM
dope: tula tu. korang tengok da lame. aku tak tetengok2 juge.

nananya: haha. ko ni mmg. tu belom lagi cite Kala Malam Bulan Mengambang.

Nuaeman: antoo fighter cite ape pacik? orang tak tengok tv mmg mcm ni.. x alert.
danineh said :
November 14, 2008 at 5:33 PM
seb baek Dani ada...
tak kesah la jadik pisang ke jadik zombie..
asalkan ade..

heheh..

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.