Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Monday, November 17, 2008


_Ini cara kami dua beradik gadis sayang-menyayang.

< Pokok Kepayang >

"Adik eg, awak nak tahu tak saya beli apa pergi Penang hari tu?"
"Nak.. nak!"
"Cuba teka dulu."
"Asam?"
"Bukan.."
"Baju?"
"Bukannn.."
"Alaa.. tunjuk jelah."
"Oke. Nah."


Lipan..
Mat Lipan.

Nama gua.. Mat Lipan

"Huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..!!"

Lalu. Adegan pinggan terbang. Kaki terbang. Baju terbang semua ada. Klasifikasi tak berapa nak sesuai untuk tontonan umum. Bukannya aku kejar pun kan. Aku rilek je berdiri dengan gaya 'potongan yang tak berapa nak ada potongan tapi bolehlah terpotong-potong' depan dia. Sambil senyum simpul-simpul ikat mati.

"Awak kenapa?"

Pura-pura tanya dengan muka langsung tak ada rasa bersalah. Waemah dalam hati gelak macam haram jadah.

"Akakkkkkkk..!! Tu lipan yang gigit nenek moyanglah..!!" Sambil berlari-lari ayam kering.

Lepas itu.

Sampai akhirat aku kacau dia dengan benda alah itu. Saban hari juga dia meracau-racau. Terpekik terlolong lari dalam rumah. Sejak itu. Adik eg selalu hidup dalam ketakutan bila nak masuk bilik. Sebab dia tau. Kakaknya yang tak berapa nak betul kewarasan itu bukan saja ada lipan jadian. Malah, lipas jadian dan cicak jadian pun ada. Koleksi makin banyak.

Ya..hu!

Cicak Kobain

Ini cicak mungil. Ukuran badan 24 24 25. Lahir tahun 1998. Berasal dari Beseri, Perlis. Harganya entahlah berapa. Makhluk pertama aku bawa masuk dewan exam SPM. Saja nak ajak jawab exam sama-sama. Konon sehati berdansa sejiwa. Masa kertas Bahasa Melayu I. Kesudahannya. Ramai yang histeria. Nasib tak kena pelempang dengan pengawas SPM bertugas.

Ini Lipas

Ini lipas jadian. Siang jadi Chewing Gum. Petang, senja, malam dan subuh pula jadi lipas. Memang GRO. Hebat bukan. Asal usulnya misteri. Berbekalkan RAM kepala yang tak seberapa ini, mana mungkinlah aku dapat ingat sejarah beliau kan. Cumanya. Kadang-kadang aku sendiri pun lemah jiwa juga dengan lipas ini. Mati segan hidup pun tak mahu. Entah bila nak dilepasnya Chewing Gum itu. Genggam erat dendam kesumat. Memang cinta sejati betul.

Mak?

Mak chill saja. Mak aku jenis insan yang rilek-rilek. Tak kecoh. Tak melatah. Lagi tak gentar langsung dengan makhluk-makhluk jadian itu. Makhluk jadian basic macam itu tak ada benda nak dihairannya. Sinonim, tak larat nak berkata-kata. Mana taknya. Ternak benda-benda tak berfaedah lagi membazir duit. Mesti perut mak tak sejuk mengandungkan aku. Mesti sampai cramp. Mesti suam-suam kuku punya. Kesianlah emak saya, kan.

Walau bagaimanapun.
Point pentingnya.
I am happy!

Ahakhakhaks.. yeslah!

Ini.
Cara kami dua beradik gadis sayang-menyayang.

< Pokok kepayang >

Itu. Sepatutnya pantun 2 kerat_

Kategori: ,

9 Responses to "Tips Sayang Menyayang"

callister said :
November 18, 2008 at 11:27 AM
haha..kejam betul cara kamu syg orang kan..
RieNa said :
November 18, 2008 at 11:59 AM
aku dok penang pun x jumpa binatang2 jadian tuh.

yg asli adalah. huih, tgk pun x berani.
ezad said :
November 18, 2008 at 8:44 PM
ular ngan anakonda ko tak bela ke?
November 19, 2008 at 7:33 AM
akoo da taw. kalo kita nk berkasih syg ngan cik famia... harus kita adios dia dgn binatang eksotik!
Dani neh said :
November 19, 2008 at 9:04 AM
aha... kenal sangat..
ko mmg spisis pelik
tapi pelik itu normel..
kan
famia said :
November 19, 2008 at 10:49 AM
callister: haha. itu bukan kejam. itu prihatin kerana kasih dan sayang. training adik supaya lebih gagah dan berani.

riena: adaaaaa.. kat area Chow Rasta. harga dia rm1.50.

ezad: ko bela dulu baru aku bela.

ST: ha. bijak.

dani: tu tak pelikla. semua orang yang tak ada benda macam tu yang pelik.
kel@mbu said :
November 19, 2008 at 2:24 PM
aku pnah letak tikus plastik kt pinggan goreng psang mak dan dia lri bersepah.. hehe.. skrang tkus tu dh dibuang.. ksian..
Dani neh said :
November 19, 2008 at 3:51 PM
aku takde..
aku tak rase aku pelik pon...

ahehe
famia said :
November 19, 2008 at 5:03 PM
kelambu: laaaa kesianlah tikus tu.

dani: emmmm.. oke fine~~

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.