Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Tuesday, November 11, 2008


_Dalam toilet. Aku. Suhaila. Wudhu.

Orang perempuan. Dalam bilik air memang suka betul bercerita. Dalam bilik lain tak nak pula bercerita. Entahlah kenapa. Tak perlu tanya. Nama pun orang perempuan. Faham-faham saja.

Kan.

"Aku dah janji dekat anak buah aku, lepas SPM nak bawak pergi jalan-jalan."
"Aik? SPM dah start ke?"
"Laaaa budak ni.. mestilah. Hari ini start. Paper BM. Kau ni Huzai."
"Laaaaaaaaaa.. ye ke... aku ingat belum lagi."
"Apsal? Kau ada adik yang SPM ke?"
"Mestilaaaahhhh.. adik last aku tu."
"Ish ish ishhh.. habis kau tak wish ke kat dia."
"Mestilaahhhhhhhh takk.. alahaii.. takpelah. Aku wish nanti. Belated."
"Ish ish ish.. apa punya kakaklah."

Tengok. Aku lupa.

Adik uya.
Selamat berjuang ya. Ingat janji kakjai dulukala.

1 A = rm50

Amacam?
Berusahalah makanya.

"Budak-budak sekarang bestlah. Pakai gred A. Kita dulu pakai agregat je. Asalkan pangkat 1, dah kira bijak dah."
"Haah kan."
"Kiranya, zaman kita dulu bodohlah kot ek. Sebab kalau tak dapat A pun, tapi asalkan Pangkat 1 Agregat 24 pun tetap bijak."
"Hahahahaha.. haah."

Ya tak ya juga.

Aku dulu. SPM 1998. Dapat 2A je. Itu pun bukan A1. A2 barangkali. Subjek apa entah. Tak ingat pun. Yang aku ingat, mana-mana subjek pun aku tak habis study. Jangankan sejarah. Fizik. Kimia. Biologi. Hancur. Cuma dapat score Matematik je. Sebab aku suka Matematik. Yang lain semua belajar sambil berenang di atas awan.

Eh,
sebelum SPM, pakai apa eh?

Kalau PMR, sebelum dia nama SRP. Kalau SPM pula, siapa nama_

Kategori: ,

12 Responses to "SPM 2008"

orgkubikelbelakangko said :
November 11, 2008 at 6:52 PM
ralat:
"Aku dah janji dekat anak buah aku, lepas SPM nak bawak pergi jalan-jalan."

salah laaa... aku ckp kalu dia dpt sume A la aku bwk gi holiday.. :P
DarkWan said :
November 11, 2008 at 7:07 PM
LCE < SRP < PMR
MCE < SPM
ezad said :
November 11, 2008 at 8:49 PM
ye la...
dulu time spm, aku score lukisan je. lain aku tgk buku sebelah mata je. Bukan tak minat belajar, tapi tak minat membaca.. hehe

tapi biasa la kan, ko pun kata, dpt gred 1 kira dah pandai dah.


LCE - SRP - PMR
MCE - SPM
HCE - STPM
indrasakty said :
November 11, 2008 at 11:30 PM
Alahai Kajai, samalah kita. Tapi saya skor BM sahaja semata-mata. Sejarah, buat sejarah sendiri.
orgkubikelbelakangkoduludulu said :
November 12, 2008 at 7:31 AM
terok gile!
November 12, 2008 at 1:01 PM
hoho. tue la. akoo termuda sket dr ko la huzai. akoo berlabel A. alangkah sonok kalo dapat agregat. xde la nmpk genius sgt dgn result SPM nehhh. adoiii!
famia said :
November 12, 2008 at 6:02 PM
me: hahaha. ye. sib baik ko ingat. aku silap tulis dialog ko.

dope: wohhh.. MCE.. haah.. ayah aku punya zaman itu. tengs 4 d'info.

ezad: zaman ko.. MCE ngn LCE lagi ke?

indrasakti: yeke? patotla bahasa jiwa. hehe. cool.

dani: emm.. u know me.

ST: hehe. tak bagitau pon da tau kamu memang mude pon dr guwe cek ST. kematangan terletak pada tulisan. haha.
e said :
November 12, 2008 at 9:07 PM
keceper punya budak..:P

aku zaman spm ngan stpm laaaa

haiyaaa!!
kel@mbu said :
November 12, 2008 at 11:25 PM
paper kimia aku hancur.. aku rasa formula kimia aku dah bulih buat bom saraf untuk perang di afghan..
Nana CS said :
November 13, 2008 at 10:33 AM
Sijil Pelajaran Malaysia/Malaysian Certificate of Examination (SPM/MCE)

ni maksudnya, kalau tak tahu,.
aishah said :
November 13, 2008 at 3:48 PM
kak famia, i dulu spm tahun 1999.
hehe.
i pun tak dapat banyak a. tapi adalah a1. hehe.
tulah. nasib pakai aggregat. hehe. :P
famia said :
November 14, 2008 at 9:52 AM
ezad: woh. ingatkan zaman lagi klasik. haha.

kelambu: bom? bagos. bagi aku formula tu gak.

nananya: wohh ko google ek. tengs.

aishah: haha. kann.. kite dikira bijak jugakla tu pendek katanya.

Post a Comment

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.