Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Friday, November 21, 2008


_Arkib lama. Al-kisahnya. Merujuk entri September 2005.

'Bagaimana nak baikkan gestrik. Tolong saya.'
oleh: 3vil gurlzZzZ
dikomen pada: 16 November 2008


< Gigihnya awak korek lubang arkib saya. Gigih sangat ini. Terharu >

Gastrik.

Tanpa gastrik. Siapalah perempuan. Ibarat buku lali dan tumit. Tak dapat nak dipisahkan. Aku antara 'peminat' tersohor gastrik sejak zaman berzaman. Tak berapa nak zaman sangatlah. Dari tahun 2000 sampailah ke zaman Choki Choki 2008 ini. Aku dan gastrik. Masih belum dapat dipisahkan. Kami insan 'bercinta'. Memang bercinta sungguh nak berpisah dengan gastrik. Memanggggg bercinta.

Ok, man.
Hentikan adegan bercengkerama bahasa sanskrit tak siap itu. Tak semenggah.

Mari saya rephrase (oh, manglish.. peduli!).

Dari sekolah menengah aku gastrik. Sebab aku jenis kera sumbang. Aku memang tak bagitahu sesiapa pun aku ada gastrik. Tak nak bagitahu. Dan tak suka nak bagitahu dan 'weh apsal kena bagitahu?'. Tahap kroniknya, tahap 1. No pain. No gain. No drugs. Gastrik itu baru nak masuk tadika. Baru nak berjinak-jinak dengan dinding perut. Makin lama makin membesar mentaliti gastrik itu. Sampailah masuk universiti. PPP UiTM, Shah Alam. Tahap kroniknya, tahap 2.

Tahap 2.
What do you expect? Mestilah gastrik itu dah berotak-otak.

< Otak.. otakk.. macam zombie kampung pisang. Ini iklan. Haram jadah betul >

Bila tahap 2. Setiap minggu kena gastrik. Yang paling worst, bulan puasa. Setiap hari gastrik. Setiap hari tau! Memang 'thank you Allah'. Setiap kali waktu sahur pun gastrik. Tapi, puasa tetap puasa. Peduli apa. Rabak dinding perutku pun rabaklah. Masa itu memang tekanan darah jadi rendah. Tekanan otak lagilah rendah. Kata IQ pun rendah. Kan.

Masa itu, dadah dan doktor. Itu teman setia. Selain bebelan bertenaga doktor 'akibat tak suka makan, nak diet, blablablablaballa dan entah apa-apa yang macam nampak berguna tapi tak berapa nak berguna' itu, aku dapat dadah juga. Air kapur. Rasa dia macam kapur kasut. Sebiji. Cuma bau ada sikit harum seperti pudina dan Chewing Gum. Kalau mental tak cukup kuat, memang ubat kapur itu lari keluar menjejeh-jejeh ikut hidung punya. Ditambah juga dengan separa tidur kuak tak berapa nak lintang secara bergulung sampai pagi.

Memang rabak. Itu tahap 2.

Aku?
Aku berserah saja. Tak melawan. Sakit itu kan penghapus dosa. Kononnya.

Secara tiga sukunya. Itulah kehidupanku yang bergelumang gastrik. Memang 'thank you Allah'. Seterusnya. Masuk tahap 3. Fasa hampir kritikal. Yang mana bila gastrik, aku tak boleh bangun. Tak boleh tidur. Tak boleh makan. Tak boleh nak lepaskan kenikmatan pergi toilet bagai. Pendek katanya, setiap masa kenikmatan dunia ditarik Dia. Memang 'thank you Allah'. Sebagai manusia berotak, hidup perlu banyak bersyukur.

< Otak.. otakk.. macam zombie kampung pisang. Ini iklan. Haram jadah betul >

Tahap 3. Aku jumpa Parasetamol. Yang putih. Bukan pink. Asal gastrik je telan 2 panadol. Asal 2 biji panadol je, telan gastrik. Kalau satu hari boleh tibai 1 papan panadol, memang tak sia-sialah makin rendah IQ aku. Tambahannya, air kapur. Dan ubat angin. Hah. Bukan saja perut aku berangin. Kepala pun berangin sama. Memang 'thank you Allah'. Zaman itu. Hidup dan matiku hanya pada panadol. Dan air panas mati yang boleh pijar lidah sampai mati segala jemaah tunas rasa. Kesianlah. Begitu panas sekali. Ditambah juga dengan separa tidur kuak tak berapa nak lintang secara bergulung sampai pagi. Seperti biaselah katakan.

Memang rabak. Itu tahap 3.

Aku?
Aku berserah sekali sekala. Kadang-kadang melawan. Sakit itu kan penghapus dosa. Kononnya.
Kena fight. Itu baru namanya usaha. Fight! Fight! Die! Die!

Semenjak, dua menjak kemudiannya. Aku makin matang. Gastrik itu lagilah makin matang. Aku dah berhenti telan panadol. Dan beberapa jenis dadah lain. Secara beransur-ansur. Ubat kapur pun habis aku tolak tepi. Kapur tak kapur. Kena fight. Fight! Fight! Die! Die! Sekarang. Aku cuma minum air panas mati. Sepanas-panas alam. Sebanyak-banyak mungkin. Dan koyok SalonPas berkotak-kotak. Dan 8 guni selawat sambil mengurut-urut dinding abdomen secara lembut dan bersahaja.

So, cik adik 3vil Gurlzz.


  1. Jangan biarkan perut anda dibelenggu asid. Makanlah setiap masa walaupun seciput cuma.

  2. Selawat dekat abdomen (sakit ulu hati) itu berjuta kali. Sampai tertidur pun lagi bagus.

  3. Tak perlu kurangkan minum kafein dan segala minuman bergas lain. Hentikan saja serta merta.

  4. Rajin-rajinlah minum susu. Kalau tak masuk, minumlah susu kacang soya.

  5. Kurangkan makan pedas. Hentikan saja pun lagi bagus.

  6. Kumpul duit setiap bulan. Khas untuk beli koyok SalonPas semata.

  7. Untuk baring, pastikan posisi anda sedang bersujud. Penting untuk asid turun ke otak.

  8. Pastikan bila tidur itu, posisi kepala lebih tinggi daripada badan. Jangan tidur tak berbantal. Asid senang turun ke naik ke mana entah perginya. Tapi pendek kata, jangan letak kepala sama level dengan badan. Ini tips paling penting. ( tips penting berwatak utama perlu diletakkan di akhir sekali )

  9. *Paling penting: Setiap pagi, sebelum sarapan.. sila ambil satu gelas air panas suam. Letak 1 sudu madu. Selawat banyak-banyak. Minum. Hari-hari. Ingat. Sebelum sarapan ya. Perut biar kosong dulu. Siram air madu itu banyak-banyak. Memang berkesan. Insyaallah.



Lagi satu. Orang-orang tua kata. Ubatnya kena kahwin laju-laju. Dengar cerita, perempuan yang dah berkahwin jarang kena gastrik atau senggugut atau sebarang masalah perut yang lain. Woh. Melainkan satu. Perut kembung dipenuhi embrio.

Itu sahaja. Selamat mencuba_


Kategori: ,

16 Responses to "Tips Perangi Gastrik"

RieNa said :
November 21, 2008 at 10:55 AM
Ya Tuhan..
terima kasih Allah kerana temukan aku dgn si gadis yg mengaku kachak ini..

dah seminggu lamanya ibuku asyik sakit perut sbb gastrik + angin + luka dlm + ntahapahapa lg.
dah 1x ke hospital dan 2x ke klinik.

dan petua2 kamu ini mmg sgt sgt sgt sgt sgt berguna.

skrg jgk aku tepon ibu!
famia said :
November 21, 2008 at 2:36 PM
riena: ehh.. mak kamu gestrik ke? kesianlah. lagi satu.. berhenti minum ais tau. darah kalau berketul2.. memang tu la punca senggugut. rajin2 minom air panas 24 jam.

< alamak lupe nk masok list >

pastu.. tips paling penting juge rajin2 kan la minom air suam panas tambah sesudu madu. setiap pagi. SEBELUM brekpes. sunnah nabi. mmg mujarab. serius. itu.. yg saya selalu buat la pagi2. lagi pule.. air panas bermadu itu boleh menyucikan perut juge.

cubela yek.
danineh said :
November 21, 2008 at 6:05 PM
"Perut kembung dipenuhi embrio."

ngerinye..

mcm banyaaaaak embrio dlm perut.. wah!
adledash said :
November 21, 2008 at 6:34 PM
salam..haha!

saye gastrik..mengelakkan ubat sgala dgn sdaye upaye...last2...gastrik kawen dgn migrain...tp skg ni..mmg amalkan minum susu atau brekfes pagi2...da tabley masuk la roti2 krim atau roti jagung ke ape ke..sebu...susu atau horlick atau milo buley jadi pelapik perut pagi2...tp mmg tabley skip makan bila masuk waktunye...

pe pun..pmpuan dan gastrik mmg xdpt dipisahkan..stuju sgt statement itu..haha! akak bila nk kawen laju2?? ngee~

WAssalam~OUT
November 22, 2008 at 12:26 AM
jumpa artikel best. jom kawen!
famia said :
November 22, 2008 at 12:37 AM
dani: ko ni.. banyak naa tgk dvd kategeri snakes on the plane ni..

dash: salam. ade stgh org.. makin lama.. gestrik tu dah tolak susu.. sampaikan susu tu da xleh nk minom slalu.. die akan bertukar menjadi penyebab gestrik.. kadang2 juge.. kalo perot tengah kosong.. jangan belasah telan susu terus.. asid + alkali mmg menggelegak perot woi.. sekurangnye ameklah madu dulu ke.. telan sekeping roti kosong dulu ke.. br minom unsur susu based.. (kawen? hoho. bila Dia kata go.. go jela. anyway.. kamu bile nak gi haji laju2.. )

ST: kawen? sila hafal surah al-rahman dulu dan bace dalam makhraj yg betul serta alunan yang lemak merdu penoh kasih sayang sehingga menyentuh hati. boleh lulus? :p
ezad said :
November 22, 2008 at 9:01 PM
petua gastrik sudah ada

petua perut boroi cam ne lak?
.::aDa::. said :
November 23, 2008 at 12:38 AM
oh aku ditemukan dgn post kamu ini oleh seorang teman. semalam ku muntah2 berketul darah.ini semua sebab gastrik!aku juge berdarah tekanan rendah.aishh..dh lama dapat gastrik ni. 4 tahun dh, tp baru semalam doctor bagi ubat.cane tu??
p\s **nice knowing kamo~
kel@mbu said :
November 23, 2008 at 4:03 AM
ada btul juga tu kawen ni bulih smbuhkan gastrik. sbbnya bila dh kawen bab2 mkn ni jrg skip n slalunya terlebih plak. hsilnya, prut pmpuan dipenuhi embrio n prut lelaki dpenuhi err.. melamine kot.. kehkeh..
November 23, 2008 at 6:57 AM
insyaallah boleh. tapi... tarranum xreti. huhu.
danineh said :
November 23, 2008 at 11:50 PM
sengugut dgn gestrik adelah 2 perkara yang amat berbeza.
famia said :
November 24, 2008 at 11:39 AM
ezad: itu.. ko sendiri tau petua tu kan. haha.

ada: laa.. nape x jumpe dokte awal2. gestrik senang datang susah nak pergi. minomla air panas letak madu pagi2. tu memang ubat paling best untuk perut. (nice knowing u too..)

kelambu: hehe. melanin ek.

ST: ha.. apelagi. apgred tarranum sila. itu skill paling rare ngn paling susah nak ade ngn lelaki. < sekeras2 hati manusia.. kalo denga surah ar-rahman dengan tarranum yg kena.. memang lebur. takat didihnya menggelegak punya >

dani: ye. itu fakta. masakan nama mereka berlainan kalo perkaranya sama.
Anonymous said :
December 11, 2008 at 4:21 PM
Salam semua, saya pun nak menempek berkongsikan pengalaman saya tapi bukan saya yang sakit tapi orang rumah saya. Dah lama dia gastrik (lebih 30 tahun dah) tapi sejak dua dan tiga tahun kebelakangan ini semakin teruk. Segala macam ubat doktor yang dah cuba dan macam-macam petua dah guna, kadang kadang ada sedikit perubahan tapi tak lama. Satu hari tu, kawan saya bagi emel sorang sifu perubatan alternatif dari Perlis. Nama sebenarnya Dr. Shamsinar (tapi lelaki) dan sifu ni katanya dah lama jadi buruan orang korporat kerana hebatnya tuh…Segan jugak nak email kat sifu korporat ni, maklumlah kita ni golongan marhaen je tapi saya cuba gak antar email tanyakan perubatan alternatif buat isteri saya kalau adalah. Pagi saya antar, petang dia jawab. Disyorkan saya beli ramuan herbanya. Tak mahal sangatlah. Set untuk 10 hari pertama cuma RM65 (ini cerita 3 bulan lepas. Sekarang tak tahu plak). Dia bagi 2 jenis. Yang satu dalam uncang…kira teh herba le kut dan satu jenis lagi berbentuk kapsul. Tak mahu cerita panjanglah tapi syukur pada Tuhan memang orang rumah saya rasa sangat banyak perubahan. Tak sakit kepala selalu dan teruk cam dulu, tak sesak nafas dan tak pedih perut teruk macam dulu. Sekarang ni sifu tu cuma bekalkan uncang teh herba dia saja untuk diamalkan. Kalau nak cuba, email je pada dia…… beserijaya@yahoo.com .Tapi kena ingat jugak, mungkin perubatan dia sesuai untuk isteri saya tapi tidak pada anda. Kerja Tuhan kan…
helmi said :
August 6, 2009 at 8:43 PM
adik/kak,terima kasih la post ni...mmg berguna tuk sy yg tgh perut berangin je ni...
Anonymous said :
October 1, 2009 at 11:13 AM
cam tu rugi le sape dapat 3vil gurlzz ni... dah tak leh aventure bersama asyik gastrik memanjang bila masa nak have fun....sian le kat laki2 tu nnt
famia said :
October 1, 2009 at 11:18 AM
anon: astaghfirullahalazim. hehe. siapa awak nak menentukan orang tu best ke tidak. itu kerja Allah.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.